You are on page 1of 8

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, saya menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif
dan kuantitatif. Pengumpulan data secara kuntitatif adalah berdasarkan kepada Ujian
Pra dan Ujian Pasca yang dijalankan, manakala pengumpulan data secara kualitatif
pula adalah berdasarkan kepada instrument temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen.

1. Ujian Pra
Langkah pertama dalam mengenal pasti yang bermasalah dalam operasi tambah yang
melibatkan nombor dua digit dan nombor tiga digit. Ujian pra ini dilakukan sebelum
intervensi dijalankan kepada murid-murid. Ujian pra bagi murid murid diberi semasa
waktu rehat bermula pada minggu yang pertama. Kemudian, untuk membuat
pengesahan, penyelidik telah memberikan kertas soalan sekali lagi dan terbukti bahawa
murid mendapat salah dalam soalan yang diberikan. Melalui ujian pra, pengkaji dapat
memperoleh bilangan responden kajian maklumat lain yang berkaitan.
Dalam menilai hasil dapatan ujian pra, penyelidik merujuk kepada 6 solan yang
disediakan terlebih dahulu. Melalui ujian pra ini, penyelidik telah mengenalpasti empat
orang responden yang terdiri daripada dua murid perempuan dan dua orang murid
lelaki menghadapi masalah dalam kemahiran ini.

















Item Penilaian Ujian Pra
Jadual Skor Murid untuk Ujian Pra

Nama Murid Skor
Shankar
Vishal
Sivamalar
Gangaa



2. Ujian Pasca

Ujian pasca juga menggunakan instrumen yang sama seperti ujian pra. Hal ini,
kerana dengan menggunkan dua item soalan yang sama, penyelidik dapat
mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan dan kesahan kajian yang telah
dijalankan. Namun begitu, ujian pasca ini hanya melibatkan tiga orang responden
sahaja.





3. Permerhatian
Seterusnya, dalam pelaksanaan kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah
pemerhatian dalam mengutip data-data berkaitan. Pemerhatian yang menggunakan
instrumen seperti senarai semak ini hanya dijalankan sebanyak sekali bagi setiap
responden dalam tempoh 12 hari pelaksanaan kajian dijalankan. Tujuan pemerhatian
ini dijalankan bagi setiap responden adalah untuk memastikan perancangan tindakan
memberi kesan positif dan memudahkan penyelidik untuk mengenalpasti sebarang
kesilapan yang berlaku seterusnya mengambil tindakan segera.

Di dalam senarai semak tersebut, penyelidik melihat dan mencatat perubahan atau
perkembangan responden berdasarkan item di dalam senarai semak yang disediakan.
Antara perkara yang diperhatikan adalah penentuan nilai tempat yang betul,
penyusunan nombor dua digit dan nombor tiga digit dengan betul dan sebagainya.
Perkara-perkara yang dinilai dalam senarai semak seperti di bawah.

Apabila, penyelidik menjalankan pemerhatian tehadap responden pertama mendapati
bahawa responden dapat menentukan nilai tempat dengan betul semasa membuat
operasi tambah selepas intervensi dijalankan. Kedua adalah, responden dapat
menyususun nombor dua digit dan tiga digit dengan betul. Ketiga adalah, murid dapat
menyelesaikan operasi tambah melalui bentuk lazim yang betul.

















4. Temu Bual
Penyelidik menjalankan temu bual berstruktur dengan murid dan juga separa
berstruktur dengan guru untuk mendapatkan maklumat tentang lebih terperinci
mengenai kajian ini. Bagi temu bual murid, soalan-soalan bagi temu bual adalah sangat
mudah supaya murid-murid dapat memberikan maklum balas dengan baik. Hal ini
kerana, murid-murid tahun 2 belum lagi mahir bertutur dengan baik. Aspek yang
terkandung dalam senarai temu bual bagi murid adalah seperti berikut:













Penyelidik turut menemubual dengan guru untuk membuat pengesahan dan menilai
keberkesanan kaedah yang digunakan. Penyelidik menyediakan soalan mengenai
perkembangan murid sebelum kajian dijalankan dan selepas kajian dijalankan. Soalan-
soalan temu bual adalah seperti berikut:












5. Analisis Dokumen
Analisis dalam konteks ini adalah ujian diagnostik dan juga analisis lembaran kerja
serta rekod prestasi akademik responden dalam subjek matematik. Daripada ujian
diagnostik, saya dapat mengenal pasti murid-murid yang benar-benar lemah dalam
subjek Matematik. Keputusan serta skor murid ujian diagnostik telah diambil. Penyelidik
telah mendapatkan maklumat murid melalui satu penyediaan borang maklumat guru
kelas dan guru matapelajaran tentang responden yang telah dipilih. Rekod prestasi
akademik bagi pertengahan tahun telah diamabil sebagai bukti tambahan bahawa
murid-murid yang dipilih sebagai responden adalah benar-benar lemah dalam
matapelajaran matematik.

6. Foto
Rakaman foto merekodkan situasi dalam keadaan statik tidak bergerak seperti rakaman
video. Foto mempunyai kelemahan iaitu tingkah laku yang diperhatikan dalam keadaan
statik tetapi foto boleh menerangkan situasi ketika rakaman dilakukan. Maka, penyelidik
telah mengambil foto ketika murid menjalani intervensi bagi kajian ini.
Contoh gambar:

7. Video
Rakaman video turut diambil semasa penyelidik menjalankan temu bual bersama
dengan murid dan guru. Ini adalah sebagai rujukan untuk temu bual

You might also like