You are on page 1of 2

Untuk lebih memahaminya lagi, seseorang guru perlu mengetahui konsep

alam belajar itu sendiri dengan lebih mendalam lagi. Menurut Noriati A. Rashid, Boon
Pong Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), alam belajar merupakan keadaan
atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam
mencapai matlamat perubahan tingkah laku.
Satu lagi alat yang boleh digunakan untuk memahami proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih mendalam adalah melalui teori. Teori boleh diertikan
sebagai satu set prinsip dan definisi (Kerlinger, 1986, as cited in Noriati, Boon &
Sharifah Fakhriah, 2009). Sehubungan dengan itu, dengan berbekalkan fahaman
yang mendalam tentang satu-satu teori, maka individu mampu menghasilkan satu
cara penyelesaian yang baru yang kreatif dan berinovasi semasa menghadapi
masalah sesuatu fenomena.
4.2 Kaitan Prinsip Teori Kognitif dengan Aspek Keadilan (Ciri Kemanusiaan)

Di dalam teori kognitif ini pula pembelajaran merupakan suatu proses yang menggunakan
pengalaman sedia ada untuk mendapatkan penyelesaian.
Oleh itu, guru perlulah memilih aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan pengalaman
sedia ada murid tersebut agar suasana kelas yang kondusif dapat diwujudkan. Sebagai
contoh, guru tersebut ingin mengajar berkaitan bunga. Guru tersebut boleh menyoal murid-
murid berkaitan bunga yang pernah dilihat oleh mereka. Bagi mewujudkan suasana yang
lebih menyeronokkan, guru boleh membawa beberapa jenis bunga yang berbeza-beza
warna dan membenarkan setiap murid merasai serta menghidu bau bunga tersebut. Dengan
membuat aktiviti tersebut sekaligus guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka,
memegang, merasai, menghidu dan membuat kesimpulan. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan adalah dengan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, memegang,
merancang, mencium dan merasa sendiri objek tersebut. Secara tidak lansung, apabila sesi
soal jawab dijalankan, murid berjaya menjawab soalan dengan betul berdasarkan
pengalaman mereka sebentar tadi. Daripada aktiviti tersebut, akan wujudlah aspek keadilan
telah berjaya diterapkan apabila guru memberi setiap kumpulan beberapa jenis bunga agar
murid tersebut tidak merasa wujudnya pilih kasih.

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Guru tersebut haruslah
memahami apa itu pengajaran dan pembelajaran serta teori-teori pembelajaran yang saling
berkait rapat antara satu sama lain. Akibat kelalaian atau ketidakpekaan guru terhadap hal
tersebut boleh menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah tidak
baik sekaligus gagal mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Malah, jika hal demikian
berlaku murid dengan sendirinya tidak mempunyai minat akibat guru gagal memahami
mereka disebabkan guru tersebut daif mengenai pendekatan yang terbaik untuk setiap
murid-murid. Oleh itu, guru harus menyediakan diri mereka dengan ilmu-ilmu tersebut
supaya kelas yang dijalankan mencapai matlamatnya serta mengetahui keadaan atau
suasana bilik darjah yang kondusif seperti yang ditunjukkan di bawah.

You might also like