You are on page 1of 48

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah





TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MODUL EKSPLORASI MULTIMEDIA:
2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus
untuk Membina Bahan Multimedia


TAHUN 4



Terbitan


Bahagian Pembangunan Kurikulum

2013


Cetakan Pertama 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


iii






RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJ A DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iv


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Draf
220912
1







Standard
kandungan:
2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk membina
bahan multimedia
Standard
pembelajaran:
2.1 Menggunakan aplikasi penyunting grafik untuk
menghasil dan menyunting imej dalam format
*.jpeg.
Masa: 60 minit

















MODULEM3
Draf
220912
2

NOTA RUJUKAN
APLIKASI PENYUNTING GRAFIK
Aplikasi penyunting grafi ialah perisian aplikasi yang digunakan
untuk menghasilkan imej atau grafik. Aplikasi ini juga membolehkan
seseorang memanipulasi grafik melalui komputer.
1. Contoh-contoh aplikasi penyunting grafik
Rajah 2.1 menunjukkan contoh aplikasi perisian yang digunakan
untuk menyunting grafik.
MSPaint Adobe Photoshop GIMP Paint.NET
Adobe Macromedia
Fireworks
Paint brush Adobe Illustrator
Macromedia
Freehand
Coral Draw Corel Designer iGrafxDesigner Deneba Canvas
RAJAH 2.1
Draf
220912
3

2. Fitur-fiturpadaaplikasipenyuntinggrafik :
2.1 Import dan eksport fail grafik.
2.2 Mewarnakan imej
2.3 Membesar dan mengecilkan imej
2.4 Berus untuk mewarna
2.5 Pensel untuk melukis
2.6 Bentuk-bentuk geometri
2.7 Pemadam
2.8 Gunting, salin dan tampal imej
2.9 Memutar(rotate), menukar orientasi imej (flip)
2.10 Palet warna
2.11 Lutsinar (transparent)

KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
KEPERLUAN PERISIAN
MS Paint.
Draf
220912
4


AKTIVITI 1
Objektif: Mengenali aplikasi penyunting grafik
Arahan: Lengkapkan teka silang kata dengan merujuk huruf atau
awalan nama aplikasi penyunting grafik dalam rajah 2.2.
RAJAH 2.2


S T
P A T


I H
.
R N

U R
ADOBE
ADOBE
MACROMEDIA
Draf
220912
5

AKTIVITI 2
Objektif: Menggunakan aplikasi penyunting grafik untuk menghasil
imej dalam format *.jpeg.
Robot Multimax 2014
Langkah 1: Gunakan perisian MS Paint menghasilkan robot yang
ada sebuah segiempat tepat di tengah-tengah badan
robot tersebut seperti contoh di bawah. Murid-murid
bebas untuk mereka bentuk robot tersebut.
Langkah 2: Pilih imej latarbelakang yang sesuai dari folder yang
disediakan.
Langkah 3: Simpankan imej robot seperti rajah 2.3 dalam fail yang
berformat jpeg. (Contoh: r obot . j peg)
Contoh:
RAJAH 2.3
Draf
220912
6

AKTIVITI 3
Objektif: Menggabung dan menyunting dua imej menjadi satu imej
dan menyimpan dalam format *.jpeg.
Helang-helang berterbangan
Langkah1: Gunakan perisian MS Paint salin (copy) gambar helang
seperti rajah 2.4 dari fail helang.bmp yang disediakan.
RAJAH 2.4
Langkah 2: Buka fail pemandangan.jpg yang disediakan seperti
rajah 2.5 di bawah.
RAJAH 2.5
Langkah 3: Salin dan tampal imej helang ke atas gambar
pemandangan.
Draf
220912
7

Langkah 4: Guna fitur-fitur perisian MS Paint seperti
lutsinar(transparent), memutar(rotate), menukar orientasi
imej(flip) dan mengecilkan imej untuk menambahkan 5
ekor helang ke dalam imej pemandangan seperti rajah
2.6 yang berikut.
RAJAH 2.6
Langkah 5: Simpankan hasil kerja anda sebagai helang
terbang.jpg.
RAJAH 2.7
Langkah 6: Gunakan kreativiti anda untuk menggantikan imej
helang dengan imej yang sesuai dengan
pemandangan yang sama.
Draf
220912
8

PENILAIAN

1. Nyatakan proses penggabungan 2 imej dalam format jpeg
berdasarkan carta alir di bawah.












2. Senaraikan fitur-fitur yang biasa ada pada aplikasi penyunting
grafik.







1.
2.
3.
4.
Draf
220912
9


LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul:
Eksplorasi Multimedia
Standard
Kandungan:
2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk
membina bahan multimedia
Standard
Pembelajaran:
2.1 Menggunakan aplikasi penyunting grafik
untuk menghasilkan imej dalam format
*.jpeg.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Menyatakan aplikasi
penyunting grafik
2 Menggunakan aplikasi
penyunting grafik untuk
menghasilkan imej dalam
format *.jpeg.
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkan
oleh:
Tandatangan&Tarikh
Draf
220912
10








Standard
kandungan:
2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk
membina bahan multimedia
Standard
pembelajaran:
2.2 Menggunakan aplikasi penyunting audio
untuk menghasil dan menyunting audio
dalam format
i- *.wav atau
ii- *. wma atau
iii- *. midi atau
iv- *. mp3
Masa: 60 minit








MODULEM 4
Draf
220912
11


NOTA RUJUKAN
APLIKASI PENYUNTING AUDIO
Aplikasi penyunting audio adalah perisian yang boleh digunakan
untuk merekod dan menyunting suara atau bunyi. Ia akan disimpan
di dalam beberapa format seperti *.wma, *.wav, *.midi atau *.mp3.
1. Perisian Aplikasi Penyunting Audio
1.1 Terdapat pelbagai variasi perisian yang boleh digunakan
untuk menyunting audio di pasaran.
1.2 Bagi tujuan rakaman audio asas, perisian Sound Recorder
yang didatangkan khas bersama sistem pengoperasian
Windows boleh digunakan.
1.3 Manakala untuk menghasilkan rakaman audio yang lebih
baik dengan kesan yang lebih menarik, perisian
Audacity, Adobe Audition, Amadeus Pro, Sound Forge
dan Macromedia SoundEdit boleh dijadikan pilihan.
2. Kebaikan Aplikasi Penyunting Audio
2.1 Mampu menghasilkan persembahan yang menarik
perhatian serta mempertingkatkan pemahaman
pengguna.
2.2 Audio boleh diedit mengikut kesesuaian saiz sesebuah
persembahan
2.3 Pengguna boleh mengolah sesebuah audio mengikut keperluan
Draf
220912
12

PENYUNTINGAN AUDIO
Anda boleh melihat cara penyuntingan audio menggunakan
perisian Audacity dengan mengelik klip video seperti rajah 2.7 di
bawah( Robot Aj ar . avi )
RAJAH 2.7
Fail audio boleh didapati dengan membuat carian di laman web,
seperti http://soundjax.com. Taipkan robots pada ruangan enjin
carian Sound Search seperti Rajah 2.8 di bawah .
RAJAH 2.8
Klip audio untuk carian anda adalah seperti rajah 2.9 di bawah .
RAJAH 2.9

Robot.wav

RobotAjar.avi
Draf
220912
13

3. Senarai Format Digital
MP3 - Nama penuh : MPEG (Motion Picture Experts
Group) Layer 3
Nama sambungan : .mp3
Keterangan : Saiz fail lebih kecil tapi kualiti
bunyi tetap baik.
MIDI - Nama penuh : Musical Instrument Digital
Interface
Nama sambungan : .mid
Penerangan : Fail disimpan dalam bentuk
nota muzik.
WAV - Nama penuh : Waveform Audio File Format
Nama sambungan : .wav
Penerangan : Audio dalam bentuk
gelombang.
WMA- Nama penuh : Windows Media Audio
Nama sambungan : .wma
Penerangan : Format audio digital yang
Selain daripada format dikeluarkan oleh Microsoft yang
disenaraikan di atas masih terdapat juga format audio yang lain
seperti WavePack (*. wv), Monkeys Audio ( *. ape)
Draf
220912
14

KEPERLUAN PERKAKASAN
Mikrofon
Komputer
PembesarSuara (Speaker)
KEPERLUAN PERISIAN
Sound Recorder ( perisian sedia ada dalamAccessories)
Audacity
Windows Media Player


















Draf
220912
15

AKTIVITI 1
Langkah1: Anda dikehendaki membaca petikan di bawah yang
bertajuk Robot Multimax2014
Langkah2: Gunakan intonasi yang sesuai.
Langkah 3: Dengan menggunakan perisian Sound Recorder, rekod
petikan yang telahandabacatadi.
Langkah 4: Kemudian, simpan hasil kerja anda menggunakan
nama yang sesuai. Contohnya petikan.
Langkah 5: Kenalpasti format fail audio yang telah anda simpan
sama ada*.wav, *.wma, *.midi atau *.mp3.
Langkah 6: Anda boleh memainkan semula petikan yang telah
anda rekodkan.
Cuba andafikir
!!!Apakahkebaikanaplikasipenyunting audio?
Hai kawan-kawanSalam 1 Malaysia.
Sayalah robot MultiMax2014. Kawan-kawan akan
mendapat pelbagai informasi terkini dengan menekan
butang pelbagai fungsi dan melihat paparan di skrin
pada badan saya.
Selamatmencuba.
Draf
220912
16

AKTIVITI 2
Langkah 1: Pilih satu karakter. Contoh : pengacara televisyen,
pembaca berita, juruhebah radio)
Langkah2: Hasilkan petikan anda sendiri dan catatkan di ruangan
yang disediakan di bawah.
Langkah 3: Dengan menggunakan intonasi yang sesuai, rekodkan
semula petikan tersebut seperti yang telah anda
lakukan dalam Aktiviti 1.
Langkah 4: Simpan hasil kerja anda sebagai petikan2.

.............
...


Cuba anda fikirkan!
Apakah pekerjaan yang memerlukan rakaman
suara.
Draf
220912
17

AKTIVITI 3
Sunting fail yang telah anda hasilkan di dalam Aktiviti 2
Langkah 1: Buka fail audio yang telah anda simpan dalam aktiviti
1.
Langkah2: Berdasarkan nota rujukan Robotajar.avi. anda
dikehendaki membuat penyuntingan kepada petikan
Aktiviti 1. Cari perkataan yang sesuai untuk disunting
dengan menggunakan kreativiti anda.
Langkah3 : Simpan hasil suntingan anda dengan satu nama fail
yang baru. Contoh Pet i kan1. wav .
Langkah4 : Bukasemula fail audio tersebut untuk menyemak hasil
kerja anda.
Draf
220912
18

AKTIVITI 4
Cari sebuah fail audio untuk dijadikan sebagai bunyi latar semasa
persembahan anda nanti.
Langkah 1: Cari sebuah fail audio untuk dijadikan bunyi
pembukaan.
Langkah 2 : Buka fail audio yang telah anda cari tadi di dalam
Audacity.
Langkah 3 : Potong bahagian yang tidak dikehendaki dari fail
audio yang telah anda buka dalam langkah dua.
Langkah 4 : Simpan hasil kerja anda menggunakan nama yang
sesuai. Contoh robots.wav.
Langkah 5 : Buka semula fail audio tersebut untuk menyemak hasil
kerja anda.
Langkah 6 : Dengan menggunakan perisian Audacity cuba
gabungkan audio dalam aktiviti 3 dengan aktiviti 4
untuk menghasilkan sebuah bunyi latar yang menarik.
Langkah 7 : Simpan hasil kerja anda menggunakan nama yang
sesuai.
Pastikan nama fail audio dari
aktiviti ketiga dan aktiviti
keempat mempunyai nama
yang berbeza.Kenapa?
PERINGATAN
Draf
220912
19

PENILAIAN 1
Soalan1:
Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai.
1. Aplikasi penyunting audio adalah alat / perkakasan yang boleh
digunakan untuk ___________________________.
2. Audio boleh disimpan di dalam beberapa format seperti
*.wma,_____, *.midi atau ___________________.
3. ____________________ merupakan salah satu daripada perisian
aplikasi penyunting audio yang digunakan untuk merekod
audio secara asas dan mudah.
4. Dengan menggunakan _________________________,
persembahan yang dihasilkan lebih mudah difahami dan
dapat menarik perhatian.
Soalan 2 :
Namakan ikon bagi perisian penyunting audio di bawah.
















Draf
220912
20

PENILAIAN 2
1. Berikut adalah antara aplikasi penyunting audio yang biasa
digunakan. Anda perlu mencari perkataan tersebut
berdasarkan perkataan yang diberi di bawah.
r f s w r t y U i o s a s d f
a d b e a w a s d f o g h j k
u w b r m a s d f g u g h j k
d q j t a r t y u I n d f g h
a s d y d x c v b k d q w e r
c d f y e b n m q w f s d f h
i t s o u n d r e c o r d e r
t y g u s a s d f g r m n b v
y u h i p q w e r t g j h n g
l i j o r k j h g f e e r t y
k o k p o b v c c x p d f h e
j p l z a s d f g h r k q e t
n o i t i d u a e b o d a r y
1. Sound Recorder 4. Adobe Audition
2. Audacity 5. Sound Forge
3. Amadeus Pro


Draf
220912
21

PENILAIAN 3

1. Menggunakan aplikasiAudacity, bolehkah anda memendekkan
sebuah fail audio?
Ya Tidak
2. Fail audio dalam aktiviti manakah yang perlu dihasilkan sebelum
disunting?
Aktiviti 1 Aktiviti 2
3. Padankan sambungan format audio berikut dengan nama
penuhnya.
* Tips menjawab : Carian boleh
dilakukan menggunakan enjin carian
di internet
Compact Disc Audio
Real Audio
Adaptive Multi Rate
Audio Interchange File
Format
VoxWare Dialogic
*.cda
*.ra
*.aiff
*.vox
*.amr
Draf
220912
22

PENILAIAN 4
1. Berikut adalah keratin langkah-langkah mengedit sebuah fail
audio menggunakan perisian Audacity. Lengkapkan ruang
kosong di sebelah menggunakan keratin tersebut mengikut
susunan yang betul.
Simpan fail audio yang
telah disunting dalam
direktori yang dikehendaki.
Letakkan kursor pada
perkataan Export.
Klik pada ikon fail audio
yang dikehendaki.
Klik pada perkataan
Audio.
Serlah (highlight)pada
gelombang yang
Klik pada File.

Klik pada ikon gunting.

Klik semula padafile.
Draf
220912
23

Letakkan kursor pada perkataan Import.
Bawa kursor ke perkataan Audio.
Bawa kursor kepada paparan gelombang audio.


11 LANGKAH MENGEDIT FAIL AUDIO
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Draf
220912
24

LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid:
Tahun:
Kelas
Modul: Eksplorasi Multimedia
Standard
Kandungan:
2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk
membina bahan multimedia
Standard
Pembelajaran:
2.2 Menggunakanaplikasipenyunting audio
untukmenghasilkan audio dalam format
*.wma, *.wav, *.midi atau *.mp3.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Murid dapat menggunakan
aplikasi penyunting audio untuk
menghasilkan audio dalam
format *.wma, *.wav, *.midi
atau *.mp3.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK
CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh
Draf
220912
25







Standard
kandungan :
2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk
membina bahan multimedia
Standard
pembelajaran:
2.3 Menggunakan aplikasi penyunting video
untuk menghasil dan menyunting video
dalam format *.avi, *.wmv atau *.mpeg.
Masa : 90 minit

MODULEM6 MODULEM5
Draf
220912
26

NOTA RUJUKAN
MENYUNTING VIDEO
1. Tujuan Menyunting Video
Antara faktor utama mengapa proses penyuntingan video
dilakukan ialah bagi:




1. memotong bahagian video
yang tidak diperlukan
2. memilih bahagian video yang
diperlukan
3. membentuk aliran atau jalan
cerita
4. menambah elemen-elemen
sokongan seperti kesan khas,
kesan bunyi, teks, grafik dan
sebagainya
APLIKASI PENYUNTING VIDEO
Windows
Movie Maker
Storyboard
Pro
Software
Avidemux Video Spin


Aplikasi
percuma Aplikasi
berbayar
Aplikasi
percuma
Aplikasi
berbayar
Draf
220912
27

2. Kelebihan Menggunakan Aplikasi Penyuntingan Video
Tahukah anda!
1. Membentuk kesan khas animasi atau kesan khas
transisi (transitions) seperti dissolves, wipes ,spins
dan sebagainya.
2. Melakukan proses tindihan imej atauteks
(superimpose) dan seterusnya membentuk
animasi bagi elemen tersebut.
3. Memasukkan unsur unsur kesan khas (special
effects) pada pelbagai imej seperti blur , rotate
,grayscale.
4. Melaraskan audio dengan video.
Audio Video Interleave(avi) diperkenalkan pada
tahun 1992 bagi melancarkan PlayBack Audio
Video pada OS Windows. Antara codec video
yang boleh dimasukkan bersama AVI adalah
Motion J PEG, Real Video, MPEG-4, DivX dan XviD.
Draf
220912
28

3. Pengenalan Butang Pilihan Windows Movie Maker
RAJAH 2.10
RAJAH 2.11
Pilihan import
video
Pilihan import
gambar
Pilihan import
bunyi
Pilihankesankh
as video
Pilihantransisi
video
Pilihantajuk
Draf
220912
29

RAJAH 2.12
RAJAH 2.13
Pilihankesankh
as video
Pilihankesankh
as video
PLAYHEAD
Draf
220912
30

KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
LCD
Pembesar Suara
KEPERLUAN PERISIAN
Microsoft Movie Maker (mengikut versi windows)
Microsoft PowerPoint
Draf
220912
31

AKTIVITI 1
Binasebuah fail video denganmenggunakanaplikasi Windows
Movie Maker.
Langkah 1: Klik pada folder em6 yang mengandungi grafik dan
audio yang anda telah hasilkan sebelum ini. ( grafik =
robot.jpg, audio = pet i kan1. wav dan r obot . wav)
Langkah 2: Murid akan menggunakan Windows Movie Maker
untuk menyunting video yang diberikan oleh
guru.(windows movie maker sample file sebagai
templat)
Langkah 3: Import semua audio dan video kedalam Movie Maker.
RAJAH 2.14
Draf
220912
32

RAJAH 2.15
RAJAH 2.16
Langkah 4: Right click pada klip audio, pilih Add to timeline.
Langkah 5:Klik butang Show Storyboard.
RAJAH 2.17
Langkah 6:Murid perlu pastikan Movie Maker dalam arahanShow
Timeline (klik pada Show Storyboard untuk
mendapatkan Show Timeline) dan sisipkan video yang
diimport.
RAJAH 2.18
video video video video
Draf
220912
33

Langkah 7: Murid akan menyisipkan transisi videocircle untuk
transisi pertama dan diamond untuk transisi video
kedua.
RAJAH 2.19
Langkah 8: Murid menyisipkan tajuk video pada video di permulaan
Show Timeline.
Transisi
video
Transisi
video
Draf
220912
34

RAJAH 2.20

Berbasikal
Draf
220912
35

Langkah 9:Murid perlu pastikan Movie Maker dalam arahan Show
Storyboard dan sisipkan audio.
robot . wavsertapet i kan1. wav.
RAJAH 2.21
Langkah 10: Simpan video anda dalam bentuk dua format:
RAJAH 2.22
1. Save Movie File sebagai berbasikal2014.wmv
(pastikan anda ingat lokasi file video anda)
2. Save project sebagai berbasikal2014.mswmm



Langkah 11: Buka file berbasikal2014.wmv semula dan pastikan ia
berfungsi seperti sepatutnya.
Mengapa perlu menyimpan
fail dalam bentuk projek
fail *.mswmm ?
Draf
220912
36

AKTIVITI 2
Bina slaid persembahan yang bertajuk ROBOT MULTIMAX2014
menggunakan Microsoft Office PowerPoint.
Langkah 1: Murid perlu menggunakan MS PowerPoint dan
menyisipkan gambar robot yang telah dihasilkan
sebelum ini pada slaid powerpoint.
Langkah 2 : Sisipkan video pada bahagian segiempat di badan
robot.
RAJAH 2.23
Langkah 3: Simpan file powerpoint anda dengan nama
RobotMultimax2014
Langkah 4: Buka file RobotMultimax2014.ppt semula dan pastikan
ia berfungsi seperti sepatutnya.
video
Draf
220912
37

AKTIVITI 3
Gunakan aplikasi Windows Movie Maker untuk menghasilkan video
mengikut kreativiti murid dan seterusnya gunakan Microsoft Office
PowerPoint untuk menghasilkan slaid persembahan ROBOT
MULTIMAX2014a.
Langkah 1: Murid perlu menggunakan MS PowerPoint dan
menyisipkan gambar robot yang telah dihasilkan
sebelum ini pada slaid powerpoint.
Langkah 2: Sisipkan video yang telah dihasilkan mengikut kreativiti
murid pada bahagian segiempat di badan robot.
.
RAJAH 2.24
Langkah 3: Simpan file powerpoint anda dengan nama
RobotMultimax2014a
Langkah 4: Buka file RobotMultimax2014a.ppt semula dan pastikan
ia berfungsi seperti sepatutnya.
video
Draf
220912
38

PENILAIAN
SOALAN 1 :
Jika aplikasi penyunting video TIDAK digunakan,apakah kesan
pada video anda. Tandakan ( ) atau salah ( ).
1. Kreativiti dan bakat tidak dapat dicungkil.
2. Video menjadi lebih menarik.
3. Video akan menjadi hambar/bosan.
4. Video asal tidak boleh digabung bersama video
yanglain.
5. Dapat membentuk kesan atau kesan khas transisi.
6. Audio perlu dimainkan secara seiring semasa
rakaman video dijalankan.
7. Menggabungkan beberapa rakaman video.
8. Teknik Transisi Video tidak boleh digunakan.
9. Penggunaan tulisan pada video tidak boleh
dilakukan.
10. Melaraskan audio dengan video.










Draf
220912
39

SOALAN 2 :
Padankan ikon bagi perisian penyunting video di bawah.
1.
2.
3.
4.
Video Spin

Storyboard Pro
Software
Avidemux

Windows Movie
Maker
Draf
220912
40

LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid:
Tahun:
Kelas
Modul:
Explorasi Multimedia 6
Standard
Kandungan:
2.0 Menggunakan aplikasi khusus untuk
membina bahan multimedia
Standard
Pembelajaran:
2.4 Menggunakan aplikasi penyunting video
untuk menghasilkan video dalam format *.avi
atau *.mpeg atau *.wmv
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Menggunakan perisian
Windows Movie Maker
2 Menggunakan perisian
MS Powerpoint
KEPUTUSAN
(CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh

You might also like