You are on page 1of 2

Denyutan nadi

Denyutan nadi merupakan denyutan atau dorongan yang terjadi akibat proses degupan jantung.
Denyut nadi tidak selamanya tetap, kecepatan dan jumlah denyut nadi dipengaruhi oleh perubahan
kecepatan jantung terhadap rangsangan yang ditimbulkan oleh sistem saraf simpatis dan pra
simpatis.

Kekuatan rangsangan simpatis dipengaruhi oleh beberapa faktor.Antaranya:
rasa cemas
emosi
rasa takut
marah

Rangsangan saraf simpatis akan mempercepatkan denyutan nadi, tetapi rangsangan saraf
parasimpatis pula memperlahankan denyutan nadi. Pemeriksaan denyutan nadi sebiknya dilakukan
pada posisi tidur dan istirehat.

Tujuan mengetahui jumlah denyut nadi:

- Untuk mengetahui kerja jantung
- Untuk menentukan diaknosa
- Untuk mengetahui adanya kelainan pada seseorang


Untuk memeriksa denyut nadi kita dapat memeriksanya pada tempat-tempat berikut ini:

1. Arteri radialis: pada pergelangan tangan
2. Arteri temporalis: pada tulang pelipis
3. Arteri caratis: pada leher
4. Arteri femoralis: pada bagian selangkangan paha
5. Arteri dorsalis pedis: pada punggung kaki
6. Arteri politela: pada lipatan lutut
7. Arteri brachialis: pada siku bagian dalam
8. Ictus cordis: pada dinding iga 5-7

Faktor yang mempengaruhi frekuensi denyutan nadi:


FAKTOR PENINGKATAN FREKUENSI PENURUNAN FREKUENSI
Latihan Fizikal latihan fizikal jangka pendek latihan fizikal jangka panjang
Suhu demam dan panas hipotermia
Ubat Ubat kronotropik positif Ubat kronotropik negatif
Postur berdiri dan duduk
berbaring


Tekanan Darah Sistolik Dan Diastolik
Salah satu komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular.
Daya tahan kardiovaskular sangat berkait rapat dengan jantung, paru-paru dan salur darah. Selepas
menjalani program latihan kardiovaskular selama 8 hingga 12 minggu secara berterusan, bacaan
kadar nadi rehat akan turun. Ini berkaitan dengan tekanan darah di jantung.

Tekanan Darah Sistolik
Terhasil apabila berlaku penguncupan ventrikel kiri jantung. Semasa rehat, purata tekanan ialah
120/70 mmhg. Kedahaan ini menggambarkan keadaan jantung yang berkerja atau tekanan darah
pada dinding arteri.

Tekanan Darah Diastolik
merupakan tekanan darah semasa jantung rehat antara dua degupan. purata bacaannya ialah 70/80
mmHg. keadaan ini menggambarkan keefisienan darah mengalir dari arteriol ke kapilari darah.

You might also like