You are on page 1of 20

PENDAHULUAN

Perpaduan ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota


masyarakat seluruh Malaysia. Manakala Integrasi Nasional adalah satu konsep yang
lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yang berbeza latar
belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan
bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan
hati antara etnik atau kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya
terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan
yang mewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model sebuah
masyarakat majmuk kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan dan intergrasi
nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana aman
damai. Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza.
Usaha ke arah perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak dengan
negeri-negeri Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut juga boleh dilihat melalui usaha
kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meletakkan kumpulan etnik
yang berlainan latar belakang di satu kawasan perumahan yang sama.
Manakala konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang
abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu
proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu
identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan
strategi-strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional. Ringkasnya, perpaduan dan
integrasi nasional adalah matlamat asas baginagara Malaysia. Konsep perpaduan
sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh
dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan
negara, kestabilan ekonomi, politik dalam jangka masa panjang. Bagi memantapkan
lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah mewujudkan
beberapa strategi melalui pendekatan ekonomi, politik dan pendidikan untuk mencapai
matlamat-matlamat perpaduan. Program Belia, Sekolah wawasan dan Pelan Integriti
Nasional merupakan pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk memperkukuhkan
perpaduan dan integrasi nasional.
i. Huraikan secara terperinci matlamat ketiga-tiga program tersebut.
Rusuhan etnik 13 Mei 1969 telah menjadi satu titik utama ke arah pemikiran
semula dasar-dasar negara dan prosesr e-enggineer ing masyarakat dilakukan dengan
komprehensif meliputi semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan telah
melancarkan usaha-usaha tertentu dalam menangani halangan-halangan. Antaranya
ialah usaha politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Langkah ini dijalankan secara
serentak dan saling bertindan. Ia bertujuan merapatkan semula jurang antara kaum
yang selama ini wujud dalam hubungan sosial mereka.
PROGRAM BELIA
Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem
kerajaan campuran dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara
bagimenggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui
sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti Perikatan
yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti
komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan
Nasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak
yang boleh menyertai kerajaancampuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.
Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah
perpaduan yang wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak
melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan.
pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. calon yang memenangi
pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan
aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.
Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat
tersebut, kerajaantelah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi.
Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar-
dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor
utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling
melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana
kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini
juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai
pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih
membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum
akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat
berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.
Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan
interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum.
Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan,
negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan
keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan
kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan
keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati
wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya
aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan
perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana
persefahaman yang mesra dan harmoni.
Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar
dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti
Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program
Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan,
kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia
sempena menyambut hari perayaan-perayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di
Malaysia. Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat
Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa
Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara.
Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap
bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam
proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara.
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk
menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan
Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk
perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan
peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka
bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita
seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini.
Hanya menerusi pendidikansaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai
rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa.
SEKOLAH WAWASAN
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah mengetuk minda pemimpin kita untuk
menitikberatkan soal perkauman di negara ini. Kesinambungan usaha itu berlanjutan
sehingga sekarang melalui penubuhan sekolah wawasan. Melalui konsep penubuhan
sekolah ini, sekolah yang dahulunya terasing kini disatukan dalam satu sistem
pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk menghasilkan
masyarakat yang mempunyai semangat baru untuk meneruskan wadah wawasan
negara. Cadangan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
membentuk sistem persekolahan yang berkonsepkan perpaduan ini amat bertepatan
dengan hasrat Negara ini yang ingin melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan keharmonian
dalam proses penimbaan ilmu. Melalui penubuhan sekolah ini,golongan pelajar dari
pelbagai bangsa dinegara ini akan dapat disatukan dibawah satu bumbung dan boleh
berinteraksi dan bekerjasama khususnya dalam satu-satu aktiviti berkumpulan. Justeru
penubuhan sekolah wawasan merupakan satu medium yang amat bertepatan dalam
mewujudkan rakyat yang bersatu padu dalam menempuh cabaran dunia yang serba
mencabar pada hari ini.
Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah dari aliran
yang berbeza ke dalam satu kompleks. Ini bermaksud di bawah konsep inin, terdapat
dua atau tiga buah sekolah rendah dari berlainan aliran akan ditempatkan dalam satu
kawasan yang sama. Walaupun memakai nama sekolah dan di bawah pentadbiran tiga
guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi kemudahan asas yang
sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin. Setiap sekolah pula akan
mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan
menggunakan jambatan penghubung.
Sekolah wawasan ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia
yang lebih bersifat cinta akan Negara terutamanya golongan yang lahir selepas
merdeka yang kurang memahami konsep bangsa Malaysia. Selain itu, projek yang
dicernakan oleh Perdana Menteri ini mampu menjadikan pemangkin dalam
merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan merupakan satu kunci yang penting
untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi. Dengan melalui sekolah
wawasan ini membolehkan murid-murid di sekolah rendah memahami sama satu lain
walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza. Apabila
anak Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan
sudah tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.
Secara tidak langsung, sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk.
Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.
Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK,
SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan.Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan
menggunakan segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya
secara bersama atau dikongsi bersama.Idea penubuhan sekolah wawasan telah
dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad dan idea ini
diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.Pengujudan sekolah ini mampu menjadi titian
untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai
negara sepenuhnya.Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik
berjiwa Malaysia.Di sini terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum
dan kurikulum juga disejajarkan.Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem
pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan
tiada peraturan yang seragam dipakai telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman
yang menebal.Contohnya sekolah cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan
yang berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem pendidikan masyasrakat
india yang berkiblatkan negara india.Semangat perkauman ini terbawa-bawa selepas
merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.JIka diteliti Penyata Razak 1956
yang mana tujuan dasar pelajaran Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-
murid daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan.
Terdapat beberapa ciri Sekolah Wawasan.Antaranya ialah setiap aliran diketuai
oleh Guru Besar dengan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai penyelaras
di antara aliran-aliran tersebut. Sebagai contohnya, terdapat penyelaras bagi pelajar
sains tulen dan terdapat juga penyelaras bagi pelajar aliran sastera. Hal ini dapat
memudahkan pengurusan di dalam sesebuah Sekolah Wawasan tersebut disamping
mengurangkan pertindihan pengurusan subjek bagi setiap aliran. Hal ini dapat
dibuktikan apabila bekas perdana menteri,Tun Doktor Mahathir Mohamad ada memberi
kenyataan yang berkaitan dalam Perasmian Sekolah Wawasan di Felda Lurah
Bilut,Pahang.
Selain itu Sekolah Wawasan juga bercirikan pelaksanaan aktiviti secara
bersama. Sebagai contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti perhimpunan mingguan,
kegiatan kokurikulum, Temasya Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Hari
Kantin dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan jurang perpaduan kaum bahkan
menguatkan tali persaudaraan antara tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India. Ciri
yang seterusnya ialah bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan di luar bilik darjah ialah
Bahasa Melayu. Dengan ini taraf bahasa Melayu di negara kita akan semakin
meningkat.
PELAN INTEGRITI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan
serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan
memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana
ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta
beretika.
Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur
dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat
pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak
menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan
terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan
terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi,
sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu
sendiri dalam melaksanakan satu-satu program. Skop dan konsep yang dibawa oleh
PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap
komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan
cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang
kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang sebagai sebuah negara
membangun dan sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan
sendiri. Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus
bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai
kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha
tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.
Dalam perkhidmatan awam, Kerajaan telah melaksanakan Gerakan Pemantapan
Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui Arahan Y.A.B.
Perdana Menteri No.1 Tahun 1998, khususnya melalui penubuhan Jawatankuasa
Keutuhan Pengurusan (JKP) di semua kementeriaan, jabatan dan agensi Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Namun, belum ada satu mekanisme menyeluruh
untuk melibatkan semua sektor lain seperti sektor swasta, parti politik, pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), agama, media, wanita, belia dan pelajar dalam gerakan
pemantapan integriti secara bersepadu. Dalam hubungan inilah Kerajaan telah
menggubal dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang berperanan sebagai
pelan induk bertujuan memberikan bimbingan kepada keseluruhan sektor tersebut.
Semangat dan prinsip Perlembangaan Persekutuan, falsafah dan prinsip Rukun
Negara serta aspirasi dan cabaran Wawasan 2020 menjadi pedoman bagi penggubalan
dan pelaksanaan PIN. Bahkan, objektif umum PIN ialah memenuhi cabaran keempat
Wawasan 2020 iaitu "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur."
PIN ialah sebuah pelan integriti yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan
negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. PIN digubal dengan mengambil kira
keseluruhan pandangan dan cadangan yang disampaikan melalui satu siri seminar
kebangsaan yang berlangsung selama kira-kira dua bulan, yang melibatkan para
peserta daripada hampir kesemua sektor masyarakat dan negara Malaysia. Justeru itu,
PIN mencerminkan hasrat bersama para pemimpin dan rakyat negara kita.


ii. Bincangkan pendekatan dan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam
menjayakan perpaduan dan integrasi nasional.
Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang
sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan,
bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami
oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam
yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan
dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum
Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah
mereka.
Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat
kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada Malaysia.
Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat
lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara
pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat
strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya
berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti
penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan
permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang
sama.
Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak
bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang
dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris.
Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai
pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi
memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka berada di bawah
cengkaman kuasa asing.
Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan
pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut
kekayaan dan mengikis hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa
asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-
anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa
biji-biji benih pokok getah untuk ditanam di sini kerana buminya subur dan sesuai.
Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan
kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti bijih timah, besi, arang batu,
emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara untuk mencari dan
mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran
pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut
negara ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses,
memilih dan membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah
sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara
terutama dari China dan India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa
mementingkan bermacam masalah yang akan memberi kesan kepada kehidupan,
perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan.
Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa
Melayu walaupun terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan
sendiri. Orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra
Al Haj tidak jemu-jemu mencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum
lain untuk mencapai kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, Bapa
Kemerdekaan kita telah melaungkan kalimah keramat MERDEKA dan diulang suara
oleh rakyat dari pelbagai bangsa dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera
Union Jack diturunkan dan berkibar megah Jalur Gemilang kemegahan rakyat
jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan
mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang tersendiri.
Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi
kemerdekaan dan memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah.
Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan
dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun
begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha
jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru,
maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama pemimpin
dan seluruh warga negara Malaysia.
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.
Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara
melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa
pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan
dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah,
keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum
ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan
Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan
dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah
Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat
dialu-alukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan
melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka,
sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang
tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan
masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum
dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.
Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata
pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama
lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa
masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang
duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti
memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang
memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada
dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari
Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat
disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan
membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga
ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar
idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di
seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di
samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan
kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia
boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk
memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.
Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang
pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang sama
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu,
sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat
proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat
memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa
Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-
sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama
lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan
bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa
hubungan sesama kaum.
Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga
merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para
pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya
kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi
dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang
memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-
kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang
lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat
menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi
perpaduan kaum dalam negara.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja
yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat
perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan
bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang
kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya
perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam
PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan
dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara
perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus
bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan
perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia
dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi
sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-
negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara
yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

iii. Bandingkan pencapaian ketiga-tiga dasar program dari segi kejayaan dan
kegagalan dalam mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.
Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian
budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan
memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang
terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan
juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Menurut Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa
Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita
dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa
mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi
yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.
Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan juga menerangkan bahawa hubungan harmoni
dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci atau senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan
ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu
perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar
kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian
negara. Di kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan
isu agama telah membawa peperangan yang berlarutan sekaligus membantut
pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan.
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di atas.
Pertama sekali merupakan faktor sistem pendidikan yang berasingan. Rakyat Malaysia
terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai
bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran
kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Justeru,
majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan
interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan kaum yang berlainan sangat-sangat
terhad.
Persefahaman antara satu sama lain juga tidak disampaikan dengan
sepenuhnya. Tambahan pula, sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada
abad ke-19, selain bertujuan untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan
tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi
bahasa dan budaya etnik Cina. Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi
satu agenda penting kepada mereka (Tan Yao Sua, 2005:65). Selain daripada itu, ibu
bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan tetapi menghantar anak mereka
ke sekolah jenis kebangsaan yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat
menjamin kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan antara
etnik.
Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu mengenai bahasa,
budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi
tujuan tertentu. Teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu sensitif
tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada rakyat. Setiap kaum akan cuba
mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaan yang sama rata.
Sebagai contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil peluang untuk menimbulkan
perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya menyebarkan
propaganda berkenaan isu perkauman.
Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan
antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan
bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang
kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Persoalannya apabila identiti mereka
dipersoalkan, kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam. Oleh itu, setiap
etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain.
Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar. Anggota etnik akan
memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja.
Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang
lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam
kehidupan seharian.
Sebagai contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa mengagihkan ahli
kumpulan kerja kursus dengan memastikan setiap etnik terdapat dalam sesebuah
kumpulan itu. Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan yang
diingini kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik.
Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud. British telah
menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor ekonomi yang berbeza
semasa Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya, kaum Melayu telah ditempatkan di
sektor pertanian yang berada di luar bandar. Sektor tersebut memerlukan sumber
tenaga fizikal dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan atau perniagaan yang
melibatkan teknologi tinggi. Manakala kaum India pula terlibat dengan perladangan di
estet getah dan kelapa sawit. Agihan tersebut mengakibatkan jurang pendapatan
antara kaum semakin ketara dan tidak seimbang. Kaum Melayu dan India akan
berhadapan dengan kemiskinan manakala kaum Cina akan terus mencari peluang-
peluang perniagaan bagi mengukuhkan kemewahan mereka. Perasaan tidak puas hati
di antara etnik akan wujud. Justeru, ini akan menyebabkan etnik-etnik berusaha untuk
mempertahankan hak-hak mereka serta kesaksamaan. Proses mempertahankan hak
tersebut akan merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing mahu menjuarai
perjuangan mereka.
Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita
berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada
pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan
membimbangkan para pelabur. Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-
hara, pelabur asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang
keselamatan perniagaan mereka di negara ini.
Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan
negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara
mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para
pelabur di dalam mahupun dari luar negara. Malahan, taraf hidup penduduk akan
menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian,
perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan
ekonomi negara.
Sepanjang sejarah selepas kemerdekaan, isu bagi mewujudkan hubungan
harmoni antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan telah
mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Antara dasar
dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 1990
dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 2000, Dasar Wawasan Negara dan
juga Program 1 Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan
oleh Tun Abdul Razak semasa berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu
yang membimbangkan ini, punca tercetusnya perusuhan itu dikesan dan langkah
mengatasinya telah diambil. Penggubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai
perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi
antara kaum dan wilayah. Ia juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan
kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha untuk
membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat. Bagi mengukuhkan perpaduan
di kalangan rakyat, usaha diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan
nasional pada 17 Jun 1991. Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Objektifnya ialah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan
mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan makmur berasaskan
prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara. Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
atau dikenali sebagai Wawasan 2020 merupakan usaha kerajaan untuk
mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa
serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik,
ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharapkan mampu menjadi sebuah negara
yang bersatu padu di mana masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang
utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Konsep
1Malaysia telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009. Konsep 1
Malaysia ini memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini juga akan
mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan
keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara,sikap penerimaan antara kaum
membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai,
maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Persefahaman
kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara langkah yang
dilakukan ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan
tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan
menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara
langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan
lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu
sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat
terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu
memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.
Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu
mewujudkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan
nasional. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu
bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama,
berinteraksi dan bergaul mesra. Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak hidup
masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan
memupuk perasaan kekitaan. Selain daripada kerajaan yang bertanggungjawab
mengekalkan keharmonian negara, masyarakat sendiri perlu turut memikul peranan
penting dalam menjamin keharmonian negara berkekalan.
Media massa merupakan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada
orang ramai dengan efisien. Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu
media cetak dan media elektronik. Menurut L. John Martin, media massa merujuk
kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang
lebih moden. Media dapat menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta
menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002:
xvii). Oleh itu, media memainkan peranan yang amat penting bagi memperbaiki
hubungan antara kaum yang menjadi semakin buruk ini. Media cetak seperti surat
khabar, majalah dan buku membantu menyedarkan maklumat kepada masyarakat.
Dengan memaparkan info mengenai sejarah, ciri-ciri kebudayaan dan agama kaum
yang terdapat di dalam Negara kita dalam ruangan akhbar, orang ramai dapat
mengetahui dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Justeru, rasa hormat-
menghormati antara satu sama lain akan ditimbulkan dalam hati setiap individu.
Di samping itu, media elektronik seperti televisyen, radio, laman web dan lain-
lain juga merupakan satu peralatan yang dapat menyebarkan maklumat kepada orang
ramai dengan mudah. Media elektronik memainkan peranan dengan menayangkan
iklan-iklan yang boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.
Sebagai contohnya, kempenkempen yang ingin dijalankan oleh kerajaan untuk
memupuk semangat perpaduan haruslah dibantu oleh media elektronik kerana saluran
ini adalah alat yang berkesan dalam penyampaian maklumat pada zaman teknologi
yang canggih ini. Peranan ini membolehkan orang ramai melibatkan diri dalam kempen
berkenaan dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan bagi menanam
semangat perpaduan.
Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus
diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat
penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan
ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada
kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat
yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-
masing. Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai
1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Malaysia pada masa sekarang berada
dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua
golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Sebarang kesangsian,
kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan
hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya merugikan
negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh
pemimpin-pemimpin dahulu.

You might also like