You are on page 1of 46

Falsafah Pendidikan Guru

(FPG)
Tujuan Pembentukan Falsafah
Pendidikan Guru
FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh
negara kita. Ia berbunyi seperti bawah:

guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negaraserta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara satu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisplin.
Analisis FPG dari cabang-cabang
falsafah dan elemen-elemen
terkandung.
Cabangan Flasafah Ciri- ciri FPG Analisis
Metafizik Menjamin
perkembangan
individu;
memelihara
masyarakat yang
bersatu padu,
progresif
demokratik dan
berdisiplin.
Peranan guru
sebagai agen
perubahan dalam
dunia pendidikan
yang didamik
realiti bidang
pendidikan.
Epistemologi Berpandangan
progresif dan
saintifik.
Ilmu sentiasa
berkembangan
lanjutan penemuan
baru dan inovasi;
tanggungjawab
guru memperoleh
ilmu baru agar
tidak ketinggalan
zaman.
Cabangan Falsafah Ciri-ciri FPG Analisis
Aksiologi Berperkerti mulia;
Menunjukkan
aspirasi negara;
Menyanjung warisa
kebudayaan
negara.
Guru sebagai role
moel dan teladan
yang baik -
bermoral beretika,
bersifat profesional
dan sebagainya.
Logik Berpandangan
progresif dan
saintifik.
Amalan penaakulan
logik
dalammenjalankan
tugasan profesional
dan rutin harian
pengajaran dan
pembelajaran;
Peningkatan diri
secara profesional
demi menjamin
mutu profesion
perguran dan
kualiti guru.
Elemen- elemen
FPG
Analisis
Berperketi mulia Sahsiah guru yang baik berbudi
bahasa, bersopan, berdispin, bermoral
dan sebagainya.
Berpandangan
progresif dan
saintifik
Berkembang mengikut peredaran zaman
yang kini memberi penekanan kepada
sains dan teknologi;
Berusaha agar tidak ketinggalan dari
segi profesional.
Bersedia
menjunjung aspirasi
negara
Menghayati aspirasi negara yang
dihasratkan;
Berusaha agar dapat menyumbang
secara maksimum ke arah pencapaian
aspirasi negara.
Elemen-elemen FPG Analisis
Serta menyanjung
warisan kebudayaan
negara
Menghayati warisan kebudayaan
negara yang unik;
Memupuk sifat bangga terhadap
kepelbagaian budayadi kalangan
murid;
Menyemai sifat patriotisme dan
cintakan negara.
Menjamin
perkembangan
individu
Perkembangan guru dari segi
perkembangan diri dan perkembangan
murid secara menyuluruh. (JERI)

Memelihara sautu
masyarakat yang
bersatu padu
demokratik, progresif
dan displin.
Tanggungjawab guru sebagai ahli
masyarakat yang menyumbang kepada
pembangunan masyarakat;
Berusaha agar masyarakat dapat
memenuhi aspirasi dan hasrat negara
yang ditetapkan.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara .
Pembentukan Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran (1979).
Laporan tersebut mengandungi isu-isu
penting berkaitan dengan pendidikan
termasuk prinsip, nilai dan hala tuju
pendidikan.
Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
(1979) mengesyorkan unsur-unsur yang harus
diberi penekanan dalam aspek pembangunan
kemanusiaan dari segi rohani, emosi, intelek
dan jasmani.

Pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
1. Faktor Agama.
Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara
Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama
Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas
dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-
agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-
faktor yang penting sebagai pertimbangan asas
dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
2. Faktor Sosial.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang
kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara
bergantung kepada amalan sikap toleransi,
bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu
sama lain. Sikap positif ini adalah amat penting
dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang
merupakan kriteria yang paling penting untuk
mewujudkan keadaan sosial yang stabil.
3. Faktor Politik
Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubah berlandaskan
kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam
dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan,
Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam
usaha membentuk idealogi negara, pengaruh politik
memainkan peranan penting dalam penentuan dasar
pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat
pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan
asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
4. Faktor Ekonomi.
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai
kemahiran dapat membantu negara
memperkembang ekonomi dengan
meningkatkan daya pengeluarannya. Cita-cita
memperkembangkan ekonomi Malaysia telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan
negara yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
5. Faktor Individu
Potensi Individu dapat dikembangkan melalui
proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani.
Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa
mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa
menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia
menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini
merupakan pernyataan utama dalam
kandungan FPK.
6. Faktor Sejagat
Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula
tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem
pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang
dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa
pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Faktor sejagat yang berkaitan dengan
pendangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan
antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi
sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman
antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian
pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan
seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.
Peranan Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
1.sebagai suluh yang memberi panduan dan
tuju arah kepada segala usaha
mengembangkan dan memajukan
pendidikan.
2.menjadi dasar dan pertimbangkan asas untuk
menentukan Matlamat Pendidikan Negara.
3.sebagai rujukan untuk membantu para
pendidik memahami sistem pendidikan
Negara.
4.sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa
mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan.
5.sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk
menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran
dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
6.sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan
daripada dasar pendidikan.
7.menghilangkan salah faham, keraguan atau
pertelingkahan dalam sebarang usaha
melaksanakan tugas ataupun aktiviti
pendidikan.
Unsur-unsur Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan dan
matlamat Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
1. Memperkembangkan potensi individu:
Potensi adalah bakat dan kebolehan yang
dimiliki oleh manusia sejak yang
dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini yang
merupakan anugerah Tuhan meliputi
aspek-aspek seperti intelek, rohani, emosi
dan jasmani seseorang individu. Potensi
ini harus diperkembangkan dan
dipertingkatkan secara berterusan melalui
proses pendidikan.
2. Menyeluruh dan bersepadu: Potensi yang
ada pada diri individu hendaklah
dikembangkan ke peringkat optimum
dengan cara mengintegrasikan bakat dan
kebolehannya yang saling berkait di antara
satu sama lain.
3. Insan yang seimbang dan harmonis: Matlamat ini
boleh dicapai apabila semua potensi yang ada
pada dirinya telah dikembangkan secara selaras,
menyeluruh dan harmonis. Seorang individu
yang seimbang dan harmonis adalah manusia
yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu,
menikmati keseimbangan dan kesejahteraan
dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan
harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia
menerima segala ujian dan cabaran hidup serta
sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah
yang dihadapi dengan fikiran yang tenang.
4. Unsur intelek: Ia merangkumi
unsur hikmah (ilmu yang
sebenar), daya pemikiran inovatif,
logikal, analitis dan ilmu yang
bermanfaat.


5. Unsur rohani dan emosi: Ia
merangkumi unsur-unsur seperti
keyakinan kepada Tuhan,
beragama, kemantapan jiwa,
penghayatan nilai-nilai murni dan
norma masyarakat, berbudi pekerti
yang mulia, semangat berbakti dan
berkorban untuk negara dan
bangsa.
6. Unsur jasmani: Ia mempunyai
ciri-ciri seperti kecergasan
fizikal dan kesihatan diri untuk
berdikari dan hidup secara
bermasyarakat.
7. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan:
Kepercayaan ini merupakan keyakinan
bahawa manusia dan alam sekitar tidak
terjadi secara sendiri tetapi ada
penciptaNya dan hukum-hukum alam
adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu,
manusia harus patuh kepada Tuhan
dengan memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam
usaha mentadbir dan memakmurkan
alamNya.
8. Rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan: Rakyat yang
memiliki sikap suka membaca,
cintakan ilmu pengetahuan
serta akan menggunakannya
untuk manfaat diri dan orang
lain.
9. Rakyat Malaysia yang
berketrampilan: Rakyat yang
mempunyai ilmu pengetahuan
dan kemahiran sentiasa rela
memberi sumbangannya demi
kemajuan negara. Mereka bukan
sahaja mampu melaksanakan
tugas dalam jangka masa yang
singkat tetapi juga cekap dan
sempurna.
10. Rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia: Rakyat yang
memiliki tingkah laku yang
bersopan santun, berdisiplin
dan bersepadu serta
mengamalkannya dalam
kehidupan harian.
11. Rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab: Rakyat yang
mempunyai tanggungjawab yang
tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan
negara, dan melaksanakan
tugasnya dengan cekap, bersih
dan amanah.
12. Rakyat Malaysia yang
berkeupayaan menikmati
kesejahteraan diri: Melalui
perkembangan potensi individu
secara menyeluruh, rakyat akan
dapat memiliki jiwa yang
tenteram untuk memahami
keperluannya sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.
13. Rakyat Malaysia yang
memberi sumbangan: Melalui
latihan, rakyat boleh
menggunakan tenaganya yang
mahir, produktif dan inovatif
untuk mempertingkatkan daya
pengeluar ke arah
pembangunan negara.
14. Keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara: Peringkat keharmonian ini
boleh dicapai dengan mengamalkan sikap
toleransi, bekerjasama, hormat-
menghormati serta memupuk perpaduan
di antara kaum. Suasana keharmonian
yang tenteram dan stabil akan menjamin
perkembangan ekonomi dan kemajuan di
dalam semua bidang kehidupan dan
seterusnya muncul keadaan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Analisis Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
merujuk kepada cabang-
cabang falsafah
Cabang
Falsafah
Ciri-ciri Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
Implikasi
Metafizik Menyeluruh dan
bersepadu.
Maksudnya: badan
ilmu sejagat yang
harus diajar oleh guru
dan dipelajari oleh
murid.
Potensi dan
kebolehan individu
penting untuk
berkembang secara
menyeluruh dan
bersepadu.
Epistemologi Usaha yang berterusan.
Maksudnya: ilmu
senantiasa berubah;
tiada ilmu mutlak.
Penyesuaian diri
mengikut peredaran
zaman dan
perkembangan semasa
amat penting, misalnya
teknologi maklumat (ICT),
k-ekonomi dan
sebagainya.
Perubahan ilmu akan
menggalakkan
perkembangan
pengetahuan dan
kemahiran diri.
Penekanaan kepada
pembelajaran sepanjang
hayat.
Cabang
Falsafah
Ciri-ciri Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Implikasi
Cabang
Falsafah
Ciri-ciri Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Implikasi
Aksiologi i.Kepercayaan dan
kepatuhan
kepada Tuhan.
Maksudnya: unsur
kewujudan, peranan
agama.

ii.Berakhlak mulia dan
bertanggungjawab.
Maksudnya: peranan nilai
moral, etika dan sahsiah.
Peranan hubungan
mendatar (individu dengan
orang lain, individu
dengan alam sekeliling)
Penerimaan Tuhan
sebagai Pencipta yang
Maha Esa
Kepentingan pengajaran
agama dan moral.
Fokus kepada pembinaan
insan.
Penekanan kepada
perkembangan sahsiah.
Cabang
Falsafah
Ciri-ciri Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
Implikasi
Logik Berketerampilan.
Maksudnya:
kepentingan
penaakulan sah dan
tidak sah.
Keperluan prosedur
kerja yang sistematik
dan betul.
Pemupukan
kompetensi diri
(kelayakan akademik,
kelayakan ikhtisas,
pengalaman yang
luas)
Implikasi Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan terhadap
sistem pendidikan
negara.
1. Implikasi terhadap kurikulum:
Perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program bersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran yang
mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan
dalam semua mata pelajaran.
Perubahan program pendidikan yang
berorientasikan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis.
Perubahan dalam sistem pendidikan yang
berorientasikan ke arah pendidikan
umum.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai
untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi.
2.Implikasi terhadap pendidik
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri
dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan
tujuan dan cita FPN.
Perubahan profesional dengan mengubah
strategi dan teknik pengajarannya yang
sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan serta
berakhlak mulia.
3. Implikasi terhadap institusi
pendidikan:
Perubahan kemudahan-kemudahan
supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari
segi intelek, rohani, emosi, sosial dan
jasmani, secara menyeluruh dan
seimbang .
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang
kondusif untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
mencintai ilmu dan seterusnya
membentuk budaya membaca di
kalangan mereka.

You might also like