You are on page 1of 2

Laksam

Oleh: Azie Kitchen



3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam

Satukan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel. Lihat lihat cara cara
menyediakannya di SINI.

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai - ketuk
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.
Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika
terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.


Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan
Garam

Cara Menghidang:
1. Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas
laksam tadi.
2. Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal.
3. Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan
sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan,
dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi
disesuaikan dengan selera masing masing.
4. Boleh juga dimakan dengan laksa beras kerana laksa Kelantan dan laksam
menggunakan kuah yang sama. Laksa beras sedang direndam.

You might also like