Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
87Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Faktor-Faktor Pembentukan Persekutuan 1896 Dan Kesan-Kesannya

Faktor-Faktor Pembentukan Persekutuan 1896 Dan Kesan-Kesannya

Ratings:

4.5

(1)
|Views: 87,569|Likes:
Published by Junly Jiang
Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.
Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.

More info:

Published by: Junly Jiang on Dec 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/09/2015

pdf

text

original

 
Soalan: Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.
Jawapan cadangan:Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan olehFrank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yangmenggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yangbaru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuanyang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidakdinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dansosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidakmenyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhanPersekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhanPersekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkanPersekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalahkewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangkanegeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelahmenduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitukedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitusemasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang jugasukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh BanjaranTitiwangsa.Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak.British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombongoleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cinayang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukaidaripada candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah kewanganyang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyaisumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksamembelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya,kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kospentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000.
 
NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untukmembiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telahmencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak.Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkanwang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yangdiketuai oleh Dato Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yangserius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang keranatidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat sepertiJerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan danPerak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini,masalah kewangan Pahang dapat diatasi.Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 sepertikelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari bahawa SistemResidan mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentanganmasyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam.Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yangmasih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantungkepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaanBritish mahu mengurangkan kuasa Residen. Setelah Sistem Residendilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residenmerupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negerimasing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenormengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapatmengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeritersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkanMajlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasamenyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharapdapat mengurangkan kuasa mutlak residen.Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras danmenyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiapresiden mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaanBritish tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka,wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeriyang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuahnegeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cubamewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai,
 
pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeriMelayu. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satusistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral.Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunanekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu.Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan.British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalankerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistempengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepatproses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 jugamemperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahumewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untukmempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luarnegeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang danPerak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untukmengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan Britishtelah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapatmempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negerilain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antarakesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaanpusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB.Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan pentingterutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan residen-residendiarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran.Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untukmenyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. SistemPersekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara kerajaanPersekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyaikuasa penuh.

Activity (87)

You've already reviewed this. Edit your review.
Tengku Naqueah reviewed this
Rated 3/5
is this the 300 patah perkataan for sejarah?
Rated 5/5
GOOD
SyieChie reviewed this
Rated 5/5
o
kevin justine added this note
good .
Pavitra Gobi added this note
good notes !
cutedarling added this note
thank you
1 hundred thousand reads
eq liked this
Jamaliah Ahmad liked this
Syed Maliki added this note
niiiiiice

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->