You are on page 1of 6

PERLAKSANAAN MS ISO 9001 : 2008 BUKAN SATU KEPERLUAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

Dunia hari ini semakin mencabar. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kebanyakan negara untuk mecapai
status negara maju. Setiap negara berlumba-lumba mahu mencetak nama sebagai negara moden
seiiring teknologi dan tata kelola mengikut piawaian antarabangsa. Tidak hairanlah kebanyakan negara
mula mengaplikasikan MS ISO 9001 : 2008 dalam sistem pengurusan mereka. Tata kelola yang baik dan
bersistematik dan mengikut piawaian antarabangsa menjadi contoh buat negara-negara membangun
seperti Malaysia. Tanpa pengurusan yang baik, negara tidak akan maju dan berdaya saing atau
diistilahkan sebagai negara mundur.

Kerajaan telah membuat keputusan supaya MS ISO 9000 dilaksanakan di semua gensi melalui Pekelililing
Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996 bertajuk Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS
ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam, bertarikh 11 Julai 1996. Pada ketika itu, pelaksanaan MS ISO
9000 adalah berasaskan salah satu pensijilan MS ISO 9001, MS ISO 9002 atau MS ISO 9003 versi 1994.

Selaras dengan penambahbaikan standard oleh International Organisation For Standardization (ISO)
pada tahun 2000, Agensi-agensi Sektor Awam Malaysia telah diminta untuk beralih kepada pensijilan MS
ISO 9001:2008. Arahan peralihan telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam (SPKPA) Bil. 2 Tahun 2002 bertajuk Garis Panduan Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam
Perkhidmatan Awam, bertarikh 16 Disember 2002.

Pada bulan Oktober 2008, ISO telah mengeluarkan Standard ISO 9001:2008 yang merupakan
penambahbaikan kepada standard ISO 9001:2000. Penambahbaikan ini meliputi penerangan dan
penjelasan yang lebih terperinci terhadap beberapa keperluan standard tertentu. Berikutan itu, Jabatan
Standard Malaysia telah mengeluarkan Standard MS ISO 9001:2008 untuk diterima pakai oleh semua
organisasi di Malaysia termasuk agensi-agensi Sektor Awam.

Selaras dengan pengeluaran standard ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2008, semua pensijilan
berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun 2010. Oleh itu, Agensi-agensi Sektor Awam
Malaysia diminta untuk mengambil salah satu tindakan berikut iaitu bagi agensi yang telah mendapat
pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2008
selewat-lewatnya pada akhir tahun 2010 bagi mengekalkan status pensijilan ISO. Tindakan kedua ialah
bagi agensi yang belum mendapat pensijilan MS ISO 9000:2000, agensi berkenaan dikehendaki untuk
terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008; dan tindakan terakhir ialah bagi
agensi yang sedang dalam tindakan tapi masih belum mendapat pensijilan MS ISO 9000:2000, agensi
berkenaan dikehendaki untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008.

Menjadi tanda tanya pada kita, apakah yang dimaksudkan ISO, MS ISO 9001:2008 dan berkenaan
dengan pensijilan standard?. Berikut merupakan kupasan bagi definisi-definisi yang digunakan dalam
pensijilan standard. Definisi kualiti di bawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti
(produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang
tersirat.

ISO yang bermaksud equal ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organization
for standardization (IOS). International Organization for standardization adalah sebuah pertubuhan
bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. ISO 9001
merupakan piawaian antarabangsa di bidang sistem pengurusan mutu. Suatu lembaga/pertubuhan yang
telah mendapatkan pentauliahan (pengakuan dari pihak lain yang bebas) ISO tersebut, dapat dikatakan
telah memenuhi persyaratan antarabangsa dalam hal pengurusan penjaminan mutu
produk/perkhidmatan yang dihasilkannya. Seperti piawaian ISO lain, piawaian ini perlu diperbaharui
secara berkala.

Maksud MS ISO 9001:2008 pula ialah satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan
keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti. Ia juga merupakan sistem kerja yang terancang
berasaskan keperluan piawaian antarabangsa dan sistem kerja yang terancang, akan mempunyai proses-
proses yang dikenalpasti, proses-proses tersebut didokumenkan, dilaksanakan dan dikawal. Sistem
tersebut akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang konsisten kualitinya. Sistem kerja yang
terancang di mana proses-proses dikawal bagi menghasilkan perkhidmatan yang konsisten kualitinya, ini
lebih dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti; dan MS ISO 9000 akan hanya dikenali selepas Sistem
Pengurusan Kualiti itu diberi pengiktirafan pensijilan.

Kenapa pensijilan MS ISO 9001: 2008 harus dilakukan? Hal ini kerana pensijilan ini memberi penekanan
terhadap pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku. Ia juga merupakan kajian
semula yang berterusan keatas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan pembetulan;. Selain
itu ianya mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap
kali; dan mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakah yang telah
dilaksanakan.

Setiap ISO samaada ISO 9000 dan 9001 mempunyai perbezaan. Istilah ISO 9000 menerangkan tentang
seluruh keluarga piawaian yang berhubung dengan pembangunan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian
dan cara mengekalkan sistem pengurusan kualiti. Menurut Bob Tvrdik dari Pusat Penyelidikan
Perindustrian dan Perkhidmatan, Universiti Iowa, walaupun tidak semua syarikat-syarikat mengumpul
statistik mengenai manfaat mengurangkan kos disebabkan oleh pengeluaran berkualiti rendah, mereka
mendapati bahawa keuntungan boleh bertambah tanpa sebarang kenaikan dalam jualan apabila mereka
mengawal proses melalui pemakaian sistem pengurusan kualiti ISO 9000. Ia merujuk kepada satu
piawaian tunggal dalam keluarga standard. Dengan kata lain, istilah ini merujuk kepada kaedah dalam
mendokumentasikan sesuatu kerja mengikut konsep yang digunakan oleh ISO dalam standard sistem
pengurusan kualiti; membentangkan dan menyediakan sumber rujukan bagi dokumen-dokumen lain
dalam keluarga 9000 serta menyatakan keperluan khusus dalam pendaftaran dan usaha mematuhi
kehendak piawaian. Sebagai contoh, ISO 9000 menjelaskan standard yang dibangunkan dalam ISO 9001
dan ISO 9004 adalah berdasarkan kepada lapan prinsip pengurusan kualiti yang khusus direka untuk
meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan melalui budaya pengamalan syarikat memberi tumpuan
kepada kawalan kualiti.

ISO 9001 mengandungi keperluan tertentu untuk mencipta, memasang dan mengaktifkan Pengurusan
Kualiti (SPK) yang memenuhi standard ISO. Sebelum ini ISO 9001 dimasukkan bersama dalam keluarga
ISO 9002 dan 9003, akan tetapi piawaian tersebut telah menjadi usang apabila ISO 9001 standard telah
dikemaskini bagi tahun 2000. Sebelum tarikh itu, ISO 9002 diberikan piawaian pengurusan kualiti untuk
pengeluaran dan pemasangan, manakala ISO 9003 meliputi garis panduan ujian dan proses
pemeriksaan. Sejak tahun 2000, semua syarikat yang mematuhi ISO 9000 perlu memenuhi keperluan
ISO 9001. Usaha mereka mesti diperiksa dan diluluskan oleh juruaudit bebas untuk menerima pensijilan
pematuhan dengan piawaian ini. Persijilan dan pematuhan tanpanya akan kekal percuma walaupun
syarikat-syarikat besar dan kerajaan sering memerlukan ia vendor mereka.

Walaupun banyak kelebihan yang berkaitan dengan ISO 9001, akan tetapi pemilik perniagaan dan
perunding memberi amaran kepada syarikat-syarikat untuk menyelidik dahulu proses pensijilan yang
ketat sebelum melakukan usaha-usaha kearahnya. Berikut adalah beberapa halangan yang berpotensi
untuk usahawan mengkaji sebelum membuat inisiatif untuk mendapatkan pensijilan ISO 9001. Halangan
yang pertama ialah pemilik dan pengurus tidak mempunyai kefahaman yang mencukupi tentang proses
pensijilan atau piawaian kualiti ISO 9001.Sesetengah pemilik perniagaan telah dikenali mengarahkan
sumber syarikat mereka didaftarkan ISO 9000 , hanya melalui pemahaman mereka yang tidak lengkap
tentang proses dan keperluan dan ianya membuang masa serta usaha yang sia-sia.

Halangan kedua ialah kos untuk mewujudkan sistem kualiti yang terlalu mahal. Pengkritik ISO 9001
menegaskan bahawa kos pensijilan boleh menjadi satu proses yang sangat mahal, terutamanya bagi
firma-firma yang lebih kecil. Malah, menurut satu kajian tentang Sistem Kualiti pada tahun 1996 , purata
kos pensijilan ISO bagi firma kecil (mereka yang mendapat keuntungan kurang daripada RM 11 juta pada
jualan tahunan) adalah RM 71, 000. Halangan yang ketiga ialah penekanan serius pada dokumentasi.
Proses pensijilan ISO 9001 bergantung kepada dokumentasi prosedur operasi dalaman dalam banyak
bidang, dan sesetengah pengusaha menyatakan, "Ramai mengatakan keperluan dokumentasi ISO
menelan masa yang lama. Malah, terdapat cerita yang menakutkan tentang syarikat-syarikat kehilangan
perniagaan besar kerana menjadi obses dan memberi keutamaan penuh mendokumentasikan ISO.
"Menurut Majalah Bussines Nation, pengusaha kecil perlu mencari keseimbangan yang sesuai antara
keperluan dokumentasi ISO, yang diakui "adalah salah satu mercu tanda ISO 9000 ini," dan menghadiri
untuk perniagaan asas untuk menjalankan syarikat. Berilah keseimbangan antara keutamaan menulis
setiap tugas pekerja, memberikan latihan untuk kerja-kerja, dan membiarkan akal menentukan
bagaimana tugas yang hendak dilaksanakan.
Sektor pengurusan sekolah juga terkena tempias yang sama. Hal ini kerana kawajaran MS ISO 9001:2008
boleh dipertikai kerana beberapa sebab. Antara ketidakwajaran perlaksanaan MS ISO di sekolah-sekolah
ialah kekurangan staf atau pegawai yang diperlukan bagi memenuhi kriteria ISO yang telah ditetapkan.
Kita sedia maklum, kerajaan mengalami masalah dengan kekurangan staf dan pekerja dan ini mencakupi
tentang hal guru-guru yang terlatih, pekerja yang mahir untuk memenuhi keperluan sesebuah sekolah.
Ini dapat dilihat apabila terkadang seorang guru memegang pelbagai subjek yang asalnya bukan teras
dan tidak menepati kelayakan guru tersebut. Namun, dek kerana kekurangan guru, mereka terpaksa
memikul amanah dan mengambil tugas mengajar subjek yang bukan asalnya ditugaskan untuk mereka
sebelum ini. Terkadang ada juga diantara para guru yang diberikan tugas yang tidak sepatutnya.

Hal ini membawa kepada masalah yang meruncing para guru apabila guru-guru disibukkan dengan
pelbagai kerja dan ianya sekaligus menjejaskan kualiti dalam pengajaran bagi semua subjek yang diambil
guru tersebut. Natijahnya, pelajar tidak akan pencapai keputusan yang memberangsangkan andai guru-
guru dibebani tugasan mengajar di luar kemampuan mereka bahana dari kekurangan guru dan
kakitangan sekolah. Apabila hal ini berlaku, sekaligus menipiskan lagi peluang untuk pihak sekolah
mecapai standard ISO tersebut.

Selain itu, sekolah juga menghadapi krisis prasarana yang tidak mencukupi. Ini dapat diterjemahkan
dengan pencapaian sekolah luar bandar berbanding sekolah di bandar dimana kita dapat melihat
sekolah yang mempunyai prasarana yang berteknologi tinggi dan berinteraktif dapat menimbulkan
minat khususnya generasi Y yang mahukan corak pembelajaran terkini. Berbeza dengan sekolah luar
bandar yang tidak mempunyai kelengkapan untuk Pengajaran Dan Pembelajaran yang bersistematik
akan menyebabkan pelajar tidak bersemangat dengan sesi persekolahan. Mereka tidak didedahkan
dengan Teknologi Maklumat yang menyumbang kepada pelajar celik IT dan juga tidak didedahkan
dengan sistem pembelajaran berinformasi yang sering di laungkan kementerian. Dengan hal yang
sedemikian membenarkan lagi hujah bahawa keciciran pelajar dan jarak antara pelajar luar bandar dan
di bandar semakin melebar disebabkan kekurangan prasarana yang mencukupi. Ini sekaligus
mecacatkan proses pengauditan dan perlaksanaan ISO pada sekolah-sekolah.

Urus tadbir sesuatu organisasi yang mapan dan teratur adalah bergantung pada modal insan yang
bermutu. Modal Insan yang Bermutu disini diistilahkan sebagai pekerja yang kreatif, berdaya saing,
mampu menterjemahkan arahan kepada perlaksanaan yang bersistematik, dan juga memberikan
terbaik dalam setiap aspek kerja dalam bidang dan diluar bidangnya. Insan yang bermutu sebegini
seharusnya diberikan hak dan dihargai dengan memberikan gaji yang setimpal atas usaha mereka.
Kegagalan mereka menjadi pekerja yang bermutu adakalanya disebabkan penghargaan dan
penganugerahan yang tidak setimpal atas jerih keringat yang mereka usahakan. Kita ambil contoh yang
mudah, seorang anak akan termotivasi dan akan memberikan 200% konsentrasi dan kesungguhannya
apabila ibu bapa memberikan hadiah jika lulu dengan cemerlang dalam peperiksaan. Begitu juga pekerja
dan kakitangan sekolah. Mereka juga mengharapkan imbuhan dan gaji dibayar setimpal sebagai
penghargaan atas usaha mereka. Secara tidak langsung menjadikan mereka kakitangan yang berkualiti
dan kreatif untuk memastikan perlaksanaan ISO menjadi kenyataan. Ironinya jika pihak pengurusan dan
kementerian atau jabatan meneliti akan hal ini, pastilah tidak kedengaran keluhan kakitangan akan gaji
mereka dan sebagainya.

Dengan beberapa poin yang telah dibentangkan sebelum ini, maka jelaslah bahawa perlaksanaan MS
ISO 9001:2008 di sekolah perlu dikaji semula. Hal ini kerana realiti pengurusan sekolah di Malaysia masih
perlu diperbaiki dan dikemaskini. Segala bentuk perancangan perlulah diselidiki dan ditapis terlebih
dahulu. Lakukan bancian dan ujian keberkesanan pengurusan kualiti ke atas sekolah-sekolah di bandar
dan di di luar bandar kerana setiap unsur ketidakcekapan dalam pengurusan sekolah untuk kedua-dua
kategori sekolah tersebut akan memberi tempias yang sangat besar kepada pembangunan pelajar itu
sendiri. Jurang yang melebar di antara sekolah bandar mahupun di luar bandar haruslah dikecilkan
seterusnya menjadikan sifar masalah di sekolah-sekolah luar bandar.

Kerajaan dan jabatan-jabatan yang menyelia sekolah-sekolah mestilah mencari inisiatif yang bersepadu
bagi menangani isu-isu berbangkit. Segala unsur ketirisan dalam menyampaian dana dan kebajikan
kepada sekolah merupakan satu sikap tidak jujur dan kurang profesinalisma dalam memikul amanah
memperkasakan sektor pendidikan dan pelajaran di bumi bertuah Malaysia ini. Bagaimana sebuah
institusi kerajaan dan jabatan mahu melahirkan sekolah-sekolah yang berkualiti andai disana masih ada
anasir-anasir jahat yang mahu merosakkan institusi tersebut dengan sikap endah tak endah dan
memandang enteng seruan kerajaan agar menjadi institusi serta produk keluaran institusi itu berkualiti
dan mencapai piawaan standard antarabangsa? Semestinya, hal ini tidak akan berlaku sekelip mata
kerana ia memerlukan kerjasama semua pihak tanpa menuding jari kepada sesiapapun samaada
pimpinan kerajaan, jabatan mahupun pengurusan sekolah. Andai semua perkara dan masalah diatasi
dengan cara yang betul lagi benar, maka produk yang terhasil dari kerjasama yang utuh akan melahirkan
sekolah-sekolah yang bermutu dan pelajar-pelajar yang berkaliber seterusnya akan menjadi pemimpin
berkualiti suatu hari nanti.

Saya gulung hujah saya dengan menyatakan bahawa PERLAKSANAAN MS ISO 9001 : 2008; BUKU SATU
KEPERLUAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH. Ruang-ruang yang kosong dan rompong haruslah ditampal
atau dibaiki segera agar tiada lagi keluh-kesah serta kecacatan sebelum memulakan perlaksanaan MS
ISO 9001 : 2008 tersebut. Kita haruslah bekerjasama dan bersatu dalam seperti bak kata pepatah
Melayu , Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh untuk memastikan perlaksanaan MS ISO 9001:2008
releven untuk diaplikasikan pada pengurusan sekolah.






RUJUKAN
1- Pekeliling MAMPU BTSA.607-1/1(68) bertajuk Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 Dalam
Sektor Awam, bertarikh 1 Januari 2010
2- http://ms.wikipedia.org/wiki/ISO_9001
3- http://science.upm.edu.my/warga/?page_id=2901
4- www.referenceforbusiness.com/small/Inc-Mail/ISO-9000.html
5- http://www.ehow.com/info_7829248_differences-iso-9000-9001-9002.html
6- http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/pengenalan-ms-iso-90012008.html

You might also like