You are on page 1of 1

KENYATAAN AKHBAR

Projek Cocoasafe: Capacity Building and Knowledge Sharing in SPS in Cocoa in


South East Asia adalah satu projek usahasama diantara ICCO, CABI, ICCRI dan
LKM.

Projek ini adalah untuk memastikan pengeluaran dan perniagaan koko
memenuhi piawaian keselamatan makanan dan piawaian SPS antarabangsa.
Projek ini termasuk (i) memperbaiki kualiti koko melalui pembangunan kapasiti
dalam SPS, (ii) mempromosi dan sebagai fasilitator perkongsian maklumat di
antara kumpulan stakeholder, dan (iii) meningkatkan kesedaran di antara
stakeholder koko di keseluruhan rantaian pembekal termasuk yang di luar
jangkauan berkaitan langsung dengan keselamatan makanan. Stakeholder yang
dimaksudkan ialah pekebun kecil, agen-agro, pemproses dan pengeksport, serta
melibatkan agensi tempatan yang bertanggung-jawab dalam penyelidikan
berkaitan koko dan isu SPS.

Salah satu aktiviti projek CocoaSafe ini adalah Training Of Master Facilitators
(TOMF) yang akan diadakan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Hilir
Perak, pada 7-17 April 2014. Kursus ini adalah untuk memberi latihan kepada
tenaga pengajar/fasilitator yang terdiri daripada pegawai penyelidik dan
pegawai pengembangan di Malaysia. Tenaga pengajar/fasilitator berkenaan akan
seterusnya dilantik untuk memberi latihan kepada para petani dan wakil
industri koko. Kursus TOMF ini akan dihadiri oleh kira-kira 28 orang peserta
yang terdiri daripada pegawai LKM, pegawai Jabatan Pertanian dan pegawai
Jabatan Kuarantin Malaysia. Fasilitator TOMF terdiri daripada wakil CABI (UK,
Indonesia, Malaysia), Croplife, Rubberex, Sykt Jun Chong Sdn Bhd, Samurai
Agritech system dan pegawai penyelidik LKM.


Nota:
ICCO= International Cocoa Organization
ICCRI= Indonesian Coffee and Cocoa Research Institute
SPS= Sanitary and Phytosanitary Standards
LKM= Lembaga Koko Malaysia
CABI=Commonwealth Agricultural Bureau International

Sebarang Pertanyaan Sila Rujuk:
Unit Perhubungan Awam
Lembaga Koko Malaysia
Tel: (088) 234 477
Fax: (088) 253037

You might also like