You are on page 1of 2

REFLEKSI PELAJAR PERTAMA

NAMA : AZANA BINTI AHMAD


NO. K/P : 821027-05-5342
Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya dapat saya melaksanakan
Program Bina Insan Guru yang diadakan pada 15 Mac 2014 di Sekolah Kebangsaan
Labu. Aktiviti ini merupakan aktiviti wajib yang harus dilaksanakan oleh semua
pelajar Program Pensiswazahan Guru semester 6 sebelum menamatkan pengajian.
Saya akui dengan adanya program sebegini dapat membina jati diri saya sebagai
seorang guru, di samping menambahkan ilmu yang masih lagi kurang dalam aktiviti
seumpamanya.
Sebelum melaksanakan program ini terlebih dahulu saya memaklumkan
kepada pihak sekolah akan pelaksanaan program ini. Saya juga mendapatkan
kebenaran daripada pihak pentadbir terlebih dahulu. Setelah mendapatkan
kebenaran, saya dan rakan sekumpulan merancang aktiviti yang sesuai dengan
sosiobudaya murid di SK Labu. Terdapat beberapa kekangan sebelum saya dapat
meneruskan program ini, di mana saya hampir-hampir tidak dapat kerana masa dan
pertindihan aktiviti lain yang diadakan di sekolah. Mujurlah segalanya berjalan lancar
memandangkan segala prosedur telah dilakukan awal.
Bermulanya program kami memberi taklimat awal dan membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan. Kami mengingatkan murid-murid agar sentiasa
menjaga keselamatan diri sepanjang aktiviti berlangsung, ini kerana malang tidak
berbau. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh
guru pembimbing iaitu guru-guru Sekolah Kebangsaan Labu sendiri.
Selesai melaksanakan semua aktiviti, kami dikehendaki menyerahkan borang
penilaian kepada pensyarah. Saya dapati, masih banyak yang perlu saya pelajari
untuk menjadi seorang fasilitator. Tidak hanya melaksanakan aktiviti sepanjang
program sebagai fasilitator kita harus memastikan tahu bagaimana untuk mengawal
murid dan memastikan keselamatan mereka. Aktiviti sebegini insyaAllah akan saya
aplikasikan di masa depan demi meningkatkan mutu pendidikan anak bangsa
Negara kita.
Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada Pensyarah-pensyarah IPG
Kampus Raja Melewar, terutama pensyarah-pensyarah unit Ko-kurikulum yang sudi
memberi dan berkongsi ilmu bersmaa kami. Tidak lupa juga rakan-rakan yang sama-
sama saling bantu membantu melaksankan program ini.


Disediakan oleh,
.
(Azana binti Ahmad)
Unit Sains 3

You might also like