You are on page 1of 4

Info

Info
RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG
PERIA
MASAK ASAM
Bahan-bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil dihiris
2 biji peria katak dipotong
nipis
2 sudu besar ikan bilis
dibersihkan
sudu teh serbuk lada hitam
sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
- Masak kesemua bahan
sehingga pekat.
- Kacau rata dan kecilkan api.
Tunggu sehingga naik bau.
- Angkat dan hidangkan.
Pengambilan peria dapat
membantu ibu dalam pantang
yang mengalami kesukaran
membuang air besar, disamping
menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih
dan melancarkan peredaran darah
dalam tubuh jika diamalkan.
Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga
diminum sebagai jamu terutamanya
bagi ibu selepas bersalin.
AYAM MASAK KERING
Bahan-bahan:
200 ml air
3 5 helai daun pegaga
dihiris
3 ulas bawang kecil dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia dimayang halus
sudu teh serbuk lada hitam
sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
- Masak kesemua bahan dan
kacau rata sehingga mendidih.
- Perlahankan api dan tunggu
sehingga kuah pekat atau
kering (mengikut suka).
- Hidangkan ketika masih
panas.
Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan
mencuci darah. Dimakan bersama nasi
sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu
mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman.
SUP AYAM
Bahan-bahan:
250 ml air
2 ketul ayam
sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari dimayang
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
- Rebus kesemua bahan.
- Tambah air jika tidak mencukupi.
- Biarkan ia mendidih hingga
tinggal sedikit kuahnya.
- Angkat dan hidangkan.
PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan:
1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang
halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk
halus
1 sudu makan lada hitam -
ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
- Masukkan semua bahan kecuali
peria ke dalam kuali. Jerangkan.
- Kacau sekali-sekala hingga
mendidih.
- Masukkan peria dan masak lagi
hingga empuk.
- Masakan hendaklah dikacau
selalu bila bertambah pekat dan
kering.
Info
Penggunaan lada
hitam bertujuan
untuk memanaskan
badan Boleh diambil
oleh ibu yang
bersalin secara
pembedahan tetapi
seeloknya dalam
kuantiti yang sedikit.
RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG
AYAM LADA HITAM
Bahan-bahan:
3 ketul ayam
1 labu bawang putih - hiris halus
2 inci halia - hiris halus
3 sudu lada hitam - ditumbuk
minyak untuk tumis
Cara menyediakan:
- Tumis semua bahan kecuali ayam
- Bila naik bau masukkan ayam
dan sedikit air.
- Bagi ayam empuk, rasa garam
dan gula.
- Siap dihidang makan dengan
nasi panas.
DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang
halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam -
ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
- Daging dihiris nipis dan
dibersihkan.
- Panaskan minyak jagung. Goreng
daging hingga agak garing.
Angkat.
- Masukkan bawang besar dan
bawang putih ke dalam baki
minyak gorengan tadi. Kacau
hingga wangi.
- Kemudian masukkan semula
daging, kicap, lada hitam dan
garam. Kacau rata-rata kemudian
angkat. Hidangkan.
RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG
Ulam
Pegaga
Pegaga merupakan sejenis ulaman
popular di kalangan ibu berpantang
terutamanya dalam menambahkan selera
makan kerana daunnya yang wangi.
Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk
merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga
juga dapat mengatasi masalah seperti
kemurungan yang mungkin disebabkan oleh
masalah fzikal selepas bersalin.
Resepi Ikan bilis
1. ikan bilis + cili merah ditumbuk dan
digaul dengan nasi panas.
2. ikan bilis + halia (dipotong halus)
+ lada hitam (ditumbuk) + kunyit
(dipotong halus) disangai atas kuali
sampai kering.
Ikan
Tenggiri
Masak Halia
1. Tumis dengan sedikit minyak:
- 2 ulas bawang merah ditumbuk
- 6 ulas bawang putih dihiris
- seketul kunyit dihiris memanjang
- seketul halia dihiris memanjang
2. Masukkan sedikit air hingga
mendidih dan masukkan 2 ketul ikan
tenggiri.
(Boleh digantikan dengan ikan lain
yang boleh diambil ketika berpantang).
RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG
Sawi Tumis Air
1. Tumis dengan sedikit minyak:
Kiub ikan bilis @ ikan bilis
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan sedikit air hingga
mendidih dan masukkan sawi yang
telah dipotong.
(Boleh menggantikan sawi dengan
lobak putih atau sayur lain yang
boleh diambil ketika berpantang).
Kucai
Goreng Kicap
1. Tumis dengan sedikit minyak:
- Kiub ikan bilis @ ikan bilis
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah ditumbuk.
2. Masukkan kucai dan kicap.
(Boleh digantikan dengan sayur lain
yang boleh diambil ketika berpantang)

You might also like