You are on page 1of 2

Patah

Pengenalan
Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.
Apa itu patah?
Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak.
Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan tahap keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam
nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.
Apa yang menyebabkan kepatahan?
Patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis. Kemalangan jalanraya adalah punca yang paling banyak menyebabkan
kepatahan/retak tulang.
Bagaimana kita boleh mengesan kepatahan?
Tanda-tanda utama kepatahan :
Sakit
Bengkak pada kawasan yang terlibat
Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat.
Apakah komplikasi akibat kepatahan/retak?
Komplikasi akibat kepatahan/retak ialah :
Kecederaan saraf
Kecederaan otot
Kecederaan salur darah
Kecederaan organ
Kehilangan darah
Jangkitan kuman pada luka
Tidak sedar diri
Kematian
Bagaimana kita boleh membantu pesakit yang mengalami kepatahan/keretakan tulang?
Pesakit yang mengalami kecederaan mungkin perlu di alihkan dari tempat kejadian ke tempat yang lebih selamat. Pindahkan pesakit secara
berhati-hati dalam keadaan di mana mengalihkan pesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Sekiranya pesakit tidak sedarkan diri
hendaklah anggap leher juga patah. Oleh itu, periksa dan pastikan bahagian leher tidak digerakkan sewaktu memindahkan pesakit.
Sebelum pesakit di bawa ke hospital,pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di tempat kejadian mengikut tahap kesedaran pesakit.Orang
awam yang ada kemahiran tentang pertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaan pasukan perubatan.
Tempat yang mengalami kepatahan mestilah dipasangkan alat sokongan "splint" untuk mengurangkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.
Alat sokongan "splint" boleh menggunakan sebahagian badan pesakit. Contohnya sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelah yang patah
dengan menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkan pergerakkan. "Splint" boleh dibuat dari apa-apa bahan yang
sesuai seperti surat khabar, papan atau lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah.
Segera bawa pesakit ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatan selanjutnya.
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan/mengelakkan kepatahan?
1. Elakkan kemalangan
2. Untuk elakkan kecederaan/kepatahan di jalanraya.
Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:-
Motorsikal - pakai topi keledar yang disemat dengan betul.
Kereta - pakai tali pinggang keledar
Kanak-kanak - gunakan tempat duduk kereta yang bersesuaian dengan umur
Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua dan had kelajuan yang di tetapkan.
Kumpulan Sokongan.
www.e-medicine.com
www.trauma.org
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Muhammad Fadhli Mohd Yusof f
Dr. Ahmad Tajuddin Mohamad Nor
Penyemak : Dr. Marzida Abd Latib

You might also like