You are on page 1of 14

SEJARAH - TINGKATAN 1

SARAWAK






Latar Belakang Sejarah Sarawak

1. Nama Sarawak berasal dari nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak

2. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga keseluruh Sarawak.

3. Manusia telah wujud di Sarawak kira-kira 40 000 tahun dahulu.

4. Bukti kewujudan manusia di Sarawak ialah penemuan beberapa peninggalan sejarah di
Gua Niah seperti :-
(i) Tembikar
(ii) Pisau yang diperbuat daripada batu.
(iii) Kapak yang diperbuat daripada batu.
(iv) Lukisan yang diconteng pada dinding gua.

5. Hasil penemuan tersebut, telah membuktikan Sarawak sebagai salah sebuah negeri
terawal yang diduduki oleh manusia di Asia Tenggara.


Jata Negeri Sarawak Bendera Negeri Sarawak



Barang-barang yang ditemui
di Gua Niah


Sarawak

Pertalian Sarawak dengan Kesultanan Brunei dan Sulu

1. Kerajaan Brunai telah meluaskan kuasanya ke Sarawak sejak abad ke-15 lagi.

2. Kerajaan Brunei mentadbir Sarawak dengan membahagikan Sarawak kepada
beberapa unit jajahan.

3. Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorang pembesar.

4. Pembesar diberi kuasa autonomi untuk mentadbir unit jajahan seperti :
(a) Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap.
(b) Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

Masyarakat Sarawak

1. Serawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang mempunyai bahasa, budaya dan cara
hidup yang berbeza.

2. Kedudukan pertempatan mereka mengikut kawasan seperti :
(a) Persisiran pantai
(b) Lembah sungai
(c) Daerah pedalaman
(d) Kawasan tanah tinggi

3. Kawasan berpenduduk padat ialah :
(a) Di dataran pantai
(b) Lembah sungai di bahagian barat Kuching
(c) Kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

4. Corak penempatan dan taburan yang berselerak menyebabkan mereka tidak banyak
berhubung dengan orang luar.

5. Ini mendorong setiap kelompok etnik ini membentuk identiti kebudayaan masing
-masing mengikut persekitaran mereka.

6. Kumpulan etnik Sarawak terdiri daripada orang :
(a) Iban
(b) Melayu
(c) Melanau
(d) Bidayuh
(e) Kenyah
(f) Kelabit
(g) Penan
(h) Murut
(i) Punan
(j) Kedayan
(k) Kayan




Kegiatan Sosiobudaya

1. Sarawak mempunyai pelbagai kumpulan etnik. Oleh yang demekian, wujud pelbagai
corak sosiobudaya.

2. Setiap kumpulan etnik sosiobudaya yang berbeza antara satu sama lain.

3. Kumpulan etnik ini mewarisi kegiatan sosiobudaya melalui generasi sebelumnya.

4. Walaupun terdapat pelbagai sosiobudaya di Sarawak, setiap kumpulan etnik
mengamalkan nilai menghormati budaya yang diamalkan oleh etnik lain.

Pendidikan

1. Pendidikan tidak formal diperoleh melalui cerita-cerita lisan yang berkaitan dengan
amalan dan kepercayaan turun-temurun seperti cara-cara berburu dan memungut hasil
hutan.

2. Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama dan perkara diajar ialah
pendidikan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi.

3. Selain itu, pendidikan yang berkaitan dengan hukum Islam seperti cara melaksanakan
ibadat diajar oleh guru al-Quran, imam dan lebai.


Peraturan dan Adat Resam

1. Adar resam yang terdapat dalam setiap kumpulan etnik di Sarawak perlu diamalkan
dan dipatuhi mengikut kumpulan etnik masing-masing.

2. Amalan adat resam di Sarawak mempunyai keunikan yang tersendiri.

3. Bagi masyarakat yang beragama Islam, cara hidup dan adat resam adalah berasaskan
agama Islam.

4. Sementara masyarakat yang bukan beragama Islam, mereka akan mematuhi dan
mengamalkan cara hidup dan adat resam yang telah diwarisi turun-temurun daripada
nenek moyang mereka.

Tuai Rumah

1. Masyarakat bumiputera di Sarawak mempunyai tuai rumah kecuali orang Melayu.

2. Tuai rumah bertanggungjawab :
(a) Menjaga keselamatan dan keamanan kawasannya.
(b) Menyelesaikan masalah perkahwinan, penceraian, peraturan dan perayaan.
(c) Menentukan tarikh dua upacara penting iaitu Hari Gawai atau pesta menuai dan
perayaan 'beranyi'.

3. Kebanyakan masyarakat Iban, Bidayuh dan masyarakat orang Ulu masih tinggal
di rumah panjang dan hidup seperti sebuah keluarga.

4. Fungsi rumah panjang seperti sebuah perkampungan dan tuai rumah
bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan anak buahnya.


Rumah panjang di Sarawak Tuai rumah sedang meraikan
kedatangan tetamu


Peraturan dan Adat Resam Kumpulan Etnik di Sarawak

Orang Iban

1. Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yang dikenali
tajau.

2. Tajau diwarisi turun-temurun, dianggap suci, bernilai dan dihormati.

3. Fungsi tajau ialah sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.


Tajau Orang Iban

Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah

1. Orang Kayang, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang-gelang
timah atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut.

2. Menindik telinga merupakan lambang kecantikan.

3. J enis anting-anting juga melambangkan status yang berbeza dan diwarisi turun
-temurun.

4. Kumpulan etnik ini juga melukis tatu atau mencacah badan dengan pelbagai corak
yang mempunyai makna tersendiri.


Orang Kenyah menggantung Melukis tatu di badan merupakan
anting-anting sehingga cuping adat resam kumpulan etnik
telinga menjadi lanju. di Sarawak.

Orang Melayu Sarawak

1. Orang Melayu Sarawak mengamalkan peraturan dan adat resam yang berasaskan
ajaran agama Islam.

2. Hidup masyarakat dan saling membantu terutama majlis perkahwinan, kenduri,
menanam padi dan perayaan.

Kebudayaan

1. Pelbagai perayaan disambut dengan meriah oleh penduduk di Sarawak mengikut
kumpulan etnik.

Melanau

1. Orang Melanau menyambut Perayaan Kaul.

2. Tujuan perayaan ini diadakan ialah untuk menjamu ipok yang mengawal laut.

3. Perayaan ini diadakan bertujuan untuk :
(a) Memperoleh tangkapan yang memuaskan.
(b) Keselamatan ketika berada di laut.
(c) Mengelakkan sebarang penyakit.

4. Serahang disediakan untuk menjamu ipok.

5. Serahang dibuat daripada daun buluh dan daun nipah.

6. Di dalam serahang diletakkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai, atau rokok daun
untuk menjamu ipok.

Iban

1. Orang Iban merayakan Perayaan Gawai atau Pesta Menuai.

2. Jenis-jenis Hari Gawai ialah :
(a) Gawai Antu
(b) Gawai Batu
(c) Gawai Kenyalang
(d) Gawai Burung

4. Orang Iban meraikan pesta menuai padi dan mereka akan menarikan Tarian Ngajat
sebagai tanda kesyukuran.


Tarian Ngajat

Orang Melayu Sarawak

1. Orang Melayu Sarawak mempunyai sejenis kesenian, iaitu bergendang.

2. Hanya kaum lelaki sahaja yang akan menari dalam persembahan ini.

3. Kaum wanita akan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.

4. Tarian ini merangkumi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.



Agama dan Kepercayaan

1. Masyarakat bumiputera Sarawak masih mengamalkan kepercayaan animisme. Namun
demikian sebilangannya adalah kecil.

2. Antara masyarakat tersebut ialah Iban, Murut, Kelabit, Kayan dan Bisaya.

3. Mereka percaya semua benda seperti gunung, bukit, besut, pokok kayu, sungai dan
hutan mempunyai roh dan semangat.

4. Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam pula mempercayai makhluk ghaib
yang dipanggil ipok.

5. Penan nomad pula mengamalkan hidup berpindah-randah terutama apabila berlaku
sesuatu kematian.

6. Kepercayaan mereka ialah :
(a) Dilarang menetap secara kekal di sesuatu tempat.
(b) Dilarang menebang pokok besar.
(c) Dilarang melapangkan kawasan hutan.

7. Orang Iban pula percaya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan
rumah, kawasan tersebut hendaklah disemah terlebih dahulu.

8. Bunyi burung ketupung dan beragai pula menandakan mereka tidak boleh mendirikan
rumah di kawasan tersebut.

Seni Muzik

1. Masyarakat Sarawak kaya dengan alat muzik.

2. Kebanyakan alat muzik dibuat daripada buluh.

3. Antarannya ialah :
(a) Gendang (c) Sape
(b) Suling (d) Engkerurai


Sape Gendang Sape

Engkerurai

Pelbagai alat muzik Sarawak

Kegiatan Ekonomi

1. Negeri Sarawak kaya dengan sumber semula jadi.

2. Kegiatan ekonominya banyak bergantung pada bentuk muka bumi, kawasan
penempatan suku kaum dan sumber alam.

3. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang utama.

Ekonomi Sara Diri

1. Kebanyakan masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti :
(a) Menanam padi huma atau padi bukit.
(b) Menjadi nelayan.
(c) Memungut hasil hutan.
(d) Berniaga secara kecil-kecilan.

2. Masyarakat Iban, Kayan, Kenyah dan Murut yang tinggal di kawasan pedalaman pula
menanam padi di sekitar rumah mereka secara bergotong-royong.

3. Berburu dan memungut hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang
penting bagi kumpulan etnik yang tinggal di kawasan pedalaman.

4. Orang Penan yang tinggal di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang, berburu binatang
dengan menggunakan sumpitan.

5. Penduduk di pedalaman pula memungut hasil hutan seperti jelutung, damar dan rotan.

6. Hasil hutan ini ditukar dengan barang keperluan harian seperti beras dan garam.


Berburu menggunakan sumpitan



Kumpulan etnik di Sarawak dan kegiatan
ekonomi masing-masing.

Pertanian

1. Kegiatan pertanian yang penting di Sarawak ialah menanam :
(a) Padi huma
(b) Padi sawah
(c) Lada hitam
(d) Sagu

Padi huma

1. Padi huma ditanam oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di sekitar tempat tinggal
mereka. Padi huma merupakan makanan yang penting bagi kaum tersebut.

2. Padi huma boleh ditanam di kawasan berbukit bakau.

3. Penanaman padi ini juga tidak memerlukan sistem saliran.

4. Kawasan rumah panjang juga digunakan untuk menanam padi huma.

5. Kawasan ini akan dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang tersebut.

Padi sawah

1. Orang Kelabit terlibat dalam penanaman padi sawah di kawasan hulu Sungai Baram.

2. Mereka terkenal dengan pengeluaran beras Bario.

3. Padi sawah di Sarawak tidak terkenal seperti di Semenanjung Tanah Melayu.

Sagu

1. Sarawak merupakan pengeksport sagu.

2. Kaum Melanau menjalankan perusahaan sagu.

3. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada sagu yang dipanggil ripo.

Lada hitam

1. Orang Kedayan dan Murut mengusahakan penanaman lada hitam.

2. Lada hitam ialah tanaman tradisional yang terpenting di Sarawak.


Perlombongan

1. Bahan galian utama ialah emas dan antimoni yang diusahakan sejak abad ke-19.

2. Kegiatan ini ditadbir oleh Datu Patinggi Ali pada peringkat awal.

3. Kaum Bidayuh terlibat aktif dalam mengusahakan kedua-dua perlombongan ini.

4. Orang Cina yang tinggal di Bau, Paku dan Bidi juga terbabit menjalankan kegiatan
melombong emas.

Perdagangan

1. Sarawak telah menjalinkan hubungan perdagangan sejak zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka lagi.

2. Masyarakat Sarawak telah terlibat dalam kegiatan perdagangan sejak 1000 tahun
dahulu.

3. Antara buktinya ialah :
(a) Penemuan wang syiling dan bekas buatan China yang berusia beribu-ribu tahun
dahulu.
(b) Tembikar Cina yang berusia 1000 tahun telah dijumpai di Santubong.

2. Antara barangan dagangan dari Sarawak yang diperdagangkan di pelabuhan Melaka
ialah:
(a) Lada hitam
(b) Halia
(c) Kapur barus
(d) Sarang burung
(e) Emas
(f) Permata
(g) Ikan

3. Sarawak juga menerima kunjungan pedagang Cina untuk mendapatkan lada hitam,
kapur barus, emas, kayu cendana, sumbu badak, dan telur penyu.

4. Orang Cina pula menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di kawasan
tertentu seperti si Santubong.

5. Kemajuan kegiatan pedagangan di Sarawak juga telah menarik minat pedagang asing
dari China, Arab, India dan Kepulauan Melayu.

6. Antara barangan yang dibawa oleh mereka ke Sarawak ialah tembikar, sutera, barang
logam, kain dan barang perhiasan.


Tembikar Cina yang dibawa oleh
pedagang dari China untuk ditukar
dengan barangan pedagang Sarawak.

You might also like