You are on page 1of 42

Malaysia wajar beralih kepada industry pertanian

Bersempena dengan sambutan Hari Pertanian Negara, anda telah dipilih mewakili pasukan debat
sekolah anda dalam suatu pertandingan perbahasan. Usul yang dibahaskan ialah Malaysia wajar
Beralih kepada Industri Pertanian.
Tulis teks perbahasan anda itu sebagai pihak pencadang.


Lebih dahulu, sambutlah salam pendebatan daripada saya selaku ketua pencadang bagi
membahaskan tajuk, Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian. Assalamualaikum dan
selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana dalam menegakkan keadilan, barisan pembangkang yang kami muliakan, dan seterusnya
hadirin sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Para alim ulama sentiasa memberikan nasihat, Sekiranya anda berhasrat untuk menguasai bumi ini
sentiasalah beramal dengan amalan Nabi Daud. Sebaliknya pula, sekiranya anda mahu menguasai
setiap mergastua, beramallah dengan amalan Nabi Sulaiman. Kenyataan tersebut menunjukkan
bahawa kedua-dua bidang sama ada pertanian dan penternakan telah lama menjadi teras kepada
peradaban manusia. Oleh hal yang demikian, tidak syak lagi, usul yang diketengahkan pada hari ini
menepati matlamat dan selaku pemimpin kepada barisan pencadang, saya mohon mencadangkan
usul Malaysia Wajar Beralih kepada Industri Pertanian.

Sebelum hujah bertatah bicara, sebelum fakta melancar kata, sebelum bidasan menebat kelancaran
pembangkang, sebagai ketua pencadang saya mohon untuk membuat kupasan maksud tersurat dan
tersirat usul perdebatan kita pada hari ini.

Pembangkang yang disegani,
Setelah meneliti dengan intuisi dan mata hati, saya definisikan usul perdebatan kita seperti yang
berikut. Malaysia Wajar Beralih membawa pengertian negara Malaysia di bawah kepimpinan
sekarang wajar mengubah dasar ekonomi negara daripada hanya bergantung pada sektor industri
pembuatan kepada industri domestik khususnya dalam sektor pertanian. Industri Pertanian
merujuk kepada memperkasakan sektor pertanian dalam bentuk skala besar agar menatijahkan
potensi ekonomi dagang dalam bentuk eksport dan import. Kesimpulannya, sudah tiba masa
Malaysia memberikan perhatian yang serius untuk memanfaatkan potensi hasil-hasil bumi. Potensi
tersebut dapat dikomersialkan agar dapat menjanakan ekonomi negara sebagai sinergi kepada
sektor lain.

Saudara dan saudari,
Sesi berkenalan telah berlalu, sidang pentakrifan sudah diperjelas, kini bertandanglah ke medan
berhujah. Saya ketengahkan hujah pertama saya dengan fakta, memperkasakan bidang pertanian
merupakan langkah kembali kepada akar umbi. Bumi Malaysia yang cukup subur dengan tanah-
tanihnya dan begitu kaya dengan pelbagai spesies botaninya amat berpotensi untuk dimajukan.
Daripada suratan sejarah, kedatangan penjajah ke rantau Asia Tenggara pun mempunyai kaitan
dengan perdagangan rempah dan seterusnya mereka memanfaatkan kekayaan bumi kita dengan
tanaman ladang seperti getah, tebu, lada hitam, dan kelapa sawit. Konglomerat penjajah seperti
Harrison and Crossifield, Sime Darby, Dublin, Boustead, dan lain-lain lagi telah berjaya mencipta
empayar ekonomi melalui kegiatan pertanian di negara ini. Amat jelas sekali, industri pertanian
pernah menjadi penjana ekonomi kerajaan penjajah di negara ini terutama sekali Inggeris. Oleh hal
yang demikian, amatlah bertentangan dengan fitrah alam dan manusiawinya jika industri tani
dibiarkan sepi, sesepi belantara yang tidak berpenghuni.

Hujah pertama sudah saya tebarkan seluas lautan yang tidak bertepi untuk memandu hemat
pembangkang membuka minda, kini menyusul hujah kedua bahawa memperkasakan industri
pertanian mampu menyelamatkan wang negara. Sedarkah pihak pembangkang, bahawa setiap
tahun negara berbelanja tidak kurang daripada RM15 bilion semata-mata untuk mengimport bahan-
bahan makanan? Tanpa disedari, kita telah mengabaikan potensi yang ada dan sekali gus
menambakkan dana negara kepada pengeksport hasil-hasil pertanian seperti Indonesia, Thailand,
Vietnam, India dan China. Apakah kita sudah benar-benar bijak mencaturkan untung dan rugi
apabila mengabaikan kemampuan sendiri? Inikah maksud bajet berimbang yang sering kita uar-
uarkan?

Perjuangan kami pada kali ini bukanlah kosong. Malah usul yang kami bawa senada dan seirama
dengan pimpinan sekarang yang mahukan industri pertanian menjadi enjin kedua kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
pernah menyarankan supaya sektor pertanian disinonimkan dengan perniagaan. Justeru,
Kementerian Pertanian telah memohon peruntukan yang cukup besar sehingga RM100 juta semata-
mata untuk membangunkan infrastuktur pertanian sahaja. Hal ini membuktikan bahawa sektor
pertanian memainkan peranan besar dalam merubah senario ekonomi sesebuah negara.

Tuntutan memperkasakan industri pertanian menjadi sebahagian daripada usaha membela nasib
golongan terabai dan miskin di kawasan pedalaman. Setelah tiga dekad negara beralih kepada sektor
industri pembuatan, masyarakat tani seolah-olah dianaktirikan. Mereka gagal bergerak seiring
dalam arus perdana pembangunan negara memandangkan sektor industri pembuatan berpusat di
zon-zon industri eksklusif di bandar-bandar utama. Fenomena tersebut menyebabkan mereka
terabai dan terpaksa mewarisi putaran ganas gejala kemiskinan. Tanah menjadi terbiar dan tanah
terbengkalai tanpa diusahakan. Inilah perjuangan suci kami demi mengangkat kembali martabat
masyarakat petani yang telah berdekad-dekad kempunan untuk menikmati kehidupan yang lebih
baik.

Sebelum berundur untuk memberikan laluan kepada pencadang ketiga, saya usulkan satu lagi
rasionalisasi kepentingan memperkasakan industri pertanian. Dengan tegas saya katakan bahawa
Malaysia wajib memberikan tumpuan kepada sektor pertanian sebagai strategi jangka panjang
untuk keluar daripada pergantungan berterusan kepada sumber mineral. Sumber mineral seperti
minyak dan logam galian pasti akan sampai tempoh pupus sedangkan selagi wujud bulan dan
matahari, bidang pertanian tetap berpotensi, tetap wujud, dan pasti diperlukan. Justeru, kita tidak
boleh terlalu pesimis terhadap sektor pertanian dengan terlalu bercita-cita besar menjadi negara
industri sehingga mengabaikan kepentingan sektor yang begitu penting, ibarat yang dikejar tidak
dapat dan yang dikendong berciciran. Sekian sahaja, pencadang kedua mohon mencadangkan usul,
Malaysia Wajar Beralih Kepada Industri Pertanian diterima. Sekian, terima kasih

Sektor pertanian merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Berikan
saranan anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk merancakkan
industri pertanian negara ini.

Apabila direnungkan kembali kepada sejarah silam, negara bangsa yang bangun di wilayah
Nusantara secara keseluruhannya berasaskan komuniti pertanian. Oleh hal yang demikian, sektor
pertanian menjadi nadi dan jantung kepada masyarakat awal bukan sahaja di wilayah Nusantara
malah di mana-mana peradaban manusia terbentuk. Antara masyarakat maritim dengan agraria,
masing-masing saling memerlukan. Walau bagaimanapun setelah berlaku revolusi dan penjanaan
mental, manusia mula mengembangkan sayap kegiatan ekonomi dengan memasuki sektor industri.
Kerencaman pelbagai strata hidup akhirnya membentuk suatu pola baru, iaitu masyarakat
multiekonomi. Akhirnya, bidang pertanian telah ditinggalkan dan menjadi aktiviti sara diri terutama
di wilayah yang tidak menerima pengaruh Revolusi Industri dari Barat sahaja.

Kini, setelah memasuki abad ke-21, Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenal sebagai negara
ekonomi tani konservatif mula mengorak langkah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai
sinergi atau enjin kedua untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Usaha tersebut selaras
dengan dasar kepemimpinan baru yang ditunjangi oleh Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad
Badawi. Sesungguhnya, gagasan dan wawasan kerajaan itu amatlah relevan pada masanya setelah
negara terpaksa berbelanja melebihi RM15 bilion setahun untuk mengimport barangan makanan.
Walau bagaimanapun, sebelum sektor ekonomi tradisional ini dapat dilonjakkan semula ke taraf
industri, banyak kerja yang harus dilaksanakan. Tidak dinafikan sektor ini boleh mencapai kualiti
industri, namun usaha bersepadu semua pihak hendaklah digemblengkan lebih dahulu.

Peranan terpenting ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri. Kerajaan hendaklah
mempunyai polisi yang jelas dengan menggubal dasar pertanian negara. Dasar tersebut yang
memberikan tumpuan khusus terhadap usaha membangunkan potensi pertanian hendaklah
mendapat suntikan daripada dasar Tanah Negara yang lebih kondusif ke arah memajukan sektor
pertanian. Langkah tersebut amatlah mustahak agar tanah-tanah milik kerajaan negeri dan swasta
dapat dibangunkan untuk projek-projek pertanian berskala besar. Penjenamaan semula
Kementerian Pertanian dengan imej baru, iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk memajukan sektor pertanian. Selain
penjenamaan semula, kementerian tersebut telah diletakkan di bawah jagaan menteri senior lagi
berpengalaman, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini setelah empat tahun, sektor pertanian kembali
mendapat nafas baru dengan pelbagai insentif dan projek pertanian berskala besar mula beroperasi.

Setelah terperap lama di dalam kepompong budaya jumud yang meletakkan petani sebagai entiti
masyarakat yang tidak berdaya saing dan tidak produktif, program motivasi dan kursus pertanian
untuk petani-petani hendaklah digemblengkan. Para petani hendaklah diberitahu dan dimotivasikan
bahawa rakan-rakan mereka seperti di Thailand dan di negara-negara maju telah lama menjadi
kaya-raya hasil pendapatan daripada bidang pertanian. Oleh itu, kursus-kursus yang berasaskan
motivasi dan teknik memodenkan pertanian dan pengurusan ladang hendaklah dijalankan dengan
lebih agresif oleh agensi kerajaan dan pihak swasta. Para petani yang sudah pasif dengan cara hidup
tradisional perlu didedahkan dengan suatu gaya hidup baru. Mereka hendaklah dibawa melawat ke
ladang-ladang pertanian di negara-negara maju untuk membuka minda. Selain itu, barangkali kita
sudah lupa dan terbawa-bawa dengan sikap berat sebelah dengan hanya mengagung-agungkan
golongan birokrat, teknokrat, dan korporat dalam memberikan apa-apa anugerah bertaraf negara.
Dalam hal ini, golongan tani yang telah sekian lama bergelumang dengan peluh dan lumpur
hendaklah diberi pengiktirafan dan anugerah bertaraf negara juga.




Selain mengubah pandangan golongan tani, usaha positif untuk memberikan nafas baru kepada
bidang ini hendaklah dilakukan dengan cara merancang program pemasaran yang lebih intensif dan
efektif. Dalam dunia global kini, pemikiran bekerja secara secukup hidup hendaklah ditukar kepada
kegiatan komersial yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, barulah paradigma mentaliti
golongan tani dapat diubah kepada bertani untuk tujuan eksport. Sebelum operasi eksport dapat
dijalankan, justeru usaha mempertingkatkan kualiti produk perlu diutamakan. Semua pihak
terutamanya agensi pertanian hendaklah meneruskan aktiviti R&D (penyelidikan dan
pembangunan) agar hasil keluaran pertanian negara mencapai kualiti yang ditetapkan oleh agensi
pertanian antarabangsa. Usaha pelabelan Malaysia Best adalah sebahagian daripada usaha
memberikan jaminan kualiti kepada hasil keluaran pertanian negara. Langkah ini sudah pasti
memberikan nafas baru kepada program pemasaran petani negara agar produk mereka dapat
dipasarkan ke pasaran global dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Generasi muda adalah tenaga penggerak utama industri pertanian negara. Golongan ini haruslah
direvolusikan minda mereka agar dapat melihat bahawa pertanian adalah sektor yang dapat
mengangkat martabat mereka menjadi korporat muda. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,
kurangnya minat menceburi bidang pertanian khususnya dalam kalangan golongan muda amat
berkait rapat dengan trend masyarakat kini yang sudah banyak beralih daripada ekonomi agraria
kepada bidang perindustrian. Sikap masyarakat yang memandang tinggi terhadap kerja-kerja
pejabat dan bidang kerja yang lebih profesional telah jauh meninggalkan minat untuk berselimut
dengan lumpur dan bermandi peluh. Peralihan status tersebut menyebabkan bidang pertanian
dianggap sebagai aktiviti kuno dan hanya layak diusahakan oleh golongan yang tidak berilmu dan
golongan daif yang tinggal di hujung-hujung kampung. Oleh itu, suatu revolusi mental untuk
menganjak paradigma remaja untuk menceburi sektor pertanian hendaklah bermula dari peringkat
sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi.

Bak kata pujangga Aminuddin Baki, Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.
Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak
diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah corak hidup
termasuklah segelintir golongan tani yang masih berfikiran jumud. Sesungguhnya, sektor pertanian
menjanjikan harapan yang cerah untuk menjanakan semula ekonomi negara yang selama ini terlalu
bergantung pada industri pembuatan dan petroleum.
Tuesday, April 2, 2013
Kepentingan Sektor Pertanian

I made this essay by my own.... and it was published on school's magazine.....I know its not good
enough~~

Kepentingan Sektor Pertanian

Dewasa ini, kepentingan sektor pertanian terhadap pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dinafikan lagi. Hal ini kerana industri ini mendatangkan pelbagai manfaat. Di Malaysia, industri
pertanian ini mula dibangunkan secara lebih proaktif pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad
Badawi menerusi Rancangan Malaysia (ke-5). Pada ketika ini sahaja, Malaysia telah dapat
membangun dengan pesat seiring dengan kemajuan dalam industri pertanian. Kebanyakan Negara-
negara maju dunia telah menyedari akan kepentingan industri pertanian. Sebagai contoh, negara
China kini gah sebagai antara pengeluar utama produk pertanian di dunia. Jika ditelusuri dengan
lebih mendalam, undustri pertanian ini mampu mengubah taraf sesebuah negara. Jelaslah bahawa
industri pertanian ini mendatangkan ribuan manfaat kepada mereka yang gigih memajukannya.
Antara faedah industri adalah dapat meningkatkan pendapatan negara. Pada tahun 2006
sahaja, Malaysia telah mengeksport produk pertanian bernilai (RM 71024 billion) dan (RM 108.102
billion) pada tahun 2008. Pulangan yang diperolehi negara melalui industri pertanian meningkat
saban tahun. Hal ini kerana kebanyakan Negara-negara yang lain hanya mementingkan kemajuan
dalam aspek infrastruktur tanpa menyedari bahawa Negara mereka telah kekurangan tanah untuk
bercucuk tanam. Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah bergelar pengeksport utama getah di rantau
Asia. Usaha memajukan sektor pertanian ini perlulah dijalankan secara istiqamah dan janganlah
hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Salah satu produk pertanian yang popular di Malaysia
adalah teh. Kerancakan penanaman teh di kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Cameron
Highland telah mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu Negara pengeluar teh berkualiti
tinngi di asia. Tegasnya, industry pertanian ini sememangnya mampu meningkatkan pendapatan
sesebuah Negara.
Seterusnya, industri pertanian ini mampu menambah peluang pekerjaan. Industri pertanian
ini sebenarnya mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang menghantui rakyat Malaysia
ketika ini. Menteri Pertanian dan Asas Hani, Dato Seri Noh Omar berkata, kementriannya telah
menjalankan projek permulaan (EPP) yang memberi penekanan kepada tiga sebab utama iaitu
rumpai laut, ikan hiasan dan burung walit. Projek tersebut mampu menyediakan sebanyak 75000
peluang pekerjaan. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia telah berjaya dalam indusri ini dengan
bantuan daripada kerajaan. Tuntasnya, industri pertanian ini mampu mengatasi masalah
pengangguran dengan menawarkan ribuan pelung pekerjaan.
Industri pertanian juga mampu mengembangkan industri desa. Hal ini jelas terbukti melalui
penubuhan industri kecil sederhana (IKS) yang membentuk penduduk di luar Bandar untuk
meningkatkan pendapatan mereka. Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan program Satu
Daerah Satu Industri yang memberi fokus kepada sektor pertanian. Pada ketika ini sahaja, lebih
daripada enam ribu rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian dengan bantuan Kemenriaan
Pertanian. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan luar
bandar meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor pertanian. Sememangnya, berbudi kepada
bumi pasti tidak akan menyesal. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat mengembangkan
industri desa dan menaikkan taraf hidup rakyat.
Sistem perhubungan juga mampu dimajukan dengan sektor pertanian. Sebagai contoh,
semasa era penjajahan British, jalan raya telah dibina untuk memudahkan mengangkut hasil
pertanian ke pelabuhan. Negara-negara maju di dunia juga terkenal dengan kemajuan sistem
perhubungan mereka menerusi kegiatan pertanian. Jika di Sabah dan Serawak, bentuk muka bumi
yang berbukit bukau menjadi rintangan untuk memajukan sektor pertanian mereka. Oleh sebab
negeri-negeri tersebut kaya dengan hasil hutan, pesawat ringan telah digunakan untuk mengangkut
hasil pertanian. Maka jelaslah bahawa industri pertanian ini mampu memajukan sistem
perhubungan di sesebuah kawasan.
Konklusinya, kepesatan industri pertanian di sesebuah Negara akan membawa keuntungan
yang besar kepada negara itu sendiri. Tidak dapat dinafikan juga bahawa berkecimpung dalam
sektor pertanian ini memerlukan penjagaan yang rapi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,
berakit-rakit ke hulu, bersenang-senang kemudian. Ingatlah bahawa tiada apa-apa dapat dicapai
tanpa pengorbanan. Usaha kerajaan memajukan sektor pertanian adalah selaras dengan wawasan
2020 iaitu menjadikan Malaysiasebagai negara maju menjelang tahun 2020.
KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN


1. Memastikan bekalan makanan mencukupi

2. Menyediakan peluang pekerjaan

3. Menjana pendapatan negara dan masyarakat


...........Sektor pertanian pernah menjana pendapatan penting kepada negara sebelum kebangkitan era
kegemilangan perindustrian yang dibawa oleh arus pemerintahan Tun Dr Mahadhir Mohamed melalui
Dasar Perindustrian. Sebelum tampuk pemerintahan bertukar tangan, Malaysia mengerjakan pelbagai
tanaman komersial seperti padi sawah, kelapa sawit, lada hitam dan nanas. Walaupun begitu,
kepentingannya tidaklah diabaikan sepenuhnya kerana beliau telah melancarkan Dasar Pertanian
Negara yang sebenarnya menjadi garis panduan kepada pembangunan sektor ini. Persoalannya, apakah
kepentingan sektor pertanian kepada negara sehingga mendesak kerajaan memajukannya?


...........Kepentingan perdana sektor ini adalah untuk menjadi sekuriti bekalan makanan yang cukup
kepada masyarakat. Malaysia antara negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji. Oleh hal yang
demikian, kerajaan berusaha menghasilkan padi dua kali setahun untuk menampung permintaan
masyarakat, selain berusaha mengurangkan import beras dari Thailand. Realitinya, kerajaan mahu
mengurangkan kebergantungan kepada negara luar, memandangkan padi sawah boleh ditanam di
negara ini. Maka, tidak menghairankan apabila kerajaan telah berusaha bagai air mencari jenisnya
supaya padi dapat ditanam lima kali setahun sejak tahun ini. Tambahan pula, kadar pertumbuhan
penduduk negara kita yang semakin pesat mendesak sektor ini tidak boleh dipandang enteng.


...........Selain itu, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada rakyat di
negara kita. Sejak zaman nenek moyang kita, pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjana
ekonomi keluarga, khususnya. Di negara membangun seperti Malaysia, sektor pertanian menyumbang
50 peratus peluang pekerjaan. Perlu diingat bahawa definisi pekerjaan dalam sektor pertanian bukan
sahaja bekerja di ladang, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Realitinya, masyarakat desa
sememangnya bergantung harap kepada sektor ini memandangkan mereka mempunyai tanah yang luas
untuk dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati. Lagi pula, pekerjaan ini tidak memerlukan
kelulusan yang tinggi berbanding kerja profesional dan separuh profesional. Tegasnya, sektor ini boleh
diibaratkan bulan jatuh ke riba kepada golongan kurang terpelajar untuk tidak bergelar penganggur.


...........Bukan itu sahaja, yang lebih penting lagi ialah sektor ini mampu menjana pendapatan yang besar
kepada negara dan petani. Seperti yang kita sedia maklum, iklim dan tanih yang sesuai mampu
memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh petani kecil-kecilan dapatlah dijual
kepada pemborong dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan penyambung rezeki. Bagi tanaman
komersial pula, negara akan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui
pengeskportan tanaman seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran wang ke
luar negara dapat dikurangkan, di samping menimbangi imbangan pembayaran negara melalui hasil
eskport yang semakin bertambah. Ringkasnya, dengan adanya sinergi yang hebat, industri ini mampu
menjadi penyumbang terbesar seperti suatu ketika dahulu.


...........Konklusinya, sektor pertanian perlulah digerakkan kembali dengan menaruh beberapa strategi
yang mampan supaya segala kemaslahatannya dapat dinikmati masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Saya begitu optimistik dengan segala kelebihan yang kita ada, industri pertanian pasti mampu memberi
sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara. Realitinya, dijangkan pada tahun 2050 sekiranya
telaga minyak yang baharu tidak dijumpai, maka hasil petroleum akan kehabisan seterusnya menganggu
pengeluaran dalam sektor perindustrian. Akhir kata, slogan Pertanian Satu Perniagaan perlulah
diselami maknanya dengan lebih mendalam.
KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA
Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan sosial,
ekonomi dan ekologi. Menuju Wawasan 2020 yang merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia
untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju, kepentingan sektor pertanian tidak harus
dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.

Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui sumbangannya dalam
meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa.
Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui pembangunan sektor ini. Majoriti masyarakat desa
masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor pertanian dengan bantuan
kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, penyelidikan juga pembangunan.
Hasil pertanian dapat dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung
menambahkan lagi peluang pekerjaan masyrakat desa dan meningkatkan pendapatan. Justeru, keadilan
sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai. Salah satu usaha kerajaan yang efektif
ialah skim FELDA. Melalui skim ini, tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata
kepada penduduk desa untuk dimajukan.



Selain itu, sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor
ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian merupakan input yang digunakan
dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Eksport
makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus
dan sebagainya. Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga
bahan mentah yang dibekalkam oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran
antarabangsa. Selain itu, hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan
domestik rakyat sesebuah negara. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia. Kita
dapat menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor ekonomi utama negara kita.
Contoh yang lain kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti tinggi
diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.

Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja import dapat diseimbangkan
untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara kita melalui pembangunan sektor pertanian. Hal
ini disebabkan hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan
hasil yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit. Negara kita dengan bangganya pengeluar
kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam
memajukan sektor ini. Kepentingan dari segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan sektor pertanian
untuk menggantikan import negara. Dasar penggantian import diperkenalkan pada awal rancangan
pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing bagi bahan mentah sektor
pertanian melalui pembangunan sektor ini. Sebagai contoh, buah-buahan merupakan bahan import
utama negara kita. Untuk menggantikan import bahan-bahan ini, kerajaan telah mengambil langkah
mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan melalui pembangunan yang dilakukan dalam sektor utama.
Justeru, kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang kukuh dapat diwujudkan melalui
kepelbagaian sektor ekonomi negara yang seimbang.

Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar melalui pembangunan sektor
pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan. Tekanan ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan
negara lain melalui peningkatan hasil negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai
tanpa mengabaikan amanat Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil
tanpa mengakibatkan pencemaran alam yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif daripada
pembangunan perindustrian yang pesat. Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan
keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun,
pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai, kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan banyak lagi.
Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga kepentingan keseimbangan ekologi. Sektor pertanian
melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penanaman, penyuburan tanah, pembaikan struktur tanah dan
sebagainya dapat menjamin hasil ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam
sekitar.

Untuk kepentingan hubungan yang harmonis dengan negara jiran terutamanya negara yang dilanda
keelesetan ekonomi dapat dijaga jika sektor ekonomi utama dimajukan denga pesat. Hal ini disebabkan
peluang pekerjaan yang begitu luas diwujudkan setelah berupaya menampung keperluan masyarakat
desa dan masih mengalami kekurangan sumber tenaga manusia, buruh asing dari negara jiran yang
susah boleh mencari nafkah di negara kita yang kaya ini. Selain dapat menjalin hubungan yang erat
dengan negara jiran yang memerlukan bantuan, peperangan dapat dielakkan dan rantau yang aman
dapat diwujudkan. Keadaan ini bukan sahaja dapat menjaga kepentingan diri malah kepentingan
negara-negara yang berdekatan kerana rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan dan
kepercayaan pelabur dan pelancong asing. Secara langsungnya, dapat meningkatkan lagi pendapatan
negara malah mampu meningkatkan status negara kita. Sikap saling membantu ini dan tidak
mementingkan diri bak pepatah adat kampung, memagar kampung, adat negeri, memagar negeri
merupakan visi kerajaan Malaysia yang bijak dan mulia.

Kesimpulannya, kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan dan fokus
kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dari segi kewangan,
ekonomi dan politik. Pembangunan yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh
negara kita dalam menuju ke Wawasan 2020.
KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA NEGARA
Rangka

1. Menyumbang kepada KDNK pertanian negara
---Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion
dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010.
---Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi
tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada
42.1% kepada 44.6%.

2. Mengurangkan kadar import makanan negara
---Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5
bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah
RM9.1 bilion.
---Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga
Pengguna.
---Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan
kos import makanan dan input pertanian.

3. Mengurangkan defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan
---Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani----- Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan
perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Jika dibiarkan dan tiada tindakan diambil,
dijangkakan defisit ini akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi lagi.
---Mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melalui
Plan Tindakan BOT (Balance Of Trade).

4. Mengurangkan masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu
--- Sektor sayur-sayuran, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China,
Australia
--- Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar
negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos
pengeluaran.
--- Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.

5. Merealisasikan kegiatan ekopelancongan
---Serampang 2 matakepuasan individu, keuntungan kepada industri pelancongan
---Mengharumkan nama Malaysia---psikologi pelancongan(pelancong akan menguar-uarkan
pengalaman diperoleh)
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun
seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-
negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas
pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti
penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.
Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur
dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya
pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan
meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari
pekerjaan yang lebih bermaruah dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam
sektor perindustrian.
Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial
yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan
perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.
Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan
kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang
mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun demi tahun.
Kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara
tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor
pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah, petani asal yang tinggal adalah terdiri daripada
petani yang sudah tua dan uzur. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada
tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.
Selain daripada faktor penghijrahan ini, antara masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian kini ialah
saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan
produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi.
Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari
satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor
perladangan untuk mendapatkan tanah yang baik. Umpamanya, sektor perladangan sahaja menguasai
83% daripada 6.36 juta hektar tanah yang bertanam.
Di samping saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi
daya pengeluaran yang rendah dan kos purata yang tinggi di sub-sektor pekebun kecil. Pertama ialah
kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap.
Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat
dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana
mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka
terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.
Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya
menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi daya
pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, petani terpaksa menunggu
sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak
mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden
berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya.
Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak mengguna
baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan
kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan
budaya tradisi yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi.
Selain daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu.
Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand,
Taiwan, China, Australia dan lain-lain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang
berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan
mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk
menampung keperluan semasa.
Dari segi pelaburan swasta dalam sektor makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan
pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi
bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.
Selain daripada itu, sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding
dengan sektor-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan
ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat
swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara
menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai
kelebihan kos pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila
sekatan bukan tarif di negara-negara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi dihapuskan.
Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup
penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah
RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober)
importnya adalah RM9.1 bilion.
Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga makanan. Pada 1996, kenaikan harga
makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai
1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input
pertanian.
Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input
pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun
1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5
bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada
1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.
Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya peningkatan dalam aspek keselamatan
makanan negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan
pergantungan makanan dari negara lain. Juteru, di sinilah sektor pertanian memainkan peranan
pentingnya.
TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN
Sektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami transformasi untuk menjadikan sektor ini lebih
moden, dinamik dan berdaya saing. Justeru, kerajaan di bawah kementerian yang berkaitan melihat
usaha-usaha berikut sebagai jalan penyelesaiannya:
(i) Transformasi Ladang
Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Program
untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara
estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan.
Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran
pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas
(TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan
hasil sampingan dengan ternakan lembu.
(ii) Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi
Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada
tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program
pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini
termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman
pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan
perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture,
akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post
harvest.
(iii) Pengurusan Ladang Yang Moden
Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan
kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja
yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran
bagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.
Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada
golongan sasar di ladang sebenar.
(iv) Daya saing Lebih Tinggi
Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing
di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian
dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA,
hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara
perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil
pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke
meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan
veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang
pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.
(v) Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan
Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan
kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti
pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat
tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang
mempunyai nilai tambah yang tinggi.
(vi) Pengezonan (zoning)
Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral
melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi
membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan
(comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur
(ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC).
Perlaksanaan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana
keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan
kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di
kawasan tertentu.
(vii) Insentif Untuk Projek Pengeluaran Makanan
Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang
diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang
mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain
daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan
sebagainya.
(viii) Latihan
Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai
program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi
melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain daripada itu,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping
meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada
golongan sasar.
(ix) Kemudahan Infrastruktur
Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang
berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam
hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan
dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat
pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan
keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.
Walaupun peruntukan yang besar diperlukan oleh sektor pertanian, kedudukan dan sumbangannya
terhadap ekonomi negara tidak dapat disangkal. Justeru, mengekal dan memeliharanya merupakan
langkah yang sangat bijak oleh kerajaan disamping dapat memastikan bekalan makanan sentiasa
mencukupi bagi umat warganegara khasnya dan warga dunia amnya yang semakin bertambah.
PERKEMBANGAN SEMASA SEKTOR PERTANIAN DI
MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan
melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merupakan
pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan
membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam
masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti
ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada
perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak
diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia
Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian
sebagai sumber ekonomi utama.
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara
membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan
status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah
menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang
mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan
pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara,
sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat
menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih
parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih
berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih bermaruah dan
menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini
kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan
sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor
perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak
stabil.
2.0 PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman
industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala
Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak
langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad
sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK)
telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun
1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat
daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah
seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah
mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai
matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan
agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI
(1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa
agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat
sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.
Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah
mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian
telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995.
Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985
kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan
sebanyak 9.8%.
2.1 Polisi Dalam Pertanian Malaysia
2.1.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama yang
diberi tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor pertanian
menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion diperuntukkan untuk
permodenan sektor pertanian, terutama pembangunan wilayah dan penanaman semula serta
program baik pulih tanah. Sementara itu RM2.6 bilion untuk menyokong perkhidmatan
pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk program pengairan pertanian. Pertambahan peruntukan
dan kadar pertumbuhan ini juga menandakan sektor pertanian akan meningkat dari segi guna
tenaga dan pelaburan sektor swasta. RMK-9 turut menyediakan insentif dan peluang yang lebih
luas kepada sektor swasta dan komuniti petani untuk mengusahakan pertanian secara komersial
berskala besar bagi meningkatkan produk berkualiti dan tambah nilai. Peningkatan ini boleh
dilakukan dengan penggunaan kaedah moden, terutama bioteknologi dan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan pelbagai insentif yang menyokong sektor
pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra sektor pertanian, seterusnya menarik minat
lebih ramai usahawan tani dan petani mahir
Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya mengalami
pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan pengetahuan bioteknologi,
produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan ketahanan. Sebagai contoh,
manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan tanaman dimusnahkan serangga
perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka bentuk secara biologi agar tahan lama
dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah,
khususnya terhadap produk makanan (makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan
terhadap produk berkenaan terus meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama
di seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah menambahkan
kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan
ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan,meningkatkan industri
asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
2.1.2 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber
secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani,
penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk meningkatkan sekuriti
makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian,
mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru
untuk sektor pertanian dan memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampam.
Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan
perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).
Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan
sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan
pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi.
Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan
ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi
pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan
memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh
dunia. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan
keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.
Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui
penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing
dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan
30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit,
buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah
dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan
keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta
hektar kepada 6.2 juta hektar.
2.2 Data Dan Stastistik Perkembangan Pertanian Malaysia
Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010
No Butiran 2000 2005 2010
1.0 Sumbangan kepada KDNK
1.1 Pertanian (RM juta)
1.2 Pertanian (%)
1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)
1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
18662
8.9
13584
6.5
21585
8.2
16928
6.5
27518
7.8
22221
6.3
2.0 KDNK (%) 1.2% 3.0% 5%
Pertanian
3.0 Sumbangan Kepada Eksport
3.1 Pertanian (RM juta)
3.2 Pertanian (%)
3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)
3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
22892
6.1
24686
6.6
37421
7.0
37442
7.0
54992
6.8
60660
7.6
4.0 Sumbangan kepada guna tenaga
4.1 Pertanian (bil000)
4.2 Pertanian (%)
4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil000)
4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
1423.0
15.3
844.0
9.1
1405.7
13.3
981.9
9.3
1323.8
10.9
1110.2
9.1
(Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia )
Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000,
menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8% (RM27,518
juta) pada tahun 2010. Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar pertumbuhan sebanyak
1.2%, paling rendah dalam tempoh RMKe-7; menokok kepada 3.0% bagi tempoh RMKe-8 dan
dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan mengukuh pada 5.0%. Sektor pertanian pula hanya
menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport pada tahun 2000 dan 7.0% (RM37,421
juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya diunjurkan menguncup kepada 6.8% (RM54,992
juta) pada tahun 2010 Guna tenaga dalam sektor pertanian pula adalah yang terendah iaitu
hanya menyumbang sebanyak 15.3% (1.423 juta) pada tahun 2000 dan mengalami
penguncupan pula kepada 1.406 juta (13.3%) pada tahun 2005. Sumbanganya dianggarkan terus
merosot kepada 1.323 juta (10.9%) pada tahun 2010.
Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008.
Hasil Pertanian (tan metrik
000)
2002 2004 2006 2008
Getah Asli 889.8 1168.7 1283.6 1072.4
Minyak Sawit Mentah 11909.3 13 976.2 1580.8 17734.4
Isirong Sawit 3268.6 3661.4 4125.1 4577.4
Biji Koko 47.7 33.4 31.9 28.1
Minyak Kelapa 39.1 42.4 27.8 42.3
Dedak Kopra 13.6 11.4 8.7 8.3
Teh 20.6 15.6 11.1 11.6
Nenas 70.1 774 843 66.3
Beras 1415.1 1467.1 1385.3 -
Tembakau 11.3 12.9 6.1 6.3
(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras , teh
nenas, isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah, berlaku
peningkatan hasil pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi tahunn 2008,
berlaku penurunan kepada 1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun 2006 iaitu sebanyak
1283.6 tan metrik. Berlainan dengan tanaman tembakau yang mengalami peningkatan pada
tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun begitu, hasil pertanian ini adalah lebih baik pada
tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 11.3 tan metrik dan 12.9 tan metrik.
Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.
Jenis Tanaman 2000
(hektar
000)
2005
(hektar
000)
2010
(hektar
000)
Target Guna
tanah bagi RMK-
8 (%)
Pencapaian
Guna tanah
bagi RMK-8
(%)
Target Guna
tanah bagi RMK-
9 (%)
Kelapa Sawit 3317 4049 4555 3.2 3.7 2.4
Getah 1431 1250 1179 -2.7 -2.7 -1.2
Padi 478 452 450 -0.5 -1.1 -0.1
Buah-Buahan 304 330 375 5.1 1.7 2.6
Kelapa 159 180 150 -0.6 2.5 0.0
Koko 76 33 455 -2.4 -15.2 6.2
Sayur-sayuran 40 64 86 4.2 9.9 6.1
Tembakau 15 11 7 2.5 -6.0 -7.4
Lada Hitam 13 13 14 2.1 0.0 0.6
Jumlah 5893 6383 6891 1.5 1.6 1.5
(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN
PERKARA 2003
(RM
Juta)
2004
(RM Juta)
2005
(RM Juta)
2006
(RM
Juta)
2007
(RM
Juta)
2008
(Jan-Jun)
(RM
Juta)
Jumlah Eksport
Sektor Pertanian
Jumlah Import Sektor
Pertanian
Imbangan
Perdagangan Sektor
Pertanian
53,143
25,808
27,335
61,797
35,412
26,385
62,596
36,250
26,346
71,197
40,312
30,885
84,936
47,194
37,742
53,841
28,837
25,004
Jumlah Eksport
Bahan Makanan
8,348 9,942 10,669 11,392 13760 8,241
Peratus Eksport
Bahan Makanan
15.7 16.1 17.04 16.0 16.2 15.3
Jumlah
Import Bahan
Makanan
12,687 16,440 17,733 19,950 23,374 13,731
Peratus Import Bahan
Makanan
49.2 46.4 48.9 49.5 49.5 46.3
Imbangan
Perdagangan Bahan
Makanan
-4,339
6,498 7,065 8,559 9,614 5,491
( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia)
Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143 juta.
Manakala pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini bermakna
terdapat peningkatan eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun 2008 iaitu sebanyak
RM698 juta. Bagi jumlah eksport bahan makanan pada tahun 2003 ialah RM8,348 juta yang
mewakili 15.7%. Jumlah eksport bahan makanan meningkat dari tahun ke tahun, walaupun
peningkatan hanya kecil sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008 jumlah eksport bahan
makanan berkurangan kepada RM8241 juta yang mewakili 15.3%. Jumlah imbangan sektor
pertanian ialah pada tahun 2003 ialah RM2,733 juta, dan pada tahun 2008 pula RM25,004 juta.
Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak RM25,808 juta.
Jumlah import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008,
jumlah import menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah import bahan makanan bagi tahun 2003
ialah RM 1,2687 juta yang mewakili 49.2%, manakala bagi tahun 2008 pula ialah RM13,371
juta yang mewakili 46.3% dari jumlah keseluruhan import bahan makanan.
3.0 PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI BAGI
SEKTOR PERTANIAN
3.1 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian
Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang
mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007
sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada
RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula
meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah
bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang menghasilkan bahan-bahan
pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini
adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang
sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.
3.2 Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil
Pertanian
FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan
pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di
seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39
juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus
niaga sebanyak RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian.
3.3 Pelaksanaan Program Bumi Hijau
RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa
bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan
kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia
dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep kitchen garden dan edible
landscape. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja serta manual
pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.
3.4 Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti
Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam
masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak
berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah profitsharing dengan pihak swasta yang
dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan
pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak
RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara
menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada
Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.
3.5 Konsep Ladang Merdeka
Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial
berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar.
Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar
dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan
kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang
dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian.
Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi
meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.
Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan
rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan
kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain termasuklah
pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada
akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada
4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada
pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun.
3.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan
industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu,
bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang
pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran
Buah-buahan, Target Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan
seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan
bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan Industrial Districts.
Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama
iaitu Malaysia Best.
4.0 ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN
4.1 Masalah Tenaga Buruh
Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh dari
sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di
sektor pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan
ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat tahun
demi tahun. Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah tenaga kerja
yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Saiz tanah yang diusahakan
adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65% darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah
kurang daripada satu hektar.
4.2 Tanah Terbiar
Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan keluasan
tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu hektar, iaitu 6
ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian menghadapi masalah
tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia, tanah terbiar adalah seluas 890
000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160 863 hektar dan tanah bukan sawah
seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang pada tahun 1986, iaitu kepada 553 372
hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah sawah dan 428 117 hektar tanah bukan sawah.
Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu kepada 654 413 hektar yang terdiri daripada
89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini,
1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada 57 597 hektar (Jabatan Pertanian
Semenanjung Malaysia 1994).
4.3 Cabaran di peringkat Luar Negara
Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar
dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan
persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia
meningkatkan daya pengeluaran untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak
krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit
sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun
1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada
tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan
peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan
ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara.
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil
pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang
lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan negara turut meningkat
setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996,
import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion
berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya
adalah RM9.1 bilion. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk
makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang
negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan
pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam
perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion
pada 1997.
5.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya semakin merundum sejak akhir-akhir
ini. Dengan isu peningkatan harga makanan dan krisis makanan yang melanda ini, sektor
pertanian menghadapi cabaran yang lebih besar lagi dalam mencapai keseimbangan dari segi
menjamin belakan makanan mencukupi yang memerlukan pertambahan kawasan tanaman dan
pada masa yang sama memastikan aktiviti ini tidak memburukkan lagi keadaan iklim dunia.
Oleh yang demikian, pemahaman terhadap impak positif dan negatif amalan-amalan pertanian
adalah amat penting.
Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu mewujudkan
persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi pembangunan sesebuah negara
untuk terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi
keperluan rakyatnya. Persekitaran pembangunan yang sihat melalui pengurusan sumber alam
yang efisyen, terjaga, berterusan dan di lengkapi pula dengan sumber manusia yang terlatih
adalah asas kepada pembangunan pertanian yang produktif dan ini sudah tentu menjadi
pemangkin dalam menjana pertumbuhan pelbagai industri lain yang diperlukan oleh negara.
Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan telah
menjadi kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan
inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea
maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik
dan sempurna. Dalam bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan
membawa perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam
semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat
meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang
mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti kehidupan yang harmoni akan
sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap penguasaan dan penghayatan ilmu
demi kebaikan manusia sejagat.
Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Isnin, 26
hb
Mac 2012:
Transformasi sektor pertanian tergendala kerana amalan kronisme dan korupsi
Petani-petani dan penternak-penternak sering kali menghadapi masalah
gangguan daripada kerajaan ataupun agensi-agensi kerajaan. Sebilangan
besar golongan petani dan penternak ini mengusahakan tanah kerajaan
secara haram. Mereka mengusahakan tanah secara haram kerana kerajaan
tidak mahu memberi hak milik tanah mahupun TOL kepada mereka. Jika
kerajaan serius untuk menjaga kebajikan golongan petani dan penternak ini
sudah tentu mereka akan diberi hak milik tanah ataupun sekurang-kurangnya
TOL. Tetapi, kerajaan gagal untuk berbuat demikian atas sebab-sebab
tertentu.
Ini menyebabkan petani-petani dan penternak-penternak terpaksa
menjalankan kegiatan mereka secara haram di atas tanah kerajaan. Kita tidak
boleh mempersalahkan golongan petani dan penternak ini. Mereka
mengusahakan tanah dan sumbangan mereka dalam sektor pertanian negara
tidak boleh dinafikan. Mereka membantu mengurangkan masalah kekurangan
makanan di dalam negara. Keluaran hasil pertanian petani-petani dan
penternak-penternak secara haram ini memasuki pasaran makanan negara
kita tiap-tiap hari.
Apa akan berlaku jika sekirannya semua petani dan penternak ini
memberhentikan aktiviti pertanian mereka dengan serta-merta? Sudah tentu
kita akan menghadapi masalah kekurangan makanan di dalam negara. Ini
akan mengakibatkan pengantungan negara kita kepada negara lain untuk
makanan akan bertambah. Dalam kata lain, pengimportan barang makanan
akan tambah berlipat ganda. Ini akan meningkatkan lagi pengaliran dana kita
ke negara asing.
Kerajaan harus sedar kepentingan golongan petani-petani dan penternak-
penternak ini. Mereka seharusnya diberi peluang pemilikan tanah atau diberi
TOL untuk mengusahakan kegiatan pertanian di tanah itu. Apa yang pelik di
negara kita ialah kaum petani dan penternak ini sentiasa ditindas oleh
kerajaan dan pihak ketiga. Mereka ini sentiasa terdedah kepada ancaman
pihak-pihak tertentu. Setelah mereka mengusahakan tanah berpuluh-puluh
tahun, tiba-tiba tanah itu diberikan kepada pihak ketiga oleh kerajaan.
Kenapa tawaran tanah itu tidak diberikan kepada petani-petani yang
mengusahakan tanah itu? Kenapa tapak tanah yang diusahakan oleh petani
dan penternak itu diberikan kepada pihak ketiga yang langsung tidak ada
kena mengena dengan tanah itu? Ini menbuktikan kewujudan amalan-amalan
kronisme dan korupsi dalam sektor pertanian negara kita. Orang yang layak
tidak diberikan tapak tanah untuk bertani, manakala pihak ketiga yang
mempunyai hubungan politik pula boleh mendapat tanah itu dengan mudah.
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Mohd Hashim Bin
Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di
dalam portal rasmi kementerian itu. Berikut adalah ungkapan beliau:
"Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat
tumpuan dalam perdagangan dunia kerana ia merupakan pembekal makanan
dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia. Kebolehan sesebuah
negara memajukan sektor pertanian di negaranya menunjukkan keupayaan
negara tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya.
Oleh yang demikian, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia
dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian di
negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang
berdaya saing dan menguntungkan.
Malaysia merupakan negara pengimport makanan, bil imbangan dagangan
makanan negara tidak pernah mencatatkan nilai lebihan, walaupun negara
kita dirahmati dengan tanah yang subur, taburan hujan yang mencukupi serta
iklim yang sesuai. Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan
sektor ini, Kementerian ini telah diamanahkan untuk membangunkan sektor
pengeluaran makanan atau sektor Agro-Makanan agar ia berdaya saing dan
boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk
mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar..."
Memang manis untuk mendengar matlamat kerajaan itu. Tetapi, indah khabar
dari rupa, kerajaan tidak mengambil inisiatif untuk membantu petani-petani
dan penternak-penternak yang mengusahakan tanah kerajaan secara haram.
Malah, mereka ini sentiasa terdedah kepada ugutan dan desakan daripada
pelbagai pihak. Matlamat kerajaan tidak akan tercapai jika golongan ini tidak
dibantu. Transformasi tidak dapat dilaksanakan selagi terdapat unsur-unsur
kronisme dan korupsi dalam sektor ini.
Kerajaan harus prihatin menyelesaikan masalah kaum petani dan penternak
ini. Ramai diantara mereka tidak mengharapkan dorongan dan sokongan
kerajaan. Mereka hanya mahu supaya dibiarkan mengusahakan tanah tanpa
sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
SUMBANGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA - BANYAK YANG
TIDAK TAHU
Dipetik daripada : http://bobex.wordpress.com/2007/01/17/masa-depan-ekonomi-negara-menerusi-
sektor-pertanian/

Masa Depan Ekonomi Negara Menerusi Sektor Pertanian
Posted: Januari 17, 2007 in Artikel
82
Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri
getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-
an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan
sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor
petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.
Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti
FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi
pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan
yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969),
MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
(1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
(KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah
membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada
kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.
Tiga dasar telah digubal dalam usaha memastikan sektor pertanian dapat bertindak sebagai enjin
ketiga pertumbuhan ekonomi negara di samping sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dasar-dasar
tersebut adalah merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan
untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua
(1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan
Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan
liberalisasi perdagangan antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor
pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar
malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam
pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan belanjawan 2006 yang telah
memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada sektor ini.
Transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam RMK-9 dan
Belanjawan 2006 ini bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para
petani dan negara selain bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import
bahan makanan dalam jangka masa panjang yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan
masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.
Sebagai suatu langkah jangka panjang, kerajaan telah mempertanggungjawab dan memperluaskan
fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani bukan sahaja merangkumi bidang pertanian, malah turut
merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani
dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, iaitu dari peringkat pengeluaran
benih, pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan,
pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan, pemerosesan
sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus
masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan
sederhana, terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai yang baru.
Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang
pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran Buah-
buahan, Target Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek
Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini pada akhirnya bertujuan untuk
membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan Industrial Districts di mana pemasaran,
pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.
Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama yang
akan dapat membezakan hasil-hasil pertanian negara dengan hasil-hasil pertanian negara lain dengan
menitikberatkan kualiti dan keselamatan makanan iaitu Malaysia Best. Penjenamaan ini akan
menekankan aspek pemantauan dan penelitian rapi menepati standard antarabangsa melibatkan semua
aktiviti bermula daripada penjagaan ladang sehingga ke meja pengguna. Program penjenamaan ini
akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga dalam jangka masa panjang kepada
pengeluar dan negara. Pengeluar hasil-hasil pertanian akan menikmati permintaan yang tinggi di
pasaran domestik dan antarabangsa memandangkan produk mereka telah memenuhi citarasa pengguna
dan telah melepasi tahap kualiti pasaran.
Kerajaan melihat bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui amalan
kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D),
termasuk penggunaan bioteknologi perlu diaplikasikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut
mengenal pasti beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi
mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru yang
dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, minimally processed
food dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, pharmaceutical, nutraceutical, produk-
produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.
Selain itu, pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit atau biofuel minyak sawit
turut dilihat mampu untuk menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi negara. Kaedah ini telah
digunakan di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan api untuk pengangkutan dan
industri. Di negara Jerman, biofuel digunakan bagi keretapi komersil dengan prestasi yang baik. Di
samping itu, hasilan minyak sawit, seperti stearin, juga digunakan sebagai bahan api untuk loji
janakuasa dan dandang.
Permintaan pasaran bagi biofuel minyak sawit ini adalah amat menggalakkan. Pada tahun 2004,
permintaan bagi biofuel dunia ialah sebanyak 2.5 juta tan dan dijangka meningkat pada kadar 25
peratus setahun.
Bagaimanapun, di sebalik keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian, bank-bank di negara ini pula
melihat dari sudut yang berbeza. Keyakinan lebih tertumpu kepada sektor perindustrian dan
perumahan bagi diberikan kemudahan pinjaman kewangan. Keadaan ini sedikit sebanyak akan
memberikan impak terutamanya bagi petani meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani
tradisional kepada petani moden. Oleh kerana mentaliti pihak bank yang beranggapan bahawa sektor
pertanian tidak menguntungkan, mereka telah mengenakan syarat-syarat yang ketat dan menekan yang
dikenakan pihak bank kepada petani. Langkah yang diambil mereka ini bukan sahaja menyulitkan,
malah
Mampu melemahkan semangat para petani yang mempunyai perancangan menukar status mereka
daripada petani tradisional kepada petani moden.
Baru-baru ini, Perdana Menteri telah memberikan teguran dan berharap agar pihak bank memberikan
kepercayaan mereka terhadap sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman yang melibatkan
para petani sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap enjin ketiga atau sektor
pertanian ini.
Kata-kata Perdana Menteri bukanlah omongan kosong semata. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan
Jasmin Jasin, Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan yang berjaya memperoleh
pendapatan sebanyak RM2.1 juta setahun dengan hanya berbudi dengan tanah. Tidak dapat disangkal,
bidang pertanian ini bukan suatu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan
kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai
cabaran pada peringkat permulaan.
Kempen Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, dan penganjuran Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) yang diadakan baru-baru ini dan kata-kata
Berdaya maju sendiri yang dilaungkan beliau terhadap pembabitan rakyat dalam menghasilkan
sebahagian daripada keperluan makanan sendiri perlu diadaptasikan.
Secara logiknya, segala rungutan mengenai harga barangan bahan mentah seperti sayuran, daging dan
sebagainya tidak akan lagi kedengaran sekiranya laungan ini diterjemahkan dalam kehidupan. Jika
setiap warga mampu menghasilkan makanan sendiri, seolah sebahagian daripada masalah negara telah
dapat diselesaikan. Bukan sahaja masalah ekonomi individu, masalah ekonomi negara turut dapat
diselesaikan.


Dipetik daripada : http://datatanah.peradabanmelayu.my/index.php/data-tanah-terbiar/34-data-
tanah-terbiar-malaysia/64-perkembangan-semasa-sektor-pertanian

PERKEMBANGAN SEMASA SEKTOR PERTANIAN DI
MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan
melalui perkebunan, penanaman, penternakandan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan
penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan
makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan
berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor
utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin
pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti
populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan
pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara
membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status
antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang
kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa
tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan
perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian
beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang
dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan
akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar
mencari pekerjaan yang lebih bermaruah dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan
terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih
tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui
pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor
pertanian tidak stabil.
2.0 PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman
industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar,
Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan
Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun
1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8
bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6
peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985
kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti
FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan
tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank
Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga
Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa
agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan
kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.
Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat
kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat
dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan
pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun
1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.
2.1 Polisi Dalam Pertanian Malaysia
2.1.1 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama yang diberi
tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor pertanian menjadi lebih
moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion diperuntukkan untuk permodenan sektor
pertanian, terutama pembangunan wilayah dan penanaman semula serta program baik pulih tanah.
Sementara itu RM2.6 bilion untuk menyokong perkhidmatan pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk
program pengairan pertanian. Pertambahan peruntukan dan kadar pertumbuhan ini juga menandakan
sektor pertanian akan meningkat dari segi guna tenaga dan pelaburan sektor swasta. RMK-9 turut
menyediakan insentif dan peluang yang lebih luas kepada sektor swasta dan komuniti petani untuk
mengusahakan pertanian secara komersial berskala besar bagi meningkatkan produk berkualiti dan
tambah nilai. Peningkatan ini boleh dilakukan dengan penggunaan kaedah moden, terutama
bioteknologi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan pelbagai insentif
yang menyokong sektor pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra sektor pertanian, seterusnya
menarik minat lebih ramai usahawan tani dan petani mahir
Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya mengalami
pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan pengetahuan bioteknologi, produk
pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan ketahanan. Sebagai contoh, manipulasi genetik
boleh dilakukan untuk mengelakkan tanaman dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk
pertanian juga boleh direka bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun
penggunaan bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk makanan
(makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk berkenaan terus meningkat. Hal
ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan
rancangan RMK-9 ialah menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber
pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-
bungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa dan
Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
2.1.2 Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara
optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan
nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security),
meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-
sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara dan
menggunakan sumber-sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan
strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan
produk (product-based approach).
Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-
sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan
perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Pendekatan strategik baru
yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-
pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan
menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita
rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah
pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.
Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui
penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka
akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar.
Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-
sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih
terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat
hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.
2.2 Data Dan Stastistik Perkembangan Pertanian Malaysia
Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010
No Butiran 2000 2005 2010
1.0 Sumbangan kepada KDNK
1.1 Pertanian (RM juta)
1.2 Pertanian (%)
1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)
1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
18662
8.9
13584
6.5
21585
8.2
16928
6.5
27518
7.8
22221
6.3
2.0 KDNK (%)
Pertanian
1.2% 3.0% 5%
3.0 Sumbangan Kepada Eksport
3.1 Pertanian (RM juta)
3.2 Pertanian (%)
3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)
3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
22892
6.1
24686
6.6
37421
7.0
37442
7.0
54992
6.8
60660
7.6
4.0 Sumbangan kepada guna tenaga
4.1 Pertanian (bil000)
4.2 Pertanian (%)
4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil000)
4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
1423.0
15.3
844.0
9.1
1405.7
13.3
981.9
9.3
1323.8
10.9
1110.2
9.1
(Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia )
Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000, menyusut 8.2%
(RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8% (RM27,518 juta) pada tahun 2010.
Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar pertumbuhan sebanyak 1.2%, paling rendah dalam
tempoh RMKe-7; menokok kepada 3.0% bagi tempoh RMKe-8 dan dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan
mengukuh pada 5.0%. Sektor pertanian pula hanya menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport
pada tahun 2000 dan 7.0% (RM37,421 juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya diunjurkan
menguncup kepada 6.8% (RM54,992 juta) pada tahun 2010 Guna tenaga dalam sektor pertanian pula
adalah yang terendah iaitu hanya menyumbang sebanyak 15.3% (1.423 juta) pada tahun 2000 dan
mengalami penguncupan pula kepada 1.406 juta (13.3%) pada tahun 2005. Sumbanganya dianggarkan
terus merosot kepada 1.323 juta (10.9%) pada tahun 2010.
Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008.
Hasil Pertanian (tan metrik
000)
2002 2004 2006 2008
Getah Asli 889.8 1168.7 1283.6 1072.4
Minyak Sawit Mentah 11909.3 13 976.2 1580.8 17734.4
Isirong Sawit 3268.6 3661.4 4125.1 4577.4
Biji Koko 47.7 33.4 31.9 28.1
Minyak Kelapa 39.1 42.4 27.8 42.3
Dedak Kopra 13.6 11.4 8.7 8.3
Teh 20.6 15.6 11.1 11.6
Nenas 70.1 774 843 66.3
Beras 1415.1 1467.1 1385.3 -
Tembakau 11.3 12.9 6.1 6.3
(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras , teh nenas,
isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah, berlaku peningkatan hasil
pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi tahunn 2008, berlaku penurunan kepada
1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun 2006 iaitu sebanyak 1283.6 tan metrik. Berlainan dengan
tanaman tembakau yang mengalami peningkatan pada tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun
begitu, hasil pertanian ini adalah lebih baik pada tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak
11.3 tan metrik dan 12.9 tan metrik.
Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.
Jenis Tanaman 2000
(hektar
000)
2005
(hektar
000)
2010
(hektar
000)
Target Guna
tanah bagi RMK-
8 (%)
Pencapaian
Guna tanah
bagi RMK-8
(%)
Target Guna
tanah bagi RMK-
9 (%)
Kelapa Sawit 3317 4049 4555 3.2 3.7 2.4
Getah 1431 1250 1179 -2.7 -2.7 -1.2
Padi 478 452 450 -0.5 -1.1 -0.1
Buah-Buahan 304 330 375 5.1 1.7 2.6
Kelapa 159 180 150 -0.6 2.5 0.0
Koko 76 33 455 -2.4 -15.2 6.2
Sayur-sayuran 40 64 86 4.2 9.9 6.1
Tembakau 15 11 7 2.5 -6.0 -7.4
Lada Hitam 13 13 14 2.1 0.0 0.6
Jumlah 5893 6383 6891 1.5 1.6 1.5
(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANAN
PERKARA 2003
(RM
Juta)
2004
(RM Juta)
2005
(RM Juta)
2006
(RM
Juta)
2007
(RM
Juta)
2008
(Jan-Jun)
(RM
Juta)
Jumlah Eksport
Sektor Pertanian
Jumlah Import Sektor
Pertanian
Imbangan
Perdagangan Sektor
Pertanian
53,143
25,808
27,335
61,797
35,412
26,385
62,596
36,250
26,346
71,197
40,312
30,885
84,936
47,194
37,742
53,841
28,837
25,004
Jumlah Eksport
Bahan Makanan
8,348 9,942 10,669 11,392 13760 8,241
Peratus Eksport
Bahan Makanan
15.7 16.1 17.04 16.0 16.2 15.3
Jumlah
Import Bahan
Makanan
12,687 16,440 17,733 19,950 23,374 13,731
Peratus Import Bahan
Makanan
49.2 46.4 48.9 49.5 49.5 46.3
Imbangan
Perdagangan Bahan
Makanan
-4,339 6,498 7,065 8,559 9,614 5,491
( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia)
Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143 juta. Manakala
pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini bermakna terdapat peningkatan
eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun 2008 iaitu sebanyak RM698 juta. Bagi jumlah
eksport bahan makanan pada tahun 2003 ialah RM8,348 juta yang mewakili 15.7%. Jumlah eksport
bahan makanan meningkat dari tahun ke tahun, walaupun peningkatan hanya kecil sehingga tahun
2007. Manakala pada tahun 2008 jumlah eksport bahan makanan berkurangan kepada RM8241 juta yang
mewakili 15.3%. Jumlah imbangan sektor pertanian ialah pada tahun 2003 ialah RM2,733 juta, dan pada
tahun 2008 pula RM25,004 juta.
Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak RM25,808 juta. Jumlah
import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2008, jumlah import
menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah import bahan makanan bagi tahun 2003 ialah RM 1,2687 juta
yang mewakili 49.2%, manakala bagi tahun 2008 pula ialah RM13,371 juta yang mewakili 46.3% dari
jumlah keseluruhan import bahan makanan.
3.0 PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI BAGI SEKTOR PERTANIAN
3.1 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian
Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang mengalami
kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007 sahaja, kos baja
sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada
RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada
RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran
kepada yang menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos.
Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak
Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.
3.2 Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian
FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat
pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh
negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah
diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak
RM25 juta disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian.
3.3 Pelaksanaan Program Bumi Hijau
RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi
menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi yang
sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah
dengan mengambil kira konsep kitchen garden dan edible landscape. Pihak Kementerian akan
mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan
masyarakat.
3.4 Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti
Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam masa
yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak berhampiran di
antara satu sama lain melalui kaedah profitsharing dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak
RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar.
Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian,
pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar
peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh
lapan bulan dalam tahun ini.
3.5 Konsep Ladang Merdeka
Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan
teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar. Sehingga kini
sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609
petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan
sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif
daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan
intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10
tan/hektar.
Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan rumah-
rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan kepada
penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai,
perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar
pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30
tan/hektar bagi membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000
tan setahun kepada 307,000 tan setahun.
3.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan industri
asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, bagi
meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan
kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, Target
Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden
dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan
produknya yang berteraskan Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas
Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu Malaysia Best.
4.0 ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN
4.1 Masalah Tenaga Buruh
Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh dari sektor
pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian.
Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan ladang di Semenanjung Malaysia
yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat tahun demi tahun. Sektor ini kini masih
menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah tenaga kerja yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah
berumur 55 tahun ke atas. Saiz tanah yang diusahakan adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65%
darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah kurang daripada satu hektar.
4.2 Tanah Terbiar
Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan keluasan tanaman
getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu hektar, iaitu 6 ribu hektar di
kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian menghadapi masalah tanah terbiar yang
serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia, tanah terbiar adalah seluas 890 000 hektar, iaitu terdiri
daripada tanah sawah seluas 160 863 hektar dan tanah bukan sawah seluas 728 127 hektar. Keadaan ini
telah berkurang pada tahun 1986, iaitu kepada 553 372 hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar
tanah sawah dan 428 117 hektar tanah bukan sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu
kepada 654 413 hektar yang terdiri daripada 89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah
bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada 57 597
hektar (Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994).
4.3 Cabaran di peringkat Luar Negara
Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan
terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan persaingan semakin
sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran
untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997,
imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997
berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus
meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon.
Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan
dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan
sektor pertanian negara.
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian
negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang
mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan negara turut meningkat setiap tahun
kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan
(termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6
bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Malaysia
mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini
bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996
eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion.
Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996,
dan RM4.6 bilion pada 1997.
5.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya semakin merundum sejak akhir-akhir ini.
Dengan isu peningkatan harga makanan dan krisis makanan yang melanda ini, sektor pertanian
menghadapi cabaran yang lebih besar lagi dalam mencapai keseimbangan dari segi menjamin belakan
makanan mencukupi yang memerlukan pertambahan kawasan tanaman dan pada masa yang sama
memastikan aktiviti ini tidak memburukkan lagi keadaan iklim dunia. Oleh yang demikian, pemahaman
terhadap impak positif dan negatif amalan-amalan pertanian adalah amat penting.
Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu mewujudkan
persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi pembangunan sesebuah negara untuk
terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi keperluan rakyatnya.
Persekitaran pembangunan yang sihat melalui pengurusan sumber alam yang efisyen, terjaga,
berterusan dan di lengkapi pula dengan sumber manusia yang terlatih adalah asas kepada pembangunan
pertanian yang produktif dan ini sudah tentu menjadi pemangkin dalam menjana pertumbuhan pelbagai
industri lain yang diperlukan oleh negara.
Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan telah menjadi
kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat
sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah
penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Dalam
bidang pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa perubahan kepada
peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam semula jadi. Faktor ini menjadi
penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan
selamat dalam jangka panjang. Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan
kualiti kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan tahap
penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Dipetik daripada : http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/karya-merdeka?layout=edit&id=31



Pencapaian Malaysia : Pertanian
Hits: 6219
Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan
dunia kerana ia merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia.
Kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di negaranya menunjukkan keupayaan negara
tersebut membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan juga Belanda tidak meminggirkan pembangunan
sektor pertanian di negara mereka, malahan ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya
saing dan menguntungkan. Malaysia merupakan negara pengimport makanan, bil imbangan dagangan
makanan negara tidak pernah mencatatkan nilai lebihan, walaupun negara kita dirahmati dengan tanah
yang subur, taburan hujan yang mencukupi serta iklim yang sesuai.
Menyedari peluang dan potensi untuk membangunkan sektor ini, Kementerian ini telah diamanahkan
untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan atau sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan
boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha untuk mentransformasikan sektor ini merupakan
satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan
aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia
turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan
aktiviti yang mundur dan berkemahiran rendah.
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
Ditubuhkan pada Mac 2004 adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama
negara.
Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak sawit,
getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk
berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport
Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi
sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan
pendapatan eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor
ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan
bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di
samping menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran.
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau
aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas
pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas
(11) Jabatan dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA), Bank Pertanian Malaysia (BPM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),
Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM),
menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk
merealisasikan visi nya sebagai Peneraju Transformasi Pertanian dan ke arah pencapaian matlamat
utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke Sembilan.
Mardi
Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diluluskan penubuhannya oleh
Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan megiatkan teknologi
bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan
meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain
meningkatkan pulangan petani. Akta Parliament 1969 membuka jalan untuk penubuhan MARDI pada 28
Oktober pada tahun yang sama. Akta MARDI membenarkan MARDI berfunsi secara bebas bagi
menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi pada tahun 1971.
Risda
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA - Rubber Industry
Smallholders Development Authority, adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari
1973. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang
dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi
negara.
Felda
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA))
adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang
miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim
FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia.
Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya
ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar
bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam
sebilangan bank utama Malaysia.
Felcra
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966.
Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya
menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai
kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada
FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik
penuh Kerajaan. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor
perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.
MAHA 2006
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran
pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang, Selangor. Lebih 100 jenis orkid dipamerkan pada
pameran pertanian itu termasuk dua spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan iaitu Dendrobium
Abdullah Badawi dan Ascorahnis Datuk Seri Najib. Kerajaan Malaysia akan menarik lebih banyak
penyertaan sektor pertanian berteknologi tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian, Hortikultur
dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan dengan tapak dan dewan ekspo
yang lebih luas dan canggih.
MPOB
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang
dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting
dalam mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini
dengan sempurna dan teratur.
MPOB mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan terdapat di ibu pejabat MPOB dan di luar kompleks
penyelidikan di Bangi seperti Pusat Teknologi Minyak dan Lelemak, Pusat Kemajuan Bioteknologi dan
Biakbaka, Pusat Maklumat Sawit, Loji Rintis Penggorengan, Loji Rintis Biodiesel, Loji Rintis Alpha SME
dan Loji Rintis High Oleic. Bahagian Penyelidikan Teknologi Oleokimia, Pusat Kejenteraan Ladang,
Pusat Teknologi Biojisim, Pusat Teknologi Metharizium dan Pusat Teknologi Kilang Sawit. Pelbagai
penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan termasuk bahan tanaman, penjenteraan
ladang, integrasi tanaman dan ternakan, kawalan serangga dan penyakit, kegunaan makanan dan bukan
makanan, pengilangan dan pemprosesan, penggunaan biojisim dan biodiesel.

Masa Depan Ekonomi Negara Menerusi Sektor Pertanian
Posted: Januari 17, 2007 in Artikel
91
Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri
getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-
an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan
sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor
petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.

Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti
FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi
pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi
kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969),
MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
(1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
(KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah
membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada
kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.

Tiga dasar telah digubal dalam usaha memastikan sektor pertanian dapat bertindak sebagai enjin
ketiga pertumbuhan ekonomi negara di samping sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dasar-dasar
tersebut adalah merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan
untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua
(1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan
Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan
liberalisasi perdagangan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor
pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar
malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam
pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan belanjawan 2006 yang telah
memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada sektor ini.

Transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam RMK-9 dan
Belanjawan 2006 ini bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para
petani dan negara selain bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import
bahan makanan dalam jangka masa panjang yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan
masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.

Sebagai suatu langkah jangka panjang, kerajaan telah mempertanggungjawab dan memperluaskan
fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani bukan sahaja merangkumi bidang pertanian, malah turut
merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani
dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, iaitu dari peringkat pengeluaran
benih, pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan,
pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan, pemerosesan
sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus
masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan
sederhana, terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai yang baru.

Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang
pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran Buah-
buahan, Target Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek
Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini pada akhirnya bertujuan untuk
membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan Industrial Districts di mana pemasaran,
pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.

Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama yang
akan dapat membezakan hasil-hasil pertanian negara dengan hasil-hasil pertanian negara lain dengan
menitikberatkan kualiti dan keselamatan makanan iaitu Malaysia Best. Penjenamaan ini akan
menekankan aspek pemantauan dan penelitian rapi menepati standard antarabangsa melibatkan semua
aktiviti bermula daripada penjagaan ladang sehingga ke meja pengguna. Program penjenamaan ini akan
memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga dalam jangka masa panjang kepada
pengeluar dan negara. Pengeluar hasil-hasil pertanian akan menikmati permintaan yang tinggi di
pasaran domestik dan antarabangsa memandangkan produk mereka telah memenuhi citarasa pengguna
dan telah melepasi tahap kualiti pasaran.

Kerajaan melihat bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui amalan
kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D),
termasuk penggunaan bioteknologi perlu diaplikasikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut
mengenal pasti beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi
mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru yang
dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, minimally processed
food dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, pharmaceutical, nutraceutical, produk-
produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.

Selain itu, pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit atau biofuel minyak sawit
turut dilihat mampu untuk menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi negara. Kaedah ini telah
digunakan di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan api untuk pengangkutan dan
industri. Di negara Jerman, biofuel digunakan bagi keretapi komersil dengan prestasi yang baik. Di
samping itu, hasilan minyak sawit, seperti stearin, juga digunakan sebagai bahan api untuk loji janakuasa
dan dandang.

Permintaan pasaran bagi biofuel minyak sawit ini adalah amat menggalakkan. Pada tahun 2004,
permintaan bagi biofuel dunia ialah sebanyak 2.5 juta tan dan dijangka meningkat pada kadar 25
peratus setahun.

Bagaimanapun, di sebalik keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian, bank-bank di negara ini pula
melihat dari sudut yang berbeza. Keyakinan lebih tertumpu kepada sektor perindustrian dan perumahan
bagi diberikan kemudahan pinjaman kewangan. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak
terutamanya bagi petani meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani tradisional kepada
petani moden. Oleh kerana mentaliti pihak bank yang beranggapan bahawa sektor pertanian tidak
menguntungkan, mereka telah mengenakan syarat-syarat yang ketat dan menekan yang dikenakan
pihak bank kepada petani. Langkah yang diambil mereka ini bukan sahaja menyulitkan, malah
Mampu melemahkan semangat para petani yang mempunyai perancangan menukar status mereka
daripada petani tradisional kepada petani moden.

Baru-baru ini, Perdana Menteri telah memberikan teguran dan berharap agar pihak bank memberikan
kepercayaan mereka terhadap sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman yang melibatkan
para petani sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap enjin ketiga atau sektor pertanian
ini.

Kata-kata Perdana Menteri bukanlah omongan kosong semata. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan
Jasmin Jasin, Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan yang berjaya memperoleh
pendapatan sebanyak RM2.1 juta setahun dengan hanya berbudi dengan tanah. Tidak dapat disangkal,
bidang pertanian ini bukan suatu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan
kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai
cabaran pada peringkat permulaan.

Kempen Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, dan penganjuran Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) yang diadakan baru-baru ini dan kata-kata
Berdaya maju sendiri yang dilaungkan beliau terhadap pembabitan rakyat dalam menghasilkan
sebahagian daripada keperluan makanan sendiri perlu diadaptasikan.

Secara logiknya, segala rungutan mengenai harga barangan bahan
mentah seperti sayuran, daging dan sebagainya tidak akan lagi
kedengaran sekiranya laungan ini diterjemahkan dalam kehidupan. Jika
setiap warga mampu menghasilkan makanan sendiri, seolah sebahagian
daripada masalah negara telah dapat diselesaikan. Bukan sahaja
masalah ekonomi individu, masalah ekonomi negara turut dapat
diselesaikan.
Dasar Pertanian Negara
Diperkenalkan untuk :
Perancangan dengan berkesan dan dinamis salah satu sektor yang banyak menyumbang
kepada Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK).
Mempercepatkan transformasi sektor pertanian kepada yang lebih moden.
Meningkatkan penerokaan dan pengeluaran terutama dari sudut kualiti dan kuantiti pengeluaran.
Memupuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup masyarakat luar Bandar.
Meningkatkan pendapatan negara melalui industri berasaskan pertanian pembuatan dan
makanan.

You might also like