5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu)5.1Perucap terima kasih- Berterima kasih diberi peluang berucap- Mengucapkan selamat datang ke majlis- Melaporkan aktiviti …..- Mengemukakan cadangan dan permintaan- Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK …..6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap)6.1Perucap Utama- Mengucapkan tahniah kepada pengelola- Melaporkan informasi terkini…….- Memberi nasihat- Menjawab cadangan dan permintaan- Kata penutup……..7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah.8.penutup9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri)Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua...................... _____________________________________________________________________
Daripada Wong Siew Chai:Tuliskan teks di atas dalam bentuk format bercolumn di bawah lebih bagus.Mesti tulis masa, panduan (seperti tujuan), teks pengumuman
Seorang pengacara perlu mempunyai kemahiran menulis teks pengacara. Memangtidak dapat dinafikan bahawa teks pengacara majlis formal sebenarnya bukan ditulisoleh pengacara tetapi setiausaha sesuatu program. Namun begitu, hal ini tidakbermakna pengacara majlis tidak perlu menulis teks. Adakalanya pihak penganjuratau tuan rumah menyerahkan tugas tersebut kepada pengacara majlis.
Selain itu, majlis seperti majlis perkahwinan, jamuan makan malam, jamuan perpisahan dan majlis amalselalunya memerlukan pengacara majlis menulis teks sendiri. Walaupun teks ini tidak dibaca sepenuhnya,sebagai seorang pengacara majlis, anda harus menyediakan teks sebagai garis panduan dalammengendalikan sesuatu majlis agar tidak berlaku kepincangan dalam majlis tersebut.
2.1 Teknik Menulis Teks Pengacara
Sebenarnya, dalam menulis apa-apa juga bahan sama ada teks, surat atau kertas kerja, anda perlumengetahui tekniknya terlebih dahulu agar dapat memudahkan anda menulisnya. Oleh itu, di siniditerangkan serba ringkas teknik penulisan teks pengacara majlis sebagai panduan terutama kepada bakal pengacara majlis dan mereka yang berminat dalam bidang pengacaraan majlis.
2.1.1 Penyediaan Teks