Professional Documents
Culture Documents
Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana dengan jayanya saya dapat menyiapkan
tugasan ini tepat pada masanya. Pelbagai jenis pengetahuan yang dapat saya timba melalui
penghasilan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (Projek) bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini berdasarkan pengalaman yang saya tempohi selama
melaksanakan tugasan ini. Di sini, saya ini memaparkan segala pengetahuan yang telah saya
peroleh.
Sebelum melaksanakan Kerja Kursus Projek ini, saya pengetahuan saya mengenai
konsep sukatan pelajaran. Saya juga kurang menumpukan perhatian kepada sukatan pelajaran
kerana saya lebih memfokuskan rancangan pengajaran dan pembelajaran saya berdasarkan
rancangan pengajaran tahunan yang dibekalkan oleh ketua panitia sendiri. Saya juga kurang
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang luas untuk melaksanakan sesi pengajaran di dalam
kelas bagi subjek Bahasa Malaysia. Setelah membuat tugasan ini, saya memahami apa yang
perlu ditekankan kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
dan apa yang perlu diajarkan kepada mereka.
Selain itu juga, saya dapat mengetahui mengenai kemahiran berbahasa dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia agak kurang. Malah, saya juga kurang pendedahan mengenai
kemahiran kemahiran yang perlu ditekankan dalam subjek Bahasa Malaysia.
Walaubagaimanapun, saya mendapat mengatasi masalah ini dengan hasil pembacaan saya
daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. saya dapat belajar mengenai konsep
pengajaran kemahiran dalam Bahasa Melayu khususnya. Di sini, saya dapat lihat juga
kemahiran membaca juga penting setaraf dengan kemahiran lain seperti kemahiran mendengar
dan bertutur serta kemahiran menulis.
Saya juga ini dapat menambahkan pengetahuan mengenai pendekatan, kaedah dan
teknik yang boleh digunakan dalam kemahiran membaca. Misalnya, teknik kemahiran
membaca ialah seperti teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Review, Recite), KWLH (Know,
What, Learn, How), teknik lingkaran soalan, teknik tatacerita, teknik bimbingan menjangka dan
teknik teater pembaca. Di samping itu, kemahiran mendengar dan bertutur untuk membantu
murid berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat. Manakala kemahiran menulis juga
membantu murid dalam menuliskan sesuatu untuk tujuan tertentu.
Selain itu juga, saya juga dapat mengenali tokoh tokoh bahasa khususnya di Malaysia
malah daripada luar negara. Nama tokoh bahasa dan pendidikan seperti Zaaba, Aminudin
Baki, Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar dan sebagainya merupakan antara tokoh tempatan
yang berpengetahuan luas mengenai dunia pendidikan dan Bahasa Melayu khususnya. Setelah
melaksanakan tugasan ini, saya dapat merasakan bahawa peranan tokoh bahasa adalah satu
tanggungjawab yang berat dalam mendidik masyarakat khususnya di Malaysia ini kerana
merekalah merupakan model contoh kepada rakyat. Selain itu juga, tokoh bahasa Melayu
sememangnya perlu daripada anak tempatan kerana anak tempatanlah yang menjiwa,
menghayati dan memahami keindahan bahasa mereka sendiri.
Di sebalik itu juga, saya juga dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai fungsi
Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan.
Bahasa Malaysia telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan menggunakan
bahasa penghantar utama yang sama. Semua kaum di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah malah institusi-instusi pengajian tinggi
juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama mereka.pengajian tinggi.
Bagi merealisasikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut
penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan
persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.
Di samping itu juga, saya dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai
kepentingan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia dan mewujudkan warga negara Malaysia yang
cemerlang di mana sukatan pelajaran itu adalah penting dalam menyediakan pendidikan yang
adil dan saksama kepada semua masyarakat di Malaysia khususnya kanak kanak. Hal ini
kerana kanak-kanak yang membesar dengan kecacatan intelektual dan perkembangan diri
perlu diberi peluang sama seperti kanak-kanak lain untuk membesar dengan kesedaran
bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Di samping itu juga, peranan Bahasa
Malaysia adalah besar di Malaysia. Justeru itu, pendedahan mengenai Bahasa Malaysia
perlulah bermula daripada awal supaya mereka dapat berkomunikasi dengan orang lain di
seluruh pelusuk negara kita ini.
Akhir sekali ialah saya dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai Program
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2015) atau singkatannya ialah PPPM. Di sini saya
dapat mengenatahui mengenai objektif PPPM, matlamat PPPM, 3 Gelombang dalam PPPM, 11
anjakan dalam PPM, 3 Fasa dalam PPPM, 5 Aspirasi Pendidikan, 6 Aspirasi Murid dan
sebagainya. Tambahan pula, PPPM berhasrat mencapai lima keberhasilan bagi sistem
pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Di sini saya dapat melihat PPPM sebagai satu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk
pembangunan negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji
serta berkeperibadian tinggi dan dokumen penting ke arah bergerak ke hadapan menerusi
pendekatan secara inklusif dan komited melalui transformasi pembelajaran. Malahan pula,
PPPM ini lahir hasil idea proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan merupakan rangka
yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh serta mencakupi semua lapisan
masyarakat.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru yang berjaya, kita sewajarnya menguasai
kesemua aspek kefahaman dalam Bahasa Malaysia khususnya untuk meningkatkan lagi tahap
pengetahuan, aras komunikasi dan interaksi dengan murid serta memudahkan sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini juga mampu dalam menggurangkan kuantiti
sesetengah murid daripada tercicir di dalam kelas dan mampu menarik perhatian mereka dalam
mencapai objektif sebenar yang ingin guru kecapi. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini harus
dikuasai oleh guru-guru dahulu untuk mengajar kerana jika tiada ilmu tidak bergunalah sesuatu
itu dan ilmu pengetahuan tersebut adalah untuk membimbing murid untuk maju kehadapan dan
berjaya kelak agar menjadi warga negara Malaysia yang cemerlang.