You are on page 1of 58

BIDANG 1 : MENGGAMBAR

1. DEFINISI MENGGAMBAR :

Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata.
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata.
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu
objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap
sesuatu imej atau objek

2. ALAT , MEDIA DAN TEKNIK :

Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang
berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar,
majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis sama ada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah
semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

3. TUJUAN MENGGAMBAR :
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi
murid
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid
secara manual dan berbantukan komputer.


(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman :

Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif
dan berfungsi

(b) Aras Aplikasi dan Analisa :

Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan
meneroka dan mencuba secara spontan
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya
secara kreatif.

(c) Aras Sintesis dan Penilaian :

Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek
yang disukai dan yang tidak isukai
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri,
kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usah mewujudkan
idea yang kreatif




4. KEGIATAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR :
4.1 LUKISAN 4.8 STENSILAN
4.2 CATAN 4.9 PERCIKAN
4.3 KOLAJ 4.10 GURISAN
4.4 MONTAJ 4.11 CAPAN
4.5 CETAKAN 4.12 MOZEK
4.6 RESIS 4.13 POSTER
4.7 GOSOKAN

4.1 LUKISAN :

PENGENALAN LUKISAN :
Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk
menghasilkan catan.Melukis dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi
kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat
dan perasaan.

DEFINISI LUKISAN :
Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej
menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta
menggunakan campuran warna yang terhad.

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN :
1. Teknik pointilisme Membuat titik-titik ke atas kertas atau kanvas untuk
mendapatkan imej. Ketebalan tititk dapat menghasilkan ton.



2. Teknik gosokan Menggosok media dia atas permukaan bagi
menghasilkan ton dan membentuk imej.





3. Teknik hatching- Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk
mendapatkan imej dan ton.


4. Teknik cross hatching- Melorek secara bersilang bagi menghasilkan ton.









MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA :

PENSEL -Mempunyai kepekatan yang berbeza
kandungan kuantitit campuran arang
yang dicampur ke dalamnya.
-Semakin tinggi nilai nombor semakin
gelap kepekatan dakwat pensil.
-Pensil yang keras ditandakan dengan
nilai H dan pensel yang lembut
ditandakan dengan nilai B.
PENSEL WARNA -Mempunyai pelbagai warna pilihan.
-Boleh digosok untuk mencampurkan
warna.
-Jika pensil warna ditekan semasa
mewarna , warna yang terang dan
legap akan terhasil
PEN -Terdapat beberapa jenis pen seperti
pen celup (mapping pen), pen
manuskrip, pen mata bola dan pen
teknikal.
-Memberi kesan tajam dan kemas.
-Ketebalan saiz mata menentukan
ketebalan saiz garisan semasa
melukis.
CHArCOAL -Bahan yang lazim digunakan oleh
pelukis-pelukis agung semasa abad
ke-18.
-Memberi kesan hitam dan legap.
-Pelukis memerlukan kemahiran
menghasilkan lukisan menggunakan
arang agar tidak nampak kotor.
-Memerlukan pemati warna fixative
agar debunya tidak bertaburan.
SOFT PASTEL -Mempunyai pelbagai warna.
-Kesan yang lebut jika ia digunakan
sedikit dan member kesan yang terang
jika banyak digunakan.
-Pelukis memerlukan kemahiran
menghasilkan lukisan menggunakan
arang agar tidak nampak kotor.
-Memerlukan pemati warna fixative
agar debunya tidak bertaburan.

OIL PASTEL -Mempunyai pelbagai warna.
-Kesan yang tebal.
- Pelukis memerlukan kemahiran
menghasilkan lukisan menggunakan
arang agar
Memerlukan pemati warna fixative agar
debunya tidak bertaburan.


CONTOH LUKISAN MEDIA : OIL PASTEL


CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL WARNA





CONTOH LUKISAN MEDIA :PENSEL


CONTOH LUKISAN MEDIA : PEN







4.2 CATAN :

DEFINISI CATAN :
- Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di
atas permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat
akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus.

SEJARAH CATAN :
o Seni catan bermula pada zaman Yunani purba lagi. Pada masa itu media yang
digunakan ialah fresco dan mozek. Ia dapat dilihat di dinding-dinding
bengunan terutamanya gereja. Subjek matter pada ketika itu ialah sesuatu yang
berkaitan dengan istiadat dan agama. Contoh-contoh pelukis terkenal pada
masa itu ialah polygnotos, Zeuxis, Apelles.

o Zaman kemuncak lukisan seni di Eropah adalah pada zaman Renaisance atau
zaman pembaharuan pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Pada masa itu media
yang digunakan ialah fresco, cat tempera, cat minyak, cat air. Subjek matter
yang digunakan ialah kitab suci agama kristian, potret dan peperangan. Gaya
catan pada ketika itu bersifat realistik. Pelukis pada ketika itu ialah Leonardo da
Vinci dan Albrecht Durer.

o Pada abad ke17 dan 18, munculnya stail kesenian Barok (Baroque) dan Rococo
yang mengutamakan sifat indah dan riang. Media yang digunakan ialah fresko
dan cat minyak. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan
dan potret. Gaya catan bersifat realistik dan dekoratif.. Contoh-contohnya pelukis
ialah Hermenz van Rijin Rembrant (Belanda 1606-1669), Jean Antoine Watteau
(Perancis 1684-1721)

o Pada abad ke-19 dan 20, muncul aliran catan baru gaya semi abstrak dan
abstrak. Media yang digunakan ialah cat enamel, cat aluminium dan cat
campuran. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan atau
landskap, kegiatan manusia, objek yang tidak ada kaitan di dalam satu situasi
yang tidak dijangka.

BAHAN :
BAHAN CIRI-CIRI
Cat air - Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap
sekiranya cat air dari tiup. Cat cair akan tebal jika
disapu berlapis-lapis di atas permukaan kertas.
- Bahantara ialah air
- Pengilat Gam arab
Cat minyak - Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh
bersifat nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan
dia atas permukaan kanvas.
- Bahantara ialah turpentine.
- Pengilat minyak linsid
Cat tempera - Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu
teknik yang tertua. Sesuai di atas permukaan
kertas dan kanvas.
- Bahntara ialah telur kuning.
- Pengilat ialah air.
Cat Gouce - Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap.
Sesuai atas permukaan kertas.
- Bahantara air dan pengilat gam arab.
Akrilik - Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat
seperti cat air dan cat minyak boleh dibuat tebal,
nipis dan legap.
- Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas
dan kanvas.
- Bahantara ialah air.
Fresko - Bancuhan pewarna dan air disapukan ke
dinding ketika kapur plaster masih lembab.
- Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.


TEKNIK- TEKNIK CATAN :

1. CAT AIR :








2. CAT MINYAK :



















ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI BARAT :

ZAMAN ALIRAN GERAKAN PELUKIS
Zaman pertengahan - Seni kristian
- Seni romantik
- Seni medievel

-Coppo, Cimabur,
Duccio, Gioro
Zaman Baroque dan
Rococo
- Romantik
- Klasik
- Naturalisme
-Leonardo da Vinci ,
Raphael,
Michelangelo, Bellini,
Titian, Durer.
Abad ke-18 - Baroque
- Dutch painting
-Berlini, Rembranth,
Rubens, Tiepolo.
Abad ke-19 - Romantisme
-
- Neo klasik
-Goya, Gainsbrogh,
Delacroix, David.
-Rosetti
Abad ke-20 - Realism (1950)
-
-Caurbet, Millet,
Manet, Dumier.
- Naturalisme
- Impressionis (1970)

- Post impressionis
(1980)
- Seni Nouveau (1890)
-Mallais, Ruskin
-Manet, Monet,
Renoir, Degas.
-Gauguin, Van
Gough, Seurat,
Cezanne.

- Kubisme (1960)
- Ekspresionisme (1905)

- Fauvisme (1905)

- Futrisme (1909)

- Dadaisme (1916)
- Surelisme (1924)
- Abstrak
Ekspresionisme
-Picasso, Braue,
Dochamp
-Nolde, Kokoshe,
Scheele,
Marc, kandisky,
Kirchner
-Matisse, Drain,
Vlamick dan lain-lain.
-Bocciono, Balla,
Rusollo, Carra

-Salvador Dali, Miro
-Jackson Pollock,
Francis De Kooning.
War art. - Enviroment art (1950)

- Happenings
-Raunchenberg,
Smith, Chamberlain
-Kaprow
- Seni pop (1960)

- Seni op (1960)
- Seni minimal (1960)
- Seni konsepsual (1960-
1970)
- Seni land.
-Hamilton,
Linchestein, Warhol
-Bridget Riley.
-Louis Newman, Carl
Andrew
-Hackee
-Smithson, Beuys


CIRI-CIRI KARYA MENGIKUT ALIRAN :

1. SENI KRISTIAN :
Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian .Gaya Roman. Kebanyakan
berbentuk arca dinding

Karya : Degli Sposi Media : Fresko Artis : Pal Andrea

2. SENI MEDIAVAL :
Gaya gothik
Gaya realistik
Kesan bentuk dalam calitan cat. Pembaharuan dari aliran sebelumnya.


Karya : Effect Of Good Govermen Artis : Ambrogia Lorenzetti Media : Fresko

3. SENI ROMANTIK
Mesej kedamaian, keharmonian, kecintaan, Tertumpu kepada ekspresi muka dan
aktiviti figura manusia. Penggunaan garisan luar terang.

Karya : Biografi Artis : Niccolo Paganini
4. ZAMAN RENAISSANCE :
Zaman kelahiran semula, cahaya kegemilangan. Figura sebagai pemusatan tumpuan
karya. Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi. Wujudnya falsafah baru.
Menggunakan perspektif, ruang, dan unsur-unsur seni. Karya-karya mendapat
perhatian daripada golongan bangsawan dan istana.


Karya : Potrait of Men Artis: Jan Van Eyck Media : Cat minyak dan kanvas
Tajuk : Vega 2 Artis : Victor vaselary










5. IMPRESSIONISME :
Menumpukan kepada kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak
dicampur dengan warna hitan dan putih , terus dicalitkan atas kanvas. Warna bertindih-
tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna, cahaya serta
watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam.
Aliran ini condong kepada aliran naturalism. Palitan warna spontan tentang apa yang
dilukis.


Karya : Twelwe sunflower Artis : Vincent Van Gogh Media : Cat minyak
dan kanvas

6. POST-IMPRESSIONISME :
Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang
struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni berlandaskan hukum pembalikan
cahaya tetapi harus dapat member ruang penyataan diri.


Karya : Potrait Of Felix Artis : Paul Signac

7. KUBISME :
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu
konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan
3 dimensi dalam ruang dua dimensi. Pengguna bentuk-bentuk dan satah geometri
seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.


Karya : The Three Musician Artis : Pablo Picasso Media : Cast minyak dan
Kanvas
8. EKSPRESSIONISME :

Menolak tradisi catan klasik . Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi
pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam . Penggunaan
warna yang terang bagi menyampaikan mesej. Penggunaan warna yang dramatik.
Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar,
kadang kala tidak menggunakan berus.



Karya : Convergence Artis : Jackson Pollock








9. BAROQUE DAN ROCOCO
Zaman ini dikenali sebagai zaman Renaissance yang tinggi. Baroque membawa
maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada
komposisi, aksi, warna dan cahaya.


Karya : The Adoration Artis : Peter Paul Ruben









10. FUTURERISME :
Mengemukakan aliran seni yang berasaskan teknologi dinamik. Pergerakan yang
dinamik.

Karya : Cyclist Artis : Natalia Goncharova

11. SURREALISM :
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar
minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak
logik . Warna-warna gelap digunakan bagi menimbulkan kesan misteri. Objek yang
diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

KARYA : The Persistance Of Memory Artis : Salvado Dali Media : Cat minyak
dan kanvas
12. DADAISME :
Kumpulan perantaraan antara aliran futurerisme dengan surealisme. Konsep bebas
tanpa konkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni
adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan
juga merupakan penciptaan.


Karya : Man And Chest Artis : Marcel Duchamp

13. SENI POP :

Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi
kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan
popularity. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop
terkenal dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya pop ialah
warna yang terang pada permukaan dan berbidang besar. Konsep New realist
merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains
dan teknologi.



Tajuk : Girl with hair ribbon Artis : Roy Linctenstein

14. SENI OP :
Diambil dari perkataan optic yang bermakna seni yang mempengaruhi ilusi penglihatan.
Dipengaruhi oleh hasil kajian visual yang dijalankan oleh psikologi dan saintis
Menitik beratkan pengaruh cahaya dan penggunaan warna dalam member kesan ilusi
kepada karya.

4.3 KOLAJ :

DEFINISI :
Kolaj berasal dari perkataan perancis yang iaitu 'coller' yang bermaksud
menampal dan gam. Akitiviti kolaj ialah aktiviti menampal kertas atau kain perca
di atas permukaan 2 dimensi.
Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun membuat corak ialah
kegiatan menampal kertas, kain atau bahan terbuang di atas sesuatu
permukaan.
Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh disusun secara bertindan tindih dan
mengikut corak yang ingin dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN :

ALAT : Pembaris, pensil, gunting, pisau.
BAHAN : Kertas, perca kain, tali, kadbod, gam dan sebagainya.


TEKNIK-TEKNIK KOLAJ :
Koyakan atau potongan kertas- Kertas dikoyak, disusun dan ditampal.
Asemblaj - bahan sedia ada disusun menjadi kolaj timbulan.
Jahitan - Kolaj dibuat secara sulaman atau dengan bahan lain secara sulaman.
Papier Colle-Kolaj timbulan yang ditampal lapis demi lapis.
Kolaj Fabrik- Ditampal menggunakan jenis-jenis fabrik.
Fotomontaj- Daripada foto yang diperolehi dan ditampal.
Media campuran- pelbagai jenis bahan yang disusun dan ditampal.


TOKOH DAN KARYA :


Tokoh : Pablo picasso
Tajuk : Bottle, glass, violin
Teknik : kolaj
Media : Kertas warna, kertas akhbar, arang dan pensil


Tokoh : Goerges Braque
Tajuk : Musical Farm
Teknik : Kolaj
Media : Kertas warna, arang dan pensil

CONTOH-CONTOH KARYA KOLAJ :









4.4 MONTAJ :

PENGENALAN :
Montaj menggunakan potongan gambar - gambar yang berkaitan untuk menghasilakan
satu tajuk atau tema. Dalam kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantumkan
Untuk menjadi satu ilutrasi. Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang
ada seperti foto-foto yang disusun supaya bercantum, bertindih dan diubahsuai untuk
menghasilkan suatu imej.

DEFINISI :
Aktiviti menampal dan melekatkan bahan pada permukaan untuk
menyampaikan tema dan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan dan alam sekitar.
Komposisi gambar disusun mengikut teknik superimpose dengan menyusun
pelbagai susunan gambar secara kreatif.
Warna-warna harmoni dan warna warna kontra digunakan dalam montaj
untuk menarik perhatian pemerhati.
Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka
panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik
minat murid menghasilkan montaj.

ALAT DAN BAHAN UNTUK MEMBUAT MONTAJ :















CONTOH-CONTOH GAMBAR MONTAJ :








4.5 CETAKAN :

PENGENALAN CETAKAN :
Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan,
biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu
menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah banyak, yang dikenali
cetakan atau gambar teraan.
Setiap kepingan karya bukanlah tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak
daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara tekniknya dikenali sebagai
teraan. Ini berbeza dengan lukisan yang mencipta satu karya seni asli yang unik.
Teraan dihasilkan dari satu permukaan asli tunggal, secara tekniknya disebut
sebagai matrik.
Matriks yang umum digunakan adalah seperti plat logam, biasanya tembaga
atau zink untuk turisan atau goresan batu untuk litografi blok kayu untuk toreh
kayu, linoleum untuk torehan lino dan plat fabrik untuk percetakan.
Masih banyak lagi bahan lain yang digunakan dalam karya seni ini, dan akan
diterangkan di bawah. Karya yang dicetak dari satu plat tunggal membentuk satu
edisi, dan di zaman mdoden ini selalunya ditandatangani dan dinomborkan untuk
membentuk suatu edisi terhad. Teraan juga boleh diterbitkan dalam bentuk buku,
sebagai buku artis. Satu teraan boleh terhasil dari satu atau beberapa teknik.

JENIS-JENIS CETAKAN :

(a) Cetakan Timbulan (Relief)
Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna
pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau
lino.
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj

(b) Cetakan Stensil atau Skrin
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas
pemidang kayu.
Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:

(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan
lukisan pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau
pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula
dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam
atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:

(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

(e) Cetakan Gurisan Asid
Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid
diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis
yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian
daripada karya utama mereka.
Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu
dengan sejenis bahan yang kalis asid.
Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

(f) Cetakan Kayu
Kaedah yang paling awal digunakan.
Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk
mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan
pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada
kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni
yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino
menggunakan lino kesannya yang licin.
Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat
menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka
menggunakan teknik ini.

(g) Cetakan Lino
Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.
Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di
atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

(h) Cetakan Lithografi
Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik,
iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan
lukisan pensil.
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

(i) Cetakan Sutera Saring
Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil
karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada
pemidang.
Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.
Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat
atau warna di atas permukaan kertas.
Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:

(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah
pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak,
letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak
dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau
warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat
perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat
pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang
banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan
dakwat atau warna terkeluar.

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang
filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan
atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang
dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau
warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia
dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana
panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada
pemidang, sementara kertas biasa.


cetakan lino


cetakan lino


cetakan lino


cetakan ubi kentang







4.6 RESIS .

PENGENALAN :
Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang telah dilukis
dengan lilin, krayon atau oil pastel.
Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan
mendapatkan corak warna.
Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik.
Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke
warna gelap.

DEFINISI :

Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin dua bahan yang
berbeza untuk mendapatkan hasil penolakan warna. Resis menyebabkan bahagian
yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.


CONTOH GAMBAR RESIS :














4.7 GOSOKAN.

PENGENALAN :
Gosokan adalah teknik yang mudah dalam pendidikan seni visual kerana ianya
menggunakan jalinan yang terdapat di sekeliling.
Pelbagai jalinan di sekeliling mampu mewujudkan kesan corak yang menarik
pada permuakaan yang digosok.

DEFINISI :
Gosokan ialah kesan jalinan yang terhasil pada kertas hasil daripada pelbagai kertas
yang diwarna di atas pelbagai permukaan.


ALAT DAN BAHAN :

Bahan - kertas dan warna pensil
Alat- Kulit siput, duit syiling, tayar kereta, dinding dan pelbagai permukaan yang
berjalinan
CONTOH-CONTOH KARYA GOSOKAN :


pelbagai permukaan jalinan



contoh gosokan yang menggunakan duit syiling






4.8 STENSILAN .

PENGENALAN :
Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk
menghasilkan corak pada sesuatu permukaan.
Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi
menghasilkan imej dan corak.

DEFINISI :
Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil
dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil
tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan
warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh
kertas.Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk
yang dihasilkan.




Rupa yang terhasil daripada acuan stensilan menghasilkan imej yang menarik.

ALAT DAN BAHAN :

Alat : Gunting , pisau.
Bahan : Pensil warna, warna air, krayon, oil pastel, warna poster.











CONTOH-CONTOH KARYA STENSILAN :





4.9 PERCIKAN :

PENGENALAN :

Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan
dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan
menghasilkan kesan speckled granite. Percik-percikan halus warna disembur ke serata
tempat untuk menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan
tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas
permukaan yang rata.
Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.

DEFINISI :

Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan
titik pada lukisan cat.
Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini.
Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas
permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu
atau marble.Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di
antara satu sama lain.

ALAT DAN MEDIA :
ALAT : Berus.
MEDIA : Warna air, warna poster, cat emulsi.





CONTOH GAMBAR KARYA PERCIKAN :





4.10 GURISAN.

DEFINISI :

Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar
sesuatu bahan yang lembut pada sesuatu permukaan.
Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis
supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.
Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk
mengguris pada krayon yang tebal bagi menghasilkan gambar.
Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi belbagai kesan yang
berlainan pada garisan yang dihasilkan.
ALAT DAN BAHAN :

Alat : Pembaris, pensil , pen , gunting dan lidi (alat untuk mengguris).
Bahan : Krayon dan oil pasttel.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN GURISAN :



1. Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh
mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu
diwarnakan berbaris seperti gambar di atas. Apa yang penting
adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon



2. Apabila kertas lukisan s udah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda
perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga
kertas tersebut menjadi hitam.


3. Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas
tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidi,
hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai.


CONTOH-CONTOH KARYA GURISAN :












4.11 CAPAN.

PENGENALAN :
Penggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik
capan. Teknik mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah
mudah kerana ia tidak memerlukan blok cetakan.


DEFINISI :
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang
mempunyai jalinan tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok
cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan
semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang
sama dengan jalinan yang ada pada jari.

CONTOH BAHAN SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT
TEKNIK CAPAN :



CONTOH-CONTOH CAPAN









4.12 MOZEK .

SEJARAH MOZEK :
Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manus
ia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata unt
uk menghasilkan gambar atau corak.
Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.
Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
Orang Roman
pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permuk
aan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad k
e 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digu
nakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah.

DEFINISI MOZEK :
Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gam
bar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-
bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lant
ai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan dan kilauan.
Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara direct methode, in
direct methode dan double direct methode.
Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan,
bahan dan media.
Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepa
da satu bentuk sahaja.
Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan
prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.
CONTOH-CONTOH KARYA MOZEK :









4.13 POSTER.

DEFINISI :

Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat,
berkomunikasi, memberi peringatan dan promosi barangan.

CIRI-CIRI POSTER :
Berupaya menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui maklumat lanjut.
Berupaya menyampaikan mesej dengan cepat dan berkesan.
Huruf, muka taip dan ilustrasi berkaitan dengan maklumat utama yang ingin
disampaikan, dinyatakan dalam bentuk ringkas dan jelas.

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM POSTER :
Tajuk utama.
Penerangan yang ringkas atau cogan kata.
Ilustri gambar.

CONTOH KARYA POSTER :

You might also like