You are on page 1of 2

DOA SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN

PUTERI UMNO BAHAGIAN TEBRAU




Ya Allah, ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami
sekalian hamba-Mu yang berhimpun di dewan yang mulia pada hari yang
bersejarah dan gemilang ini, sempena Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Tebrau
bagi Tahun 2014, memohon rahmat dan hidayah-Mu semoga diberikan cahaya petunjuk
kepada hati kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau berkatilah usaha kami
dalam menjana pembangunan dan kemajuan negara kami ke arah yang lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi bangsa yang kami sayangi , demi negara kami .

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami
dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak
bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) pergerakan ini akan
menjadi Pergerakan Puteri yang cemerlang, terbilang , yang disegani dan dihormati, serta melahirkan
puter-puteri yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah
hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara KAMI

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.





Ya Allah, ya Tuhan kami, yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,
kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu sebagai panduan. Restuilah perancangan,
perbahasan serta pertimbangan seluruh perwakilan puteri UMNO Bahagian Tebrau ini.
Bimbinglah kami dengan sinaran petunjuk-Mu yang berterusan.
Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang
benar dan lurus supaya negara kami senang diurus. Hindarkanlah kami sekalian
dari segala malapetaka dan sifat-sifat keji, hasad dengki, boros, iri hati dan
perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan.
Anugerahkanlah kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan
idea yang berkesan bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan
serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami harap dan cita-citakan.


Ya Allah, ya Tuhan kami, kami pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah-Mu
kepada pemimpin-pemimpin kami dan seluruh rakyat negara kami yang tercinta
ini. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran
dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara,
agama dan bangsa yang disanjung tinggi dan disegani, di bawah riayah dan
naungan-Mu

You might also like