Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
16Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Islam Dan Sains

Islam Dan Sains

Ratings: (0)|Views: 857 |Likes:
Published by muhammad maulana

More info:

Published by: muhammad maulana on Dec 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/05/2012

pdf

text

original

 
1
ISLAM DAN SAINS
Oleh Haji Ir. Muhammad Nasir Mokhtar, BSc
Idea-idea atau buah fikiran thema perbincangan ini adalah hasil kajian penulis-penulisPakistan, Dr. Pervez Amirali Hoodbhoy dan Turki, Adnan Oktar atau nama penanyaHarun Yahya.
Islam dan Sains: Adakah keduanya serasi?
Prof. Mohammed Abdus Salam, penerima Hadiah Nobel 1979 dalam kajianFiziks, pernah berkata:
“Tidak dapat disangkal lagi pada hari ini bahawa dari semua tamaddun di dunia ini,negara-negara Islam adalah paling lemah dalam ilmu sains. Kemelut ini tidak bolehdiambil mudah kerana kelangsungan hidup (atau survival) yang bermaruah pada hari inibergantung kepada kekuatan dalam ilmu sains dan teknologi.”
Bayangkan bahawa sepasukan penyelidik dari planet Marikh datang ke dunia diantara abad ke-9 dan ke-13. Tugas atau misi mereka adalah untuk mengkajiperkembangan budaya dan sosial manusia. Dari pemerhatian mereka, didapatibahawa ada masyarakat yang dinamik dan berkembang ke arah peradaban yanglebih baik dan tinggi, manakala terdapat juga budaya dan peradaban yang kakudan rendah serta terikat kepada unsur-unsur tradisi dan ritual. Para penyelidik iniakan membuat laporan bahawa peradaban yang paling maju adalah peradabanatau tamaddun Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti adanya Bait-ul-Hikmah, pusat-pusat pemerhatian astronomi, hospital-hospital dan sekolah-sekolah. Baghdad pula merupakan tempat yang paling“bercahaya” kerana ia menjadi pusat intelek dunia di mana cerdik pandai dariseluruh pelusuk dunia datang untuk menuntut ilmu. Nama-nama seperti IbnHaytham dan Omar Khayyam pula terkenal sebagai saintis moden. Akan tetapipada masa yang sama terdapat perbedaan yang amat ketara sekali dengantamaddun Eropah di mana mereka tenggelam di dalam Zaman Gelap (DarkAges), tidak ada perkembangan ilmu. Sebaliknya mereka kelihatan sungguhganas, seperti Pope yang memerintahkan pembakaran ‘ahli-ahli sihir wanita’.Bayangkan pula, sekiranya pasukan penyelidik dari planet Marikh ini datangsekali lagi pada hari ini. Mereka akan terkejut kerana apa yang diperhatikansepuluh abad yang lalu amat berbeza dari apa yang berlaku sekarang.Tamaddun yang satu masa dahulu merupakan yang paling maju kini telahterperangkap di dalam zaman pertengahan; menolak kepada pembaharuan danterus berpegang kepada nilai-nilai kuno. Sebaliknya, tamaddun yang kelihatankaku dan ganas pada masa dahulu telah amat maju ke hadapan. Mereka akantertanya-tanya apakah telah berlaku pertukaran peranan dari kedua-dua
 
2
tamaddun tersebut dari sebab nasib? Atau adakah disebabkan olehkemenangan peperangan satu pihak ke atas pihak yang lain? Atau adakahkerana telah berlaku perubahan pemikiran dan sikap kedua-dua tamadduntersebut?Sudah lebih 700 tahun tamaddun Islam kehilangan hampir seluruh kemahuandan kebolehan di dalam ilmu sains. Sejak dari itu, selain dari usaha semasaEmpayar Uthmaniah dan pemerintahan Mohammed Ali di Mesir, tidak adausaha-usaha yang signifikan untuk mengembalikan kegemilangan tamaddunIslam. Ini adalah hakikat yang amat dikesali oleh kebanyakan orang Islam.Sesungguhnya hakikat ini amat merisaukan para reformis Islam pada hari ini.Tetapi, sebaliknya, terdapat para pengamal Islam tradisional tidak merasa kesaldengan hakikat tersebut, malah ada yang selesa dengan kehilangan kemajuansains kerana mereka berpendapat bahawa pengaruh sekular yang merosakkandapat dihindar dengan menjauhkan ilmu sains dari Islam.Kemajuan sains dan ideologi tidak dapat dipisahkan. Justeru, timbul persoalanpokok: adakah Islam itu harmonis dan seiring dengan sains atau pun sebaliknya?Perdebatan yang berlarutan di antara reformis Islam dan pengamal Islam tradisimengenai persoalan ini tidak membawa kepada penyelesaian kepadakemunduran umat Islam hari ini. Masing-masing berpegang kepada hujah-hujahdan tafsiran-tafsiran yang berbeda walaupun dari sumber yang sama, ia itu darihadis-hadis atau al-Qurán. Isu pokok perbedaan mereka ialah: sains itu ilmusekular dan tidak mungkin sebaliknya. Bagaimanapun, ciri sekular sains itu tidakmenyangkal kewujudan Tuhan. Akan tetapi bukti-bukti kebenaran sains itu tidakbergantung kepada kepercayaan wujudnya tuhan kerana setiap yang ditemui itudiperolehi daripada usaha-usaha ujian, pemerhatian dan logik. Sama ada parasaintis itu alim atau sebaliknya, ilmu sains tetap tidak berubah.Perdebatan tersebut tidak akan sampai kepada penghujungnya. Sama ada sainsitu sekular atau tidak, hakikatnya ilmu sains amat penting dalam kehidupan padazaman ini. Setelah dunia berputar masuk abad ke-21, sikap Islam terhadap sains,sama ada tiori atau praktikalnya, memberi impak yang amat penting kepadamasyarakat Muslim. Sains bukan lagi merupakan ilmu untuk golongan elit ataucendikiawan sahaja. Sebaliknya ilmu sains telah merubah peradaban manusia;tidak kira untuk kebaikan atau keburukan. Kekuatan ketenteraan, kuasa politikdan kemewahan ekonomi sesebuah negara moden banyak bergantung kepadakebolehannya memahami, mengawal dan mencipta sains moden. Bukti yangamat ketara ialah semasa Peperangan Teluk di antara Tentera Bersekutudengan Iraq.Telah terbuku di dalam sejarah bahawa antara sebab kejatuhan tamaddun Islamitu ialah kerana kegagalan menguasai sains. Malah kelemahan Islam dalamsains telah menaikkan kuasa Barat dalam beberapa abad yang lalu. Di zamanpertengahan, perhubungan di antara Islam dan Barat berbeda-beda; ada kalanyamesra dan adakalanya bermusuhan. Pemerintahan Islam di Sepanyol selama
 
3
tujuh abad telah memberi peluang kepada orang-orang Eropah menimbakhazanah ilmu Yunani (Greek) dan Islam. Tetapi apabila timbulnya PeperanganSalib serta penguasaan Empayar Uthmaniah di Balkan, hubungan di antarakedua tamaddun tersebut menjadi tegang tanpa kesudahan. Sikap prejudis dansyak wasangka tersebut diwarisi hingga ke hari ini.Kemudian timbul Renaissance atau Zaman Kebangkitan di Eropah. Kejatuhansistem ekonomi feudal dan timbulnya sistem kapitalisme secara meluas yangmenyebabkan perubahan masyarakat, telah melahirkan sains moden di Eropah400 tahun yang lalu. Budaya baru dengan sains moden ini cenderung melakukanpelbagai ujian dan kajian secara lebih teratur berdasarkan kepada alam semula jadi. Mereka tidak lagi terikat dengan ‘fatwa-fatwa’ atau cengkaman para paderiatau agamawan. Dengan kemajuan sains, orang-orang Eropah mendapatkekuasaan baru yang tidak pernah mereka impikan. Dengan kuasa ini jugamereka dapat memahami hukum alam dengan lebih mendalam dan seterusnyamencipta teknologi-teknologi yang baru. Malangnya, sains ini juga digunakansebagai senjata untuk menjajah dan menghambakan tamaddun yang masihmundur teknologinya secara lebih sistematik.Masyarakat Islam rata-ratanya tidak terdaya menangkis serangan kuasaimperialisme pada abad ke-18. Hampir semua negara-negara Islam, dari AfrikaBarat hingga Asia Timur, telah dijajah. Kekuatan pihak penjajah bukanbergantung kepada bilangan askarnya, tetapi kepada penggunaan ilmu sainsmoden. Pertentangan di antara kedua tamaddun tersebut tidak seimbang keranasatu pihak menggunakan senjata-senjata moden, seperti senapang dan meriam,manakala satu pihak lagi masih menggunakan senjata lama seperti pedang danpanah. Peralatan yang canggih seperti kapal wap, telegraf, barangan hasil mesindan kaedah organisasi moden merupakan tulang belakang kepada kekuatanpenjajah. Negara-negara Islam berperang dengan kekuatan dari segi bilangantetapi tanpa teknik peperangan moden mereka telah tumpas kepada tenterapenjajah yang lebih berdisiplin dan teratur serta berkelengkapan moden,walaupun mempunyai bilangan yang jauh lebih kecil. Konfrontasi di antara duniaBarat, yang lebih maju dari segi industri dan ekonomi, dengan dunia tradisionaltelah menimbulkan pelbagai kesengsaraan. Hasrat dunia Barat ialah ‘memberi’tamaddun baru kepada negara-negara yang dijajah dengan memusnahkanbudaya tempatan. Kesan parut kemusnahan tersebut masih terasa hingga kehari ini.Era kemerdekaan negara-negara yang dijajah bermula selepas PeperanganDunia Kedua. Setelah berlaku kemusnahan sistem ekonomi, sosial dan budayatradisional serta hubungan politik oleh kuasa imperialisme Barat, timbul pulagejala politik orang-orang Islam di kalangan negara-negara tersebut. Namunperanannya amat terbatas, hinggakan persempadanan negara-negara merekaditentukan oleh kuasa penjajahan sebelum mereka pulang. Kegembiraanmendapat kemerdekaan tidak bertahan lama. Perampasan tanah Palestin,kekalahan orang-orang Arab di dalam peperangan dengan Israel, kegagalan

Activity (16)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Alex Lee liked this
tectonagrandis liked this
Muhamad Fadil liked this
along90210 liked this
880204065091 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->