You are on page 1of 51

Kemahiran

Pemudahcaraan
Kemahiran Teknikal
Disediakan oleh:
Lim Lei Suan
Kalpana a/p Krishnan
MEMIMPIN
Kemahiran Memimpin
Memimpin secara tidak langsung
Tujuan :-klien memulakan dan mengambil
tanggungjawab terhadap sesi yang sedang
berjalan.
-untuk menjemput klien untuk menceritakan
atau memperincikan ceritanya.

Kemahiran Memimpin
Contoh soalan yang menunjukkan memimpin
secara tidak langsung ialah;
apa yang anda nak bincangkan hari ini?
Barangkali, kita boleh mulakan sesi dengan
anda beritahu saya di mana anda sekarang?
Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut
tentang perkara itu?

Kemahiran Memimpin
Kemahiran memimpin secara langsung
Menggalakkan klien memperincikan,
menjelaskan atau menggambarkan apa yang
diperkatakan.
Untuk menentukan tujuan untuk memimpin,
meluahkan dengan perkataan yang dapat
memperincikan secara khusus, menggunakan
soalan terbuka dan membolehkan klien bebas
mengikut pimpinan anda.

Kemahiran Memimpin
Dalam kemahiran memimpin, adakalanya
terdapat elemen cadangan seperti;
- Beritahu saya tentang ibu anda?

- Boleh anda gambarkan apa yang
berlaku baru-baru ini?

PARAFRASA
Kemahiran Parafrasa
Respons ketua kelompok setelah mendengar
isi & memerhati tingkah laku ahli-ahli.
Pemahaman ketua kelompok dinyatakan dalam
bentuk ayat pendek tetapi tepat dan padat
maksudnya.
Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan
menyatakan bahawa kaunselor faham dengan
apa yang dinyatakn oleh klien.
Sesuai digunakan pada peringkat awal.
Boleh digunakan untuk membantu ahli kumpulan
yang tiba-tiba terputus mesej asasnya.
Contoh 1:
Klien : saya berasa tidak selesa berada disini.
Kaunselor : oooo. Kamu tidak selesa
disini
Contoh 2:
Ketua : Baik, apa yang Ani cakap ialah Ani rasa
amat tertekan dengan keadaan ini, betul tak?
MENDENGAR
Kemahiran Mendengar Secara Aktif
Kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya
mendengar daripada menyampuk percakapan klien.
Untuk benar-benar memahami, kaunselor perlu
memberikan tumpuan dan pemerhatian yang
sepenuhnya sama ada lisan atau bukan lisan.
Gerak geri (body language) klien semasa bercakap
juga patut dilihat dan didengar sama.
Segala tingkah laku klien memainkan peranan yang
penting dalam menyampaikan makna sesuatu
pengucapannya itu.


Proses mendengar melibatkan seluruh deria:
telinga dengar
mata melihat
hidung menghidu
sentuhan bersalaman
Contoh:
Kaunselor : tadi kamu ada menyatakan sayang
dengan emak kamu? Betul..
Klien : iya.. saya ada cakap begitu tadi.

PENDEDAHAN
KENDIRI
Kemahiran Pendedahan Kendiri
Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila
dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi
sesuatu maklumat dengannya.
Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian
dan berfungsi. Maklumat yang boleh
menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang
cekap hendaklah dielakkan.
Pendedahan kendiri disini merujuk kepada
mendedahkan perihal peribadi kepada orang lain,
dalam erti kata lain menceritakan kisah peribadi
bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau
hanya satu bentuk perkongsian.
Pendedahan kendiri boleh juga melibatkan
kaunselor, dimana menceritakan kisah kaunselor
dari segi pengalaman.

Contoh :
Klien : Cikgu, saya selalu bergaduh dengan rakan
sampai muka saya jadi lebam.
Kaunselor : Kawan cikgu dulu pun bertumbuk
sampai lebam dan ada lagi yang sampai masuk
hospital sebab luka


MENYOAL
Kemahiran Menyoal
Soalan merupakan kaedah yang paling banyak
digunakan.
Ia merupakan cara yang paling mudah untuk
mendapatkan maklumat.
Soalan ditanya oleh K.K dan dijawab oleh A.K.
Soalan harus berkaitan untuk menggalakkan K.K
menjelajah dan memahami perasaan A.K.
Mudah difahami dan sesuai.
Soalan boleh digunakan untuk menggalakkan atau
mengurangkan percakapan A.K.

Matlamat:
Mendapatkan maklumat dengan cepat.
Maklumat lanjut
Mendapatkan kepastian
Mengumpul maklumat dengan spesifik.
Memahami butir-butir A.K dengan lebih
mendalam.
Soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang
tidak memerlukan jawapan yang khusus.
Soalan tertutup hanya digunakan pada situasi
yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien
aktif meluahkan masalahnya.

Soalan tertutup:
Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan
jawapan kepada satu atau beberapa perkataan
sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan
yang khusus. Soalan tertutup bertujuan untuk
mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta.
Soalan terbuka:

Soalan terbuka ini bertujuan untuk menjemput
perbincangan, perjelasan, dan huraian yang
panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan
yang khusus.
Soalan terbuka juga penting dalam
menggalakkan penerokaan serta memberikan
ruang kepada klien meluahkan perasaan
mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa
dikhususkan oleh kaunselor, dimana klien
yang mengawal rundingan.
Contoh:-

Kaunselor : Apakah perasaan kamu apabila
diejek oleh rakan?

Klien : Saya tidak suka kawan mengejek saya
sebab sama seperti menghina.

Kaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu,
kenapa kamu rasa dihina bila diejek oleh
rakan?
REFLEKSI
pengulangan kembali isi kata-kata klien
secara tepat, padat dan ringkas.

merupakan satu kemahiran untuk
menggambarkan pembimbing atau
pengamal kaunseling memahami dan
menghayati apa yang dikatakan oleh
klien dengan memberikan respons secara
refleksi.

Kemahiran refleksi ini boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu :-

i. refleksi isi
ii. refleksi perasaan
iii. refleksi pengalaman.

i. Refleksi Isi
refleksi pembimbing yang memfokuskan
kepada isi percakapan klien dan
menyatakan semula dengan perkataan
pembimbing sendiri.

pernyataan pembimbing terhadap isi
percakapan yang didengar hendaklah
ringkas, padat dan tepat.


Contoh 1:
Klien : "Hidup di kolej ni susah, serba tak kena
saya dibuatnya. Kita tak berkawan kata kita
sombong, kera sumbang, kita berkawan pun
segala yang dibuat semua diperhati dan
semua salah. susah.susah."
Pembimbing: "Saudara merasakan yang duduk
di kolej sekarang susah, semua yang dibuat tak
kena, nak berkawan salah tak berkawan pun
salah"

Contoh 2 :
Klien: "Baru-baru ni saya ada beli handphone baru
kerana yang lama dah rosak , jadi ramailah kawan saya
yang menumpang saya punya handphone tu. Tak
kurang juga ada yang memuji tapi tak tahulah memuji
ada sebaliknya. ...Apa yang saya tak puashati sangat tu
ada orang cakap-cakap belakang yang saya ni kononnya
nak berlagak......Iyalah, saya student tapi mampu
membeli handphone yang sebegitu mahal, yang lebih
dahsyat tu ada yang mengata saya ni dibela sugar
daddyAduhai.sakitnya hati!"
Pembimbing: "Saudara dituduh berlagak dan
berkelakuan buruk bila menunjukkan handphone baru
saudara kepada kawan- kawan."

b. Refleksi Perasaan
pembimbing membuat pernyataan semula
tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan
oleh klien.

Tujuan - memberikan fokus kepada klien
mengenai perasaan yang dialami dan
memberikannya peluang kepada klien
mengeluarkan perasaannya dengan cara baik
serta memberikan kelegaan kepada klien.


Contoh :
Klien : "Cuba puan fikir, macam mana saya tak
sedih, dah la selalu tinggalkan saya
keseorangan, lepas tu dia hasut kawan- kawan
yang lain supaya jangan berkawan dengan
saya. Saya pun ada tahap kesabarannya, bila
dah sampai ke tahapnya nanti meletup juga
saya ni!."
Pembimbing: "Nampaknya saudari begitu
tertekan dan marah dengan sikap kawan-
kawan saudari tu."

c. Refleksi Pengalaman
apa yang diperhatikan contohnya cara
duduk, nada suara, gerak geri, pernafasan,
wajah, air muka dan selurh separa bahasa
yang ditunjukkan juga perlu direfleksikan
oleh pembimbing.
Contoh :
Klien: "Saya sebenarnya masih sayang dan
menganggapnya sebagai kawan baik saya,
tapi saya tak faham kenapa dia sanggup
ceritakan perkara buruk tentang diri saya
pada orang lain. "
(sambil tunduk dan kelihatan sedih)

Pembimbing: "Saudari terlalu sedih sekali
kerana kawan baik saudari sendiri sanggup
berbuat demikian."


Dalam menjalankan sesi kaunseling pembimbing
tidak semestinya bersetuju dengan pendapat
atau tingkahlaku yang diperkatakan oleh klien.

satu langkah membetulkan pandangan klien jika
dirasakannya ada percanggahan.

Konfrantasi hanya boleh dilakukan sekiranya
perlu dan jika telah wujud hubungan yang baik
dan kukuh diantara klien dan pembimbing atau
pengamal kaunseling.


Situasi-situasi Konfrontasi :
i. Apabila tingkahlaku yang ditunjukan oleh
klien tidak sama seperti apa yang
diperkatakan.
ii. Apabila perasaan yang diluahkan oleh klien
tidak sama dengan fakta yang disampaikan
oleh klien.
iii. Apabila fakta mula yang disampaikan oleh
klien tidak sama dengan fakta akhir yang
disampaikan oleh klien.

Contoh :
(i) Konfrantasi apabila 'tingkahlaku tidak sama
dengan apa yang diperkatakan '

Pembimbing : "Saya agak keliru sedikit di sini,
saudari kata saudari sedih dengan keadaan
malang yang menimpa saudari tapi
nampaknya saudari masih sempat tersenyum-
senyum ketika menceritakan perkara tersebut.
Apa sebenarnya yang saudari rasakan ketika
ini?"

(ii) Konfrantasi apabila 'perasaan yang diluahkan
oleh klien tidak sama dengan apa yang
diperkatakan'

Pembimbing: "Setelah beberapa lama saya
mendengar cerita daripada puan, saya kehilangan
sejenak.Mulanya puan kata puan geram, benci
dan menyampah dengan sikap suami puan malah
semua perkara yang diceritakan semuanya cerita
yang kurang baik semuanya. Tapi dalam masa
yang sama puan masih lagi sanggup berhadapan
dengannya setiap hari. Bagaimana agaknya tu
puan? Boleh puan tolong jelaskan dengan lebih
lanjut?

(iii)Konfrantasi apabila 'fakta awal yang
diperkatakan tidak sama dengan fakta akhir
yang disampaikan oleh klien.'

Pembimbing: "Daripada apa yang saudari
ceritakan dari awal tadi, apa yang saya faham
saudari jarang bertemu dengan tunang saudari
tetapi sekarang apa yang saya dengar seperti
saudari selalu keluar dan hubungan tersebut agak
rapat. Agaknya apa yang saudari cuba
sampaikan? Saya agak keliru sedikit disitu?"

MENYEMAK
PERSEPSI
Ia dipraktikkan untuk menyemak tepatan
pengamatan pembimbing mengenai apa yang
disampaikan oleh klien atau apa yang
ditunjukkan melalui non verbal klien semasa
sesi.
Pembimbing hanya membuat semakan
persepsi jika pembimbing terasa wujud
tanggapan atau persepsi yang boleh
membantutkan kefahaman terhadap klien.

Contoh :
Pembimbing : (Klien asyik mengubah cara
duduk dan melihat jam)
"Nampaknya anda tidak selesa dengan
saya, apakah ini betul?"

KEMAHIRAN
MERUMUS
Ketua kelompok boleh membuat rumusan
sama ada di permulaan, di tengah ataupun
dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu
membuat rumusan keseluruhan.

Ketua kelompok juga boleh membuat
rumusan di tengah-tengah sesi kaunseling itu
sekiranya ahli-ahli kelompok itu sudah hendak
masuk ke topik perbincangan yang baru.

Semasa ketua kelompok membuat rumusan,
ketua kelompok harus memberi perhatian
kepada nada, emosi dan isi penting yang
dibincangkan oleh ahli-ahli kelompok.

Merumus dapat menyusun idea-idea dan
perasaan yang penting dengan baik agar
memudahkan klien memahaminya.


Dua bentuk rumusan yang biasa
digunakan iaitu : -

rumusan kecil
rumusan besar

RUMUSAN KECIL
Membantu ahli dan ketua kelompok
mengingat kembali perkara yang
dibincangkan.

Membantu memberi fokus kepada beberapa
isu atau tema yang masih belum disatukan.
Contoh :
Pembimbing : "Selama 15 minit yang lalu saudari
ada menceritakan kepada saya mengenai
ketidakpuasan hati saudari terhadap boyfriend
saudari.
Saudari rasa tercabar dengan sikapnya dan
sekaligus membosankan diri saudari.
Dalam masa yang sama juga adakalanya saudari
ingin sahaja memutuskan hubungan tersebut
kerana itu sahaja jalan yang paling mudah untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Tapi saudari tidak mahu perkara tersebut berlaku
kerana tidak sampai hati dengan boyfriend
saudari".

RUMUSAN BESAR
Hanya digunakan sekali sahaja dalam sesi
kaunseling iaitu :
Sebelum menamatkan sesi kaunseling.

Membantu ahli-ahli kelompok mendapatkan
struktur yang jelas untuk bertindak pada masa
akan datang.

Contoh :
Pembimbing: "Pada sesi kali ini kita telah
berbincang dengan panjang lebar masalah yang
benar-benar mengganggu saudari iaitu masalah
tidak puashati dengan sikap boyfriend saudari.
Saudari rasa tercabar dan bosan dengan sikap
boyfriend saudari yang sering mementingkan diri
sendiri dan suka mengawal segala kebebasan
saudari.
Saudari merasakan sebegini semenjak boyfriend
saudari jarang mengambil kisah tentang diri
saudari akibat kesibukkannya dan saudari
merasakan sukar untuk menerima alasan darinya.
Keadaan ini menyebabkan saudari rasa
tertekan dan bosan dengan sikapnya.

Adakalanya saudari terfikir untuk memutuskan
sahaja perhubungan dengannya tetapi saudari
tidak sampai hati dan masih sayangkannya
dan kalau boleh saudari mahu boyfriend
saudari seperti dahulu, seperti baru mula-
mula bercinta dahulu.
Saudari cuba mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah tersebut dengan
membuat perbincangan bersemuka
dengannya namun dia cuba mencari alasan
dengan mengatakan yang beliau tidak sempat
sebab terlalu sibuk.
Jadi ini adalah di antara apa yang kita
perbincangkan pada kali ini.
Nampaknya saudari belum lagi dapat mencari
jalan penyelesaian kepada permasalahan
tersebut tetapi oleh kerana masa tidak
mencukupi apa kata kita sambung sesi ini
pada sesi akan datang.

Jadi pada sesi akan datang kita akan
menyambung perbincangan mengenai
permasalahan tersebut dan bersama-sama
mencari jalan penyelesaiannya."

You might also like