You are on page 1of 12

1

AMALI 4

TAJUK: Pergerakan Fasa-Fasa Bulan
HIPOTESIS:
1. Jika hari berbeza, saiz fasa bulan berbeza
TEORI:
Bulan merupakan salah satu ahli dalam sistem suria.Ia berbeza kerana sifatnya
yang memantul cahaya matahari. Planet dalam sistem suria mempunyai bilangan bulan
atau satelit semulajadi yang berbeza, ada planet yang tidak mempunyai bulan seperti
Utarid dan Zuhrah dan ada planet yang mempunyai 16 bulan seperti Musytari
Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang
pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak.Oleh kerana bumi beredar
mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan
bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah.Perubahan ini mengakibatkan permukaan
bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza
bentuk.Akibatnya terjadilah fasa-fasa bulan.

Rajah di atas menunjukkan peredaran bulan mengelilingi bumi.
2



Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari
bumi:
Fasa Pertama: Ijtimak dan hilal
Fasa kedua: Bulan pada suku pertama
Fasa Ketiga: Bulan pada suku kedua (bulan Purnama)
Fasa Keempat: Bulan pada suku ketiga

MENGAPA TERJADINYA FASA FASA BULAN
Fasa fasa bulan terjadi kerana beberapa faktor:.
1) Pergerakan bulan berputar sambil beredar mengelilingi matahari
2) Sifat bulan sebagai pemantul cahaya
3) Sifat bulan sebagai objek legap
Bentuk bulan kelihatan berubah-ubah jika diperhatikan dari bumi. Kedudukan
relatif bumi, bulan dan matahari menyebabkan hanya sebahagian daripada permukaan
bulan yang menerima cahaya matahari dapat dilihat dari bumi. Perubahan bentuk bulan
ini mengikut satu kitaran yang mengambil masa lebih kurang satu bulan

Tempoh bagi kewujudan fasa yang sama ialah 29.5 hari. Separuh daripada
permukaan bumi dan bulan sentiasa menerima cahaya matahari. Walau di mana pun
kedudukan bulan, sentiasa separuh dari permukaannya menerima cahaya matahari .
Kedudukan bulan yang berubah-ubah semasa mengorbit bumi menyebabkan kita tidak
sentiasa dapat melihat keseluruhan permukaan bulan yang disinari cahaya matahari

Bulan merupakan satu jasad samawi yang mengikuti bumi. Bulan tidak
mengeluarkan dan memancarkan cahayanya sendiri sebaliknya ia memantulkan
3

cahaya matahari. Cahaya yang diterima dari matahari ini dipantulkan ke segenap arah
sehinggakan kita melihat bulan sebagai satu objek yang bersinar.
Bulan mengorbit atau mengelilingi bumi setiap 29 hari waktu Bumi. Pada
setiap waktu, hanya setengah dari permukaan Bulan diterangi oleh Matahari. Sisi lain
dari Bulan membelakangi pancaran cahaya matahari dan berada dalam kegelapan.
Selama Bulan mengorbit di sekitar Bumi, kita dapat melihat lebih banyak pada sisi
terangnya. Perlahan-lahan penampakan bulan mengalami perubahan. Perubahan ini
disebut dengan fasa Bulan. Fasa bulan terjadi akibat perubahan sudut dari garis yang
menghubungkan Matahari, Bumi, dan Bulan sewaktu Bulan mengorbit Bumi. Ini
ditunjukkan seperti dalam Rajah 2.

Rajah






4

ALATAN:
Kamera, computer,

PROSEDUR:
1. Langit pada waktu malam diperhatikan. Perisian komputer digunakan untuk
mengenalpasti permandangan kedudukan fasa-fasa bulan.

2. Bulan tersebut diperhatikan untuk jangkamasa 2 minggu.

3. Lapangan malam diperhatikan dan direkodkan dengan menggunakan mata
kasar atau dengan menggunakan perisian komputer.

Jadual 1 merupakan dapatan dari pemerhatian yang telah selama 10 hari di
Tumpat, Kelantan bermula dari 3 MAC 2014 hingga 17 MAC 2014

TARIKH

NAMA FASA

BENTUK FASA BULAN

3 MAC 2014
1 Jamadil
Awal




Anak Bulan





5

05 MAC 2014
3 Jamadil
Awal



Bulan Sabit Baru



08 MAC 2014
6 Jamadil
Awal




Bulan Sabit Baru






11 MAC 2014
9 Jamadil
Awal


Bulan Separa




6

15 MAC 2014
13 Jamadil
Awal



Hampir Purnama




17 MAC 2014
15 Jamadil
Awal




Bulan Purnama





Jadual 2








7

PERBINCANGAN DAN ANALISIS DATA
Bulan memiliki banyak fasa, yang umum kita ketahui diantaranya,
1. anak bulan,
2. bulan sabit,
3. bulan separa
4. bulan purnama
Selama sebulan kita melihat perubahan bulan dari anak bulan ke purnama dan
begitu seterusnya. Perubahan dalam bentuk dan ukuran ini adalah diakibatkan oleh
keadaan pencahayaan yang berbeza. Oleh kerana bulan berputar mengelilingi bumi,
maka muncul bentuk yang berbeza yang dikenali fasa-fasa bulan.

Dalam sehari, bulan beredar pada kadar 13 atau 0.5 per jam. Secara
berperingkat, sedikit demi sedikit bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dan
bumi sebagai anak bulan (hilal).Selepas tujuh hari, fasa bulan menjadi suku muda.pada
hari ke-14 atau 15, fasa bulan menjadi purnama.
Dari segi fizikal, fasa purnama berlaku apabila bulan berada pada kedudukan
setentang dengan matahari. Ketika ini bahagian bulan yang menerima cahaya matahari
menghadap ke arah bumi sepenuhnya. Lebih kurang tujuh hari selepas fasa bulan
purnama, fasa berikutnya ialah Hampir Purnama Lama atau suku ketiga. Ketika ini
bulan telah mendekati matahari pada sebelah barat. Apabila bulan sekali lagi berada di
tengah-tengah di antara bumi dengan matahari, maka berlaku sekali lagi proses ijtimak
bagi fasa bulan berikutnya.Ianya dibuktikan seperti Rajah 3.
8

.
Rajah 3

Berdasarkan data terkumpul, didapati bahawa tarikh di antara 03 MAC hingga
17 MAC, fasa bulan yang terbentuk adalah Fasa Bulan Sabit. Fasa-fasa bulan adalah
mengikut Takwim Qamari. Satu hari setelah bulan baru, sepotong cahaya yang tipis
dapat dilihat, fasa ini dikenal dalam kalangan umat Islam dengan sebutan datangnya
Hilal. Semakin hari, semakin banyak sisi bulan yang diterangi matahari terlihat. Setelah
tujuh hari, kita melihat setengah dari bulan purnama. Ini merupakan setengah lingkaran
yang terkena sinar matahari dan terlihat dari bumi. Hal ini disebut suku pertama. Tujuh
hari setelah suku pertama, bulan bergerak ke tempat di antara Bumi dan Matahari
berada. Fasa ini adalah bulan purnama. Tujuh hari setelah bulan purnama, kita melihat
setengah bulan purnama sekali lagi. Ini dikenal sebagai suku terakhir atau ketiga.
Setelah satu minggu lagi, bulan kembali ke fasa bulan baru. Begitulah turutan yang
berlaku pada setiap satu edaran dan putaran bulan mengelilingi bumi dalam tempoh 29
9

hari.

Ketika bulan berada di antara matahari dan bumi, bulan tidak memantulkan
cahaya matahari, sehingga sisi bumi yang mengalami malam hari tidak dapat melihat
munculnya bulan itu. Hal ini disebabkan kerana sisi bulan yang terkena sinar matahari
adalah hanya bahagian yang menghadap matahari dan posisi bulan yang
membelakangi sisi gelap bumi.Fasa ini disebut dengan Anak Bulan yang dapat dilihat
pada 03 MAC dalam Jadual 2 yang mana bulan tidak kelihatan di langit.

KEPENTINGAN FASA-FASA BULAN
Putaran dan edaran bulan untuk mengelilingi bumi telah memberi banyak
manfaat dan panduan dalam kehidupan manusia pada zaman dahulu sehinggalah ke
abad ini walaupun pelbagai kemajuan dan pembaharuan telah ditemui tetapi edaran
bulan masih dijadikan panduan hingga kini. Antara kepentingannya :

1- Dapat menentukan perjalanan waktu, hari, minggu, bulan dan tahun. Kalender
Qamari atau dikenali sebagai kalender Islam ditetapkan berpandukan putaran dan
edaran bulan.
2- Dapat menentukan keadaan cuaca dan iklim sesuatu tempat. Dengan melihat
bentuk-bentuk bulan dan masa bulan kelihatan di langit dapat dijadikan panduan
kepada manusia tentang cuaca semasa yang akan melanda sesuatu kawasan.
3- Dapat mengetahui kejadian pasang surut air yang berlaku disebabkan oleh putaran
bulan yang berpunca daripada tarikan graviti bulan pada permukaan bumi. Kejadian
pasang surut air ini amat oenting bagi nelayan dalam menentukan masa untuk
berlabuh di perhentian atau memulakan masa untuk bergerak meninggalkan pengkalan
mereka. Ini amat penting untuk mengelakkan daripada kapal menjadi rosak akibat
bergerak di dalam air yang cetek iaitu pada waktu surut. Kebiasaannya nelayan akan
10

meninggalkan pengkalan untuk ke laut pada masa air pasang untuk mengelak banyak
kesulitan dalam menggerakkan kapal atau perahu mereka
4- Sebagai panduan kepada ahli pelayaran di laut dan pengembara di padang pasir.
Pada zaman dahulu, bentuk-bentuk bulan yang kelihatan dilangit dijadikan panduan
untuk menentukan masa dan musim.
5- Dapat menentukan waktu untuk mengerjakan sesuatu ibadat seperti ibadat puasa
ditentukan dengan melihat anak bulan. Begitu juga untuk menentukan tarikh hari raya
puasa. Anak bulan selepas bulan Ramadan akan diperhatikan untuk mengetahui
ketibaan bulan Syawal. Telekop berkuasa tinggi akan digunakan untuk melihat anak
bulan di kawasan-kawasan tertentu.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, fasa-fasa bulan yang berlaku adalah disebabkan oleh
jumlah cahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan dan ianya dapat dilihat dari bumi.
Apabila bulan mengelilingi bumi, matahari memancarkan cahaya ke bahagian-
bahagian yang berbeza di permukaan bulan. Bentuk yang berubah-ubah ini dipanggil
fasa.








11








ESEI REFLEKTIF

Perjalanan amali ini amat menduga kesabaran dan ketelitian dalam membuat
catatan. Bagi saya yang seorang yang agak kelam kabut dalam mengendalikan kerja
agak tercabar dengan tugasan yang diberi pada kali ini. Walaubagaimanapun demi
untuk mendapatkan manfaat dan penambahan ilmu, amali ini dijalankan dengan penuh
cermat dan dedikasi.
Perkara yang paling sukar untuk melakukan kerja ini ialah mengambil gambar
bulan dengan menggunakan kamera biasa tidak menampakkan hasil yang begitu
sempurna maka inisiatif yang dilakukan adalah dengan meminjam kamera sahabat
tetapi tidaklah sesempurna yang dikehendaki juga. Maka saya telah membuat
perbandingan gambar yang diperolehi dengan gambar dari internet. Maka inilah hasil
yang diperolehi.
Kewajaran amali ini adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran sains sekolah
rendah di mana tajuk fasa-fasa bulan adalah satu tajuk yang perlu diajar kepada pelajar
tahun 5 sekolah rendah. Maka amat berhargalah segala input dan pengetahuan yang
diperolehi hasil daripada kajian ini dapat didedahkan kepada pelajar apabila mengajar
tajuk ini nanti.
12

Guru juga akan berasa lebih yakin dan berpengalaman apabila mengajar tajuk ini
kerana banyak bahan- bahan rujukan telah diceduk oleh saya dalam menyiapkan amali
kali ini





RUJUKAN
www.al-azim.com/~smkdolsaid/bulanorbit.htm
http://budakfisika.blogspot.com/2014/03/fisika-menjawab-mengapa-penampakan.html
http://lamanfalak.blogspot.com/2011/10/bolehkah-bulan-di-lihat-di-siang-hari
http://spektrumku.wordpress.com/2008/05/20/mengapa-kita-tidak-bisa-setiap-malam-
melihat-bulan/
http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/14

You might also like