You are on page 1of 29

Disediakan oleh:

Norazlina binti Muhamad


Zulaikha binti Mohamad
Kanak-kanak & Seni
Siapakah yang dimaksudkan
dengan kanak-kanak?
Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil)
ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih
belum mencapai baligh.
Kanak-kanak merupakan kelompok manusia yang
sangat suka akan seni.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang
dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula
jadi proses tumbesaran mereka.
Perkembangan kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan
mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan
fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa.
Sebaliknya, "pediatrik" merupakan
cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan
kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan
dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).
Objektif pendidikan seni
untuk kanak-kanak
Mempertingkatkan kefahaman tentang fitrah kanak-
kanak dalam proses perkembangan diri mereka.
Memenuhi keperluan asas kanak-kanak.
Memahami konsep perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak.
Menjelaskan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial.
Definisi Seni
Seni dari bahasa Inggeris art istilah Latin ars
bermaksud untuk menyusun
Seni merujuk kepada sebarang bentuk objek yang
disusun mengikut aturan tertentu.
Seni merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti
seseorang
Menggunakan sesuatu medium untuk
menyampaikan maksud-maksud tertentu.
Terdapat berbagai tafsiran- kerana
subjektif/abstrak


Cabang
Seni
Muzik Visual
Pergerakan

Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
kanak - kanak.
Hasil kerja seni kanak-kanak merupakan alat
komunikasi dan hasil refleksi pemikiran mereka.
Karya seni orang dewasa biasa dikaitkan dengan
kecantikan.
Karya seni kanak-kanak lebih kepada bentuk luahan
perasaan/ekspresif (Lownfeld,1975)

Sifat kanak-kanak gemar melukis
Lukisan kanak-kanak berbeza berbanding orang dewasa.
Melalui SV kita dapat mengesan perasaan dan
perkembangan kognitif kanak-kanak
Aktiviti P&P PSV hendaklah disesuaikan dengan
perkembangan artistik & keinginan asas kanak-kanak
Di dalam pembelajaran beri peluang kanak-kanak
berkongsi dan berkerjasa dengan rakan-rakan mereka.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL KEPADA KANAK KANAK
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan
terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian dan bijak membuat
keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk
latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan
koordinasi tangan serta mata.
(c)
c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat
membantu murid untuk mengembangkan aspek
kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam
pendidikansenivisual mengutamakan proses,
berbanding dengan hasilan akhir.
d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria melalui
prosespenghasilan dan hasilan seni, produk dan objek
yangterdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan
keupayaanbersosial selain meningkatkan keyakinan
diri. Mata pelajaran seni dalam pendidikan juga
menganjurkan semangat kerjasama di dalam aktiviti
kumpulan yang dibentuk.

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK
( HURWITZ DAN DAY)
(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-
kanak (2-4Tahun)

Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada
pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga
selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di
dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan
menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium
seperti krayon, pensel serta bahan-bahan lain.


Tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan
lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.

Terdapat empat peringkat contengan pada peringkat
manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal,
contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal
dan contengan rupa.
(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan
simbol.Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat
terpengaruh dengankeadaan sekelilingnya.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz
yangbetul.Lukisan figura pula mula dilukis dengan
menitikberatkandaya saiz sebenar objek.

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK
KANAK-KANAK
(LOWENFELD DAN BRITAIN)
(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan
contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Mula melukis dari peringkat contengan kepada
lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis
bulatan.


(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat
di sekelilingny adengan menggunakan garisan.

(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep
tertentu.Penekanan lebih diberikan kepada cara
penyusunan objek dalam imej selain daripada imej
manusia dan objek yangterdapat disekelilingnya.
lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan
berskala besar.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-
12Tahun)
Kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan
konsep dan skema tertentu.
Imej yang dilukis secara realistik dan teliti.Imej
lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak
mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya
sendiri.
Mereka mula membandingkan karya dengan karya
rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati
dan sedikit individualistik serta menitikberatkan
kualiti karya yang dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-
14Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan
konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan.
Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz
rasional imej.
Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep
peniruan atau melalui objek di hadapan mata
berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.


(f ) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in
HighSchool (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan
terhadapproses penghasilan karya seni dan penciptaan
objek.
Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam
membuatkeputusan dan pemilihan bahan yang sesuai.
SENI MUZIK

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian
yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural.
Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam
bentuk elemen bunyi.

Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan
bayi anda kerana ia memupuk kemahiran menulis,
membaca dan perbahasan

Dr. Lihanna Borhan, pensyarah Perkembangan Kanak-
kanak di Universiti Malaya.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas
kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan
oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa
muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak
dileksia.


Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan
cara melakukan (learning by doing: Dalcroze 1950)
kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan
asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya
mengembangkan daya komunikasi yang
mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan
tubuh badan serta respon fizikal secara improvisasi
kepada muzik.

SENI PERGERAKAN
Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang
boleh berlaku secara :
Automatis
Spontan
Terurus (melibatkan perancangan yang lebih
tersusun) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai
pergerakan badan

JENIS PERGERAKAN MENGIKUT
PERKEMBANGAN DARI MUDAH KE
KOMPLEKS
Gerakan mengikut lirik lagu
Gerakan asas dengan muzik
Interpretasi muzik dengan gerakan
Gerakan bebas dengan muzik
Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema


KEPENTINGAN SENI MUZIK DAN
SENI PERGERAKAN
EMOSI
Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak
menyenangkan. Melibatkan kanak-kanak dalam
aktiviti dan mengadakan aktiviti mendengar dapat
menenangkan perasaan kanak-kanak.
KOGNITIF
Meningkatkan daya pendengaran
Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan
rendah

KEGEMBIRAAN
Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk
menyediakan suasana riang kepada kanak kanak.
Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik
perhatian kanak-kanak.
FIZIKAL
Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak- kanak
membuat pergerkan secara bebas dan kreatif
mengikut rentak muzik ynag didengar.
Meningkatkan kemahiran motor
Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan
tangan

KEYAKINAN DIRI
Aktiviti muzik dan pergerakn kreatif dapat memupuk
keyakinan diri dalam kalangan kanak. Bermula
dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti
menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan
diri.
KREATIVITI
Dapat mendorong kanak kanak mengubah suai seni
kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan
sendiri.

RUJUKAN
http://intim.wordpress.com/2007/08/16/peranan-
muzik-memupuk-minda-kanak-kanak/
http://www.scribd.com/doc/50361018/2/KANAK-
KANAK-DAN-SENI-LUKIS
http://www.slideshare.net/guest4b329ff/muzik-dan-
pergerakan-3687914?from=share_email_logout3

You might also like