You are on page 1of 1

Penggunaan TMK untuk mengajar penulisan ekspresif

Kita menggunakan tulisan ekspresif apabila kita menggambarkan pengalaman, perasaan dan
pendapat peribadi kita tentang sesuatu perkara yang penting dan menarik. Petumjuk utama
penulisan ekspresif ialah pendapat peribadi. Dalam gaya penulisan sebegini, kita sering
menggunakan teknik bahasa pujukan, beremosi dan menggunakan kata ganti diri pertama,
seperti saya atau kita.
Pelajar boleh menggunakan penulisan ekspresif untuk:
menceritakan tentang pengalamam diri seperti perkhemahan sekolah, lawatan ke tempat
di luar sekolah, aktiviti sekeluarga, atau aktiviti khas kelas mahupun sekolah
menulis surat yang menyatakan pendirian mereka atau memberitahu rakan tentang
sesuatu yang penting pada mereka
membahaskan sesuatu isu yang melibatkan mereka
menerangkan sejarah perkembangan masyarakat mereka melalui penceritaan orang tua
(through the personal voice)
menulis jurnal refleksi tentang pengalaman pembelajaran mereka
memberikan catatan detik hidup peribadi tentang tajuk Hari yang terbaik dalam hidup
saya, Detik terberani saya, Ketika saya paling bangga, Saat yang paling memalukan saya.
Aktiviti dan aplikasi berikut membantu pengajaran dalam penulisan ekspresif dalam konteks
digital.
Menulis blog
Guna blog atau aplikasi tapak sesawang yang serupa untuk aktiviti penulisan eksprekif. Anda
boleh membina blog untuk setiap pelajar.
Caption Kapsyen: Pelajar boleh kemas kini tapak blog peribadi mereka dengan kerap dalam
pelbagai bentuk penulisan ekspresif.

You might also like