You are on page 1of 22

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.

Untuk
memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna
guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan
mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik
tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis
konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih
hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan
konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan
minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia
perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah
gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan
kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk
menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara
bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah oudioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan
akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa
kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap
kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru
melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang
diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,
permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan
dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar
menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan
sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan
teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan
idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan
iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru
menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan
iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-
contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
3. Memory
Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what
you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini
kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun
terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental,
emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan
masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat
melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga
sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan
emosi
a. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang
tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap
perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak
pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang
dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru
menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat
Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru
harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang
berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula
jadi pelajar.
b. Kematangan intelek (mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria
(persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk
mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang
hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak
mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang
paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu
dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan
kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah
diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara
berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang
terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses
kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang
bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan
ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas
mereka dalam kelas.
c. Kematangan Emosi Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan
melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada
perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi
sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau
desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan
dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan,
yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak
dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4.
Metacognition - What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three
or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in
your classes?
Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran
tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition adalah
merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya.
Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan
pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan
boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah
lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model
Functional Thinking nya menyatakan lebih jelas bahawa Metacognition adalah merangkumi
kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-
satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan Boyer menjelaskan bahawa metacognatinion
terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya Metacognative operations are
applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience.
Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make
meaning. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam
mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang
dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu
masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan
dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan
dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.
Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi
perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu
semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan
pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea
serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan
peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer,
teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan.
Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti
empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu
pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re
inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: Penyampaian harus cekap dan menarik
Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat Hasilan guru atau contoh-contoh
seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman.
Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah
ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal
pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga
proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan
secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-
peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan
merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya
dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.
Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung
akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih
dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti
menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur,
kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan
dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM MEREKABENTUK PERISIAN KURSUS PPBK.
1.0 Teori Pembelajaran
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat
serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks
pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai
isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada
perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti
berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus
Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses
dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula
berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak
dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu
seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan
gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan
komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu
kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar
boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai muallim, murabbi,
muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi
kerenah globalisasi . Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan
dihayati oleh para pendidik bestari:
a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna.b)
Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah
mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran.c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan
berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik.d) Membantu pelajar mengenalpasti matlamat
pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian
menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri.e) Bertanggungjawab menyediakan
suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.f) Sumbangan
kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu
proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.
Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh
para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan
dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat,
memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari
courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di
dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan
pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-
ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.
Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep
atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori
pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian . Sejauhmana penggunaan teori
dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan
pembelajaran dalam mereka bentuk perisian PPBK.
a) Teori Tingkahlaku (behavioris)Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan
menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak
balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan
pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan
komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik
menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan
rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah
positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan
dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer.
Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan.
Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh
perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori
ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam perisian kursus PPBK , tumpuan objektif
penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada
anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal
sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada
anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian
diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas
menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang
serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami
tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan
pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi:
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran
disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat
memberikan respon tertentu;c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya
pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;d) Setiap kali pelajar
memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motisai .
Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak diterapkan di
dunia pendidikan meliputi
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran
disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat
memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya
pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar;d) Setiap kali pelajar
memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.
Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang dikemukakan oleh Pavlov boleh
diaplikasikan dalam merekabentuk perisian PPBK ini ialah .a) Mengaitkan pengalaman yang positif dan
baik dengan tugasan pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan elajar untuk
memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar
sekiranya akviti dijalankan secara individu. b) Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan
antara rangsangan dan tindakbalas . Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh dilazimkan untuk gerakbalas
yang dingini oleh guru.c) Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan.
Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti bagus , anda berjaya , jawapan anda betul akan
menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima
pujian .d) Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan ,projek dan
aktiviti kumpulan di kalangan pelajar.e) Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan
memberikan ganjaran yang sesuai . Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-
kata perangsang dan sebagainya ketikan pelajar berjaya memberikan respon kepada jawapan yang
disediakan . Motivasi juga boleh dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan pelajar.
Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran ,a)
menarik perhatianb) menyatakan objektif pelajaranc) merangsang proses mengingat semula kandungan
lepasd) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajare) memberikan bimbinganf) tugasan
dan soalan g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajarh) mengekal dan mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar. Dalam merekabentuk perisian PPBK ini ,pendekatan menggunakan
teori tingkahlaku di atas dapat diaplikasikan seperti berikuta) Perisian yang dibangunkan oleh penulis
haruslah menarik perhatian pengguna . Untuk mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini
dimasukkan beberapa unsur-unsur grafik yang bersesuaian dengan persembahan multimedia yang
bertujuan untuk mendapatkan perhatian pengguna Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada
manusia yang suka melihat kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat lagi yang
berorientasikan penglihatan . Pepatah Confucious menyatakan bahawa sebuah gambar mampu
menggantikan seribu perkataan. Grafik merupakan blok pembangunan utama dalam pembangunan
multimedia.(Vilamil-Casanova&Molina 1997) Penampilan permulaan yang menarik dengan memasukkan
unsur-unsur grafik,warna dan animasi dalam perisian ini akan memberikan daya tarikan kepada
pengguna untuk terus menggunakan perisian ini dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
b) Pernyataan objektif pengjaran pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan objektif ini merupakan satu
motivasi untuk pelajar mengetahui apakah tugasan pembelajaran yang harus dicapai. Pernyataan
objektif disampaikan dengan beberapa cara yang menarik sama ada melalui teks ataupun dalam bentuk
animasi yang menarik . Dalam perisian ini matlamat dan objektif serta apa yang hendak dicapai daripada
pengguna perisian ini diakhir nanti akan dinyatakan . Keadaan ini akan memberikan rangsangan kepada
pengguna untuk terus mengguna dan mencuba perisian ini untuk mempelajari serta mendapat
pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem
komputer sepertimana yang terdapat dalam tajuk asas perkakasan komputer.
c) Melalui perisian ini pengguna akan dapat mengetahui dan mengenalpasti jenis-jenis komponen-
komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem komputer.,menyenaraikan dan membezakan
jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen komputer secara lisan dan bertulis,dapat melabelkan
komponen-komponen perkakasan yang terdapat pada sesebuah papan induk, mengetahui beberapa
masalah biasa yang sering berlaku kepada komputer dan boleh membuat jangkaan masalah untuk
membaikpulih komputer.
d) Persembahan dalam perisian juga boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar untuk terus
menggunakankannya , Oleh sebab itulah dimasukkan juga beberapa elemen-elemen yang boleh
mewujudkan suasana menarik dalam perisian ini antaranya ialah penggunaan ikon ikon tertentu yang
berfungsi untuk memberikan maklumat dan bantuan serta menyediakan panduan kepada pengguna
mengenai perkara tertentu yang diperlukan semasa menggunakannya. Disamping itu juga terdapat
unsur-unsur penggunaan audio yang jelas dan menarik boleh membantu pengguna untuk memahami
sesuatu aktiviti yang dijalankan atau masalah yang dihadapi. Grafik dan animasi juga berkesan untuk
menyampaikan maklumat . Penggunaan grafik dan animasi komponen-komponen komputer juga dapat
menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta pengguna terhadap kandungan perisian yang
digunakan. Penggunaan audio dan video dalam perisian ini akan memberikan kesan konkrit dan
penegasan dalam menyampaikan maklumat . Audio dapat disampaikan dalam bentuk suara manusia
yang lebih ringkas dan tepat mengenai beberapa fungsi komponen komputer dapat membantu
pengguna khususnya yang sukar untuk membaca teks.
d) Berapa latihan ataupun tugasan yang berbentuk soalan objketif, subjektif dan kuiz yang mencabar
minda pengguna dimasukkan dalam perisian ini . Tujuannya ialah untuk mengesan kemajuan ataupun
tahap penguasaan pelajar , dapat menilai dan mentaksir kemajuan yang telah dicapai oleh pengguna
khususnya dalam topik-topik tertentu semasa menggunakan perisian ini . Setiap jawapan kepada soalan
latihan akan disediakan maklumbalas yang positif . maklumbalas komputer ini adalah dalam bentuk
grafik,teks,visual dan audio. Maklumbalas positif ini dapat menimbulkan minat , rangsangan dan
motivasi kepada pengguna untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka disamping
akan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari . Pengguna akan diberi peluang untuk menunjukkan
penguasaannya terhadap sesuatu kemahiran sebelum melangkah ke kemahiran yang lain. Terdapat
beberapa cara yang boleh digunakan oleh pengguna perisian ini untuk memberikan tindakbalas .
Jawapan boleh diberikan melalui penggunaan tetikus atau menekan butang tertentu pada papan
kekunci. Jawapan yang diberikan adalah lebih mencabar. Pengguna juga dikehendaki memberikan
jawapan atau tindakbalas terhadap soslan-soalan dalam jangka masa yang ditetapkan . Jika pengguna
tidak dapat menjawab atau memberikan respon dalam jangkamasa yang ditetapkan , komputer akan
mengarahkan pengguna menggunakan butang bantuan atau memberikan kebenaran untuk menjawab
semula soalan atau meneruskan aktiviti menjawab soalan lain.
e) Perisian ini juga mengambilkira faktor penilaian akhir peristiwa pengajaran dan pembelajaran. Melalui
aktiviti latihan menjawab soalan objektif dan subjektif serta kuiz dalam perisian ini. Komputer akan
menyediakan maklumbalas,mendiagnosis kelemahan dan kekuatan pelajar. Penilaian dan maklumbalas
tahap penguasaan pelajar ini boleh mengukuhkan ingatan dan membantu pelajar mengaplikasikan
pengetahuannya dalam situasi pemgalaman pembelajaran yang lebih mencabar.
b) Teori Konstruktivisme Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang
diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa
yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran PPBK .
Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti
mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick
(1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran
pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik
untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan
melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk
membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK
Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk
perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut.
a) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.b) Pelajar berpeluang
berkongsi persepsi antara satu sama lain.c) Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan
mereka.d) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendahe) Pembelajaran
berpusatkan pelajarf) Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-ong) Mementingkan kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir.h) Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk
mengukuhkan kefahaman idea tersebut.I) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru
dibinaj) Guru menyediakan alat/bahan yang sesuaik) Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan
bukan guru menerangkan teoril) Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari
jawapanm) Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajarn) Pelajar banyak
berinteraksi dengan pelajar lain dan guruo) Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat
pelajarp) Pelajar bekerja dalam kumpulan
c) Teori Kognitif
Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek.
Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran
pembelajaran komputer. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara
aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna.
Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan
kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. Untuk membantu pelajar memperolehi
maklumat, rekabentuk perisian hendaklah dalam bentuk simbol dan lain-lain saluran agar maklumat itu
lebih teratur dan mudah diperolehi. Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang
dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan
komputer. Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan , ingatan , kefahaman
pembelajaran secara aktif , motivasi, pemindahan pembelajaran , dan perbezaan individu .
3.0 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Merekabentuk Perisian PPBK
Pelbagai teknologi dan perancangan secara sistematik digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer memerlukan
strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan digunakan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran tersebut boleh dicapai.
Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam perisian kursus PPBK ini ialah seperti berikut:
a) Pembelajaran koperatif b) Pembelajaran kolaboratif c) Pembelajaran Anjal d) Pembelajaran
Bersepadu
e) Pembelajaran Aktiff) Pembelajaran Reflektif
a) Strategi Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan
pelajar. Ia menggunakan.strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada
kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh
Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara
bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan
prestasi mereka. Menurut Steven , mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat
meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi
yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari.
Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Melalui perisian kursus bertajuk perkakasan komputer ini ,pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang meliputi ,
a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif. b. saling berinteraksi secara bersemuka. c.
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri. d. kemahiran koperatif. e. pemprosesan kumpulan
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing -masing dan memainkan
peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif
dalam kumpulan Cara pembelajaran yang melibatkan interaksi atau penglibatan individu ini
menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara aktif ini akan memberikan kesan
yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif . anjaran akan diberi kepada individu dan kumpulan
dalam aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam
suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
b) Strategi Pembelajarn Kolaboratif Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam
pembangunan perisian PPBK perkakasan komputer ini, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti
menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. Pendekatan ini akan membolehkan
pelajar berpelunagn untuk menambahkan pengetahuan dan kefahaman dan pada masa yang sama
membina kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan, interaksi
berlaku di antara pelajar dengan perisian , pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar.
Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia
melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut
Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang
lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti
dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti
bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.
c) Pembelajaran Anjal Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian PPBK perkakasan komputer
ini tidak semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal melibatkan masa pelajar
belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadual waktu anjal.
Dalam kaedah pengajaran pendidik perbezaan pelajar itu sendiri amat perlu diambil kira. Penggunaan
perisian PPBK perkakasan komputer ini boleh digunakan oleh pelajar diluar waktu rasmi ,ataupun diluar
waktu pembelajaran kelas biasa. Ini memberikan ruang dan kebebasan kepada pelajar untuk belajar dan
meneroka ilmu pengetahuan baru disamping dapat membantu mengukuhkan kefahaman yang telah
dipelajari semasa di kelas. Pelajar juga dapat maklumbalas dengan cepat dan positif daripada komputer ,
keadaan ini akan menimbulkan keseronokan belajar kerana mereka mempunyai kawalan sepenuhnya
terhadap proses pembelajaran .Ini dapat meningkatkan motivasi pelajar.
d) Pembelajaran Bersepadu Sistem Pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang
menggunakan rangkaian komputer. Penggunaan perisian PPBK perkakasan komputer ini juga memenuhi
kehendak dan keperluan bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan yang memenuhi
keperluan pembelajaran individu dan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam pembelajaran
ini, sistem instruksi, pembelajaran dan pengurusan, dikendalikan oleh komputer menggunakan
rangkaian komputer (Yusup & Razmah, 1999)
e) Pembelajaran Aktif
Pelajar secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran contohnya, dalam aktiviti mengenalpasti komponen-
komponen utama dalam sistem komputer dan fungsi setiap komponen berkenaan . Pelajar akan dapat
membuat penerangan mengenai komponen-komponen tersebut sepertimana yang telah dipelajari
sebelumnya melalui demonstrasi yang ditunjukkan kepada mereka. Melalui penglibatan secara aktif ini
penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan
aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran baru . Proses pemindahan
dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar akan
dapat menterjemahkan konsep yang dipelajari melalui latihan susulan yang diberikan kepada mereka.
f) Pembelajaran Reflektif.
Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman konsep, inkuri dan
kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan
dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika.Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula
beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam aktiviti membuka
dan memasang beberapa komponen perkakasan komputer beberapa urutan kerja perlu difahami oleh
pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya.
RUJUKAN

Alessi S.M. & Trollip R. S1991. Computer Based Instruction. Methods And Development. (2nd.Ed.).New
Jersey:Prentice Hall.
Ausubel, D.P. 1968. Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Hoet, Rinehart & Winston.
Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.
Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar.1997.Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan.Komputer,
Berita Harian : 1.
Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian Smart School:A Msc Flagship Applications:A
Conceptual Blueprint. KL.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey:
Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-Guru Sekolah
Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November .26-27
Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari. Proseding Seminar
Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.November 26-27.









KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran
yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang
pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi
merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak
bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis
panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak
menghadapi peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing,
misalnya kemiskinan.
Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang
dikumpulkan itu.
Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi
peringkat pembelajaran yang baik.
Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran.
Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan
untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan
ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran
sahaja.
Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang
menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa
belajar.

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
Suasana / Tempat Belajar
Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
Memilih Masa Yang Sesuai
Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji
pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5
jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat !
waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti
sepenuhnya oleh pelajar.
Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu
pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
Pembelajaran Di Sekolah
Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang
pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak
patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
Membaca, Memahami dan Menghafal
Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan
istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek
atau ringkas.
Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu
hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan
tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
Mengandungi semua maklumat penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)
Ringkas dan padat

Kesungguhan Belajar
Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali
membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat
panjang selepasnya.
Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke
masa peperiksaan.
Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh
peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi
peperiksaan.
Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya
carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya
dan sebaliknya.
Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah
dengan pertolongan Allah S.W.T.

LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
Kerana Gangguan Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan
luput dari ingatan.
Tumpuan Perhatian Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut
tidak dapat kekal lama.
Faktor Masa Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
Minat Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
Pilihan Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
Ulangan Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan
semula atau pembacaan yang kerap.
Assasiasi Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
Tubi Belajar Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :- 1. Mendengar untuk pertama
kali 2. Memahami 3. Menggunakannya 4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu
jangkamasa yang lama.

PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ASAS 1. Semangat Yang Tinggi 2. Pembacaan Yang Banyak 3. Kefahaman Yang Jelas 4.
Ulangkaji Berterusan 5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah
persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi
lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang
tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat
awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa. Untuk
menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :- 1. Adakah anda telah
menghabiskan topik-topik penting ? 2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau
dibaca sendiri ? 3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ? 4. Adakah anda
berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ? 5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk
menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan
ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi
keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di
dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya
anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-
sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor
seperti :- a) Kurang memahami apa yang diajar b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap
pelajaran. c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul
membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :- a) Habis
mengulangkaji topik-topik yang disoal. b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting. c)
Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal. d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih
dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah
masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya.
Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan
latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap
mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak
mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu
mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang
berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai
panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu
milik semua.

UJUKAN DEFINISI: http://www.cikgu.net.my &http://www.thomasarmstrong.comSUSUNAN SEMULA:
Amiene RevTeori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau
merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama
untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr.
Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur
potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti
adalah seperti berikut:
Linguistic intelligence ("word smart"):
Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")
Spatial intelligence ("picture smart")
Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")
Musical intelligence ("music smart")
Interpersonal intelligence ("people smart")
Intrapersonal intelligence ("self smart")
Naturalist intelligence ("nature smart")
Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran secara hubungan berikut:
PERKATAAN (linguistic intelligence)
NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)
GAMBAR (spatial intelligence)
MUZIK (musical intelligence)
REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)
PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)
PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or
PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)
1. Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama
ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan
dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal,
penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. KERJAYA: Sasterawan: Penulis,
Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William
Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle2. Kecerdasan Logik - Matematik
[scientists]Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab
dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan
deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh
aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik),
penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera,
AkauntanCONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik
[dancers]Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan
kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti:
Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan
diri. KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.CONTOH: Nicole
David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor,
Jackie Chan4. Kecerdasan Visual - Spatial [architects]Kebolehan mencipta gambaran mental dan
mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual
secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema
warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual
secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.CONTOH:
Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci5.
Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau
kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental,
nyanyian dan drama lagu. KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.CONTOH:
Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha
Omar6. Kecerdasan Intrapersonal [therapists]Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai
diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,
kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan
tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli
Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli PsikologiCONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis,
Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget7. Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]Kemampuan
untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi
dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: kornunikasi antara
individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif
dan sedia bekerja sama KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, UsahawanCONTOH: Donald Trump,
David Letterman, Aznil Hj. Nawawi8. Kecerdasan Naturalis [naturalists]Mengenali, menyusun dan
mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang
Bandar, GeologistCONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin Dengan
memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam bidang masing-
masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati
sepanjang zaman.
--------------------
http://dukeamienerev.blogspot.com





Dragonizer
Posted: Oct 15 2005, 07:35 PM

Motivasi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah lakusupaya dapat mencapai matlumat-
matlumat yang tertentu. Konsep motivasi memang susah difahami kerana kesannya tidak dapat
diketahui secara langsung. Seseorang guru terpaksa melibatkan proses pelbagai motif kelakuan
seseorang yang diukur dari segi perubahan, keinginan, keperluan dan matlamatnya.
Motivasi masih sukar diukur akan kelakuan guru kerana tingkah laku seseorang guru itu tidak hanya
disebabkan oleh sesuatu motif atau desakan sahaja, tetapi ada faktor-faktor lain yang mendatang secara
tiba-tiba, seperti cemburu atau iri hati kepada guru-guru lain yang membuatkan seseorang itu terdorong
untuk berbuat sesuatu.
Teori-teori motivasi dapat dibahagi kepada tiga kategori, iaitu:
Teori isian (kepuasan hati)
Teori proses
Teori pengukuhan (Teori penyokongan)
Tiga teori, iaitu teori persamaan, teori jangkaan, dan teori pembentukan matlamat termasuk dalam teori
proses.
Secara keseluruhannya, teori ini menjelaskan sebab-sebab seorang individu memilih sesuatu kelakuan.
Dua teori proses yang sering diperkatakan ialah:
Teori pengharapan (Teori jangkaan); dan
Teori ekuiti.

Jadual isi kandungan
[tutup]
1 Teori pembentukan matlamat
2 Teori jangkaan
3 Teori persamaan
4 Pengetua dan motivasi guru
5 Cara meningkatkan motivasi guru
6 Peranan pengetua
7 Implikasi strategi motivasi
7.1 Analisis teori
8 Kajian kes 1
//
[sunting] Teori pembentukan matlamat
Teori pembentukan matlamat (Goal-setting theory) merujuk kepada pengesahan terhadap sesuatu
matlamat. Setiap orang mempunyai matlamat dalam hidupnya. Matlamat merupakan sumber motivasi
yang penting. Teori ini memberi kejelasan matlamat dengan lebih khusus yang digariskan oleh pihak
pentadbir dan pembentukan matlamat oleh individu itu sendiri.
Contohnya, seorang pengetua membentuk matlamat untuk mencapai prestasi sebanyak 2% dalam
peperiksaan PMR. Matlamat yang perlu dicapai oleh guru-guru adalah jelas dan dirasakan logik untuk
dicapai. Contoh lain, Cikgu Rahmad akan mengajar lebih tekun supaya akhirnya, dia diberi anugerah
"Guru Cemerlang" dan diberi kenaikan pangkat menjadi Ketua Bidang, Guru Hal Ehwal Murid, dan
sebagainya oleh pengetua.
Persoalan yang timbul ialah :
Apakah perlu seseorang guru itu menetapkan matlamatnya.
Adakah cukupnya sekadar bekerjasama dengan pihak atasan (pengetua) untuk menetapkan
matlamatnya.
Dalam beberapa kes, penetapan matlamat secara penyertaan bersama menghasilkan pencapaian yang
baik. Dalam beberapa kes yang lain, seseorang guru hanya akan menunjukkan prestasi yang baik apabila
matlamatnya ditetapkan oleh pengetua mereka.
[sunting] Teori jangkaan
Teori jangkaan menumpukan pemilihan kelakuan yang akan membawa kepada ganjaran atau upah yang
hendak dicita-citakan. Dalam teori ini, individu-individu akan menilai strategi-strategi tertentu seperti
bekerja keras dan berusaha lebih dan akan memilih kelakuan yang diharapkan mendapat ganjaran
seperti kenaikan gaji atau penghargaan yang bernilai bagi individu itu.
Contohnya, apabila seseorang guru yang bekerja kuat akan mendapat gaji yang lebih (melalui SSB
menegak), maka teori ini meramalkan bahawa guru itu akan bekerja keras untuk mendapatkannya
(kelakuan yang bermotivasi). Sekiranya individu itu merasakan keputusan atau hasil tindakan itu penting
bagi dirinya, maka kebarangkalian untuk mencapai hasil atau keputusan tersebut adalah tinggi.
Sekiranya pencapaian disusuli pula dengan ganjaran atau penghargaan, maka individu itu akan lebih
berusaha untuk mencapai keputusan tersebut.
Prestasi = f(keupayaan x motivasi)
Dalam keadaan yang lain, apabila peranan seseorang itu berubah, maka jangkaan daripada orang ramai
terhadap orang itu juga akan berubah. Begitu juga dengan jangkaan daripada orang itu sendiri.
Dulu si Ahmad seorang guru siswazah, sekarang menyandang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Maka
perubahan peranan ini menimbulkan perubahan dari segi jangkaan si Ahmad sendiri sebagai Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid terhadap guru-guru lain, orang ramai dan pelajar- pelajar di sekolahnya.
[sunting] Teori persamaan
Teori persamaan disebut juga sebagai "teori ekuiti". Seseorang guru itu akan membuat perbandingan di
antara input-output kerjanya dengan input-output rakan sekerjanya. Sekiranya seseorang itu
menganggap ketidakseimbangan atau ketidakadilan wujud di antara ganjaran atau penghargaan dengan
usaha yang dilakukan, maka guru itu akan cuba mengurangkan usahanya.
Antara input kerja yang terlibat ialah usaha, kemahiran, pelajaran dan prestasi yang dibawa ke dalam
kerja. Hasil atau keputusan usaha meliputi aspek gaji, kenaikan pangkat, penghargaan, pencapaian, dan
darjat.
Antara cara yang dilakukan untuk mencapai keseimbangan atau ketidakseimbangan itu, ialah:
Sekiranya seseorang itu mendapati dirinya tidak menerima ganjaran yang seimbang dengan tugas yang
dilakukan, maka individu itu akan cuba :
meminta perubahan gaji
meminta elaun sara hidup
kadar bayaran yang lebih
Cara yang negatif pula ialah:
Dia akan mengurangkan daya pengeluaran. Sebelum penilaian, guru tersebut rajin membuat alat bantu
mengajar, tetapi kini tidak lagi. Jadi penilaian yang dibuat telah menurunkan prestasi seseorang.
menambahkan masa rehat: Sebelum ini, selalu pulang lewat ke rumah, sekarang pulang lebih awal.
Mungkin juga pada waktu tidak mengajar digunakan untuk membaca surat khabar dan tidak menyemak
buku latihan pelajar.
Mengubah input-output supaya orang lain turut mengubah input-output mereka. Rakanrakan guru tadi
akan dipujuk dan dipengaruhi untuk mengikut cara yang dilakukannya. Pelbagai alasan yang diberi bagi
menghasut orang lain menuruti caranya. Contohnya,
kerja rajin, bukan dapat beras;
buat kerja tambahan, gaji banyak itu juga;
lebih baik mengajar di kelas tuisyen daripada kelas tambahan di sekolah;
mencari dan memilih rujukan perbandingan yang lain bagi mendapat persamaan.
Sebelum ini guru A membandingkan dirinya dengan guru B kerana mereka keluar dari universiti yang
sama, umur lebih kurang sama dan dari daerah yang sama. Apabila Guru B dinaikkan pangkat atau
dianugerah prestasi melintang atau menegak, guru A akan mencari guru lain sebagai model bandingan.
Meninggalkan bidang tersebut, agar ia tidak berasa tidak seimbang lagi. Kemungkinan guru akan minta
bertukar sekolah atau terus berhenti. Pada satu masa, semua guru boleh bersara pada umur 40 tahun.
Tetapi kemudian sekatan dilakukan , guru-guru tidak dibenarkan bersara awal kerana bilangan yang
ingin bersara terlampau tinggi, sedangkan untuk mencari pengganti cukup sukar dan mengambil masa
yang lama.
Dengan berbuat perkara-perkara di atas, guru tadi dapat mengimbangkan di antara ganjaran dengan
usaha atau input kerja.
[sunting] Pengetua dan motivasi guru
Apakah nilai praktikal teori-teori kepada pengetua :
Teori Pembentukan Matlamat menjelaskan kepada seseorang pengetua :
Setiap aktiviti atau perkara mestilah jelas matlamatnya . Matlamat yang hendak dicapai itu hendaklah
disegarkan setiap masa dan ketika. Sesekali pengetua haruslah menyoal kembali apakah matlamat guru
ketika bertugas mengajar di dalam kelas dan di luar kelas.
Matlamat yang hendak dicapai mestilah telah dibincangkan secara bersama , diberikan hujah-hujah yang
bernas, logik , relevan , sesuai dan boleh dicapai. Matlamat dikupas kembali dari semasa ke semasa dan
menyelidik apakah halangan-halangan untuk mencapai matlamat. Jika matlamat yang hendak dicapai
terlalu sukar, semangat guru akan patah di tengah jalan dan enggan memberi kerjasama pada lain masa.
Pada ketika-ketika tertentu, adalah lebih baik matlamat yang hendak dicapai itu ditetapkan oleh sang
pengetua. Pengetua ibarat orang yang paling bijak dan serba tahu dan mendapat hidayah daripada Ilahi.
Orang bawahan akan mengikut sahaja tanpa banyak soal.
Kejayaan sesuatu perancangan selalunya datang daripada pihak atas, iaitu orang yang menetapkan
matlamat. Tetapi hakikatnya kejayaan mencapai matlamat itu ditentukan dari peringkat bawahan.
Seringkali terjadi penghargaan hanya diberikan kepada pengetua sahaja atau kepada ketua sahaja.
Sedangkan kejayaan tidak akan berjaya tanpa adanya usaha daripada peringkat bawahan.
Teori jangkaan menjelaskan kepada seseorang pengetua beberapa persoalan iaitu :
Mengapa sesetengah orang tidak bekerja keras sebagaimana sepatutnya apabila gaji mereka sampai ke
puncak terutama setelah senioriti. Ini adalah kerana mereka akan dibayar gaji yang sama, sama ada
mereka bekerja keras atau bekerja ala kadar sahaja. Tidak ada insentif kewangan sekiranya mereka
bekerja keras.
Adakah majikan sanggup bayar gaji lebih jika saya bekerja lebih masa. Jawapan kepada soalan ini ialah
tidak, untuk kakitangan kerajaan. Gaji kakitangan kerajaan biasanya tetap dan sukar untuk diubah.
Teori keadilan menimbulkan persoalan :
Teori ini menjurus kepada perbandingan sosial, bukan perbandingan secara ilmiah atau perimeter
numerik.
Teori ini menjurus kepada sejauhmana adilnya seseorang pengetua .
Lazimnya, orang yang dibandingkan adalah rakan yang paling hampir. Oleh itu pengetua harus
memerhatikan rakan akrab kepada seseorang guru.
Guru sebagai orang bawahan menjadi hakim kepada dirinya . Dia menjadi hakim hanya dengan bantuan
emosi dan dari pandangan kaca mata kasar. Sedangkan pengetua yang menjadi penilai prestasi ada
kayuukur yang lain (mungkin ya mungkin tidak. Andaian ialah pengetua ialah seorang yang serba tahu
dan adil).
Penghakiman berdasarkan agakan. Parameter yang digunakan tidak jelas. Seringkali guru tadi tidak
hendak bertanya mengapa ketidakadilan berlaku. Markah sebenar boleh diberi jika diminta, tetapi guru-
guru jarang berbuat demikian.
Sering berlaku pemberontakan secara dalaman, sampai pada satu ketika ia akan meletup. Cara letupan
ini mungkin melalui surat layang atau serangan fizikal.
Secara umumnya guru-guru akan membandingkan:
Gaji guru bukan siswazah dengan gaji jururawat. Pada masa ini gaji jururawat lebih tinggi daripada gaji
guru. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan guru bukan siswazah.
Perbandingan gaji guru bukan siswazah dengan guru siswazah. Guru siswazah dan bukan siswazah
mengajar Matematik di tingkatan yang sama tetapi perbezaan gaji amat jauh. Tentulah motivasi akan
menurun.
Guru bukan siswazah cenderung menjalankan aktiviti ko-kurikulum berbanding dengan guru siswazah.
Guru siswazah biasanya menjalankan aktiviti ko-kurikulum secara ala kadar sahaja. Mereka mungkin
lebih menumpukan kepada akademik.
Guru bukan siswazah juga tidak berkira sangat dengan elaun perjalanan, elaun pengadil, ganjaran
sebagai sebagai jurulatih dan sebagainya. Sebaliknya berlaku kepada guru siswazah.
Perbandingan gaji antara guru lelaki dan guru perempuan. Sering berlaku guru perempuan diberi tugas
kerja-kerja yang melibatkan fail, rekod-rekod atau kerja bertulis. Sementara guru lelaki diberikan tugas
luaran seperti menghantar pelajar ke pertandingan sukan, mengiringi pelajar ke perkhemahan dan
sebagainya. Apabila guru lelaki setuju pergi, mereka dituduh buat kerja senang, tidak bernilai dan
berseronok ketika di tapak pertandingan atau di tapak perkhemahan.
Contoh yang lain ialah guru lelaki diberikan tugas sebagai guru siaraya. Sementara guru perempuan
diberi tugas sebagai bendahari PIBG atau bendahari koperasi. Apa yang berlaku ialah guru yang
menyandang jawatan bendahari mendapat SSB menegak.
[sunting] Cara meningkatkan motivasi guru
Kemudahan di bawah SSB diperbaiki. Contohnya perubatan
Pelaksanaan Sistem Gaji Matriks
Cara penilaian prestasi guru
Elaun EKA ditambah
Sistem permohonan pinjaman kereta bagi guru dipermudahkan lagi.
Sistem pinjaman perumahan
Kuarter untuk guru
Sistem pinjaman komputer
Kelas pembelajaran komputer di sekolah
Elaun perpindahan dan pertukaran
Pinjaman/biasiswa melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan sarjana.
Kemudahan alat tulis diberi kepada guru sebagaimana kerani sekolah dapat. Seorang kerani dibelikan
pen, pemadam, komputer dan bilik berhawa dingin. Sedangkan guru yang sering menanda buku pelajar
tidak diberi bantuan pen merah. Bilik guru tidak ada komputer, tidak ada kerusi empuk dan tidak ada
alat hawa dingin.
Bantuan kewangan untuk membuat alat bantu mengajar. Seringkali guru menggunakan wang sendiri
untuk membuat alat bantu mengajar.
Bilik atau meja yang selesa untuk guru. Di sekolah, guru hanya diberikan kerusi seperti kerusi murid .
Sedangkan kerani sekolah dibelikan kerusi empuk.
Kursus atau mesyuarat yang melibatkan guru hanya di sekolah sahaja tanpa alat hawa dingin. Sedangkan
pegawai di Jabatan, Kementerian atau di PPD bermesyuarat di sebuah hotel di pulau Langkawi pula.
Perjalanan kewangan persatuan seperti PSKPP mestilah lebih telus dan mestilah ada kepercayaan wang
persatuan tidak disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu biasanya akaun pengeluaran
memerlukan dua atau lebih penanda tangan pada satu masa.
[sunting] Peranan pengetua
Rekabentuk kerja yang menitikberatkan kandungan, fungsi dan hubungan kerja ke arah mencapai tujuan
sekolah dan kepuasan bekerja di kalangan guru.
Pusingan kerja pula melibatkan perpindahan guru-guru ke sekolah lain atau diberi tugas-tugas yang
berlainan. Tujuannya supaya hilang rasa bosan, jemu dan benci terhadap pekerjaan.
Perkayaan kerja iaitu menyediakan kerja yang pelbagai, memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada
guru-guru untuk menjalankan tugas sehingga selesai. Cohtohnya, guru A diberikan tugas menjayakan
aktiviti Hari Gerko di sekolah. Panduan dan bimbingan hanya diberikan secara minimum sahaja.
Tanggungjawab guru ditambah dengan sedikit sahaja kawalan. Penyeliaan dan pencerapan tidak
diperlukan atau dikurangkan. Kreativiti guru akan meningkat jika tanpa kawalan. Kawalan yang terlalu
ketat akan melumpuhkan kreativiti. Di dalam kelas misalnya, guru-guru dapat memikirkan kaedah
pengajaran dan alat bantu mengajar yang sesuai. Kepercayaan mestilah diberikan kepada guru untuk
membuktikan guru adalah kerjaya profesional.
Membuat keputusan tidak lagi di tangan pengetua sahaja. Kepuasan akan tercapai jika diberi peluang
membuat keputusan yang penting dan bersedia menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Prestasi kerja hendaklah dimaklumkan kepada guru, sama ada prestasi itu baik atau buruk. Guru guru
akan memperbaiki prestasi pada masa akan datang jika laporan prestasi dibuat secara telus dan adil.
[sunting] Implikasi strategi motivasi
Pelaksanaan ganjaran yang realistik akan meningkatkan motivasi pelajar. Pelajar akan berusaha
meningkatkan minat dan ingin belajar. Para pelajar akan lebih ceria. Kemungkinan prestasi peperiksaan
PMR dan SPM meningkat adalah cukup besar.
Kos pendidikan yang sedia besar akan terus meningkat. Ini tentu akan membebankan kerajaan.
Kementerian Pendidikan sendiri ada cadangan untuk menswastakan beberapa buah sekolah. Universiti
pula telah dikorporatkan.
Sebenarnya tidak semua faktor motivasi berpunca daripada luaran. Motivasi yang lebih kekal dan tekal
adalah dari dalam diri individu itu sendiri.
[sunting] Analisis teori
Tiga teori yang bermula dari satu titik iaitu keinginan guru. Dalam rangka keseluruhan, Teori
Pembentukan Matlamat berada di tempat pertama, diikuti oleh Teori Jangkaan dan seterusnya Teori
Persamaan.
Pembentukan matlamat dipengaruhi oleh kesukaran matlamat, pengkhususan matlamat, komitmen
matlamat dan matlamat yang diterima. Empat faktor tadi sangat membantu dalam pembentukan
matlamat. Jika sesuatu matlamat dirasakan sukar untuk dicapai, maka ia akan menjejaskan motivasi
seseorang guru.
Begitu juga dengan pengkhususan matlamat di sekolah. Pengkhususan matlamat ini bermaksud
matlamat yang ditetapkan lebih detail, jelas dan berkaitan dengan situasi di sekolah. Sekiranya
matlamat dinyatakan secara jelas dan terang, kemungkinan matlamat itu tercapai adalah besar.
Matlamat sahaja tidak cukup untuk membentuk kejayaan. Proses pelaksanaan juga akan mempengaruhi
kejayaan. Kadang kala matlamat yang jelas akan terganggu di tengah jalan kerana kelemahan individu.
Di tengah jalan akan ada jangkaan dalam fikiran. Jangkaan-jangkaan ini bergelora dalam fikiran
seseorang guru. Sumbangan kepada pelaksanaan jangkaan ini dipengaruhi oleh dua pihak. Pengalaman
lalu iaitu pengalaman kepada rasa puas hati dan rasa diterima akan meningkatkan dorongan bekerja
lebih kuat.
Sebaliknya jika pengalaman masa lalu cenderung kepada rasa kecewa dan penerimaan yang rendah ,
maka kepercayaan kepada jangkaan akan berkurang. Pada tahap ini, guru tersebut tidak percaya kepada
jangkaan yang positif. Sebaliknya cenderung untuk merendahkan matlamat.
Walau apapun seseorang guru akan terus juga bekerja. Guru akan terus juga bekerja, sama ada dengan
matlamat yang jelas atau tidak. Guru akan terus juga bekerja, sama ada jangkaannya tinggi atau
jangkaannya rendah.
Dalam jangkaan seseorang guru itu, akan ada ganjaran yang diperolehi. Ganjaran- ganjaran ini adalah
kekal dan tidak kekal. Ganjaran ini berbentuk ganjaran dalaman dan ganjaran luaran. Ganjaran dalaman
lebih kekal dalam ingatan.
Pada peringkat penerimaan ganjaran ini akan berlaku proses penilaian dan pengukuran. Pada peringkat
ini dinamakan Teori Keadilan atau Teori Persamaan. Sekiranya dirasakan ganjaran yang diterima
setimpal dengan usaha yang telah disumbang, jadi akan timbul rasa adil dan rasa puas hati. Guru tadi
akan terus bersemangat dan membuat kerja dengan lebih rajin lagi.
Sebaliknya jika hasil penilaian yang dibuat mendapati ganjaran yang diterima tidak setimpal dengan
dengan sumbangan yang diberikan selama ini, maka rasa tidak adil dan tak puas hati akan berlaku. Di
sinilah guru tadi akan bertindak secara positif atau tindakan negatif.
Tindakan yang negatif ini termasuklah memohon dinaikkan gaji secara terbuka. Sebaliknya tindakan
yang negatif ialah mengurangkan produktiviti. Seseorang guru akan menambahkan masa rehatnya ,
mempengaruhi orang lain agar mengurangkan prestasi kerja. Malahan guru tadi bertindak untuk
bertukar ke sekolah lain atau nekad untuk berhenti kerja sebaga guru dan menceburi bidang kerjaya lain.
[sunting] Kajian kes 1
Kedatangan pengetua baru memberikan peluang yang baik kepada Cikgu Bherita. Sebagai guru DG6 di
sekolah menengah , Cikgu Bherita sebenarnya berasa terancam ( tekanan dilihat secar positif ) berada di
Sekolah menengah kerana ada ura-ura kerajaan untuk memindahkan guru DG 6 ke sekolah rendah.
Untuk menyambung pelajaran, Cikgu Bherita merasakan dirinya tidak berupaya lagi.
Cikgu Bherita memegang jawatan Ketua Guru Disiplin sejak dua tahun lepas . Masalah utama di sekolah
ialah masalah disiplin pelajar. Pelajar suka -suka hati datang lewat malahan minum kopi di kedai di luar
kelas. Misi utama pengetua yang baru datang ialah menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang telah
menjadi bualan umum baik di kalangan masyarakat sekeliling mahupun di peringkat daerah dan jabatan.
Kelebihan Cikgu Bherita ialah keupayaannya mengingati dan menceritakan semula sesuatu kesalahan
disiplin pelajar . Sebarang kes disiplin pelajar dapat diterangkan dan dijelaskan kepada pengetua dengan
baik dan lancar. Oleh itu keputusan hukuman merotan, menggantung dan membuang pelajar dibuat
dengan senang. Pelajar dan ibu bapa sendiri tidak dapat mengemukakan sebarang kelemahan dan
kesalahan yang mungkin ada pada Ketua Guru Disiplin. Nama Cikgu Bherita sering disebut dalam
mesyuarat dan pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya.
Selain itu sebarang permohonan kewangan untuk aktiviti pengawas sentiasa diluluskan. Malahan Cikgu
Bherita digunakan oleh guru-guru lain untuk menyampaikan sesuatu masalah atau permohonan kepada
pengetua . Tambahan pula Cikgu Bherita sentiasa ada masa untuk selalu berada di pejabat dan sering
kelihatan berbincang dengan pengetua. Prestasi Cikgu semakin meningkat.
Sebahagian daripada kes di atas menjelaskan hubungan yang baik antara Cikgu Bherita dengan pengetua
mencerahkan lagi peningkatan prestasi. Kemahiran Cikgu Bherita dalam berkomunikasi, mengingat dan
menjelaskan sesuatu kes amat mengkagumkan pengetua. Seorang pelajar yang berhadapan dengan kes
ponteng kelas misalnya, dapat ditambah dengan kesalahan- kesalahan lain hingga pelajar itu boleh
digantung atau dibuang sekolah.
Penilaian yang diberikan oleh pengetua kepadanya seperti meluluskan setiap permohonan kewangan
untuk menjalankan aktiviti sentiasa diluluskan. Apa juga aktiviti hendak dijalankan seperti mengadakan
lawatan atau perkhemahan sentiasa diluluskan dengan mudah. Ini diikuti dengan penilaian prestasi SSB
melintang.
Namun begitu hubungan yang intim antara pengetua dengan Cikgu Bherita membuahkan kekecohan.
Setiap kejadian yng berlaku di kalangan guru akan diketahui dengan oleh pengetua. Oleh yang demikian,
Cikgu Bherita dituduh cepat menyampai . Guru-guru akan lebih berhati-hati kalau-kalau ada spy
terutama sekali jika ada Cikgu Bherita. Malahan pengawas pengawas menjadi sumber Cikgu Bherita
mengorek maklumat. Boleh dikatakan Cikgu Bherita dapat mengetahui semua perkara kecil dan remeh,
rungutan dan bantahan guru dan pelajar.
Dalam kes Cikgu Bherita ini, timbul beberapa persoalan :
Puashati Cikgu Bherita menjadi ketidakpuashatian pihak yang lain.
Guru yang menjadikan Cikgu Bherita sebaga neraca timbangan dan perbandingan, pastinya dia tidak
akan puas hati.
Ketidakpuashatian guru-guru semakin meningkat apabila Cikgu Bherita bertindak suka menyampai
keburukan dan kelemahan guru-guru lain. Contohnya kelas bising semasa Cikgu Amnah, akan
disampaikan kepada pengetua. Sungguhpun perkara itu betul dan benar, tetapi akhirnya ia akan
meletup . Cikgu Amnah yang dituduh gagal mengawal kelas berang dan enggan mengajar kelas yang
hujung-hujung lagi.
Penilaian prestasi yang dibuat oleh pengetua sebenarnya amat berkait dengan kumpulan think tank
yang dibentuk. Sebagai pengetua perempuan , keakraban guru-guru lelaki ke bilik pengetua perempuan,
tentulah terhad ( barangkali ). Guru lelaki juga mungkin enggan menyatakan apa yang berlaku di dalam
kelas seperti pelajar tidak membuat latihan yang diberi. Ini berkaitan dengan ego lelaki. Sedangkan guru-
guru perempuan mudah menyampaikan segala masalah. Apatah lagi pengetua suka guru-guru
berbincang dengannya. Pengetua mahukan maklumat sebanyak-banyaknya dan pemberi maklumat
terbanyak ,bernilai dan lengkap itu hanya diperolehi daripada Cikgu Bherita.

You might also like