Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
59Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Penentangan Orang Melayu Meletus Di Pahang Dan Perak

Ratings: (0)|Views: 5,501|Likes:
Published by Junly Jiang
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu meletus di Pahang dan Perak.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu meletus di Pahang dan Perak.

More info:

Published by: Junly Jiang on Dec 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/08/2014

pdf

text

original

 
Soalan: Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan penentangan orangMelayu meletus di Pahang dan Perak.
Jawapan cadangan:Pertapakan dan perluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu tidakdisenangi oleh masyarakat Melayu terutamanya di Perak, Negeri Sembilan,Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak. Perasaan tidak puas hatiterhadap dasar pentadbiran British dalam bidang politik, ekonomi dan sosialtelah mewujudkan penentangan daripada masyarakat tempatan. Oleh itu,terdapat beberapa faktor yang menimbulkan penentangan daripadamasyarakat di Pahang dan Perak.Pada bulan Oktober 1888, J.P Rodger dilantik sebagai residen British yangpertama di Pahang. Beliau dibantu oleh Hugh Clifford sebagai penolong residen.Apabila J.P Rodger dilantik sebagai residen Pahang pada waktu itu, beliaumengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan pelbagaipembaharuan di Pahang. Peraturan baharu yang diperkenalkan telahmenimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Pahang padamasa itu. Ini telah menyebabkan mereka bangkit menentang terhadappengenalan sistem residen yang dipimpin oleh Datuk Bahaman dan dibantuoleh Tok Gajah serta anaknya Mat Kilau.Melalui sistem residen, pihak British telah menguasai ekonomi Pahangterutamanya perlombongan. Residen sepatutnya berusaha dan mengambillangkah-langkah melindungi kepentingan orang-orang tempatan, terutamanyapembesar Melayu akibat adanya pembangunan ekonomi. Tetapi perkara initidak mendapat perhatian malah telah mengancam kepentingan orang-orangtempatan.Dengan pengenalan sistem residen ini juga telah menyebabkan sultanPahang kehilangan pengaruh dan kuasa dalam pemerintahan. Penubuhansebuah Majlis Mesyuarat Negeri oleh J.P Rodger telah menyebabkan sultankehilangan banyak kuasa. Sultan hanya mempunyai kuasa pada nama sahajadalam Majlis Mesyuarat Negeri di mana segala keputusan penting dibuat olehresiden British. Contohnya, keputusan tentang bayaran ganti rugi kepada
 
pembesar-pembesar kerana kehilangan hak memungut cukai juga dibuat olehresiden.J.P Rodger telah memperkenalkan beberapa perubahan di Pahangmelalui undang-undang yang diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Negeri pada31 Disember 1889. Undang-undang itu adalah berkait dengan tanah, sistemkerah dan penghapusan sistem perhambaan. Undang-undang ini bercanggahdengan sistem tradisional Pahang yang melarang pembesar-pembesarmengutip cukai, menyimpan hamba abdi, mengamalkan sistem kerah, danmenghakimkan kes-kes jenayah dan sivil dalam kawasan masing-masing.Rakyat juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan kemasukanpelombong-pelombong Eropah dan Cina yang bersifat sombong dan bongkakserta tidak menghormati adat istiadat orang Melayu. Cotohnya, rakyat tidakdibenarkan memakai keris yang selama ini merupakan sebahagian daripadapakaian tradisional mereka.Pembesar-pembesar telah kehilangan hak mereka sebagai pemungutcukai dan pentadbir keadilan. Ini menyebabkan mereka kehilangan sumberpendapatan dan jawatan yang dinikmati secara turun-temurun. Daerah-daerahdiwujudkan dan diletakkan di bawah pegawai-pegawai Inggeris yang dipanggilpemungut cukai dan majistret.Pelbagai jenis cukai diperkenalkan dan dinaikkan oleh British. Contohnya,cukai tanah seperti tanah kampung, tanah paya, dusun dan tanah nipahdengan kadar 40 sen seekar. Sistem lesen dan permit yang diperkenalkan olehJ.P Rodger menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat. Mengikut sistem lesendan permit, rakyat terpaksa mendapatkan lesen untuk memungut hasil hutandan mencari atap nipah untuk mendirikan rumah yang dahulunya dipungutsecara percuma.Pengenalan sistem residen telah mengubah sistem politik tradisionalPerak kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisionalmasih dikekalkan tetapi fungsinya telah berubah. Sistem residen telahmendapat tentangan hebat daripada rakyat Perak sehingga menyebabkanpembunuhan J.W.W.Birch pada 2 November 1875. Sistem residen telahmenyebabkan berlakunya perubahan-perubahan mendadak sehinggamenjejaskan sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Terdapat beberapafaktor yang mendorong masyarakat Melayu Perak menentang sistem residen.
 
Antara faktornya ialah kelemahan syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874.Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telahmenetapkan bahawa seorang residen akan ditempatkan di Perak untukmenasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitandengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam Perjanjian Pangkor, tidakdinyatakan panduan dan peraturan untuk dijadikan pegangan oleh residendalam melaksanakan tugasnya. Hal ini menyebabkan residen memerintahmengikut budi bicaranya sendiri.Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhtaantara Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail enggan menyerahkan alat-alatkebesaran diraja semasa pertabalan sultan Abdullah. Baginda terpaksamengeluarkan banyak wang, masa, dan tenaga untuk mengekalkankedudukannya sebagai sultan Perak. Selain daripada itu, sultan Abdullahterpaksa menghadapi penentangan dadipada musuh-musuhnya, iaitupembesar-pembesar Perak yang tidak suka kepadanya.Selain itu, kelemahan pemerintahan sultan Abdullah turut mendorongpenentangan masyarakat Perak. Sultan Abdullah yang dilantik oleh kerajaanBritish melalui Perjanjian Pangkor tidak mentadbir negeri Perak dengan baik.Baginda banyak berhutang sehingga terpaksa menjual daerah Krian untukmembayar hutang-hutangnya. Bagi menambahkan sumber pendapatan,baginda telah memajakkanhak memungut cukai di Kuala Sungai Perak kepadaseorang saudagar Cina dari Singapura sebanyak $26 000 selama 10 tahun.Sultan Abdullah juga tidak mengawal pembesar-pembesar Perak denganbaik. Selain itu, baginda juga mempunyai banyak musuh. Ada antarapembesar-pembesar tidak berpuas hati dengan perlantikan baginda sebagaisultan Perak. Di samping itu, masih terdapat juga pembesar-pembesar yangmasih memungut cukai dengan kadar nilai yang tinggi di daerah masing-masing.Kelemahan peribadi J.W.W. Birch juga merupakan faktor penentanganmasyarakat Perak terhadap sistem residen. J.W.W. Birch yang dihantar kePerak sebagai residen British tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuanyang luas tentang adat resam dan adat istiadat orang Melayu. Beliau pernahberkhidmat di Sri Lanka tetapi pengalaman itu tidak boleh tidak bolehdigunakan di Tanah Melayu kerana masyarakat jauh berbeza. Tambahan pula,Birch tidak fasih berbahasa Melayu dan ini menyukarkan beliau berkomunikasidengan masyarakat tempatan. Akibatnya, semua tindak tanduknya didapatimenghina adat dan tradisi orang Melayu.

Activity (59)

You've already reviewed this. Edit your review.
nurulamnni liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Sophe Snoopfy added this note
:)
Fanny Han liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->