• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Bab 2 : HududFasal Pertama : Zina.
1) Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sahmengikut hukum syara` (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhanitu tidak termasuk dalam takrif
wati syubhat" (persetubuhan yang meragukan).[ Perenggan yang di atas ini menceritakan tentang definasi atau takrif apa yang dikatakan sebagai zina.a) Yang pertamanya dinyatakan bahwa zina itu ialah satu persetubuhan tanpa nikah yang disahkan oleh agama.Persetubuhan di sini bermaksud apabila tenggelamnya hasyafah lelaki ke dalam faraj perempuan, ataupun khitanlelaki bertemu dengan khitan perempuan. Maknanya, kalau dilihat dengan mata kasar ialah kepala zakar lelakighaib di dalam kemaluan perempuan. Ini membawa maksud tempat khatan bagi lelaki itu bertemu dengan tempatkhitan bagi perempuan. Inilah yang ditakrifkan sebagai persetubuhan. Maknanya, bila tidak berlakupersetubuhan, maka itu tidak dinamakan sebagai zina.b) Yang keduanya, dinyatakan bahwa dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa ikatanpernikahan yang sah diantara kedua-dua mereka itu mengikut hukum syara` ( mereka bukan suami isteri).c) Dan kedua-dua mereka adalah orang yang mukallaf. Orang yang mukallaf membawa maksud orang yangditaklifkan dengan bebanan tanggungjawab. Dalam ertikata yang lain, jikalau dia melakukan sesuatu kesalahan disisi Allah swt, maka dia berdosa kepada Allah Ta`ala. Orang yang mukallaf juga adalah orang yang berakal danbaligh. Jadi, kanak-kanak dan orang-orang gila tidak ditaklifkan dengan bebanan tanggungjawab.d) dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif "wati syubhah". Apa maknanya "wati syubhah"?..."Wati"maknanya persetubuhan. Sebab itu, kita tidak galakkan orang-orang Melayu meletakkan nama anak-anakperempuan mereka dipangkalnya "wati" kerana ia membawa maksud yang mengaibkan. "Wati syubhah" membawamaksud persetubuhan yang meragukan. Makna kata persetubuhan itu memang betul-betul berlaku sebabpasangan yang melakukan persetubuhan itu yakin yang mereka adalah pasangan suami isteri, tetapi pada hakikatsebenarnya mereka adalah bukan suami isteri. Maka inilah yang dikatakan persetubuhan yang meragukan.Kalaulah percantuman benih melalui "wati syubhah" ini terhasil, maka anak yang bakal dilahirkan itu tetap di"bin"kepada si lelaki berkenaan, walaupun pada hakikatnya mereka bukan suami isteri. Maka lelaki berkenaan tetapmenjadi ayah kepada anak yang bakal dilahirkan melalui percantuman "wati syubhah" itu. Dan lelaki itu wajibmemberi nafkah kepada anak berkenaan. Begitu juga dalam kes rogol. Yakni perogol wajib membayar nafkahkepada anak yang terhasil daripada perbuatannya itu dan juga hendaklah di"bin"kan kepada perogol tersebut,sebab anak yang terhasil daripada rogol adalah dinasakkan kepada perogol. Cumanya, bagi kesalahan zina sahaja yang mana anak yang terhasil daripada perzinaan itu tidak boleh dinasakkan kepada penzina lelaki. ]2) Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahwaperempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu sebenarnya bukan isterinya, ataulelaki tadi menyangka bahwa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukumsyara`, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah. Maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidakboleh didakwa di bawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana persetubuhan mereka ituadalah termasuk dalam
"wati syubhat" 
, iaitu persetubuhan yang meragukan.[ Perenggan ini, pengarang bagi contoh kepada kita tentang kalau seorang lelaki bersetubuh dengan seorangperempuan yang dia percaya bahwa perempuan itu adalah isterinya, tapi pada hakikat sebenarnya perempuan itubukan isterinya. Maka inilah yang dinamakan "wati syubhah". Ataupun seorang lelaki bersetubuh dengan seorangperempuan diatas dasar keyakinan bahwa perkahwinan mereka itu sah, sedang pada hakikatnya tidak sah, makapersetubuhan yang telah berlangsung beberapa lama itu dianggap sebagai persetubuhan yang meragukan. Jadi,kalau anak terhasil, maka tetaplah dinasakkan kepada si lelaki berkenaan.Lalu ustaz Jailani bagi satu contoh daripada pengalamannya sendiri iaitu ketika beliau mengendali satu kes dimahkamah syariah Sungai Petani. Dimana ustaz mewakili si bapa yang memohon supaya perkahwinan anakperempuannya itu diisytiharkan tidak sah sebab kahwin lari. Keluarga mereka ni tinggal di Sungai Petani, tiba-tiba anak perempuannya dilarikan oleh menantunya ke Songkla dan berkahwin di sana. Kemudian dibawa masuk
 
semula ke Sungai Petani. Lalu si bapa ini buat permohonan untuk membatalkan nikah anak perempuannyatersebut di atas alasan kerana perkahwinan mereka itu tidak mendapat izin daripada wali mujbir. Selepasberlakunya sessi penghujahan (submission) dalam mahkamah, si menantu ni mai jumpa dengan ustaz Jailani. Diakata,
"Kalau ustaz teruskan juga permohonan ini untuk membatalkan pernikahan saya; apakah yang akan jadi kepada anak di dalam kandungan isteri saya ini?...Bila dilahirkan kelak, tidakkah budak itu akan jadianak zina nanti kalau perkahwinan ini dibatalkan?"...
Haaaa! inilah contoh persoalan yang mengelirukan dalammasyarakat kita kerana dianggap sebagai baru. Ramai dikalangan masyarakat kita tidak faham tentang masalah"wati syubhah". Sebab itu saya dok tekankan selalu supaya pi mengaji kerana sebenarnya masalah "watisyubhah" ni bukannya baru. Sudah pun ditulis di dalam kitab, hanya kita sendiri yang tak tahu pasai tak maumengaji. Maka akan jadilah macam si menantu tu yang terkeliru dengan kesnya sendiri.Kalau kita bersetubuh diatas kepercayaan bahwa perkahwinan kita sah tapi pada hakikatnya tidak, makapersetubuhan itu tidak dinamakan sebagai zina. Anak yang dilahirkan hasil persetubuhan itu juga tidak dipanggil
anak zina" sebab persetubuhan sebegitu dinamakan sebagai "wati syubhah". Maka anak itu akan di "bin" kepadasi lelaki berkenaan. Dalam kes itu, permohonan si bapa yang diwakili oleh ustaz Jailani itu ditolak oleh mahkamahdengan alasan bahwa berdasarkan kepada fatwa negeri Kedah yang mengatakan bahwa pernikahan antaraseorang lelaki dengan seorang perempuan yang melarikan diri daripada wali mujbir lebih daripada 2 marhalahseperti masuk dalam daerah selatan Thailand dan berkahwin di sana, kemudian balik semula ke tempat tinggalmereka, maka pernikahan tersebut adalah sah. Jadi, hakim syarie ketika itu menolak permohonan si bapa untukmembatalkan pernikahan anaknya kerana mengikut fatwa negeri Kedah. Jadi, persoalannya sekarang; apakahboleh kita mempertikaikan fatwa tadi?...Kerana dalam hukum syara`, perkara yang tidak boleh dipertikaikanialah perkara-perkara yang ada nas qot`i. Contohnya ialah tentang zina, yang mana memang jelas ada nas yangqot`i yang diputuskan di dalam al-Quran, maka para ulama ijmak semuanya sepakat mengatakan bahwa zina ituadalah haram. Begitu juga dengan masalah khamar, yang juga ada nas qot`i dalam Quran, maka para ulamasepakat juga mengatakan bahwa khamar yang dibuat daripada anggur adalah haram. Jadi, kedua-dua contohtentang zina/arak ini, kita tak boleh pertikai sebab telah disepakati oleh para ulama Islam kerana ada nas qot`i.Jadi, kalau perkara yang tidak ada nas qot`i, maka bolehlah kita pertikaikan, yang mana kita panggil nas zonni.Contohnya, seperti yang kita bincang tentang masalah nikah tadi. Walaupun wali mujbir ada, tapi anaknya kitalarikan ke selatan Thailand lebih daripada 2 marhalah dan kahwin di sana, kemudian bawa masuk balik; maka kesbegini tidak ada nas yang qot`i tentangnya. Yang ada cumalah beberapa nas zonni, yakni nas yang tidak begituputus tentang sesuatu persoalan. Oleh sebab itu, ustaz Jailani nak bagitau kepada mahkamah bahwa pernikahansebegini sepatutnya diisytiharkan batal sebab banyak menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat. Yakni bila kitaikhtiraf perkahwinan di selatan Siam ni, walhal wali mujbir ada di Kedah, maka ini membawa banyak kesusahankepada masyarakat.Bayangkan tuan-tuan, seorang ayah yang telah berkorban menjaga dan mendidik anaknya selama 18 tahun, tiba-tiba ada lelaki lain senang-senang saja ambik anak dia bawa lari dan kahwin di selatan Siam, kemudian baliksemula ke Kedah; apakah perbuatan sebegini tidak menghancurkan hati seorang insan yang bergelar"ayah"?...Jadi, kita boleh cabar fatwa sebegini sebab kita ada nas dalam al-Quran untuk menunjukkan bahwanikah sebegini sepatutnya dibatalkan. Contohnya, sepertimana satu peristiwa yang Allah swt sebut di dalam al-Quran, yakni tentang Bani Israil yang dilarang oleh Allah swt tangkap ikan pada hari Sabtu. Ini dia yangdikatakan Bani Israil tu. Dengan degilnya mereka, dengan keteqaqnya mereka; sampai Allah pun depa nak tipu jugak. Bila Allah tak bagi depa tangkap ikan pada hari Sabtu, depa buat muslihat dengan bawa turun pukat kelaut pada petang Jumaat. Jadi, hari Sabtu sehari suntuk depa relax, kemudian depa pi collect ikan yang sangkutkat pukat depa tu pada hari Ahad. Maka Allah swt melaknat Bani Israil ini sebab mereka cuba buat tipu muslihatkepada Allah swt. Begitulah juga apa yang disebut oleh Dr. Yusof al-Qardawi dalam kitabnya
Al-Halal wal-Haram", bahwa tipu muslihat kepada Allah swt adalah diharamkan dalam ajaran Islam. Serupalah juga dengankes kahwin lari tadi. Walaupun wali mujbir ada, tapi depa bawa lari anak dara orang lebih daripada 2 marhalahdan kahwin di sana, kemudian bawa balik ke Kedah; maka ini adalah tipu muslihat kepada hukum Allah swt. Sebabitu, ustaz Jailani cuba nak convince kepada pihak berkuasa agama bahwa pengesahan nikah di selatan Siam nimembawa banyak masalah.
 
Sebagai contohnya, ustaz ceritakan tentang pengalamannya kendalikan satu lagi kes di Pendang, Kedah pula.Dimana kes ini pun agak sama dengan kes di Sungai Petani tadi, iaitu kahwin lari. Seorang pemuda bawa lari anakdara dan kahwin di Siam walaupun emak bapa anak dara tu masih ada di Kedah. Kemudian bila pasangan itukembali ke Kedah, emak ayah budak perempuan ni tangkap anak depa bawa balik ke rumah. Selepas itu, pemudaini bawa lari pulak budak perempuan ni sekali lagi ke Siam dan kahwin balik buat kali kedua. Kemudian bila depamasuk ke Kedah, sekali lagi buat kali kedua budak perempuan itu ditangkap oleh emak ayah dia. Selang beberapalama, pemuda ni bawa lari pulak budak perempuan ni ke Siam dan kahwin lagi buat kali ketiga di Siam. Menurutustaz Jailani, rekod pasangan ini memang ada di Pejabat Agama Alor Setar yang menunjukkan bahwa merekatelah kahwin sebanyak 3x di selatan Siam. Inilah yang menjadi masalah tu. Sebab itu, kita musykil sebab apapihak berkuasa agama negara kita begitu mudah mengikhtiraf perkahwinan di selatan Siam?...Sepatutnya pihakberkuasa kenalah buat perbicaraan yakni check macamana mereka ni kahwin dan sebagainya. Jangan mudahsangat terus ikhtiraf dengan hanya tunjuk surat nikah sahaja, sebab ia banyak bawa kesusahan kepadamasyarakat kita.Islam adalah satu agama yang mentadbir kehidupan masyarakat dengan hukum hakamNya.Tapi kalau dengantiba-tiba hukum hakam ini tidak mampu nak jaga masyarakat, maka kita kena kaji balik macamana kedudukanhukum tadi. Sebab dalam ajaran Islam, kita ada 2 jenis hukum :a) hukum Islam yang tidak berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Contohnya seperti sembahyang. ZamanNabi buat 5 waktu, di zaman kita pun buat 5 waktu juga. Takdak 4 waktu atau takdak 6 waktu. Begitulah jugadengan ibadah puasa. Macamana ia diwajibkan di zaman Nabi, pun diwajibkan juga di zaman kita.b) Hukum yang berubah. Misalnya seperti rokok. Satu ketika dahulu makruh, tapi sekarang orang kata haram.Sebab sekarang ni maklumat tentang rokok diketahui dengan lebih mendalam. Begitulah juga dalam masalahperkahwinan yang melarikan diri daripada wali mujbir ini. Sepatutnya dengan berdasarkan daripada beberapaalasan, ia hendaklah diisytiharkan tidak sah, sebab ia membawa banyak keburukan kepada masyarakat.Daripada pengalaman ustaz Jailani yang banyak mengendalikan kes kahwin lari ni, menurut beliau kebanyakanmasalah ini tidak ada yang berakhir dengan perdamaian begitu sahaja, sebab mereka yang terbabit akan terusbermusuhan. Jadi, apalah salahnya kalau si menantu yang bawa lari anak perempuan orang itu, cuba ikhtiarberbaik-baik atau tackle balik hati Pak Mertua pula?...Sapa ada anak perempuan, depa tau lah lagumana punyasusah nak jaga, tapi tup! tup! tiba-tiba bila dah besar panjang, ada kutu pulak pi sariap kot ataih. Tak bara kaorang tua tu?...Awat, tak boleh ka pi beli proton waja sebijik atau apartment sebijik ka kat Pak Mertua, untukbayar balik penat lelah orang tua tu menjaga anak dara dia?...Bukan pasai apa tuan-tuan; dok dengaq banyak dahkes yang sampai boleh pi pukoi Pak Mertua, pun ada. Apa cerita ni?...Dah la hang gagau anak dara dia, lepas tuhang pi "sedeqah" pulak orang tua tu. Hang ni orang ka atau beruang? ]
Perkara 15 : Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina.
1) Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakandalam undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah bahwa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabitkesalahannya di dalam mahkamah, maka wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100x sebat.Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud,
"Penzina wanita dan penzina lelaki, hendaklah kamu dera, masing-masingnya seratus dera,"
[ Para ulama mengatakan bahwa bila ayat ini dimulakan dengan kalimah "penzina wanita", kemudian baru Dia
sebut 
"penzina lelaki"; ini menjadi dalil bahwa salah satu faktor utama dalam persoalan maksiat adalah datangdaripada kaum wanita. Jadi, perkara yang perlu dititikberatkan ialah menjaga kaum wanita kita dulu. Bukan katakaum lelaki tak buat salah, tapi yang nak bagitau bahwa kebanyakan faktor maksiat berpunca daripada kaumwanita. Contohnya, seperti apa yang disabdakan oleh Nabi saw,
"Takutlah kamu kepada dunia dan takutlahkamu kepada perempuan. Sesungguhnya fitnah yang awal yang berlaku kepada Bani Israil adalah daripadakaum wanita
."...
Ini adalah peringatan daripada Nabi saw kepada kita semua supaya diambilpengajaran daripada apa yang telah berlaku pada zaman Bani Israil. Yang mana mereka ini rosakkerana tidak menjaga kaum wanita mereka.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...