• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
CIRI-CIRI BIOKESELAMATAN DAN KEBERKESANANYA DI MAKMAL-MAKMAL KEJURUTERAAN BIOPROSES, UNIVERSITI TEKNOLOGIMALAYSIA KAMPUS SKUDAI
Siti Zalita Abd Talib, Yaakop Sabudin, Nur Muhamad El Qarni, Abdul Malek Yusop danFadzilah Adibah Abdul MajidJabatan Kejuruteraan Bioproses,Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli,Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta`zim.zalita@fkkksa.utm.my, yaakop@fkkksa.utm.my, qarni@fkkksa.utm.my, malek@fkkksa.utm.my,adibah@fkkksa.utm.my
Abstrak 
: Keselamatan merupakan faktor penting dalam mengendalikan makmal-makmalterutamanya makmal pengajaran dan penyelidikan di institusi pengajian tinggi (IPT).Ini adalahkerana makmal-makmal ini digunakan oleh para pelajar yang baru atau pertama kali didedahkandengan kerja amali dan penyelidikan. Ciri-ciri keselamatan yang praktikal dan mudah diamalkanmestilah menjadi satu prosedur operasi piawai di setiap makmal. Kefahaman tentangkeselamatan terutamanya perkara yang melibatkan penggunaan bahan-bahan biologi dan bahankimia terkawal mestilah diberi penekanan utama terutamanya kepada pelajar-pelajar dari bidangkejuruteraan. Kertas kerja ini membincangkan amalan-amalan keselamatan terutamanya Bio-Keselamatan yang diamalkan di makmal-makmal Kejuruteraan Bioproses dan keberkesananya.Mengikut amalan kebiasaan, pelajar akan diberi penerangan tentang ciri-ciri dan amalankeselamatan sebelum memulakan sesi amali. Makmal-makmal juga dilengkapi dengan ciri-cirikeselamatan piawai yang mesti dipatuhi oleh setiap pengguna makmal. Setiap alatan di makmal juga mempunyai prosedur operasi piawai (SOP) yang dapat dirujuk 
“on side”.
 Namun begitu,ruang untuk keberkesanan amalan keselamatan dan penambahbaikan untuk meningkatkan tahapkeselamatan memerlukan penilaian dari masa ke semasa.
1.Pengenalan
Keselamatan merupakan faktor utama dalam mengendalikan kerja-kerja amali dan penyelidikandi makmal-makmal Kejuruteraan Bioproses. Amalan keselamatan yang dilaksanakan adalah berpandukan
Occupational safety and Health Administration
(OSHA) di bawah penyelarasanUnit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UPKKP) universiti. Amali yangmelibatkan penggunaan bahan-bahan biologi dalam berpandukan
 Laboratory BiosafetyGuideline
yang dikeluarkan oleh
World Health Organisation
(WHO). Amalan keselamatansangat penting untuk diperhalusi dan diamalkan oleh setiap makmal kerana ianya melibatkankeselamatan pekerja dan persekitaran.Pelbagai garis panduan disediakan untuk menjamin keselamatan makmal secara menyeluruh.Bagi makmal-makmal di Jabatan Kejuruteraan Bioproses, peraturan-peraturan amali disediakandan diterangkan kepada setiap pengguna makmal terutama kepada pelajar yang akanmenjalankan kerja-kerja amali. Sebelum sesuatu amali bermula pada setiap semester, pelajar akan meluangkan masa selama satu jam untuk mendengar taklimat keselamatan yang akandiberikan oleh pensyarah yang terlibat. Setiap alatan yang akan digunakan disediakan dengan
Standard Operating Procedure
(SOP) dan dilengkapkan dengan buku manual alat. SOP dan1
 
 buku manual alat biasanya diletakkan berdekatan dengan alatan atau ditempat yang mudahdilihat oleh pengguna. Buku log juga disediakan berdekatan dengan alat. Maklumat bahan kimiadan biologi yang digunakan juga ditempatkan ditempat yang khusus bagi tujuan rujukan pengguna. Peraturan dan cirri-ciri keselamatan yang dijalankan di makmal di terangkan di bawah.
2. Peraturan dan Keselamatan Makmala)Peraturan Umum
1.Setiap pelajar hendaklah memakai kot makmal dan kasut (penggunaan selipar adalahdilarang sama sekali) dan hendaklah sentiasa berkelakuan sopan.2.Meja dan persekitaran ujikaji hendaklah sentiasa bersih dan teratur serta dikemaskansemula selepas menggunakannya dan sebelum meniggalkan makmal3.Semua arahan keselamatan khas di makmal mestilah dipatuhi4.Pelajar adalah bertanggungjawab terhadap peralatan makmal yang digunakan5.Setiap pelajar dilarang merokok, minum atau makan di dalam makmal6.Awas dan berhati-hati semasa menjalankan ujikaji bagi memastikan hasil yang baik dan juga mencegah daripada berlakunya kemalangan. Sentiasa berwaspada semasamelakukan ujikaji7.Pelajar dilarang melakukan ujikaji selepas waktu yang ditentukan kecuali atas arahan penyelia dan diawasi oleh pensyarah/penyelia/pembantu makmal/juruteknik 8.Semua sampah sarap dan sisa-sisa kerja ujikaji hendaklah dibuang ke dalam bakulsampah atau tempat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah dan sisa buangan ke dalam sinki.9.Jangan membuat bising di dalam makmal10.Anda perlu membiasakan diri dengan peralatan kecemasan seperti pemadam api, penyiram kecemasan dan lain-lain lagi.11.Sebarang kemalangan mestilah dilaporkan dengan secara lisan kepada pensyarah/penyelia/pembantu makmal/juruteknik.12.Data ujikaji hendaklah disahkan oleh pensyarah/penyelia/pembantu makmal/juruteknik selepas ujikaji dijalankan.
b.Pakaian Keselamatan
1.Pastikan anda memakai peralatan keselamatan yang sesuai ketika ujikaji berlangsung.Boleh dikatakan kebanyakkan ujikaji yang dilakukan melibatkan penggunaan bahankimia, suhu dan tekanan yang agak tinggi. Oleh yang demikian, alat “google”(cerminmata) perlu digunakan semasa ujikaji demi menjaga keselamatan diri anda.2.Topi keselamatan perlu digunakan jika anda dikehendaki memanjat tangga untuk mengambil data dan mencatat pemerhatian.
Peralatan makmal
1.Pelajar dilarang menggunakan peralatan makmal tanpa mendapatkan keterangan yanglengkap daripada pensyarah atau pembantu makmal berkenaan.Penggunaan peralatanmakmal yang rumit dan tanpa pengawasan akan membahayakan diri atau pengguna laindan juga boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan tersebut.2
 
2.Sebelum menggunakan peralatan makmal, pastikan bahawa punca kuasa dan soket adalahsesuai dengan peralatan berkenaan.3.Peralatan yang khusus tidak boleh dialih kedudukannya. Gunakan peralatan itu ditempatyang dikhaskan.4.Kerosakan yang berlaku pada peralatan semasa menggunakannya hendaklah dilaporkandengan segera kepada pembantu makmal/juruteknik yang berkenaan. Jangan cubamembaikinya sendiri.5.Pelajar dilarang menggunakan peralatan yang rosak.
d.Pembuangan sisa makmal
1.Pelajar adalah bertanggungjawab mengemas dan membersihkan kawasan meja, peralatanyang digunakan dan persekitaran supaya kelihatan kemas dan tidak membahayakan pengguna yang lain.2.Sisa buangan hendaklah dilabelkan dengan kemas dan dibuang ditempat yang dikhaskan.
e.Elektrik, Gas dan Lain-Lain
1.Semua sumber gas, bahan api dan injap pengaliran gas mestilah ditutup dengan kemassebelum meniggalkan makmal dan apabila tidak menggunakannya. Cermin kebuk wasapmestilah diturunkan pada aras paling rendah.2.Pastikan punca kuasa sesuai dengan peralatan yang digunakan. Peralatan yang tidak digunakan perlulah ditutup suisnya.3.Jika sesuatu peralatan yang sedang beroperasi hendak ditinggalkan, pastikan peralatan inidapat beroperasi dengan selamat. Pelajar juga hendaklah memaklumkan ketiaadaannyakepada pembantu makmal atau juruteknik bertugas.
f.Kehadiran
1.Pelajar adalah diwajibkan hadir pada setiap ujikaji yang ditetapkan.2.Pelajar mesti hadir ke makmal 10 minit lebih awal dengan keadaan bersiap sedia danterurus.3.Setiap ujikaji memakan masa selama 2 jam. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapakumpulan tertentu. Pembahagian masa ujikaji diagihkan seperti berikuta)10 minit pertamaPelajar membaca prosedur dan teori ujikaji secara ringkas serta pastikan peralatancukup di atas meja b)1 jam berikutnyaPelajar mengunakannya untuk melakukan ujikajic)20 minit terakhiPelajar menggunakan masa ini untuk mengemas tempat kerja dan mencuci perlatan yang digunakan.4.Untuk melicinkan perjalanan ujikaji, pelajar dikehendaki membaca dan memahami prosedur kerja dan teori ujikaji yang akan dijalankan sebelum memasuki makmal.3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...