You are on page 1of 10

MASALAH KERJA DAN KEPERLUAN LATIHAN DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA: SATU

KAJIAN MENGENAI KEBERKESANAN FUNGSI DAN MATLAMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER


MANUSIA, BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (BPR).

1. Pengenalan dan Latarbelakang Kajian

Pembangunan Sumber Manusia merupakan aset terpenting kepada sesuatu organisasi dan
negara umumnya dan hangat diperbincangkan di dekad ini. Pelbagai langkah penyelesaian
telah di ambil baik untuk jangkamasa pendek mahupun jangka panjang seperti pengambilan
tenaga-tenaga buruh asing, peningkatan had kerja lebih masa, libatkan tenaga wanita,
pertubuhan universiti-universiti oleh kerajaan dan badan korporat seperti TELEKOM, Tenaga
Nasional Berhad, Petronas dan pelbagai langkah lagi. Dasar kerajaan adalah untuk menarik
dan mengekalkan anggota yang terbaik dan bermotivasi di dalam perkhidmatan awam. Ini
penting kerana perkhidmatan awam berfungsi dalam persekitaran yang dinamik dan
mencabar. Cabaran dan perubahan yang memberi implikasi kepada perkhidmatan awam
termasuk cabaran globalisasi dan liberalisasi, convergance dalam bidang IT, telekomunikasi
dan multimedia peralihan kepada knowledge economy, tumpuan kepada memperluaskan
konsep governance, ekspektasi stakeholder dan pelanggan yang tinggi dan tekanan
berterusan kepada anggota perkhidmatan awam untuk memberi perkhidmatan yang tinggi.
Sebagai respon kepada cabaran-cabaran ini, BPR telah mewujudkan Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia yang berperanan mengurus perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan
sumber manusia terutama keperluan latihan bagi menyokong dan memudahkan pelaksanaan
ke arah mencapai visi dan misi BPR secara umumnya. Ini adalah selaras dengan keperluan
perkkhidmatan awam yang mengkehendaki anggota yang professional dan kompoten yang
berdaya saing, daya tahan dan daya maju, berfikiran strategic dan global serta mampu
bertindak dalam apa jua situasi.

Keperluan latihan merupakan satu proses pembelajaran yang disusun untuk merubah sikap,
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi pekerja dapat dipertingkatkan.
Pelbagai masalah berlaku dalam BPR berhubung dengan sumber manusia memerlukan
penyelesaian di mana fungsi utama latihan adalah untuk cuba mengatasinya. Kebanyakan
organisasi merasakan bahawa latihan dapat mengubati segala penyakit dalam organisasi
sehingga tidak jelas tentang mengapa sesebuah organisasi melaksanakan sesuatu program
latihan dan faedah yang bakal diperolehi dari aktiviti tersebut (Ibrahim Mamat, 1996).
Keperluan organisasi terhadap sumber manusia dapat dilihat sebagai untuk mencapai objektif
bagi meningkatkan produktiviti, kualiti keuntungan sekaligus kos yang optima. Selain itu,
sebagai anjakan paradigma menerusi kepentingan kepada hasil kerja yang berkualiti pekerja,
lebih telus dan mampu memanifestasikan misi, objektif dan sasaran oraganisasi.

Signifikan pengurusan sumber manusia kepada organisasi antaranya;

i) Sumber manusia merupakan sumber penting kepada organisasi kerana keupayaan teknologi
adalah terhad.

ii) Dapat mengurus dan mengendalikan pekerja dengan lebih berkesan untuk membantu
organisasi mencapai kelebihan bersaing.

iii) Memainkan peranan utama mengenalpasti masalah sumber manusia sesebuah firma dan
membekalkan penyelesaian kepada firma tersebut.

vi) Mempengaruhi dan meningkatkan komitmen pekerja disamping memotivasikan mereka dan
dapat meningkatkan prestasi organisasi melalui peningkatan produktiviti tenaga kerja.

v) Strategi pengurusan sumber manusia menggambarkan strategi organisasi berkenaan
pekerja, keuntungan dan keberkesanan secara keseluruhan aktiviti dan juga program
pengurusan.

vi) Sumber manusia yang berkesan akan dapat menjamin keberkesanan organisasi dan
seterusnya membantu organisasi mencapai kelebihan bersaing.

Sumber manusia perlu diurus dengan baik oleh organisasi bagi membantu organisasi mencapai
matlamat/objektif dan misi. Selain untuk menyampaikan dasar pengurusan sumber manusia
kepada semua pekerja, pengurusan yang baik akan dapat membantu mengekalkan
tanggungjawab sosial dan dasar etika dan sekaligus dapat membekalkan organisasi dengan
pekerja yang terlatih dan bermotivasi. Perubahan yang semakin pesat dewasa ini,
membuatkan para pengurus lebih menyedari kemestian untuk menghadapi kenyataan bahawa
pembangunan yang pesat membawa maksud mereka mesti sentiasa peka terhadap
persekitaran di luar organisasi untuk terus wujud. Oleh kerana itu, pengurusan sumber
manusia dibuat dengan bertujuan untuk memastikan bahawa manusia yang diambil bekerja
oleh sesebuah organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan juga berupaya menjadi
penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

2. Pernyataan Masalah

Dalam memenuhi kewajipan sejagat untuk memastikan pengurusan pencegahan rasuah secara
berkekalan, BPR memerlukan kakitangannya yang flexible dan adaptable, responsive dan
proaktif. Dengan peningkatan kes rasuah, kesalahan tatatartib dan salah laku, keperluan lebih
ramai pekerja berilmu, iaitu mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran (multiskills) dan
berketrampilan untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu isu amatlah ketara dan
signifikan. Mereka perlu berupaya menggunakan daya pemikiran yang lebih berbanding
kekuatan fizikal. Justeru semua ini perlu ditangani melalui halacara baru iaiatu menerusi
penerapan konsep reinventing government dan pelbagai tindakan melalui pembangunan
sumber manusia di kalangan semua lapisan kakitangan.

Gilbreths (1868-1924) berpendapat bahawa setiap pekerja, selain menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya, juga akan melatih pekerja-pekerja lain supaya pekerja yang dilatih itu
akan dapat menggantikan pekerja lama yang mungkin akan berpindah ke tempat lain atau
dinaikkan pangkat suatu ketika nanti.

Organisasi berperanan dalam memberikan latihan kepada pekerja untuk memberi peluang
kepada para pekerja membangunkan kemahiran bekerja, pengalaman dan pengetahuan yang
mereka perlukan untuk melaksanakan kerja atau meningkatkan prestasi kerja mereka. Latihan
yang biasanya diperlukan untuk pekerja adalah latihan dalaman untuk menambahkan
pengetahuan teroritikal, memberikan pendidikan, kemahiran serta keterampilan yang sesuai
dengan apa yang diperlukan oleh organisasi.

Tidak dapat dinafikan, terdapat masalah majikan-majikan yang mengambil dan menamatkan
perkhidmatan pekerja-pekerja kerana berpunca dari kurangnya mengambil perhatian pada
peringkat pengambilan pekerja-pekerja tersebut. Majikan-majikan lebih cenderung
mengambil seseorang pekerja yang menawarkan diri untuk bekerja tanpa memeriksa latar
belakang dan tidak mengambil perhatian untuk memastikan pekerja itu berkebolehan
melakukan sesuatu tugas atau kerja dan bersesuaian dengan budaya organisasi lebih-lebih lagi
ketika masalah kekurangan buruh atau pekerja timbul. Setelah menjadi pekerja dan bekerja
dengan tidak memuaskan, majikan akan mula merasa kurang selesa samada untuk
menamatkan perkhidmatan mereka atau terus bekerja dengan tidak memenuhi kehendak
perhidmatan yang sebenarnya. Antara masalah-masalah yang berlaku ialah apabila;

1. Kakitangan mulai mengalami kemerosotan dalam prestasi kerja, produktiviti dan motivasi.

2. Komunikasi yang kurang berkesan terhadap sesama kakitangan.

3. Perubahan sikap yang ketara seperti kurang berpegang teguh dengan peraturan kerja dan
mempunyai persepsi yang kurang membina terhadap organisasi.

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji mengenai keberkesanan dan matlamat
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan diharap akan dapat memberi gambaran dan
penjelasan masalah dan keperluan yang diiginkan oleh kakitangan BPR.

1. Apakah sebenarnya yang diperlukan oleh kakitangan dari segi latihan untuk
mempertingkatkan prestasi kerja mereka?

2. Sejauh mana presepsi kakitangan terhadap latihan yang telah mereka lalui?

3. Apakah kaedah yang bersesuaian, pratikal dan efisyen yang boleh digunakan untuk
meningkatkan prestasi mereka?

4. Apakah keupayaan seseorang pekerja mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sesuai
dengan tugas-tugas jawatannya ?

3. Kepentingan Kajian

Umumnya kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan fungsi dan matlamat
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, BPR selaras dengan kesesuaian teras tugasnya dalam
menyediakan latihan dan mengatasi masalah kerja.

Hasil kajian yang akan dijalankan ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan idea baru
tentang penubuhan pembangunan sumber manusia dalam sesebuah organisasi ke arah
memberikan peningkatan kemahiran (enhancement of skill) dan menjuruskan skop kepakaran
sebagai pekerja yang berpengetahuan (knowledged wokers) dan berprestasi tinggi bagi
mencapai visi dan misi jabatan.

4. Objektif Kajian

Objektif Am

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan fungsi dan
matlamat Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, BPR mengenai masalah kerja dan
keperluan latihan.

Objektif Khusus

1. Mengenalpasti latar belakang program latihan dan pembangunan kakitangan di BPR.

2. Mengenalpasti masalah-masalah kerja di kalangan kakitangan BPR.

3. Mengenalpasti persepsi kakitangan BPR terhadap program latihan yang disediakan oleh
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

4. Mengenalpasti keperluan latihan dan kursus yang diperlukan oleh pekerja selaras dengan
matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan (k-wokers).

5. Mencadangkan kaedah latihan yang sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi,
motivasi dan komunikasi kakitangan BPR.

Definisi Istilah

Masalah Kerja

Konsepsual : Perkara-perkara yang timbul menggugat prestasi berkaitan tugasan semasa
melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja.

Operasional: Masalah-masalah kerja yang berlaku seperti produktiviti yang rendah, motivasi
rendah, komunikasi yang kurang berkesan sesama kakitangan dan pegawai atasan.

Keperluan Latihan

Konsepsual: Menentukan kehendak kakitangan BPR dalam latihan atau kursus yang ingin
diikuti.

Operasional: Keperluan dalam kajian ini akan ditentukan dengan menggunakan soal selidik
yang direka sendiri berdasarkan soalan-soalan yang berkaitan dengan bentuk latihan yang
dikehendaki.

5. Limitasi Kajian

Kajian ini hanya terhad kepada kakitangan BPR sahaja. Responden adalah terdiri daripada
pegawai kumpulan A, B, C dan D. Hanya pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat BPR sahaja
yang dipilih sebagai responden untuk mendapatkan maklumat dan tidak melibatkan pegawai
di daerah lain.

Dapatan kajian bergantung kepada keupayaan responden menggunakan persepsi, pemahaman
dan pengetahuan mereka tentang perkara yang dikaji dan ketepatan hasil kajian juga
bergantung kepada kejujuran responden dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
semasa pentadbiran borang soal selidik.

Kajian juga tidak boleh dilakukan secara menyeluruh disebabkan tempoh masa yang terhad.
Tambahan pula, pengkaji perlu menggunakan sumber kewangan sendiri dalam menjalankan
kajian ini. Sehubungan dengan itu, kajian hanya dapat dibuat untuk bilangan sampel yang
kecil sahaja.

7. Metodologi Kajian: sama ada:

i. kajian kepustakaan
ii. pengambilan foto kawasan kajian
iii. menemubual
iv. menggubal soal selidik
v. mendapatkan data primer dan data sekunder yang merangkumi data kuantitatif dan data
kualitatif
vi. mengadakan observasi melalui lawatan.
vii. kajian lapangan.

8. Sumber Data Primer
8.1. Kajian Lapangan / Pemerhatian :
8.2. Borang Soal Selidik :
8.3. Kaedah Temubual :

9. Sumber Data Sekunder
9.1. Kajian Kepustakaan
9.2. Mana-mana dokumen, buku jurnal, majalah ilmiah, akhbar dan seumpamanya.
9.3 Elakkan menggunakan buku PMR, SPM atau STPM. Ingat status anda sebagai mahasiswa.

10. Penutup

You might also like