You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PETRA JAYA, PADAWAN KUCHING, SARAWAK.

KERTAS KERJA :
KERTAS KERJA PROJEK MURAL DAN KECERIAAN SEKOLAH ANJURAN GURU
PELATIH INTERNSHIP SEKOLAH KEBANGSAAN PETRA JAYA

TARIKH :
23 HINGGA 25 JULAI 2014
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN PETRA JAYA

KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH

PISMP SEMESTER 8 / 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BATU LINTANG.








1. TAJUK:
Projek Keceriaan.
2. DIKEMUKAKAN OLEH:
Guru Pelatih PISMP Semester 8 PISMP PK JANUARI 2011
Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang
3. PENGENALAN:
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan.
Sekolah yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, di mana
sekolah yang mereka berada selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan
suasana ceria di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan
kawasan sekolah antaranya ialah ; aktiviti membuat mural, menghias persekitaran
sekolah, menceriakan bilik darjah dan sebagainya.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru pelatih telah bersepakat untuk
membuat mural yang bertemakan ciri bebas dalam kerja kali ini.
4. RASIONAL
Projek keceriaan sekolah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah
yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu
selaras dengan misi sekolah iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling
selamat,kondusif dan ceria.


5. OBJEKTIF
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
a. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber
perhatian terutamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah.
b. Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan / kenang-
kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.

6. ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih
dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengankurikulum atau
kokurikulum yang dijalankan di sekolah.
7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat : En Awang Idrus Bin Awang Ramlee
Pengerusi : Muhammad Naimullah Bin Mohd Khalid
Naib Pengerusi : Muhammad Firdaus Bin Md Fiah
Setiausaha : Muhammad Firdaus Bin Md Fiah
Reka Grafik : Muhammad Naimullah Bin Mohd Khalid





8. AKTIVITI
Berikut merupakan butiran projek yang akan dijalankan :
Tempat : dinding di sudut tangga bilik guru
Tarikh :14 hingga 18 JULAI 2014
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara
Unit/
Bilangan
Anggaran harga
seunit Jumlah

1
Cat
pelaka 6 RM 10.00 RM60.00

2
Berus
cat 6 RM 2.00 RM12.00

JUMLAH KESELURUHAN RM72.00

10. PENUTUP
Diharapkan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancer dan
berkesan. Semoga projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri
para pelajar disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama
dari semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :
.
(Shaliny A/P Panneir Selvam )
Setiausaha Projek 1,
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim


Disahkan oleh :

(En. Nor Izham b. Jaafar)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Taman Ria

...............................................
(Puan Eshah Bt Awg Talib)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Ria

You might also like