You are on page 1of 13

PEMBETANGAN MORAL..

 KEGANASAN RUMAH TANGGA

AHLI KUMPULAN:
RAEVATHI
LANGASWAARI
KANAGA
KRISHNA VEENI
KEGANASAN RUMAH TANGGA

Definisi keganasan rumah tangga.


Keganasan rumah tangga adalah serangan yang dikenakan oleh seseorang ke
atas orang lain sama ada yang telah berkahwin atau bersedudukan. Keganasan
rumah tangga bukan sekadar tamparan biasa. Ia satu perbuatan yang berulang
sistematik dan berpanjangan untuk satu tempoh masa yang agak lama.
Selalunya perempuan yang menjadi mangsa untuk keganasan ini.
Ia adalah sesuatu yang boleh dikatakan kegiatan jenayah.
Jenis-jenis keganasan rumah tangga

 PENDERAAN FIZIKAL
Ini termasuk menampar, menggigit, melukakan, mematahkan tulang,
menolak, mencekik, menghalang keperluan manusia seperti makan,
minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga merupakan salah satu
bentuk penderaan fizikal, mambaling objek ke arah seseorang
menggunakan kekerasan fizikal untuk memaksa melakukan sesuatu atau
tindakan fizikal lain yang akan mengakibatkan kecederaan. Ada juga kos
penderaan yang membawa maut kepada mangsa.
 PENDERAAN PSIKOLOGI, EMOSI DAN MENTAL
Ini termasuk penghinaan yang berterusan, kutukan, ugutan,
menjatuhakan maruah mangsa boleh meninggalakan kesan buruk sama
seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga
diri dan perasaan mangsa dan keupayaan beliau mengawal kehidupan
sendiri dan ejekan serta penderaan lisan yang menjadikan mangsa
berasakan dirinya tidak berguna. Ia juga melibatkan tekanan minda,
memutarbelitkan kata-kata mangsa minda dan menghina serta
merendah-rendahkan mereka yang rapat dengan mangsa.
 PENDERAAN SEKSUAL
Pendera juga akan memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual dan
melihat sesuatu bentuk seksual yang tidak dipersetujui atau yang
bertentangan dengan kehendak dan kerelaan mangsa atau menyakiti
wanita tersebut ketika melakukan hubungan seks.
 PENDERAAN EKONOMI
Pendera akan melarang mangsa daripada bekerja hingga terpaksa
merayu kepadanya untuk keperluan seharian.
 PENDERAAN SOSIAL
Penderaan ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering
didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan
diasingkan daripada mendapat sokongan luar.
 PENDERAAN KEWANGAN
Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan atau yang
tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang
pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan dari aspek
kewangan.
Teori kitaran keganasan
 

 
PERINGKAT PEMBANGUNAN
Peningkatan rasa tertekan.
PERINGKATAN PEMERHATIAN
Lelaki tersebut menjadi ancaman.
KEGANASAN MELETUS
Keganasan berlaku atau bermula.
PERINGKAT PENYELESAIAN
Lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya
lagi.
PERINGKAT BERUSAHA
Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dangan
berjanji untuk berubah.
PERINGKAT BULAN MADU
Keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh dengan kasih sayang.
PERINGKAT PEMBANGUNAN
Rasa tertekan bermula kembali.
 
FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENDERAAN

Dadah dan Alkohol


Kajian yang dibuat oleh Leonard dan Blane (1992) terhadap 82 peratus daripada
70,000
pelajar sekolah menengah tinggi mendapati terdapat hubungan antara pengambilan
alkohol dengan penderaan dalam rumah tangga. Individu yang mengambil alkohol
dalam jumlah yang banyak mempunyai kecenderungan menjadi agresif dan secara tidak
langsung mendera pasangan. Kebanyakan wanita menyebut alkohol dan dadah sebagai
keganasan dalam keluarga. Gelles (1980) menyatakan faktor alkohol boleh
menyebabkan individu melakukan sesuatu yang bukan merupakan tingkah lakunya yang
sebenar.

Latar Belakang Keluarga


Latar belakang keluarga dan pengalaman semasa kecil turut mempengaruhi sikap
seseorang individu. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas suami yang sering
menganiaya dan bertindak ganas ke atas isteri mereka. Mereka pernah mengalami atau
menyaksikan keadaan tersebut (McMohan, 1961). Carlson (1977) menegaskan bahawa
banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa fenomena penganiayaan isteri
dikaitkan dengan pendedahan awal terhadap kekejaman dalam keluarga.
 Masalah Sosial
Allen dan Benton (1989) mendapati hasil daripada penyelidikan ke atas 100 orang suami
(pendera), suami yang sering menganiaya isteri tidak suka bergaul dengan orang lain. Mereka
berasa kurang senang dan tidak selesa apabila berada dalam kalangan sahabat handai yang lain.
Mereka juga berhati-hati untuk memilih kawan rapat. Di samping itu, mereka juga mempunyai
sifat tidak mempercayai orang lain dan selalu dianggap berseorangan. Suami dalam kategori ini
juga tidak suka dikawal oleh orang lain, terutamanya isteri. Mereka tidak suka orang lain
membuat keputusan bagi pihak diri mereka dan orang lain tidak boleh menguasai diri mereka.

 Panas Baran
Kajian yang dilakukan oleh Rashidah, Rita dan Schmitt (1995) seperti yang dilaporkan melalui
Woman Aids Organisation mendapati salah satu sebab berlakunya penderaan adalah sikap
suami yang tidak dapat mengawal rasa marah, pendera tidak dapat mengawal emosi marahnya
walaupun atas sebab-sebab yang kecil. Kajian yang dibuat oleh Hoffman, Demo dan Edward
(1994) terhadap 2,017 suri rumah di Thailand mendapati faktor kecewa dan tekanan perasaan
boleh menyebabakan berlaku penderaan terhadap isteri apabila suami hilang kawalan emosi.
 Cemburu
Faktor cemburu dianggap sebagai penyebab berlakunya
penderaan dalam keluarga. Kadangkala suami cemburukan isteri
terutamanya apabila isteri bekerja. Gelles (1972) juga
berpandangan yang sama. Lelaki yang bersifat cemburu sentiasa
mengawal kehidupan pasangannya, tidak boleh melihat isteri yang
berpakaian cantik terutama di hadapan orang lain. Mereka juga
tidak suka isteri bercakap dengan lelaki lain yang memuji atau
menggoda isteri mereka. Mereka akan marah dan akan bertindak
di luar dugaan. Lelaki seperti ini selalu menyimpan prasangka dan
tidak mempercayai isteri mereka sendiri. Ini menyebabkan timbul
suasana tegang, krisis dan tekanan perasaan yang seterusnya
menjadikan individu tersebut pemarah, bengis, kasar dan mungkin
bertindak kejam terhadap pasangannya.
 
Peranan untuk menangani
masalah keganasan rumah tangga

 Tindakan undang-undang
Kelulusan Akta keganasan Rumah Tangga
1994 akan dapat melindungi mangsa
keganasan rumah tangga.
Menurut Akta ini, pesalah boleh didenda
tidak melebihi RM4000 dan penjara tidak
melebihi setahun.
 Peranan masyarakat
Masyarakat setempat perlu mempunyai rasa
tanggungjawab sosial untuk bersama-sama
membantu mengatasi masalah ini.
 Peranan media massa
Media massa haruslah berperanan secara
proaktif sebagai sumber sebaran maklumat
dalam usaha menyedarkan semula
masyarakat tentang keganasan rumah tangga.
 Kaunseling
Khidmat kaunseling perlu dilakukan sebelum
memasuki alam perkahwinan dan selepas
berkahwin agar mereka lebih memahami
tentang kewajipan dan dasar-dasar sesuatu
perkahwinan.
 Peranan pendidikan
Pendidikan yang berteraskan pengetahuan
agama dan moral perlu dilaksanakan pada
semua peringkat sekolah agar masyarakat
penyayang akan terjamin.
Kesimpulan

 Dalam menangani permasalahan ini, semua


pihak harus lebih peka, prihatin dan proaktif
untuk berkerjasama mengatasi masalah ini.
 Penerapan masyarakat penyayang perlu bagi
mengatasi masalah seperti ini.

You might also like