You are on page 1of 2

CONTOH ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL

Tajuk Artikel :
Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :
Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan (contohnya : Tarikh
Artikel Diterbitkan/ Nama Jurnal/ Bilangan dan sebagainya)

BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH
Huraikan isi kandungan artikel yang dipilih secara
keseluruhannya.

BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS
Apakah isu utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh
penulis?
Adakah isu itu menarik? Mengapa?
Adakah isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis
relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik?
Adakah saya setuju (atau tidak setuju) dengan isi
kandungan/ hasil dapatan kajian artikel ini?
Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh
penyelidik/penulis?
Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh
penyelidik/penulis sesuai dengan kajian yang dijalankan?(contoh :
pemilihan informen/responden kajian dan kaedah pengutipan data
yang digunakan)
Adakah dapatan kajian ini boleh dipercayai atau
menyakinkan anda?
Apakah langkah yang diambil oleh penyelidik/penulis
untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian?
Adakah pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi
memastikan etika penyelidikan dipatuhi?
Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan
terhadap cara anda berfikir tentang perkara yang dibangkitkan
dalam artikel tersebut?
Bagaimanakah maklumat atau pengetahuan yang anda
perolehi melalui pembacaan artikel ini dapat mencerahkan atau
memperbaiki cara anda melaksanakan penyelidikan secara
kualitatif/kuantitatif?

BAHAGIAN C : PENUTUP
Apakah penemuan/ilmu pengetahuan baru daripada
artikel yang anda perolehi atau pelajari sebagai seoarang bakal
penyelidik?
Bagaimanakah anda akan menggunakan ilmu pengetahuan
ini dalam kajian yang akan anda lakukan pada masa akan datang?
Sekiranya anda melakukan kajian seperti yang
dibincangkan dalam artikel yang anda pilih, apakah ada perkara yang
ingin anda ubah bagi meningkatkan kualiti kajian?

You might also like