You are on page 1of 11

3

2.0 RANCANGAN PEGAJARN HARIAN


Matapelajaran : Dunia seni visual
Tarikh : 03 feb 2014
Masa : 07.00 pagi 8.00 pagi (60minit)
Kelas : Tahun 3 Dedikasi
Bilangan murid : 22 orang
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Montaj
Tema : Objek buatan manusia
Media : Alat = gunting
Bahan = kertas lukisan, gam dan surat khabar
Bahan bantu mengajar : contoh montaj hasil guru sendiri
Pengetahuan sedia ada : murid kenal akan perdanan menteri ke-6 malaysia dan
selalu melihatnya di media massa.
EMK : keusahawanan, kreativiti dan inovasi
KB : membanding beza dan mengkategori
Nilai : tolenrasi dan berkerjasama
Standard kandungan
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang
kepelbagaian dan kesatuan objek buatan manusia dan karya seni dalam
penghasilan gambar teknik montaj.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan
media dan teknik dalam penghasilan gambar teknik montaj.
3. Pengzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan
gambar teknik montaj
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah dan budaya.

4

Standard pembelajaran
1.1 Persepsi estetik : murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan
bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik montaj.
1.1.1 unsur seni
1.1.1.1 : bentuk ilusi
1.1.1.2 : ruang ilusi
1.1.2 prinsip rekaan
1.1.2.1 : kepelbagaian imej
1.1.2.2 : kesatuan komposisi
1.2 Aplikasi seni : murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik montaj.
1.2.1 : mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 : alat gunting
1.2.1.2 : bahan : kertas lukisan, gam dan surat khabar
1.2.2 mengetahui penggunaan media, proses dan teknik penghasilan karya.
1.2.2.1 Teknik : Montaj
1.3 Ekspresi kreatif : murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan kerya
1.3.1 memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 menggunakan bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, imbangan,
kepelbagaian dan kesatuan dalam penghasilan karya.
13.3 mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
karya.
1.4 Apresiasi Seni : murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri,
rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 : mempamerkan karya yang dihasilkan

5

1.4.2 : menghargai & menceritakan karya sendiri dan rakan secara
lisan
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat
1. Menghasilkan montaj wajah perdana menteri ke-6 dengan betul.
2. Menyatakan langkah-langkah menghasilkan montaj dengan betul dan teratur.
3. Murid-murid menunjukkan kerjasama dalam kumpulan dan murid
menunjukkan kerajinan dalam menghasilkan montaj.
Aktiviti PdP Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti / catatan
Set Induksi
(5 minit)
Persepsi Estetik
Guru mempamerkan gambar contoh
montaj dan murid mengenal pasti
objek yang ada dalam montaj
tersebut.
Tetapi sebelum guru mempamerkan
montaj kepaa murid, guru akan
membawa murid-murid menyanyikan
lagu Janji Ditepati lagu patriotik
sambil membuat pergerakan seperti
melambai tangan, bergerak ke kiri,
kanan depan dan belakang.
Guru meminta murid menyebut
bahasa seni (unsur seni / prinsip
rekaan) yang ada pada montaj guru.

Langkah 1
(10 minit)
Aplikasi Seni
Guru memperkenalkan media yang
digunakan
Guru membuat demontrasi cara
menggunting gambar perdana
menteri ke-6 daripada surat khabar
dan cara melekat yang sesuai dan
tersusun serta menghasilkan satu
komposisi yang menarik
Guru meminta murid menyatakan
media lain yang boleh digunakan
untuk menghasilkan teknik montaj.
Guru mengedarkan surat khabar dan


-surat khabar -gunting



6

alat / bahan kepada murid mengikut
kumpulan yang ditentukan oleh guru.
-gam -kertas lukisan
Langkah 2
(30 minit)
Ekspresi Kreatif
Murid menggunting surat khabar
yang terdapat wajah perdana menteri
ke-6 dan melekatkan ke kertas
lukisan mengikut kreativiti mereka
Guru akan membimbing murid dalam
menghasilkan montaj

Langkah 3
(10 minit)
Apreasiasi Seni
Murid mempamerkan karya masing-
masing
Guru memanggil kumpulan mengikut
kumpulan kehadapan untuk pameran
Guru menggunakan bahasa seni
visual untuk menerangkan hasil
karya murid untuk menunjukkan
murid belajar bahasa seni visual.

Penutup
(5 minit)
Guru membuat kesimpulan dan
membuat penutup secara akademik
Guru membawa murid-murid
menyanyikan lagu janji ditepati
sebagai lagu penutup.









7





3.0 Ulasan perancangan aktiviti Rancangan Pengajaran Harian

Secara keseluruhan, perancangan aktiviti rancangan pengajaran harian ini
adalah mengajar murid bagaimana untuk membina sebuah sebuah montaj. Dalam
perancangan ini, saya telah masukkan seni dalam pendidikan seperti seni, muzik
dan pergerakan sejajar dengan kehendak soalan. Melalui seni dalam pendidikan ini,
sedikit demi sedikit kita dapat melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan
mempunyai jati diri yang tinggi.
Aktiviti montaj ialah aktiviti yang menggunakan potongan gambar-gambar
yang berkaitan untuk meghasilkan satu tajuk atau tema. Dalam kerja-kerja seni
montaj, beberapa gambar foto dicantumkan untuk menjadi satu ilustrasi. Hasil seni
mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti foto-foto yang disusun
supaya bercantum, bertindih dan diubahsuai untuk menghasilkan suatu imej.
Aktiviti montaj ini dipilih kerana aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan
pengetahuan murid-murid tentang seni malah turut dapat membantu murid untuk
memperkembangkan kemahiran motor halus mereka melalui aktiviti menggunting
dan menampal. Kemahiran menggunting dan menampal ini banyak digunakan bukan
sahaja ketika disekolah malah turut digunakan di rumah.
Aktiviti meminta murid untuk mencari foto perdana menteri ke-6 di surat
khabar dan mengunting untuk ditampalkan di dalam satu kertas lukisan. Pemilihan
tema perdana menteri adalah untuk menambah semangat patriotik dalam diri murid.
Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka untuk mengenal wajah perdana
menteri ke-6.
Aktiviti montaj ini juga membantu murid meningkakan tahap kreativiti dan juga
tahap inovasi. Ini kerana mereka bekerjasama untuk membina satu imej baru yang

8

terhasil melalui pencantuman foro-foto yang berbeza namun mempunyai tema yang
sama. Sikap toleransi dan kerjasama dapat dipupuk melalui penerpan nilai yang di
laksanakan oleh guru pembimbing.


Set induksi dimulakan dengan mempamerkan contoh montaj yang dibina
sendiri oleh guru dan murid mengenal pasti objek yang ada dalam montaj tersebut.
Dengan mempamerkan contoh montaj, murid dapat mempelajari dan
memperkembangkan kreativiti mereka sejajar dengan teori pembelajaran modeling
Bandura iaitu satu proses belajar dengan mengamati tingkah laku atau perilaku dari
orang lain disekitar.
Sebagai membuka minat murid, set induksi diserikan lagi dengan
menyanyikan lagu patriotik iaitu lagu Janji Ditepati sambil membuat pergerakan
asas seperti melangkah ke kiri, kanan, depan dan belakang. Selain itu, pergerakan
menepuk tangan dan melambai tangan turut dibuat.
Melalui nyanyian lagu patriotik tersebut, semangat patriotik murid dapat
ditingkatkan malah minat mereka dalam bidang muzik dapat di asah. Bak kata
pepatah, belakang parang jika diasah turut akan tajam. Begitu jugalah kanak-kanak,
jika kita mendorong dan memberi mereka peluang untuk menunjukkan bakat mereka
dalam nyanyian, mereka akan berjaya.
Pergerakkan yang dilakukan ketika menyanyikan lagu turut dapat membantu
murid untuk meningkatkan kemahiran motor mereka. Kemahiran motor sangat
penting bagi murid, kemahiran ini bukan sahaja digunakan ketika melakukan aktiviti,
malah turut digunakan dalam aktiviti sukan dan aktiviti seharian.
Guru turut meminta murid untuk menyatakan bahasa seni yang ada pada
contoh montaj. Cara ini dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang prinsip
dan unsur seni. Cara ini menguatkan ingatan mereka dan sebagai cara melihat
samada murid dapat menguasai atau tidak bahasa seni yang telah diajar.
Set induksi di akhiri dengan guru menyatakan apa maksud montaj. Cara ini
dapat menguatkan ingatan murid kerana perasaan ingin tahu mereka tentang

9

montaj. Pengajaran dimulakan dengan aktiviti menarik dan di sudahi dengan aktiviti
teori iaitu penerangan tentang maksud montaj dan cara membuat montaj.



Pada langkah satu, aktiviti di dahului dengan memperkenalkan media yang
digunakan, ini merupakan salah satu teknik pengawalan kelas kerana jika media
diberikan kepada murid sebelum penerangan dan perkenalan media dijalankan,
murid tidak akan mendengar ulasan keran sibuk dengan media tersebut. Dalam
aktiviti ini, murid akan melihat dahulu cara guru mengunting dan menampal. Guru
akan menjadi model kepada murid, murid akan meniru dan malah akan mengalami
proses kreativiti. Diakhir langkah satu, alatan, media dan bahan diberikan kepada
murid. Ini kerana untuk memudahkan guru membuat penerangan kerana tumpuan
murid mudah terganggu jika diberi bahan terlalu awal.
Langkah dua, murid akan mula mencari dan menggunting dan menampal
gambar perdana menteri. Kemahiran menggunting memerlukan kemahiran motor
halus yang baik dan koordinasi mata tangan bagi menggunting keratan gambar
dengan sempurna. Melalui aktiviti ini, murid dapat menambah kemahiran mereka
secara menyeluruh iaitu melalui motor halus dan koordinasi mata tangan. Kedua-
dua kemahiran tersebut penting untuk murid menjalankan aktiviti harian mereka
nanti. Nilai-nilai murni seperti toleransi dan kerjasama dapat dipupuk dalam aktiviti ini
kerana mereka saling berkerjasama mengunting dan menampal gambar dan
bertoleransi sesama mereka.
Langkah 3, aktiviti mempamerkan karya murid yang telah siap. Melalui aktiviti
ini, guru dapat meningkatkan minat murid dalam seni kerana hasil karya mereka
mendapat perhatian dari guru dan orang lain. Ini akan menyebabkan mereka ingin
bergiat dalam seni. Aktiviti mempamerkan hasil karya mereka sememangnya akan
meningkatkan minat mereka dalam seni montaj malah turut menjangkiti ke aktiviti
seni yang lain. Guru memberikan pujian terhadap karya murid dan menerangkan
sekali lagi kepada murid tentang bahasa seni visual. Teknik pengulangan ini akan
dapat menambah daya ingatan murid tentang tajuk ini.

10

Penutup, guru akan membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah
dijalankan sebagai satu cara mengingat semula untuk murid. Cara ini membantu
murid ingat tentang cara membuat montaj dengan betul. Bagi menambah minat
murid dalam seni, guru mengajak murid untuk sekali lagi menyanyikan lagu patriotik
beserta dengan gerakan asas yang telah dilakukan pada set induksi.

Kesimpulannya, matlamat seni dalam pendidikan adalah bertujuan untuk
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai
estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seni
dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu
melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada
pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani , emosi, rohani
dan intelek akan berlaku.
Oleh itu, perancangan pengajaran harian seorang guru perlu menitik berat
tentang elemen-elemen penting dalam seni pendidikan. Matlamat ini tidak akan
tercapai jika guru tidak bertindak sebagai penggerak dalam dunia pendidikan untuk
memastikan elemen-elemen seni dalam pendidikan diselitkan dalam setiap slot
pengajaran sama ada pengajaran mikro atau pun makro. Guru perlu sedar
tanggungjawab ini bagi membina generasi serba boleh kelak.








11






4.0 Refleksi

Saya menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing daya bagi subjek Seni
dalam pendidikan. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkan perancangan
pengajaran harian bagi mana-mana satu matapelajaran yang diajar di sekolah
rendah.
Subjek seni dalam pendidikan ini sangat mencabar saya dalam pengetahuan
teori seni saya. Sebelum ini saya tidak tahu tentang kepentingan seni dalam
pendidikan, kini saya dapat menerangkan kepentingannya. Ianya turut dapat
melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional. Seperti kata-kata seorang iaitu tokoh Leonardo da Vinci yang
merupakan seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa
dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi
seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik
perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong
kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada
murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
Selain itu, semasa menjalankan tugasan yang diberikan kekuatan saya ialah saya
bersungguh-sungguh apabila melaksanakan tugasan. Saya yakin dengan apa yang
buat. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses
pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

12

Kelemahan saya pula, saya kurang menggunakan kepelbagaian teknik dalam
merancang pengajaran harian. Tetapi melalui seni dalam pendidikan, Guru dapat
mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam
Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh
jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui
perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik
dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri
dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni
menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan
dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam
proses membuat sentiasa ditegaskan
Penambahbaikkan, bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan
yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati,
membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan
komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan
tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti
menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui
perasaan, ekspresi dan imaginasi. Seorang bakal guru perlu menguasai pelbagai
kemahiran agar dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu
mereka.
Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya untuk
mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan lagi dan memberi pengajaran
kepada saya. Semua tugasan ini saya sudah pun menjayakannya dengan usaha
gigih dan semangat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-
rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang
berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.

13







5.0 Bibliografi



Azilah Binti Alias. (2011). Permainan Untuk Kanak-kanak. Shah Alam: Gerak Ilmu
Sdn. Bhd.
Azilah Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Mustafa, Norly Binti Jamil. (2011).
Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak. Shah Alam: Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab dan Universiti. Bentong: PTS publications & Distributors Sdn. Bhd. .
http://zul9990.blogspot.com/2012/01/matlamat-seni-dalam-pendidikan.html di akses
pada 25 julai 2014. Seni dalam pendidikan.
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/03/montaj.html di akses pada 25
julai 2014. Aktiviti montaj.

You might also like