Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
212Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Faktor-Faktor Yang Memainkan Peranan Penting Dalam Membangkitkan Semangat Nasionalisme Dalam Kalangan Orang Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Faktor-Faktor Yang Memainkan Peranan Penting Dalam Membangkitkan Semangat Nasionalisme Dalam Kalangan Orang Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua

Ratings: (0)|Views: 29,184|Likes:
Published by Junly Jiang
Bincangkan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Bincangkan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

More info:

Published by: Junly Jiang on Dec 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2014

pdf

text

original

 
Soalan: Bincangkan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalammembangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayusebelum Perang Dunia Kedua.
Jawapan cadangan:Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah ada sejakcampur tangan British pada tahun 1874. Dengan adanya semangatnasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidakberlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakattempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air sepertiDato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong,Mat Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatanterhadap kuasa asing di negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yangmembangkit semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Faktor-faktor ini dapat dilihat melalui faktor dalaman dan faktor luaran.Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus diTanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalammembangkitkan dan menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu.Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandarberasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka.Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebabadanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Olehyang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagimembawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat merekasupaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telahmelahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakatMelayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidangekonomi dan sosial.Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untukmemperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20.Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkanperanan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakatMelayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke
 
U
niversiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yangmula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaanekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan inihampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah danterpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan inimenerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dangerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dariTimur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed SyeikhAhmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali.Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air padaawal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islambaru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dankhurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapattentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golonganortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi jugamemusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang olehrevolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan danpenafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapiperkembangan pesat.Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turutmenjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orangmelayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidangekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang berasaskan getahdan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripadakegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai olehorang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombongbjih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cinapula menguasai sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi peniaga.Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yangtinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidangpendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system pendidikanmelayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orangmelayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka
 
perlu mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cinaPeranakan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutumendesak supaya diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaanBritish. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugatkedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telahmenyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untukmempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu.Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsaasing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupanseharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orangMelayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakangkepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu,pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalammenegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dantingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikankemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepadapemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakinmenebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Merekaakhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepundengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesananpenentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalamdaging kepada pentadbiran tentera Jepun.Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangatnasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan Britishke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan kaedahpengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanahmelayu. Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikanberbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupanpolitik, ekonomi dan sosial.
U
saha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukandi negeri-negeri melayu bersekutu.Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayutradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakinkecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak Britishtelah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaranuntuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai

Activity (212)

You've already reviewed this. Edit your review.
DanielJunior liked this
Princess Honey liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Nana NurulJannah liked this
Sin Ling Tan liked this
Nadya Camelia liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->