You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KORBAN BERKELOMPOK


MASJID AL-AZIM, MASJID NEGERI MELAKA.
Tarikh

18 September 2013

Masa

9.30 pagi

Tempat

Bilik Mesyuarat Utama MAIM,


Aras 3, Pusat Islam Melaka,
Jalan Bukit Palah, Melaka.

KEHADIRAN :
1)

YB Datuk Haji Yaakub bin. Md Amin


Timbalan Pengerusi
Majlis Agama Islam Melaka.

2)

YBh Datuk Hj Mohd Zin b. Mansor


Jabatan Agama Islam Melaka.

3)

Ybhg. Datuk Hj Mohamad bin Hashim


Imam Besar Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka

4)

Ust Mohd Azli bin Ab Rahman


Ketua Pen. Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid

5)

En Mokhtar bin Khamis


JKR Melaka Tengah

6)

En Rosdin bin Baba


JKR Negeri Melaka

7)

En Mohd Yusuf bin Mohamad


Jabatan Bomba Melaka

8)

En Mohd Azizi bin Ahmad Shakri


Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka

9)

En Mohd Zabidi bin Abu Bakar


Bhg. Istiadat dan Protokol
Jabatan Ketua Menteri Melaka

10)

En Ismail bin Othman


Jabatan Penerangan Melaka

-Pengerusi

11)

En Ilyas bin Ismail


Radio Malaysia Melaka FM

12)

En Ahmad bin Yasin


Bhg Pendidikan JAIM

13)

Ust Nor Azmi bin Ishak


Masjid Al-Azim, Melaka.

- Pencatat minit

TURUT HADIR

1.

1)

En Hamidi bin Mohd Sani


Juruteknik Jabatan Agama Islam Melaka

2)

Tn Hj Nasiran bin Mohd Druis


MAIM Security Sdn. BHd.

3)

Tn Hj Rahman bin Mat


SAPRIDA Enterprise

PERUTUSAN PENGERUSI
YB Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada semua ahli yang
hadir mesyuarat.
YB Pengerusi memaklumkan bahawa Hari Raya Aidil Adha akan disambut pada 15
Oktober 2013 dan tujuan mesyuarat adalah untuk menyelaraskan gerak kerja Program
Korban Berkelompok Masjid Negeri dan mengelakkan berlakunya perkara remeh temeh
yang menjadi rungutan ( komplen ) para peserta dan penerima daging korban.

2.

UCAPAN PENGARAH JAIM


Mengucapkan rasa syukur kerana dapat hadir sama menjayakan program Korban
Berkelompok Masjid Al Azim pada tahun ini.

Memohon Imam Besar memberikan penjelasan dan perincian berkaitan kewangan


kewangan korban berkelompok ini agar lebih telus.

3.

PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN


3.1

Mesyuarat

mengambil

maklum

mengenai

penyata

kewangan

Korban

Berkelompok masjid Al-Azim 2012 yang dibentangkan oleh Imam Besar Masjid
Al-Azim.
4.

PERKARA - PERKARA BERBANGKIT


4.1

Kehilangan / kecurin daging korban


4.1.1

Mesyuarat mengambil maklum bahawa terdapat individu tertentu yang


terlibat dalam jawatankuasa melapah mengambil sebahagian daging-daging
korban dan tidak menghantar kepada jawatankuasa mengumpul dan
menimbang.

4.1.2

Mesyuarat bersetuju agar para petugas dilantik daripada pegawai dan


kakitangan JAIM / MAIN sahaja.

Tindakan : Bahagian Pengurusan Masjid


4.2

Agihan daging kepada individu tidak dikenali / tiada berkupon


Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju agar peserta yang mempunyai
kupon sahaja berhak diberikan daging korban. Manakala individu tertentu yang
cuba mengambil daging atas nama TYT Dipertua Negeri akan diselidiki
sebaiknya.
Tindakan : Urusetia agihan.

4.3

Kualiti Lembu Korban

Mesyuarat mengambil maklum bahawa lembu-lembu yang dibekalkan daripada


syarikat En Rashid Khan adalah mencukupi daan berkualiti selepas pihak
urusetia membuat tinjauan kepada pembekal-pembekal lain yang berminat.
Pihak En Rashid Khan juga menyediakan par pekerja untuk kerja-kerja
penyembelihan dan melapah.
4.4

Khemah untuk VVIP


Mesyuarat bersetuju agar 4 buah khemaah disdiakan untuk tetamu VVIP dan
ketua-ketua jabatan.

4.5

Khemah untuk Agihan Daging Korban


Mesyuarat memutuskan agar lokasi tempat Agihan Daging Korban untuk Peserta
Korban diasingkan dengan khemah Penerima Daging Korban
( orang ramai ) untuk mengelakkan ketidak-adilan.

4.6

Had jamuan VVIP


Mesyuarat memutuskan :
a) Jamuan VVIP
b) Jamuan petugas

5.

untuk 50 orang.
untuk 200 orang

PERLANTIKAN JAWATANKUASA KERJA KORBAN BERKELOMPOK 2013


5.1
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Mesyuarat bersetuju melantik jawatankuasa kerja berikut :


J/kuasa kewangan
J/kuasa bekalan lembu
J/kuasa tempat
J/kuasa melapah
J/kuasa pembungkusan
J/kuasa agihan
J/kuasa jamuan

Imam Bessar Masjid Al-Azim.


Imam Bessar Masjid Al-Azim.
Ust Suhairi bin Yunus
Ust Mohd Azli b. Ab Rahman
En Hamidi bin Mohd Sani
En Shahrin bin Hussein
Ust Nor Azmi bin Ishak

8. J/kuasa siaraya & hebahan


9. J/kuasa keselamatan
10. J/kuasa pembersihan

Jabatan Penerangan & Melaka FM


Polis PDRM & MAIM Security
Bomba / Saprida / SWM

Tindakan : Semua jawatankuasa.

6.

HAL-HAL LAIN
6.1

Aturcara Program korban Berkelompok akan bermula seawall jam 9.30 pagi, di
tempat meletak kereta, Masjid Al-Azim.

6.2

Bacaan takbir sewaktu sembelihan perlu dilakukan beramai-ramai sesama


petugas.

7.

6.3

Penggunaan forklift perlu disediakan oleh JKR Melaka Tengah.

6.4

Tempat sembelihan perlu diperbaiki semula kerana ada besi yang telah rosak.

6.5

Baju T-Shirt untuk petugas dimohon sebanyak 200 helai.

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi dengan ucapan terima kasih daripada YB
Pengerusi.

Disediakan oleh :

..
( NOR AZMI B. ISHAK )
Setiausaha,

Program Korban Berkelompok,


Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.

You might also like