1. Apakah itu konstruktivisme?
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lamadipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab danuniversiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boehdipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu binasesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasildaripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan olehmurid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yangdiketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satuset idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaranyang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentanghampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman danmiskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asalmereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapanseperti yang dikehendaki oleh guru.John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai prosesmenyusun atau membina pengalaman secara berterusan.Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawakognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahlikonstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar.
Leave a Comment
like