You are on page 1of 14

Kemahiran melihat

dan mengenal
pasti bentuk-
bentuk yang sama
dan berbeza.

Kemahiran
mendengar dan
mengenal pasti
bunyi-bunyi yang
sama dan berbeza.

. Kemahiran
pergerkan motor
bagi mengukuhkan
penglihatan dan
pengamatan murid.


Kemahiran
menggabungkan bunyi
huruf menjadi suku
kata dan kemudiannya
menjadi kata yang
bermakna.

Kemahiran
mencerakin bentuk
kata kepada suku
kata dan seterusnya
huruf dan bunyi
.

Kemahiran
pengamatan bentuk-
bentuk yang sama dan
berbeza yang
membandingkan
perbezaan makna.


Kemahiran
menghubungkan
bentuk huruf dan
bunyi



Kemahiran
Prabacaan

Kemahiran
mengenal
semua huruf


























Kaedah
Asas
Membaca


Kaedah Abjad
berfokus terhadap pembunyian
abjad dan guru pada mulanya
akan mengajar huruf vokal dan
konsonan yang lebih mudah dan
selalu digunakan dahulu
Kaedah Fonetik
mengenal huruf dan
mengaitkannya dengan bunyi-
bunyian. Kaedah fonetik terdapat
dua jenis aktiviti iaitu asosiasi
bunyi dan asosiasi gambar
Kaedah Pandang Sebut
melibatkan aktiviti
membunyikan suku kata dan
ayat berdasarkan gambar.
Kaedah Suku Kata
ujaran terkecil yang
mengandungi sekurang-
kurangnya sebuah vokal dan
konsonan.

























Kemahiran
Pratulisan
Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah,
kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

Menekap atau menyurih bentuk-bentuk
geometri dan garisan putus.

Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
.

Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis
garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke
atas.
Melukis bulatan arah lawan jam, garis
melengkung, dan bulatan arah jarum jam.


Melukis garis condong
Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan
keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf
tersebut.

2.1 Sejarah Ringkas Seni Boneka
Sejak awal zaman manusia sudah mengadakan pertunjukkan sama ada untuk
memuja tuhanya atau untuk menghiburkan diri atau ahli-ahli masyarakat atau suku
kaum masing-masing.Kadangkala mereka berlakon , kadangkala mereka memainkan
boneka dengan menggerakkan atau menghidupkan objek-objek seperti kayu dan tanah
liat untuk menjelaskan cerita mereka.Objek-objek ini diukir untuk mewakili watak-watak
cerita.Dengan peredaran masa, tangan dan kaki yang bergerak akhirnya dijadikan cirri
penting boneka,kerana yang bergerak seoalah-olah hidup.Begitulah permulaan seni
boneka yang wujud sekarang.
Tinggalan boneka awal itu telah ditemui di dalam makam-makam tamadun silam
di Negara-negara China ,India,Mesir dan Greece.Boneka Yunani Kuno banyak
persamaannya dengan boneka-boneka yang masig digunakan di Sicily dan di
Belgium.Batang besi dilekatkan di kepala boneka dan tangan dan kakinya dikendalikan
dengan tali ataupun lidi.Boneka mudah diangkut.Apabila orang Yunani Kuno berpindah
atau menggembira dari tempat ke tempat , mereka turut membawa boneka
mereka.Dengan itu, boneka mereka terkenal di Negara-negara lain, seperti di
Itali.Orang Rumawi diketahui menggunakan kedua-dua anak0anakan dan boneka
sarung tangan.Apabila Empayar Rom runtuh dan tempat-tempat hiburan mereka
ditutup,juruboneka kehilangan pekerjaan lalu menyertai kumpulan acrobat, penjugel
dan penyanyi kembara yang merantau ke serata Eropah untuk mengadakan
pertunjukkan di dalam kota dan di pasar.
Gereja Kristian,pada zaman awalnya, menadapati permainan boneka suatu
kaedah yang baik untuk menampilkan cerita-cerita di dalam kitab Injil kepada orang
yang tidak tahu membaca dan menulis.Di Itali pada abad kelima belas , boneka
digunakan dalam Commedia dellArte, sekumpulan cerita tentang sepasukan badut
bertopeng , termasuk yang kita kenali sebagai Harlequin, Scara-Much san
Punch.Badut-badut ini mempunyai sifat yang tersendiri.Mereka memainkan peranan
mengikut jalan cerita yang sudah dipersetujui tetapi dengan dialog yang diubah-alih
sesuka hati, sama seperti yang masih dilakukan oleh pengendali Punch dan
Judy.Pertunjukkan Commedia dellArte mendapat sambutan yang hangat di
Itali.Apabila juruboneka dan pelakonnya membawa pertunjukan itu ke Eropah ,
sambutannya juga di luar dugaan.
Seni boneka mempunyai zaman gemilang dan zaman malapnya.Semasa Ratu
Elizabeth memerintah England,Parlimen meluluskan satu akta yang menggolongkan
pelakon dan juruboneka jalanan sebagai penjenayah kecuali mereka yang memperoleh
lessen daripada kerajaan melalui penaung yang karya.Halangan begini menyusahkan
pelakon dan juruboneka meneruskan kerjaya mereka.
Pada tahun 1642, Oliver Cromwell telah mengharamkan teater pentas tetapi
tidak teater boneka.Maka persembahan-persembahan boneka Berjaya menarik
penonton yang banyak.Malahan , selama beberapa tahun , Cuma boneka yang terus
menghidupkan seni teater Inggeris.
Pada tahun 1660, Raja Charles II kembali ke England untuk menaiki takhtanya
semula.Kepulangan beliau telah diiringi oleh beberapa banyak penghibur dan
juruboneka.Tugas mereka ialah membantu rakyat merayakan peristiwa itu.
Pada abad kelapan belas, seni boneka menjadi sanjungan golongan
bangsawan.Banyak teater yang Berjaya bergerak maju di daerah West End,London,
dan di Bath.Tetapi menjelang akhir abad itu, golongan bangsawan mula jemu terhadap
boneka.Sekali lagi permainan boneka menjadi kesenian milik rakyat jelata, lalu
dimainkan di pesta-pesta dan di lorong-lorong.
Persembahan yang diadakan di lorong-lorong itu sangat popular.Punchmen atau
juruboneka menghabiskan hamper keseluruhan masanya di London atau di Bandar-
bandar peranginan di tepi pantai, untuk mengadakan pertunjukan bagi golongan
pertengahan yang mula pandai bercuti.Syarikat pertunjukkan anak-anakkan terus
berhijrah dari Bandar ke Bandar , membawa kesemua kelengkapan , termasuk pentas
dan tempat duduk untuk berates-ratus penonton, denagn pedati yang ditarik oleh
kuda.Kelengkapan ini dipasang semula di tapak pesta atau di padang awam sebelum
pertunjukkan diadakan.Teater-teater ini dikendalikan oleh keluarga-keluarga yang
menjaga rahsioa kemahiran dan kepandaian masing-masing.Tiada siapa yang bukan
ahli keluarga dibenarkan melihat cara boneka mereka dikendalikan.
Apabila Peperangan Dunia Pertama tercetus, boneka-boneka itu dibungkus dan
di simpan di dalam stor dan bangsal di segenap ceruk negeri.Selepas itu,
kebanyakannya dilupakan.Tetapi sekarang minat terhadap teater boneka di England
telah bangkit semula.Di sana sini , muncul beberapa kumpulan teater yang
menggunakan boneka-boneka tali,rod kayu,sarung tangan dan wayang untuk
mengadakan pertunjukan mereka.Sesetengahnya telah membuka teater tetap di
London , Norwich dan Birmingham.Begitulah sejarah ringkas bentuk teater yang paling
awal di dunia.
2.2 Definisi Boneka
Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung
dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai
objek atau bahan yang digerak serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan
bahan yang diceritakan.
Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri
daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-
tumbuhan dan sebagainya yang digerak lakonkan oleh pemainnya dengan
menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita.Dari segi binaan
pula, boneka boleh dibahagikan kepadatiga peringkat, iaitu mudah dan tingkas,
sederhana danrumit.
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang
digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej.Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu
pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang
dipertututrkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka terus
berkembang mengikut perkembangan zaman.Secara amnya , boneka dicipta untuk
tujuan keagamaan dan hiburan.Boneka yang digunakan di Mesir,Itali,Jepun,Cina dan
India berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Boneka ini dicipta bertujuan
menghiburkan orang ramai.Pelbagai watak dicipta dan dilakonkan mengikut olahan
skrip.
2.3 Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran
Tujuan utama penghasilan boneka ialah untuk memenuhi fitrah naluri kanak-
kanak yang gemar bermain. Melalui bermain, pemikiran dan daya fikiran kanak-kanak
dapat diasah agar berfikiran lebih kreatif dan berinovasi dalam kehidupan. Selain itu
penggunaan boneka juga turut terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pada masa kini. Kesannya timbullah konsep pembelajaran yang berasaskan
permainan. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Disamping itu ia juga dapat mengelakkan pelajar cepat bosan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran
Selain itu dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan
berkesan.Penggunaan boneka juga dapat mengguna dan memperkukuh kemahiran
bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.Ia juga
memepercepatkan dan mempermudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu cerita
,peristiwa atau isi pelajaran.Daya kreativiti untuk mengahasilkan ciptaan dan karya seni
dapat di pupuk dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.lebih-lebih lagi, penggunaan boneka juga dapat membina keyakinan diri
untuk berkomunikasi dengan berkesan, memupuk semangat bekerjasama dan
berkongsi pengalaman dan terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan
kekal.
2.4 Jenis jenis boneka
Boneka daripada peralatan sebenar
Boneka jenis ini diperbuat menggunakan peralatan sebenarnya seperti teko,
cawan,sudu, gardu, senduk dan sebagainya.Biasanya perkakas ini tidak digunakan
lagi kerana reka bentuknya telah ketinggalan zaman, rosak yang kecil atau warnanya
pudar kerana dimakan hari.Untuk keselamatan, elakkan dari menggunakan peralatan
yang rosak teruk seperti pecah uang tajam dan sebagainya. Alat-alat yang hendak
digunakan ini kemudiannya dihias dengan sapuan cat minyak dan tali terpakai untuk
menggambarkan raut wajah yang dihendaki mengikut watak yang sesuai.Untuk
menghasilkan reka bentuk yang mudah, guru boleh melukis mata, hidung dan mulut
menggunakan Marker PenHigh Performance agar tahan lama dan tidak mudah hilang.

Jenis jenis boneka
a) Boneka Sarung Tangan
b) Boneka Lidi
c) Boneka Wayang Kulit
d) Boneka Tongkat
e) Boneka Bertali
f) Boneka Jari
g) Boneka Tongkat

a) Boneka Sarung Tangan (Glove)

Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badan sahaja.
Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka
berkenaan. Diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung kaki yang
diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu watak tertentu.Manik, bola pingpong,
guli, kain baldu dan kertas keras boleh digunakan untuk membina bahagian mata,
hidung dan mulut.Manakala benang bulu dan kain baldu dijahit menyerupai
sepasang telinga,misai dan rambut.Boneka jenis ini mudah dikendalikan dengan
bahagian jari-jari tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut boneka seiring
dengan gerak mulut penggunanya.Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan
anggota boneka. Semasa menggunakanboneka jenis ini, kesemua jari atau hanya
sebilangan jari dimasukkanke dalamsarung tangan itu dan gerakkan untuk
menghidupkan anggota boneka.

b) Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian
lidipanjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggotatertentu
yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk bonekadilukisdi atas
kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat
daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.

c) Boneka Wayang Kulit

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan
pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkan boneka ini,ia
ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-
bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk
menggerakkan anggota boneka.

d) Boneka Tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh
dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep
wayang.

e) Boneka Bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache
plaster-of-Paris atau kayu.Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian
boneka yang boleh bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat
angota -angota badan itu bergerak




f) Boneka Jari

Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan
penggunanya. Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh
digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Mudah
dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkannya.Boneka
jari biasanya terhad pergerakannya.Mempunyai reka bentuk silinder berongga untuk
menutup jari. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan terhad,dan digunakan di
dalam kelas prasekolah atau tadika-tadika untuk aktiviti bercerita dengan kanak-
kanak.
g) Boneka Tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan,
buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan
konsep wayang kulit,tetapi berbentuk tiga dimensi.Contoh boneka haiwan yang
sesuai menggunakan kaedah ini ialah rama-rama,kelawar, beberapa jenis burung
yang mempunyai sayap yang panjang dan sebagainya.

2.5 Pentas

Persembahan Boneka semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis
pentas boleh digunakan. Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut:
1. Pentas Kerusi
Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas.Gunakan dua atau
empat batang penyapu untuk dijadikan tiang utama. Rentang sehelai kain hitam
sebagai tirai.
2. Pentas rentang
Pentas jenis ini amat mudah dikendalikan.Guru hanya perlu merentang
sehelai tirai hitmayang diikat pada dinding ke dinding.Dawai boleh digunakan
untuk meregangkan tirai berkenaan dan mengikatnya ke bahagian tepi dinding
setelah selesai digunakan.Untuk memudahkan pengurusan, guru juga
bolehmembina secara tetap pentas rentang yangdisesuaikan dengan situasi
dan boleh dilipat untuk memudahkan penggunaannya
3. Pentas Tingkap
Lazimnya pentas jenis ini dikategorikansebagai pentas sementara.
Tingkap terbuka (tanpa cermin) bolehdigunakan sebagai pentas.
Dalam keadaan bilik darjah yang terkawal,guru perlu duduk di luar dan murid-
murid menonton di dalam bilik darjah.
4. Pentas Pintu
Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas.Kain, papan dan
kertas tebal boleh direntang untuk menutupi bahagian bawah pintu.Guru berada
di luar dan murid-murid berada di dalam bilik darjah. Pentas jenis juga boleh
dikategorikan sebagai pentas sementara.
5. Pentas Meja
Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan.Guru
duduk di belakang meja semasa bermain boneka berkenaan.Penggunaan
lukisan pemandangan bersaiz besar akan memberikan kesan penghayatan yang
lebih dalam kalangan murid yang menonton
6. Pentas Berlipat
Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya
yang kemudiannya ditutup menggunakan kain hitam.Mudah disimpan kerana di
kedua-dua belah dindingnya boleh dilipat stelah selesai meggunakannya.
Selain kayu, guru juga boleh menggunakan bahan terbuang seperti kotak besar
yang telah dilukis flora dan fauna dengan menggunakan cat minyak.
7. Boneka Tanpa Pentas
Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah
audiens. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara
berpasangan.
8. Teknik overhead projektor (OHP)
Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit.
Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP
dipancar ke dinding atau kain layar.

2.6 Kebaikan Menggunakan Boneka
Penggunaan boneka sangat membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara kelebihan menggunakan boneka dalam kelas adalah
pembelajaran lebih seronok, pengajaran lebih tersusun, pembelajaran menjadilebih
dekat dan juga memperkayakan pengalaman.Kelebihan pertama menggunakan boneka
dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas ialah pengajaran lebih
tersusun. Mengikut pendekatan sistem, media ialah satu komponen dalam
pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran
guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya lebih tersusun.
Dengan bahan bantu mengajar seperti boneka, pengajaran lebih tersusun kerana
boneka memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya
dalam penyampaian cerita kanak-kanak.Kelebihan yang kedua adalah pembelajaran
menjadi lebih dekat. Untuk makluman, sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi
berlaku di luar bilik darjah boleh dibawa melalui watak-watak yang digemari oleh kanak-
kanak. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana
perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke
dalam kelas. Sebagai contoh ialah cerita-cerita istana. Watak-watak dalam istana
bolehdi dedahkan dalam kelas melalui penggunaan boneka.Seterusnya, kelebihan
ketiga ialah memperkayakan pengalaman. Seperti yang diketahui umum, terdapat
pelbagai jenis boneka yang dihasilkan oleh pelbagai negara. Namun begitu, boneka
dari setiap negeri adalah berbeza.Contohnya ialah Kelantan. Boneka yang popular di
Kelantan ialah boneka wayang kulit. Jadi, negeri-negeri lain seperti Johor dan Kuala
Lumpur mungkin tidak mengenali wayang kulit. Dengan adanya penggunaan boneka
wayang kulit melalui persembahan media dan persembahan realistik dalam kelas,
Pengetahuan dan pengalaman murid-murid di negeri-negeri tersebut akan
bertambah.Kelebihan keempat ialah pembelajaran lebih seronok. Pembelajaran berlaku
apabila terdapat perubahan tingkah laku dalam kalangan murid. Dengan melihat
pelbagai jenis boneka, pelajar akan lebih fokus untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa
seronok kepada murid kerana persekitaran bilik darjah adalahsteril. Oleh sebab seronok
melihat atau mendengar media pengajaran tersebut,perubahan tingkah laku murid akan
lebih mudah terhasil






2.7 RUMUSAN

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk
memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran
lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama
dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan
komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga
pengalaman.Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang
pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan
dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan
tekanan,meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan
kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.Membentuk dan membuat boneka
merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta
penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk
mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang
dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi
ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan
dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka
dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.











Rujukan

1. Seni Boneka, Lyndie Wright, SAMA Publications & Distributors SDN BHD,
Cetakan pertama 1994
2. http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/pengajaran-dengan-menggunakan-
boneka.html
3. http://www.scribd.com/doc/62168997/Boneka
4. http://notapismpks.blogspot.com/2011/10/literasi-bm-penggunaan-boneka-
dalam-p.html
5. http://www.scribd.com/doc/77307083/Esaimen-LB
6. Modu PPGl WAJ 3104 Literasi Bahasa,cetakan jun 2011,Kementerian Pelajaran
Malaysia
7. Bahan Rujukan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Literasi Bahasa,Hj,Daud Md
Saman, Muhaiyuddin Mohamed Azizi,cetakan 2011,Pekan Ilmu Publication
Sdn.Bhd.

You might also like