You are on page 1of 23

Soalan BM Pemahaman

NAMA TAHUN 6


SEKOLAH KEBANGSAAN POS LEGAP
_______________________________________________

PEPERIKSAAN BULANAN TAHUN 2014
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011
TAHUN ENAM
Mei
50 minit Lima puluh
minit



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.









Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pada papan iklan itu tertulis Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin Masa Depan
____________.
A kamu
B kami
C anda
D awak

2 Faiz bercakap ______________ lantang dan penuh bersemangat _______________ mesyuarat
agung semalam.
A hingga dalam
B dengan dalam
C hingga di
D dengan di

Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.


3 Mira _________________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.
A menuang
B mencurah
C meletak
D menyenduk
4 Mira menggunakan ________________ yang diperbuat daripada tembaga.
A acuan
B talam
C periuk
D bekas

5 Danial terpesona melihat sepasang burung merak yang _____________ di Zoo Negara.
A lawa
B cantik
C anggun
D jelita

6 Pilih mana-mana yang awak suka ____________ awak ingin yang mahal ______________ yang
murah.
A waima ataupun
B biarpun mahupun
C sungguhpun namun
D bukan sahaja malahan juga

7 Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _________________ sauh yang berat itu di muara
sungai.
A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan

8 Anjing liar itu ______________________ seketul tulang yang dijumpai di belakang sebuah gerai.
A memakan
B mencengkam
C menggonggong
D menyepit

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.


9 Pak Abu berdiri ______________ gerai duriannya sambil menunggu pelanggan tiba.
A di belakang
B di penjuru
` C di depan
D di tepi

10 Husna merupakan murid yang ____________________ dipanggil oleh guru untuk diuji.
A lima
B kelima
C berlima
D kelima-lima

11 Bawalah bertenang dan _____________ menangis lagi, kata ibu kepada Ani.
A usah
B sila
C harap
D tolong

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.





12 Pak Jamal memikul _______________ pisang yang baru ditebang di kebunnya.
A sebiji
B sesisir
C sesikat
D setandan

13 Haziqah membeli se______________ jagung bakar di pasar malam.
A tongkol
B batang
C ketul
D kaki

14 Kerja-kerja _____________ sungai itu sedang giat dijalankan oleh kontraktor itu.
A memperdalam
B mendalam
C mendalami
D memperdalamkan

15 Para pelajar Kolej MARA Seremban berasa sungguh megah apabila berjaya menawan
__________________ Gunung Kinabalu.
A penjuru
B puncak
C bawah
D sisi

16 Dahi Fikri kelihatan _____________ memikirkan masalah yang menimpa dirinya.
A bergaris-garis
B bergerak-gerak
C berkerut-kerut
D berdenyut-denyut

17 Novel Seindah Sakura yang saya baca _____________________ tebal tetapi _________________
menarik jalan ceritanya.
A sekali nian
B terlalu amat
C paling benar
D terlalu betul

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.


18 Bahagian hadapan kereta itu __________________ kerana terlanggar sebatang pokok kelapa.
A remuk
B kemik
C hancur
D lekuk

19 Cikgu Yanti menegur murid-murid yang berjalan __________________ menyebabkan mereka
lewat masuk ke kelas.
A bagai keli kena ketuk
B bagai itik pulang petang
C bagai disalak anjing bertuah
D bagai sibuta mendapat tongkat

20 Setelah masa semakin suntuk, barulah Izzati hendak mengulang kaji pelajaran.
Pilih perkataan seerti bagi suntuk.
A cepat
B pendek
C singkat
D perlahan


KERTAS SOALAN TAMAT























Soalan BM Penulisan







NAMA



TAHUN





SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KAMPUNG TENGAH, KLUANG
_______________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
BAHASA MELAYU - PENULISAN 012
TAHUN ENAM
Mei
1 1/4 minit Satu jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



1. Kertas soalan ini mengandungi tiga
bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN
B, danBAHAGIAN C.



2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga
bahagian.



3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih
sama ada menjawab Soalan 1,Soalan 2,
atau Soalan 3.



4. Jawapan hendaklah ditulis pada
ruangan yang disediakan. Sekiranya
helaian kertas jawapan tidak mencukupi,
sila dapatkan kertas jawapan tambahan
daripada pengawas peperiksaan. Kertas
jawapan tambahan (jika ada) hendaklah
diikat dan dihantar bersama-sama buku
soalan.











Kod

Pemeriksa:





Bahagian

No.
Soalan

Markah







A











B











C







JUMLAH MARKAH







60

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

Bahagian A
(Masa yang dicadangkan: 15 minit)
(10 markah)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman rekreasi.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.



Bahagian A
















































































Bahagian B
(Masa yang dicadangkan: 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan kamu yang panjangnya
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Setelah selesai aktiviti kokurikulum, aku terus mencapai basikalku untuk pulang. Sedang aku
mengayuh basikal, tiba-tiba aku terdengar suara jeritan orang meminta tolong. Aku segera
Mulakan cerita kamu dengan:
Aku segera
ATAU
2. Kamu telah menyertai lawatan sambil belajar ke tempat menarik yang dianjurkan oleh sekolah
kamu. Kamu diminta menulis laporan mengenai lawatan tersebut.
Tulis laporan kamu selengkapnya.

ATAU

3. Kamu dan keluarga telah berkelah pada cuti hujung minggu yang lalu. Ceritakan pengalaman
kamu berkelah bersama keluarga.
Tulis karangan kamu selengkapnya.


Bahagian B

No. soalan:



10














































































































































































































































Bahagian C
(Masa dicadangkan: 20 minit)
(20 markah)

Tulis lima nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ahad, 4 September

6.00 pagi
Faiz bangun awal pagi. Selesai mengemas tempat tidur, dia membersihkan diri. Kemudian, dia
bersembahyang dan berdoa agar diberi ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan
pada keesokan harinya.

7.00 pagi
Faiz meneliti jadual peperiksaan UPSR yang akan bermula esok. Dia mula menyusun jadual
untuk membuat ulang kaji. Nota-nota ringkas yang telah disediakan dikumpulkan untuk
memudahkannya mengulang kaji pelajaran.

4.00 petang
Faiz bersama-sama ayahnya ke sebatang sungai untuk memancing. Faiz berasa begitu tenang
dan terhibur. Fikirannya menjadi lapang.

8.00 malam
Selepas makan, Faiz menyusun dan memasukkan alat tulis ke dalam beg sekolahnya. Setelah
selesai membuat persediaan, Faiz bersalaman dengan ibu dan ayah sebelum masuk tidur. Ibu
bapa Faiz mendoakan agar Faiz dapat menjawab soalan peperiksaan pada esok hari dengan
sebaik-baiknya.









30

Bahagian C











































































KERTAS SOALAN TAMAT

Selamat Mencuba. Semoga Berjaya



E - mel kan I ni Bl ogT hi s ! Kongs i k e T wi t t er Kongs i ke F acebook Kongs i k e Pi nt er es t
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Laman utama
L
anggan: Catatan (Atom)
Follow Us on Twitter!
"Join Us on Facebook!
RSS
Contact



Kandungan
Halaman Utama
Asal Usul/ Nilai Murni
Bahan Pembelajaran
Galeri Gambar
Peka Bahasa
Ejaan
Audio Video
Seloka dan Mutiara Kata
Pantun dan Peribahasa
Soalan BM Tahun 6
Kesalahan Umum Tatabahasa
Kertas Kerja Bulan Kemerdekaan 2013
Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013
Demi Masa



20



yantijamaludin@gmail.com

MAR YANT I J AMAL UDI N
KL UANG, J OHOR , MAL AY S I A
D20112053175
EL-BP05(A121 PJJ)
KRT3013:
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah
Tutor EL:
Pn. Saira Banu Bt. Omar Khan
SK Seri Kampung Tengah, KM5 Jalan Mersing 86000 Kluang Johor.
L I HAT PR OF I L L E NGK AP S AY A
Maryanti Jamaludin

Reka Lencana Anda
Portal UPSI

Online Student Services

MyGuru 3

Zoom - A

Catatan Lepas
2014 (1)
2013 (15)
2012 (11)
Follow by Email

Submit

Langgan
Catatan
Semua Ulasan
Blog Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dikuasakan olehBlogger.
Pengikut
Jumlah Paparan Halaman
72,869

Theme by Site5.
Experts in Web Hosting.

Copyright 2011 Diary/Notebook Theme by Site5.com. All Rights Reserved. by TNB
;

You might also like