You are on page 1of 1

Misteri di Segitiga Bermuda

Soalan:
Kejadian misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda di Lautan Pasifik masih tida
k dapat dijelaskan sehingga hari ini. Berbagai andaian dibuat oleh saintis barat
namun ianya masih mengelirukan, justeru itu apakah pandangan Islam mengenai
hal ini. Bagaimana dengan catitan tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang terkenal pada
masa dahulu mengenai hal ini?
Mat, Hulu Langat
Jawapan:
Boleh dikatakan tidak ada di kalangan ulamak yang membahaskan tentang traged
i yang berlaku di kawasan Segitiga Bermuda dan tidak ada seorangpun yang mengeta
hi tentang makhluk yang menghuni di situ. Walau bagaimanapun ada juga di kalanga
n penulis Islam dari Mesir di masa kini yang berpendapat Segitiga Bermuda adalah
kawasan penempatan jin dan di situlah juga kawasan penempatan Dajjal yang akan
keluar di akhir zaman yang pernah dilihat oleh seorang sahabat nabi bernama Tami
mul Dari.
Ini adalah andaian dari beliau sahaja tanpa bukti-bukti yang konkrit. Yang w
ajib kita percayai ialah adanya makhluk yang bernama jin dan kawasan penempatann
ya ialah di pulau-pulau di tengah lautan yang kemungkinannya termasuklah kawasan
Segitiga Bermuda. Kita juga wajib mempercayai yang Dajjal akan keluar di akhir
zaman dan mengganas di dunia ini. Bagaimanapun di mana kawasan Dajjal itu tingga
l secara tepat sekarang tidak diketahui.

You might also like