You are on page 1of 24

CHU JU AIK

D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR


TUGASAN 2 Page 1










PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
KRM 3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2


DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO. TELEPON
CHU JU AIK

D 20112052708 012-6844108




KUMPULAN : GROUP UPSI07(A131PJJ)
PENSYARAH E-LEARNING: ENCIK NORAZMAN BIN ARBIN
TARIKH SERAH : 17 OKTOBER, 2013


PEMARKAHAN








CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 2

ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 DEFINISI MISKONSEPSI

4
3.1 MISKONSEPSI 1 5
3.2 Cadangan cara penyelesaian

3.3
Contoh penyelesaian
Lampian 1


4.1 MISKONSEPSI 2 9
4.2 Cadangan cara penyelesaian


4.3
Contoh penyelesaian 1
Contoh penyelesaian 2
Lampiran 2


5.1 MISKONSEPSI 3 12
5.2 Cadangan cara penyelesaian

5.3
Contoh penyelesaian
Lampiran 3

6.1 MISKONSEPSI 4 15
6.2 Cadangan cara penyelesaian
Contoh penyelesaian
6.3 Lampiran 4
7.1 MISKONSEPSI 5 18
7.2 Cadangan cara penyelesaian
Contoh penyelesaian 1
Contoh penyelesaian 2

7.3
Contoh penyelesaian 3
Lampiran 5


8.0 RUMUSAN

22
Bibiografi 23

CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 3

1.0 PENGENALAN
Matematik merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dunia ini. Memandangkan
Matematik digunakan hampir dalam semua bidang. Apabila kita berbicara tentang
Matematik, kita akan mula mengaitkannya dengan nombor. Matematik memainkan
peranan yang begitu penting dalam pelbagai aspek di dunia dan amat mustahak kepada
masa depan pelajar, terutamanya kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
Selain itu, peranan Matematik juga penting untuk membuka mata masyarakat dunia
untuk mempelajari Matematik dengan sebaiknya supaya mereka tidak lagi ketinggalan.
Masalah yang timbul mungkin sukar diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai
pengetahuan yang cetek dalam bidang Matematik kerana Matematik merupakan
keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian manusia. Dalam kehidupan seharian
manusia sentiasa melibatkan penggunaan ilmu Matematik yang melibatkan operasi asas
matematik. Oleh yang demikian, pengetahuan dan penguasaan asas kemahiran konsep
operasi nombor perlu disalurkan dengan betul dan tepat sejak awal kanak-kanak lagi.

Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan
pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang
guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Ini amat jelas menerangkan bahawa pelajar
umpama sehelai kertas putih, bagaimana kita mencorakkannya, begitulah rupanya.
Sekiranya ilmu yang bercanggah tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk
miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Selain itu, miskonsepsi berlaku
disebabkan beberapa faktor iaitu kosentrasi, minat, kefahaman, pengajaran guru yang
kurang jelas dan juga cuai. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan
yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul
(Champagne, Klopfer & Gunstune 1982; McDermott 1984; Resnick 1983).
Miskonsepsi juga boleh terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul
dan mengelirukan kefahaman murid, yang kemungkinan tanpa disedari oleh guru.
Sebagai seorang pendidik, kita haruslah peka akan kesilapan pelajar kita lakukan dan
bertindak segera serta cuba membantu memperbetulkan kesalahan-kesalahan mereka.




CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 4

2.0 DEFINISI MISKONSEPSI
Miskonsepsi adalah satu daripada masalah dan kesukaran yang sering dihadapi oleh
pelajar dalam mempelajari pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang
kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan
konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka.
Konsep matematik pelajar perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan
pendekatan. Pelajar perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit seperti
penggunaan bahan maujud, media dan teknologi serta model-model pedagogi supaya
ianya lebih memudahkan kefahaman pelajar sehingga lebih mudah mengingati. Robert
Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran
konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :
i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.
ii. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat
perbezaan.
iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang
diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi.
iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep
matematik yang tepat.
Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah
miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran pelajar
memahami sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang
sesuai untuk pelajar yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin
adalah mereka yang berusaha membimbing pelajar mengikut perbezaan aras
kecerdasan.
Oleh yang demikian, saya telah memberi beberapa contoh kaedah atau pendekatan
yang boleh digunakan bagi memulihkan miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar dan
disertakan juga dengan penggunaan bahan manipulatif yang sesuai sebagai bahan
konkrit untuk memudahkan pemahaman konsep matematik di kalangan pelajar.





CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 5

3.1 MISKONSEPSI 1 : Tidak tahu cara menambah bagi operasi tambah nombor
bulat dalam lingkungan 1000 dengan mengumpul semula .

Contoh miskonsepsi 1:





Miskonsepsi yang dilakukan oleh pelajar ini ialah dia tidak memahami cara menambah
operasi tambah nombor bulat dalam lingkungan 1000 dengan mengumpul semula.
Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ini ialah pada nilai tempat digit puluh iaitu 4 + 7 =
11 , terhasilnya 1 ratus dan 1 puluh, digit 1 ratus tidak dikumpulkan pada nilai tempat ratus
tetapi menulis semua nombor yang diperolehi daripada tambah di tempat jawapan. Ini
menunjukkan pelajar ini perlu dipulih untuk memahami akan nilai tempat dan peranan digit
bagi setiap nombor bulat dalam lingkungan 1000.

3.2 Cadangan cara penyelesaian
Terlebih dahulu guru perlu merancang semula sesi pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya yang berkaitan kemahiran operasi tambah nombor bulat dalam lingkungan 1000
dengan mengumpul semula. Sehubungan ini guru perlu menegaskan nilai tempat dan
peranan digit bagi setiap nombor bulat dalam lingkungan 1000. Untuk memudahkan
pemahaman pelajar mengenai konsep matematik operasi tambah dan peranan digit setiap
nombor, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti penggunaan blok asas dan
jadual nilai tempat sebagai penerangan konsep. Secara umum, pengajaran dan
pembelajaran matematik amat bergantung kepada bahan manipulatif untuk melakukan
proses pengiraan secara berkesan bagi menerapkan penguasaan dan pemahaman sesuatu
konsep matematik.



2 4 5
+ 3 7 2
5 11 7
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 6

Contoh penyelesaian :
a. Tunjukkan aktiviti di hadapan kelas dan minta murid memerhatikan.
i. Letakkan blok asas berdasarkan nombor yang diberi dan kemudian
dituliskan dalam jadual nilai tempat.

Jadual nilai tempat:





ii. Letakkan sebilangan blok asas lagi berdasarkan nombor yang diberi dan
kemudian dituliskan dalam jadual nilai tempat.

Jadual nilai tempat :



b. Minta pelajar berbincang apa yang dilihat dan sebutkan nilai tempat bagi setiap
nombor yang diwakili oleh blok yang ditunjukkan dan cara dituliskan dalam jadual
nilai tempat.

c. Jelaskan kepada pelajar cara mengabungkan dua blok asas tersebut dan cara
menulis ke dalam jadual nilai tempat semasa membuat penambahan atau pengiraan
operasi tambah.







ratus puluh sa
2 4 5
ratus puluh sa
3 6 2
2 4 5
3 6 2
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 7

Jadual nilai tempat :





d. Tunjukkan pertukaran blok asas puluh ke blok ratus bagi dua nombor yang
mempunyai 3 digit dalam lingkungan 1000 dengan mengumpul semula dan
disertakan juga dengan jadual nilai tempat. Guru juga harus menegaskan bahawa
menambah sebarang dua nombor hingga 3 digit dengan mengumpul semula perlu
mula dari nilai tempat sa ke puluh dan dari puluh ke ratus.





i. Tambahkan sa:
+ =


5 sa + 2 sa = 7 sa

Jadual nilai tempat :





ii. Tambahkan puluh :

+ =

Nilai tempat ratus puluh sa
2 4 5
+ 3 7 2
Hasil kiraan
2 4 5
+ 3 7 2

Nilai tempat ratus puluh sa
2 4 5
+ 3 7 2
Hasil kiraan 7
Mula dari sa
1
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 8

4 puluh + 7 puluh = 11 puluh






Jadual nilai tempat :







iii. Tambahkan ratus :

+ + =


1 ratus + 2 ratus + 3 ratus = 6 ratus
Jadual nilai tempat :




Nilai tempat ratus puluh sa

1
2

4

5
+ 3 7 2
Hasil kiraan 1 7
Nilai tempat ratus puluh sa

1
2

4

5
+ 3 7 2
Hasil kiraan 6 1 7
Tukarkan kepada ratus jadi 1
ratus 1puluh.
1 ratus 1 puluh
Seterusnya membuat penambahan di puluh
11 puluh = 10 puluh + 1 puluh
10 puluh = 1 ratus
10 puluh
1 puluh
10 puluh = 1 ratus
dan 1 ratus
dikumpulkan
semula di nilai
tampat ratus.
Akhirnya membuat penambahan di ratus
2
3
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 9

iv. Hasilnya :



6 ratus 1 puluh 7 sa = 6 1 7

e. Untuk memperkukuhkan kefahaman konsep operasi tambah nombor bulat dalam
lingkungan 1000 dengan mengumpul semula dalam kalangan pelajar, latihan
pengukuhan harus disediakan untuk pelajar.

3.3 Lampiran 1
Selesaikan soalan di bawah.

2 5 4 4 8 1 1 5 4 4 7 8
+ 1 3 9 + 2 2 6 + 2 6 3 + 1 5 3




4.1 MISKONSEPSI 2 : Tidak memahami nombor bulat mempunyai penyebut dan
menukarkan nombor bulat kepada nombor pecahan sebelum didarabkan dengan
nombor pecahan wajar.

Contoh miskonsepsi 2 :
7
1
3
=

21


Miskonsepsi dalam pembelajaran tentang nombor pecahan sering berlaku di kalangan
pelajar. Miskonsepsi dalam melaksanakan operasi darab nombor bulat dengan nombor
pecahan yang dilakukan oleh pelajar ini ialah tidak memahami bahawa nombor bulat
juga ada penyebut dan perlu ditukar kepada nombor pecahan sebelum didarab terus
dengan nombor pecahan. Masalah ini timbul kerana pelajar tidak memahami maksud

1
2

4

5
+ 3 7 2
6 1 7

CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 10

pecahan, seperti peranan pengangka (numerator) dan penyebut (denominators).
Sebarang nombor bulat juga mempunyai penyebut dan harus ditukar tulis kepada
nombor pecahan tidak wajar iaitu digit 1 sebagai penyebut apabila menemui dengan
nombor pecahan wajar ataupun tidak wajar semasa membuat operasi darab dan bahagi.

4.2 Cadangan cara penyelesaian
Bagi memulihkan miskonsepsi ini, guru perlu menerapkan kemahiran cara
menukarkan nombor bulat kepada nombor pecahan tidak wajar dengan penyebutnya
ialah digit 1. Guru juga harus menegaskan kepada pelajar bahawa sebarang nombor
bulat apabila menemui nombor pecahan semasa membuat operasi darab dan bahagi,
perlu menukarkan nombor bulat tersebut kepada nombor pecahan terlebih dahulu.
Miskonsepsi ini boleh diatasi oleh guru melalui penjelasan semula tentang konsep asas
pendaraban pecahan menggunakan unit pecahan yang mudah. Terlebih dahulu guru
perlu merancang semula sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya yang
berkaitan kemahiran cara menukarkan nombor bulat kepada nombor pecahan yang
angka penyebutnya ialah 1.
Contoh penyelesaian 1 :
a. Minta pelajar bincangkan sifat setiap nombor.

7
1
3
=

b. Guru menegaskan bahawa semasa membuat operasi darab sebarang nombor bulat
apabila ditemui dengan nombor pecahan seharusnya ditukarkan menjadi nombor
pecahan sebelum didarab dan jelaskan cara menukarkan nombor bulat kepada
nombor pecahan tidak wajar dengan angka penyebutnya ialah 1.

7
1
3
=

1

1
3


7 ialah Nombor bulat dan
1
3
ialah
nombor pecahan wajar.
Nombor bulat 7 perlu ditukar
menjadi nombor pecahan tidak wajar
dengan angka penyebutnya ialah 1
iaitu

1
.
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 11

c. Kemudian nombor pecahan boleh dilaksanakan secara mendarab terus numerator
dengan numerator yang satu lagi, serta mendarab terus penyebut dengan penyebut
pecahan yang satu lagi.

1

1
3
=

3


Contoh penyelesaian 2 :
Selain daripada cara penyelesaian seperti yang ditunjukkan dalam contoh 1 untuk
memulihkan miskonsepsi pelajar, bersama ini ditunjukkan juga contoh kaedah
penyelesaian yang kedua untuk memudahkan pemahaman pelajar mengenai konsep
matematik operasi darab nombor pecahan ialah sebagai penambahan berulang, iaitu :

7
1
3
=
adalah bermaksud
1
3
+
1
3
+
1
3
+
1
3
+
1
3
+
1
3
+
1
3
bagi memberi jawapan sebagai

3
.



d. Untuk memperkukuhkan lagi kefahaman konsep pelajar terhadap operasi darab
nombor bulat dengan nombor pecahan, maka guru harus menyediakan latihan
pengukuhan untuk pelajar dengan soalan yang mudah diselesai.
4.3 Lampiran 2
Selesaikan soalan di bawah. ( Sila membuat jalan kiraan )
4
1
5
=




5
2
7
=

3
3
8
=
Hasilnya ialah

3
iaitu pecahan tidak
wajar.
Guru boleh cuba menggunakan pelbagai kaedah bagi menerapkan konsep matematik
operasi darab nombor pecahan kepada pelajar agar memudahkan pemahaman pelajar
mengenai konsep tersebut.
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 12

5.1 MISKONSEPSI 3 : Tidak memahami peranan dan kedudukan titik perpuluhan
dalam konsep matematik operasi darab nombor perpuluhan yang melibatkan dua
nombor perpuluhan dan berlaku kekeliruan dengan pengajaran lepas iaitu konsep
operasi tambah dan operasi tolak .
Contoh miskonsepsi 3 :
0.45 0.2 = 0.90
atau apabila diselesaikan dalam bentuk lazim adalah seperti berikut :




Pelajar ini tidak memahami mengenai peranan dan kedudukan titik perpuluhan dalam
operasi darab nombor perpuluhan. Kedudukan titik perpuluhan bagi jawapan ditulis dengan
salah setelah melaksanakan operasi kira darab di antara dua nombor perpuluhan. Ini
menunjukkan pelajar ini telah alami kekeliruan meletakkan kedudukan titik perpuluhan dan
dia telah mengaitkannya dengan konsep operasi tambah atau operasi tolak iaitu kedudukan
titik perpuluhan dalam jawapan nombor perpuluhan akan di tulis dalam turus yang sama.
Untuk mengatasi miskonsepsi pelajar, maka guru perlu merancang pengajaran yang
seterusnya untuk menjelaskan semula bagi menekankan kedudukan titik perpuluhan yang
betul dalam konsep operasi darab nombor perpuluhan yang melibatkan dua nombor
perpuluhan .
5.2 Cadangan cara penyelesaian
Contoh penyelesaian 1 :
a. Guru perlu menerangkan cara meletakkan keududkan titik perpuluhan mengikut
jumlah bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi nombor-nombor yang terbabit
secara langkah demi langkah iaitu :
i. Kira bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi nombor perpuluhan yang
pertama.
0. 4 5
0. 2
0 9 0
0 0 0
0. 9 0
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 13

ii. Kira bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi nombor perpuluhan yang
kedua.
iii. Kira jumlah digit yang dikira dari bilangan digit selepas titik perpuluhan
bagi nombor perpuluhan pertama dan nombor perpuluhan yang kedua.
iv. Kemudian meletakkan kedudukan titik perpuluhan bagi jawapan nombor
perpuluhan berdasarkan jumlah bilangan digit yang dikira dari nombor
perpuluhan pertama dan nombor perpuluhan kedua.







b. Guru harus menegaskan bahawa secara umumnya bilangan digit selepas titik
perpuluhan adalah bersamaan dengan jumlah bilangan digit selepas titik perpuluhan
bagi kedua-dua nombor yang didarab.
Contoh penyelesaian 2 :
Terdapat kaedah lain yang boleh digunakan untuk menerapkan kefahaman konsep operasi
darab antara dua nombor pepuluhan di kalangan pelajar iaitu :
a. Guru akan menunjukkan cara menukarkan nombor pepuluhan tersebut kepada
nombor pecahan, maka guru harus menjelaskan nombor pepuluhan kaitan antara
nombor perpuluhan dengan nombor pecahan.

0.45 0.2 =



0. 4 5
0. 2
0 9 0
0 0 0
0. 0 9 0
2 digit selepas titik perpuluhan
1 digit selepas titik perpuluhan
Jumlah digit selepas
titik perpuluhan ialah
3
3 digit selepas titik perpuluhan
1
2
3
4
0.45 =
45
1
0.2 =
2
1

CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 14

b. Semasa melaksanakan kira darab nombor pecahan, numerator dengan numerator
yang satu lagi boleh didarab terus, serta denominator dengan denominator yang satu
lagi juga boleh didarab terus.

45
1

2
1
=

1

c. Minta pelajar menunjukkan cara menukarkan nombor pecahan kepada nombor
pepuluhan.


1
= 0 . 0 9 0
d. Pada bahagian ini, guru harus menegaskan bahawa nombor pepuluhan yang
mempunyai sifar dibahagian akhir kanan selepas titik pepuluhan dan suatu digit
bukan sifar, maka digit sifar tersebut boleh dihilangkan atau tanpa ditulis .

0 . 0 9 0 = 0 . 0 9

e. Untuk tujuan pengukuhan kefahaman konsep di kalangan pelajar terhadap konsep
yang baru dipulihkan, guru digalakkan memberi beberapa soalan latihan sebagai
latihan pengukuhan atau bahan penguji kefahaman pelajar supaya memastikan
miskonsepsi tidak wujud lagi dalam kalangan pelajar .
5.3 Lampiran 3
Selesaikan soalan di bawah. ( Sila membuat jalan kiraan )

0.23 0. 4 =_______




1.02 0. 3 =_______

0.25 1.4 =_______

4.13 0. 2 =_______








2. 07 1.3 =_______

3.14 2.1 =_______
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 15

6.1 MISKONSEPSI 4 :Terdapat dua miskonsepsi iaitu :
1. Dilaksanakan seperti operasi tambah biasa bagi nombor bulat dan nilai tempat
perpuluhan telah diabaikan (berkait rapat dengan miskonsepsi yang berlaku dalam
operasi-operasi matematik tajuk nombor bulat dan nombor perpuluhan).
2. Nilai mata wang ditulis dengan salah iaitu di bahagian nilai sen.
Contoh miskonsepsi 4:


1. Kesukaran pelajar yang dihadapi yang ditunjukkan di atas dalam tajuk wang ini
adalah kesukaran pelajar dalam mempelajari pengajaran tentang wang berkait
secara langsung dengan pengetahuan tentang nombor bulat dan nombor perpuluhan.
Ini disebabkan perwakilan wang adalah ditulis dalam bentuk nombor perpuluhan.
Oleh yang demikian, sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam nombor
perpuluhan, sudah tentu dia juga akan menghadapi masalah dalam kiraan tentang
wang. Justeru, miskonsepsi yang berlaku dalam pembelajaran tentang wang amat
berkait dengan miskonsepsi yang berlaku dalam operasi-operasi matematik tajuk
nombor bulat dan nombor perpuluhan. Tambahan pula, pelajar ini telah membuat
kesilapan dalam menulis nilai mata wang yang melibatkan ringgit dan sen iaitu RM
3.7 yang menunjukkan nilai yang mewakili sen selepas titik perpuluhan sebagai
titik pengasingan bagi ringgit dan sen sepatutnya ditulis dalam bentuk dua digit
seperti RM 3.70 .
6.2 Cadangan cara penyelesaian
1.Ini bererti konsep nilai tempat yang dipelajari dalam pengajaran nombor bulat perlu
dikembangkan lagi kepada nilai tempat perpuluhan dan seterusnya kepada pengajaran
operasi tambah kira melibatkan nilai mata wang. Operasi kira tambah melibatkan mata
wang boleh dilaksanakan sebagaimana nombor perpuluhan dilakukan. Prasyarat untuk
melaksanakan operasi kira tambah ialah dengan terlebih dahulu menyunsun kedua-dua nilai
mata wang dengan meletakkan titik perpuluhannya di dalam satu turus. Seterusnya
dilaksanakan operasi kira tambah bermula dengan nilai sen terlebih dahulu sehinggalah
kepada nilai ringgit.
RM 2 . 1 5
+ RM 3. 7
2 . 5 2
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 16

2. Tambahan lagi, semasa menulis nilai mata wang dalam bentuk angka, pelajar perlu
diingatkan bahawa titik perpuluhan merupakan titik pengasingan ringgit dan sen iaitu
sebagai perwakilan nilai ringgit dan sen. Malah di bahagian perwakilan sen seharusnya
ditulis dalam bentuk dua digit.
Contoh penyelesaian :
a. Guru perlu menerangkan kepada pelajar maksud nilai tempat setiap nilai mata wang
berserta dengan contohnya sekali seperti jadual berikut . Bersama ini guru boleh
menerangkan miskonsepsi yang kedua dilakukan oleh pelajar iaitu menetukan nilai
tempat bagi ringgit dan sen melalui jadual ini. Ini merupakan pengulangan
pembelajaran bagi konsep nilai tempat nombor bulat dan nombor perpuluhan.

Nilai tempat
RM
ringgit . Puluh sen sen
2.15 2 . 1 5
3.70 3 . 7 0

b. Meminta pelajar menuliskannya ke dalam kotak perpuluhan bagi operasi kira
tambah nilai mata wang yang mempunyai bahagian ringgit dan sen seperti di bawah.
Bersama ini , guru juga perlu menegaskan kepada pelajar bahawa semasa
melaksanakan operasi kira tambah melibatkan mata wang, susunan untuk kedua-
dua nilai mata wang perlu diletakkan titik perpuluhannya di dalam satu turus seperti
rajah di bawah.






ringgit . sen
RM 2 . 1 5
+ RM 3 . 7 0
RM 5 . 8 5
Pastikan titik perpuluhan
berada dalam satu turus.
Kotak perpuluhan :
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 17

c. Selepas itu, guru perlu menerangkan bahawa melaksanakan operasi kira tambah
melibatkan mata wang juga serupa dengan cara seperti mematuhi prosedur kira
tambah nombor perpuluhan. Penerangan dilaksanakan secara langkah demi langkah.








d. Untuk mengatasi masalah miskonsepsi pelajar, selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan semula terhadap konsep matematik operasi tambah
mata wang. Guru harus peka cara memperkukuhkan konsep yang diajar semula
dengan menyediakan beberapa soalan latihan yang sesuai dan ianya juga boleh
digunakan sebagai bahan penguji kefahaman konsep di kalangan pelajar.
6.3 Lampiran
Selesaikan soalan di bawah dalam bentuk lazim.
RM 3.27 + RM 1.20
=___________






RM 4.20 + RM 3. 18
=___________
RM7.13 + RM2.06
=___________


RM 2 . 1 5
+ RM 3 . 7 0
RM 5 . 8 5
Tambahkan nombor di
bahagian kanan terlebih
dahulu.
Teruskan langkah pada nombor yang
bersebelahan.
Nombor yang paling kiri adalah nombor yang
paling akhir ditambah.
1
2
3
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 18

7.1 MISKONSEPSI 5 : Tidak memahami konsep perpuluhan berkait rapat dengan
konsep pecahan dan peratus.
Contoh miskonsepsi 5:
1 . 3 = 13 %
Sehubungan ini kita harus mengimbas kembali bahawa secara umumnya pengajaran
peratus merupakan aplikasi kepada pembelajaran yang dilaksanakan terdahulu, iaitu
nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Kesukaran atau miskonsepsi yang dilakukan oleh
pelajar ini dalam pengajaran peratus adalah kesukaran memahami masalah berkait dengan
konsep peratus dan hubungan antara peratus dengan perpuluhan. Konsep perpuluhan
merupakan konsep asas yang perlu dikuasai dan difahami oleh pelajar sebelum
mempelajari konsep peratus. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar mengingat kembali
konsep perpuluhan kerana ia amat berkait rapat dengan pembelajaran konsep peratus iaitu
ia adalah nombor perpuluhan yang mempunyai dua nilai tempat perpuluhan.
7.2 Cadangan cara penyelesaian
Konsep peratus merujuk kepada sebilangan bahagian daripada seratus bahagian atau juga
boleh diwakilkan dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100. Oleh yang
demikian, sebarang nombor perpuluhan perlu diubah bentuk agar denominatornya bernilai
100. Bersama ini guru juga boleh menggunakan petak seratus sebagai bahan bantu
mengajar supaya mudah untuk menerapkan kefahaman pelajar dalam konsep peratus.
Contoh penyelesaian 1:
a. Minta pelajar menukarkan nombor perpuluhan kepada nombor pecahan yang telah
dipelajari sebelum ini dan disertakan juga penggunaan petak sepuluh.

1 . 3 =
13
1








Petak sepuluh :
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 19

b. Guru menegaskan konsep peratus iaitu sebarang nombor pecahan bahagian
penyebutnya perlu ditukar menjadi nilai 100 dan kemudian ditunjukkannya dalam
petak seratus.
1.3 =
13
1


=
13 1
11


=
13
1














c. Selepas itu, guru menerangkan bahawa sebagaimana konsep peratus, sebarang
pecahan yang mempunyai penyebutnya bernilai 100 boleh terus ditulis dalam
bentuk peratus ( atau % ).

1.3 =
13
1

=
13 1
11

=
13
1

= 130 %
Tukarkan kepada nombor pecahan
setara dengan penyebutnya bernilai
100.
Tukar pecahan menjadi %.
Petak seratus :
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 20

Contoh penyelesaian 2 :
Guru juga boleh menggunakan kaedah lain untuk menerangkan konsep nombor peratus
yang mempunyai hubungan kaitan dengan nombor perpuluhan dan nombor pecahan
melalui jadual berikut.
Jadual perhubungan antara nombor perpuluhan, nombor pecahan , pecahan lazim dan
peratus:
Decimal Simbol pecahan Pecahan lazim Peratus
1.3
1 +
3
1
1
3
1
=
13
1

13
1
=
13
1
= 130%


Contoh penyelesaian 3 :
Terdapat lagi kaedah lain dalam menerangkan konsep nombor peratus dengan
menggunakan kaedah penukaran nombor perpuluhan yang bergantung kepada bilangan
nombor pada bilangan tempat perpuluhan. Setelah bilangan nombor pada bilangan tempat
perpuluhan bagi nombor perpuluhan tersebut menjadi dua , maka nombor perpuluhan
tersebut boleh ditukar kepada nombor pecahan yang angka penyebutnya ialah 100.
a. Terlebih dahulu guru perlu menerangkan bahawa sebarang nombor perpuluhan
boleh ditukarkan kepada nombor pecahan. Angka penyebutnya ialah 10 iaitu
mempunyai satu nombor sifar jika bilangan nombor pada bilangan tempat
perpuluhannya ialah 1.

1.3 =
13
1
Satu nombor sifar






Tukarkan angka penyebutnya menjadi dua nombor sifar iaitu menjadi 100, maka
bilangan tempat perpuluhan yang ditentukan oleh berapa bilangan nombor selepas
titik perpuluhan bagi suatu nombor perpuluhan perlu ditambahkan menjadi dua.
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 21

b. Guru menerangkan cara untuk membubuhkan nombor sifar pada nombor
perpuluhan supaya bilangan nombor pada bilangan tempat perpuluhan selepas titik
perpuluhan bagi nombor 1.3 bertukar menjadi 1. 30.




1 . 3 1 . 3 0

c. Setelah itu, guru akan menunjukkan cara untuk menukarkan nombor perpuluhan
yang mempunyai 2 nombor pada bilangan tempat perpuluhan kepada nombor
pecahan yang angka penyebutnya ialah 100.

1 . 3 0 =
13
1


d. Kemudian guru menerangkan bahawa hubungan antara nombor pecahan dengan
nombor peratus. Nombor pecahan boleh ditukar terus ke nombor peratus apabila
angka penyebutnya ialah 100.


13
1
= 130 %








Bilangan tempat
perpuluhan ialah 1.
Bilangan tempat
perpuluhan ialah 2.
Guru perlu menerangkan bahawa dalam
konsep peratus, sebarang pecahan yang
mempunyai penyebutnya bernilai 100 boleh
terus ditulis dalam bentuk peratus ( atau % ).
Walaubagaimanapun, guru perlu sedar bahawa algoritma atau prosedur mencari peratus
menggunakan rumus juga harus dikuasai oleh pelajar. Algoritma atau prosedur hanya
merupakan nilai tambah kepada kefahaman konsep agar penguasaan yang menyeluruh
dapat dicapai oleh pelajar. Berdasarkan kemahiran algoritma atau prosedur mencari
peratus menggunakan rumus boleh ditingkatkan kemahirannya di kalangan pelajar melalui
latihan secara berterusan. Rumus umum tentang peratus yang harus dikuasai dalam
kalangan pelajar ialah seperti berikut :
Peratus sebahagian kuantiti =
niloi sbo oion suotu kuontiti
]umlo ksluru on
100 %

CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 22

7.3 Lampiran 5
Tukarkan nombor perpuluhan kepada nombor peratus.(Sila membuat jalan kiraan di
bawah)

1 . 5 = _________%





0 . 7 = _________%

2 . 1 = _________%

8.0 Rumusan
Miskonsepsi miskonsepi yang telah dibincangkan di atas merupakan perkara yang
serius dan sering dilakukan oleh pelajar. Pengetahuan pelajar yang terbatas dalam
mempelajari matematik perlulah dipulih dan diperbaiki. Miskonsepsi pelajar boleh diatasi
dengan mengemukakan contoh masalah konsep matematik yang dihadapi oleh pelajar agar
ia lebih bermakna dan sertakan beberapa kaedah atau pendekatan yang sesuai dengan tahap
pemahaman pelajar bagi mengatasi miskosnsepsi pelajar. Pelajar mempunyai kefahaman
konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi.
Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan
pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. Jamil Ahmad,
2008). Sebagai guru, pengajaran yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran haruslah dilaksanakan secara berhati-hati, malah perlu peka dengan
miskonsepsi yang sering dilakukan oleh murid agar tidak mengabaikan kefahaman konsep,
khususnya dalam melaksanakan operasi matematik. Seseorang guru seharusnya bukan
hanya menganggap pengetahuan isi kandungan atau konsep sahajalah yang penting untuk
pembelajaran yang berkesan, malah sama pentingnya ialah strategi atau kaedah pengajaran
yang sesuai.
Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara
berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga
memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru seharusnya
berhenti seketika dan reflek semula tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka.
Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 23

pelajar (Dr. Jamil Ahmad, 2008). Malahan menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan
pelbagai bahan bantu mengajar atau bahan manipulative mengikut cara yang bersesuaian
amat membantu dan dapat meningkatkan mutu atau tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.
Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep
kepada pelajar (Noor Azlan A.Z, Nurdalina D). Matematik merupakan jentera atau
penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.
Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan
pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi
sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.

Bibliography
Aida Suraya Md. Yunus, S. M. (1992). Analisis Kesilapan masalah-masalah berkaitan
nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun Lima sekolah rendah. 12 : 15 - 33:
Jurnal Pendidik dan Pendidikan.
Ismail, A. (1994). Beberapa pola kesilapan dalam kefahaman konsep nombor perpuluhan
dalam kalangan murid tingkatan satu. Jurnal Pendidikan Matematik Sains BPG 1: 10 - 13.
Jamil A, N. G. (11 - 12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik :
Miskonsepsi Matematik - Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia.
Lim K.L, K. A. Satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang: Jabatan Matematik.
Lim Tak Sing, L. K. (2003). Mathematics KBSR year 2 Activity Book Part 1.
Malaysia, K. P. (1998). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik : Nombor Bulat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Uzi Dollah, N. S. (2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim:
Universiti Perguruan Sultan Idris.
Pendidikan, K. (2011). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Nombor dan
Operasi. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Shamsudin, B. (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM.
Wan Yusof Wan Ngah, R. M. (2011). Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks
Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yunus, A. S. Algoritma Pendaraban Nombor Perppuluhan Dari Persepsi Pelajar
Tingkatan Satu. ISSN : 0128 - 7702: Universiti Putra Malaysia.
CHU JU AIK
D20112052708 KRM3013 ASAS NOMBOR
TUGASAN 2 Page 24

You might also like