You are on page 1of 1

REFLEKSI

Saya Surendaran A/L Somasundaram (921003-07-5937) telah berjaya


menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(T) Taman Tun
Aminah selama lima hari. Saya berasa amat gembira kerana dapat menjalankan
tugasan seperti ini.
Selepas tamat tugasan ini saya berasa amat gembira dan selesa. Tidak dapat
menafikan bahawa tugasan ini telah banyak memberi pengalaman untuk
mengetahui sepenuhnya tentang sekolah dan organisasinya. Di smpingan itu, saya
juga mendapat peluang untuk meluangkan masa dengan murid-murid sekolah dan
mendapat pengalaman untuk berada di sekolah selepas beberapa tahun.
Selain itu, tugasan ini juga dapat memberi pengetahuan tentang peranan guru
besar dan guru dalam merealisasikan amanahnya sebagai seorang pendidik. Oleh
yang demikian,ini dapat menolong saya kerana seorang bakal guru haruslah
mengetahui tentang peranan dalam bidang keguruan. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui bagaimanakah sesebuah sekolah harus menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam kurikulum dan kokurikulum.
Semua penyediaan yang dilakukan amat susah tetapi dapat pengalaman
baru. Saya mengalu-alukan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami yang
memberi tugasan ini kepada kami kerana melalui tugasan ini saya dapat
pengalaman dan satu pengetahuan yang baru dalam pengalaman berasaskan
sekolah.
Saya berasa amat bermaanfaat dengan tugasan ini. Tugasan ini membantu
saya untuk mendapat ilmu tentang pengalaman berasaskan sekolah. Saya
mendapat satu gambaran tentang keadaan sekolah dan bagaimanakah cara untuk
menyesuaikan diri di sekolah. Tugas seorang pendidik bukanlah senang seperti
mana yang kita lihat dari luar. Bagi menjalankan tugas ini dengan berjaya kita perlu
menguasai beberapa kemahiran. Saya dapat mengetahui beberapa kemahiran
tersebut dan akan mengaplikasikannya semasa saya menjalankan tugas sebagai
seorang pendidik.

You might also like