You are on page 1of 120

SEMURNI CINTA AINA

-BAB SATU-

“Apa ni ibu? Macam budak-budak pulak main tarik-tarik”

Wajah Haikal mula berkerut. Dah besar-besar macam ni

tak kan nak main tarik tali pulak kot? “Tu! Tu! Cuba tengok

kat sana tu!” Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak

gatal. Tengok apa?

“Tak ada apa-apa pun kat sana? Ibu mimpi ek?” Ketawanya

mula meledak. Hajah Endon mula menarik muka masam.

Orang cakap betul-betul dia main-main pulak! “Ok! Ok!

Sorry ye! Ok, Kai dah nampak! Budak perempuan tu ke?”

Tubuh gempal ibunya dipeluk erat. “Haah! Itulah budaknya

yang ibu selalu sebut-sebut tu?”

“Aina Nabila ke?” Hajah Endon mengangguk laju. “Budak

yang tangan kudung tu?” Sebuah cubitan singgah di peha

Haikal. Berkerut keningnya menahan rasa perit. “Tak baik

Kai cakap macam tu. Dia cucu Tok Ayah yang dok ajar

1
SEMURNI CINTA AINA

mengaji tu. Budak tu pun pandai mengaji. Suara dia sedap

sungguh!” Huh! Ibu kalau bab memuji memang terlebih-

lebih!

“Macam mana? Setuju tak?” Setuju? Betul ke aku nak

kahwin ni? Dah biasa selama 35 tahun ni hidup

membujang. Lebih senang! Nak kawan dengan siapa pun

tiada siapa yang melarang. Balik lewat malam pun tak siapa

yang kisah. Bukan ke best hidup macam tu?

“Ibu tak kisah ke menantu ibu tu cacat?”

“Kenapa nak kisah? Dia pun orang jugak. Cuma tangan

kanan dia je yang kudung. Yang lain-lain sempurna

sifatnya. Lemah lembut pulak. Bukan senang nak cari gadis

pingitan macam Aina tu.” Haikal terdiam. Ibu memanglah

tak kisah, tapi … aku kisah!

2
SEMURNI CINTA AINA

“Kamu ni Kai, ibu tengok macam tak setuju je? Kalau tak

setuju cakap betul-betul. Ibu bukannya memaksa. Ke…. Kai

dah ada calon?” Calon? Adoi! Ibu ni! Kawan perempuan

memang ramai tapi calon belum ada. Kenapalah ibu susah

hati sangat kalau aku tak kahwin ? Lainlah kalau aku ni

perempuan!

“Kalau dah kahwin nanti, nak ke dia ikut Kai ke KL? Dia

dah biasa dengan kampung. Lagi pun mesti Tok Ayah tak

bagi dia keluar dari kampung ni!” Punggungnya dilabuhka di

atas kerusi rotan buatan tangan. “Mana kamu tahu Tok

Ayah tu tak bagi? Belum apa-apa lagi, dah ke situ

fikirnya!” Hajah Endon mendengus geram. Ada-ada je

alasannya!

“Macam mana? Nak ke tak nak? Kalau setuju, sebelum

kamu balik KL nanti kita terus langsungkan kenduri

kahwin!” Haikal ternganga.

3
SEMURNI CINTA AINA

”Hah! Merisik tidak, bertunang pun idak, terus kahwin.

Mengapa express sangat ibu?” Hai! Siapa yang terdesak

sangat nak kahwin ni? Aku ke ibu?

Hajah Endon tergelak. “Merisik dengan bertunang tu adat

je. Yang penting nikah tu! Ibu bukannya apa, kalau tunggu

Kai balik KL nanti nak bagi jawapan, alamatnya sampai ibu

mati pun belum tentu Kai setuju”

“Nantilah Kai fikirkan dulu. Tengok muka pun belum lagi,

ibu dah suruh Kai nikah dengan dia. Entah-entah tak ada

mata ke, hidung ke? Hah sapa yang kena? Kai jugak yang

susah ibu” Dia segera bangun menuruni anak tangga

menuju ke dapur. Malas nak melayan ibu pasal bab-bab ni.

Kang mahunya dia menerima dalam keterpaksaan !

Haikal membongkokkan kepalanya. Dari celah daun tingkap

dia mencuri pandang gadis itu. Aina Nabila yang selalu di

4
SEMURNI CINTA AINA

sebut-sebut. Lagaknya seperti orang dulu-dulu. Kepalanya

di litup dengan kain batik sarung. Baju kurung kedah

berbunga biru itu pun sudah agak lusuh warnanya. Terkial-

kial dia hendak memotong batang serai. Jika orang lain

mengambil masa kurang dari seminit tetapi tidak dia. Daun

serai itu di kepit dengan ketiaknya dan tangan kirinya pula

bersusah payah memotong lebihan akar serai.

Kesian! Timbul naluri itu di benaknya. Hendak di tolong ke

tidak? Dia teragak-agak. “Aina! Biar abang yang buatkan!”

Gadis itu nampaknya tersentak. Cepat-cepat dia bangun

memberi laluan kepada Haikal.

“Aina nak banyak mana?” Soal Haikal sambil menjeling

sekilas wajah yang berselindung itu. 4 batang! Hanya

ditunjuk dengan isyarat jarinya. Ah! Sudah! Bisu pulak ke

budak ni?

5
SEMURNI CINTA AINA

Haikal mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Panas

terik matahari begitu membahang. “Nah! 4 batang serai

kan? Aina nak masak apa?” Dia menyoal lagi. Sengaja ingin

mendengar suaranya. Hampa! Aina Nabila sekadar

memberi tunduk hormat kepadanya sebelum berlalu pergi.

Wajahnya pun tidak sempat untuk dipandang.

Kata ibu suaranya merdu, jadi mesti dia tidak bisu,

tapi……… kenapa senyap? Mana suaranya? Aku nak dengar!

Merdu sangat ke sampai teguran aku pun tidak bersahut.

Haikal menumpang dagu di kaki tangga. Pandangannya

dilemparkan jauh di tengah sawah. Sayup mata

memandang dengan panorama indah liuk lentok Si Daun

padi. “Laaaaaa! Menung lagi? Tadi kata nak pergi rumah

Tok Ayah?” Ibu, ibu, selalu sangat menganggu lamunan

aku.

“Malas lah ibu. Segan pulak nak ke sana” Dia menjawab

6
SEMURNI CINTA AINA

perlahan. “Pergilah jumpa Tok Ayah tu dulu. Lepas tu baru

buat keputusan nak ke tidak kahwin dengan Aina.”

“Jangan pulak kamu terburu-buru buat keputusan sebelum

kamu berjumpa dengan Tok Ayah. Nah! Ibu ada bekalkan

lepat pisang. Nanti bagikan pada Tok Ayah” Aduh!

Berbekal-bekal pulak! Ni yang aku malas ni!

“Lepat pisang? Ish! Tak kan Kai pulak yang nak bawa bekal

lepat pisang ni ? Ibu je lah yang bagi nanti!” Buat jatuh

saham aku aje kalau orang kampung nampak lelaki macho

macam aku ni, menjinjing tupperware biru ibu!

“Dah! Dah! Jangan nak mengada-ngada. Pergi cepat! Nanti

minta sikit daun limau kasturi dengan Mak Som kamu tu.

Ibu nak buat tom yam. Kamu jugak yang beria-ia nak

makan semalam” Ah! Sudah ibu ni! Nak aku pergi rumah

Mak Som ambil daun limau kasturi pulak! Ni yang aku

7
SEMURNI CINTA AINA

malas kalau balik kampung. Ada aje benda bukan-bukan

yang ibu suruh. Kalau dengar dek geng-geng aku kat KL,

mati aku di gelakkan!

Walaupun sudah puas dia memecut laju tetapi motor

buruk itu tetap begitu geraknya. Kalau boleh nak je motor

buruk arwah babah ni di tukarkan menjadi kapal terbang.

Supaya senang dia meluncur laju di udara, jadi tak adalah

sapa-sapa nampak dia terkial-kial membawa motor cabuk

ni.

Dah puas meminta ibu buangkan saja motor buruk ni, tapi

ibu berkeras membantah. Katanya, itulah kenangan manis

dengan arwah babah. Kata ibu lagi, dengan motor buruk

itulah aku dikendong ke klinik bila ditimpa sakit demam.

Dengan motor buruk itu jugalah, aku dikendong ke bandar

membeli baju setiap kali tiba musim sekolah atau hari

raya.

8
SEMURNI CINTA AINA

Sayang betul ibu dengan babah! Tentulah sayang bila

kahwin dengan orang yang kita cintai tapi aku ni macam

mana? Boleh ke hidup bahagia jika Aina menjadi isteri aku.

Dunia aku dan dia jauh berbeza. Aku seorang yang lasak,

minat berlumba motor berkuasa besar dan suka mountain

climbing. Aina pulak, gadis bertangan kudung yang lemah

lembut. Macam kata ibu, gadis pingitan! Boleh ke keras

dengan lembut bersatu?

Sedar tak sedar motor buruknya sudah menjengah ke

laman To Ayah. Rumah kayu yang sudah usang tapi meriah

dengan suara anak-anak kecil belajar mengaji. Langkahnya

terhenti di situ tatkala terdengar suara merdu

mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Surah Yassin!

Biarpun ilmu agamanya cetek, tapi dia yakin itu adalah

petikan dari Surah Yassin. Lebih-lebih lagi dia selalu

mendengar ibu mengalunkannya setiap malam Jumaat.

9
SEMURNI CINTA AINA

Sedekah buat babah dan nenda yang telah pergi.

“Hang ni Usop, dah berapa kali Atok habaq tapi tak mau

dengaq! Bila huruf nun mati atau huruf baris dua bertemu

dengan huruf iqfa’ kena bunyi dengung. Awat atok tak

dengaq pun bunyi dengung hang ni!” Suara nyaring Tok

Ayah mula kedengaran.

Tegasnya masih sama macam dulu. Haikal tersengeh! Dulu

aku pun selalu kena marah dengan Tok Ayah. Selalu

terbalik antara huruf Iqfa’ dengan huruf Izhar. Yang

paling dia ingat cuma huruf Iqlab sebab hanya ada satu

huruf. Huruf Ba’. Itu je yang dia ingat dari dulu sampai

umur dah masuk 35 tahun ni!

Suara merdu itu beralun lagi. Hatinya bagai dicarik-carik

tatkala suara itu beralun. Merdunya! Kalau masuk

pertandingan menyanyi, mesti kalah Siti Norhaliza dengan

10
SEMURNI CINTA AINA

Mawi. Hehehe….

Itu ke suara Aina Nabila yang ibu selalu cakap tu ? “Hang

ni sapa?” Alamak! Bila masa pulak Tok Ayah dah

terconggok kat sini? “Assalamualaikum Tok!.Saya Haikal

anak Hajah Endon” Tangannya dihulurkan.

“Ooooooo….Hang ka Kai! Anak Endon dengan Hazmi kan?”

Haikal mengangguk laju. Ingatan Tok Ayah masih kuat

rupanya. “Kalau hang, memang atok tak boleh lupa punya.

Budak nakal yang paling susah atok nak ajaq mengaji. Hah!

Sekarang ni lagu mana? Selalu tak hang mengaji Quran?”

“Errr…Ada, ada tok! Selalu lah juga mengaji” Hehehe….

Hidup, hiduplah Tok Ayah kena tipu dengan aku!

Sembahyang pun selalu tuang, inikan pula nak membaca Al-

Quran.“Eh? Awat hang dok tercegat tang tu? Mai lah

masuk!”

11
SEMURNI CINTA AINA

“Ni hah Tok, ibu kirimkan lepat pisang” Tupperware

berwarna biru itu dihulurkan. “Terima kasih na! Lepat

pisang mak hang memang sedap.” Haikal tersengeh.

“Bila hang balik sini?”

“Dua hari lepas tok!” Tok Ayah sekadar menganggukkan

kepalanya. “Atok ni dah tua Kai. Entah esok lusa dah nak

pi. Hang jagalah Aina elok-elok na!” Hish! Aku setuju pun

belum lagi. Cara Tok Ayah cakap ni macam dah confirm

jek! Ni mesti ibu yang tolong setujukan untuk aku.

“Aina tu kesian! Cacat! Banyak yang kurang kat dia. Bila

atok dengaq mak hang habaq pasai hang nak menikah

dengan Aina, atok memang suka sangat. Lapang hati atok

kalau ada orang yang boleh tolong tengok-tengokkan dia”

Haikal terdiam.

12
SEMURNI CINTA AINA

“Aina! Aina! Bancuhkan kopi kat bakal suami hang ni. Bawak

piring sekali. Mak Endon hang ada bagi lepat pisang!”

Adoilah! Dah sahlah ni!

Sebentar kemudian, kelibat Aina muncul dengan menatang

dua cawan kopi. Hemmm…..Sedap bau kopi ni! Bau dia tak

sama macam kopi yang selalu dia minum.

“Jemputlah minum Kai! Kopi ni Aina bakar dan mesin

sendiri. Atok tak suka kopi yang kedai jual tu. Banyak

sangat benda tiruan yang ditambah. Hang cubalah! Rasa

dia mungkin tak sama dengan kopi yang hang selalu minum”

Memang dia hantu kopi. Sehari tanpa kopi dalam hidupnya,

bagaikan tidak lengkap!

Haikal minum seteguk. Dua teguk dan berteguk-teguk!

Hehehe…sedap! Memang sedap! Rasa macam nak secawan

13
SEMURNI CINTA AINA

lagi. Tapi segan pulak nak minta tambah!

“Hang nak pi mana tu Aina? Mai duduk sini sat. Sembang-

sembang dengan bakal suami hang ni.” Ujar Tok Ayah

tatkala melihat Aina yang mula mengatur langkah.

Gadis itu duduk bersimpuh di sebelahnya. Haikal mencuri

pandang dengan ekor matanya. Comel! Anak mami berkulit

kuning langsat. Tangan kudungnya disembunyikan di

sebalik kain batik sarung yang menutupi kepalanya.

“Atok nak ke dalam. Hang pa berdua sembang lah na! Tapi

jangan lama-lama sangat. Dah kahwin esok tak pa!” Haikal

tergelak kecil. Tegas-tegas Tok Ayah pun pandai juga

berlawak.

Aina Nabila masih tunduk merenung lantai. Entah apa yang

menarik sangat kat lantai tu sampai muka aku yang

14
SEMURNI CINTA AINA

handsome ni pun engkau tak nak pandang.

“Aina setuju ke nak jadi isteri abang?” Lama terdiam dia

membuka bicara. Gadis itu mengangguk perlahan. “Bukan

kerana terpaksa?” Dia menyoal lagi. Tingkah Aina masih

sama seperti tadi. Kepalanya di anggukkan lagi. Adoilah!

Macam mana nak hidup sebumbung kalau macam ni, dok

main bahasa isyarat je.

“What??? Engkau dah kahwin? Biar betul ko ni Kai?”

Haikal menjauhkan gagang telefon dari telinganya. Mak

aiii! Kuat benar mamat sekor ni menjerit. “Minah malang

mana yang jadi isteri ko tu?” Terdengar kekekkan ketawa

di hujung talian.

“Mangkuk! Amboi sedapnya mulut ko cakap kat aku ye?”

Ketawa Zamri masih bersisa. Angin tak ada, ribut pun

tidak, alih-alih dah kahwin! Sabar jelah dengan budak

15
SEMURNI CINTA AINA

Haikal ni. Penuh dengan kejutan.

“Aku bukannya apa Zam, tak sampai hati tengok ibu aku.
Dia yang beria-ria. Kesian pulak aku tengok”

“Ye ke tu? Ke ko tu yang dah gian nak kahwin. Diam-diam


je ko ni ye!” Lahabau betul budak ni! Tak habis-habis lagi
nak mengenakan aku. “Oit! Aku serius ni. Esok aku balik
KL. Tapi aku ada hal sikit nak minta tolong ko ni!”

“Minta tolong apa? Jadi pengapit ko ke? Tapi ko dah


selamat dah, malam pertama pun dah lepas kan?
Hehehe…..Nak minta tolong apa lagi?” Ceh! Memang nak
kena betul budak Zamri ni! Nasib baik dalam telefon kalau
tak dah arwah aku kerjakan.

“Hal ni cuma engkau sorang je yang tahu. Aku nak kau


rahsiakan dari semua orang. Kalau aku dengar rahsia ni
bocor, aku memang tak cari orang lain lagi dah!” Ketawa
Zamri tiba-tiba mati. “Ngapa ko ni Kai? Benda baik nak
berahsia buat apa?”

“Ah! Kau tak akan faham punya. Alah! Buat je lah apa yang
aku suruh. Lagi satu, aku ada bagi kunci rumah pada
Samad. Aku rasa mesti dia bawa balik member-member
dia lepak kat rumah aku. Kau tolong aku halau budak-
budak tu. Kunci tu kau simpan. Nanti aku cari kau!” Amboi!
Mengarah bukan main lagi. Zamri mendengus perlahan.
Apa nak buat, ikut jelah. Dia boss aku. Kang kena potong

16
SEMURNI CINTA AINA

gaji pulak!

-BAB DUA-
“Cepat sangat dah nak balik KL. Tinggallah sehari dua lagi”
Hajah Endon mula sebak. Air jernih mula bertakung di
kelopak matanya. Haikal tersenyum. Ibu dan air mata
memang tak dapat dipisahkan .”Dah lama Kai cuti ibu. Lagi
pun mesti kerja Kai kat office tu dah berlambak-lambak.”
Tangan ibunya dicium lembut.

“Jaga Aina baik-baik Kai. Dia tak biasa hidup di bandar


besar macam KL tu.. Amanah Allah ni, jagalah dengan elok.
Lagi satu, jangan lupa sembahyang.” Haikal sekadar
mengganggukkan kepalanya.

“Abang dan Aina datang dari dunia yang berbeza. Kita


berdua perlukan masa antara satu sama lain. Abang harap
Aina faham dan jangan salah sangka, abang tak bermaksud
menghina Aina. Apa pun yang berlaku, Aina tetap isteri
abang yang sah!” Teringat kembali kata-katanya sewaktu
malam pertama bersama Aina.

Rasa bersalah tetap timbul di hatinya tetapi entahlah.


Perasaannya bercampur baur. Dia masih lagi teringat
ketika Aina bersalam dan mencium tangannya sewaktu
majlis membatalkan air sembahyang tempoh hari. Sejuk!
Lembut! Tatkala tangan kudung milik Aina bersentuhan
dengan tangannya. Dia terkedu! Tangan kanan Aina hanya
sampai ke siku. Bukan dia tidak biasa melihat orang cacat

17
SEMURNI CINTA AINA

sebelum ini tetapi, memiliki seorang isteri yang cacat


adalah suatu perkara yang berbeza. Dan aku, lelaki gagah
di mata wanita, akhirnya tersungkur di kaki gadis
bertangan kudung?

**************
“Apa ni Zam? Kan aku dah suruh kau halau budak-budak ni
dari rumah aku? Kenapa dia orang masih ada kat sini?”
Suara Haikal separuh berbisik. Dia merenung motor dan
kereta yang berselerak di laman rumah teres dua tingkat
miliknya. Mesti tengah syok tengok film blue lah tu!

“Aku dah call Samad semalam. Manalah aku tahu dia orang
masih stay kat sini!” Haikal mula menggaru-garu
kepalanya. Dia menjeling sekilas pada Aina yang masih di
dalam kereta. Mati aku kalau mat-mat motor tu nampak.
Apa aku nak jawab kalau budak-budak tu tanya?

“Kau tunggu sini kejap. Tolong aku tengok-tengokkan


Aina!” Ujar Haikal sebelum melangkah masuk. Peh!
Busuknya! Haikal menutup hidungnya. Bau asap rokok dan
minuman keras bercampur-campur. Habislah kalau Aina
nampak semua ni. Pastu, lagi satu bala pulak kalau dia
pergi cerita dengan ibu. Sah! Ibu akan di serang sakit
jantung!
“Oii! Oii! Blah! Blah cepat! Dah berapa lama korang
berkubang kat rumah aku ni?” Haikal menjerit kuat. “Ala
rileks lah Kai. Macam tak biasa pulak! Selalu engkau tak
kisah pun!” Samad yang sudah lalok dengan minuman keras

18
SEMURNI CINTA AINA

bersuara malas.

“Alah! Blah je lah! Banyak pulak songeh kau! Aku penat ni!
Nak rileks sorang-sorang. Cepatlah!” Dia menepuk tubuh
Samad beberapa kali. “Oit! Nanti jap! Ni hah! Cd blue ni
kau ambik sekali.” Beberapa keping cd di campak ke arah
Samad. “Eh? Ni kau punyalah Kai! Aku tak bawa cd pun
datang sini!”

“Alah! Ambil jelah. Aku sedekah kat kau. Nanti kalau nak
tengok, tak payah susah-susah datang rumah aku lagi. Ni
hah! Satu lagi! Tin-tin minuman ni kau bawa balik sekali.
Ingat rumah aku ni tong sampah ke?” Samad terdiam.
Apahal pulak mamat ni? Selalu dia tak kisah pun!

Aina berkerut-kerut memandang ramai lelaki yang keluar


dari rumah Haikal. Sesetengah yang melintasi di
hadapannya, mengenyitkan mata. Samad yang masih
terhoyong-hayang mendapatkan motor Harley Davidson
nya. “Oooooooo… Patutlah suruh kita orang balik cepat-
cepat! Ada awek cun rupanya!” Ujar Samad tatkala
pandangannya jatuh kepada Aina. “Eh? Sejak bila kau ada
awek alim macam ni? Kau share dengan Zam ke?”

Sebuah hentakkan singgah di rusuk kiri Samad. Berkerut-


kerut wajahnya menahan sakit. “Adoi! Apa ni Kai? Aku
tersalah cakap ke?”

“Diamlah kau! Ini orang gaji aku lah! Lain kali jangan bawa

19
SEMURNI CINTA AINA

member kau tu kat sini lagi. Dah blah cepat! Kang dapat
lagi penumbuk aku pulak?” Zamri yang berada di sisinya
terdiam. Orang gaji? Dia menoleh memandang Aina di
tempat duduk belakang kereta. Tapi Gadis itu sudah
menundukkan wajahnya.

“Aku pun nak blah ni Kai. Budak-budak tu pun dah blah!


Malam esok ada race. Kalau kau free,datanglah!” Bahu
Haikal ditepuknya beberapa kali. “Thanks Zam! Esok?
Tengoklah! Aku tak janji!”

Zamri tersenyum. “Kenapa cakap orang gaji?” Dia berbisik


ke telinga Haikal. “Tu je jawapan yang ada dalam kepala
hotak aku masa tu! Aku tak ada pilihan!”

“Ada! Kau tu je yang tak nak!” Zamri bersuara sambil


tersengeh. Dia mengangkat tangan sebelum memecut laju
motornya. Haikal terdiam.

“Jomlah masuk Aina. Beg-beg tu biar kat dalam kereta


dulu. Kejap lagi abang angkat” Dia membuka pintu kereta
untuk Aina.

"Aina!" Langkah Aina terhenti. "Aina marah ke abang


cakap kat budak-budak tu yang Aina ni orang gaji abang?"
Wajah bujur sirih itu di renung tanpa berkelip.

"Tok Ayah cakap, syurga seorang isteri terletak di atas


redha seorang suami. Jika itu adalah redha abang buat

20
SEMURNI CINTA AINA

Aina, Aina terima dengan hati yang ikhlas" Haikal terkedu!


Terpana dengan bait-bait indah bicara dari bibir Aina.
Mohon ampun ibu! Haikal terpaksa!

Bau harum kopi semerbak menusuk hidungnya tatkala


memasuki rumah. Tali leher yang melengkar tengkuknya
direntap kasar. Dia tersandar keletihan di atas sofa.

2 minggu bercuti, kerja-kerja di pejabat begitu


menyesakkan. “Bersih rumah aku ni sejak ada Aina” Haikal
tersenyum-senyum. Sekurang-kurangnya suasana rumah
yang kemas dan bersih dapat me releasekan tensionnya.

“Eh? Abang dah balik? “ Aina yang berkemban keluar dari


bilik air, kelam kabut menutup badannya. Haikal tersengeh
nakal. Memang dia masuk menggunakan kunci pendua yang
ada padanya.

Muka Aina merona merah. Hendak berjalan pun dia jadi


serba salah, melihatkan Haikal yang tidak berkelip
merenungnya. Dan dia terus terpaku di situ tatkala Haikal
mula bangun menghampirinya. “Rambut Aina yang basah ni,
buat Aina nampak comel sangat!” Rambut Aina dielus
lembut. Geram pulak aku tengok!

Tok! Tok! Tok! “Kai! Kai! Bukak pintu ni cepat!” Hish! Siapa
pulak yang kacau daun memalam buta ni! Haikal mendengus
geram. “Pergi naik atas!” Aina mengangguk laju. Dia segera
berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas.

21
SEMURNI CINTA AINA

“Oit! Sabarlah! Kang pecah lak pintu rumah aku nih!”


Haikal membebel marah. Apa ni? Haikal ternganga melihat
Samad yang berlumuran darah dipapah masuk ke dalam
rumah. “Woii! Woii! Apahal lak ni?”

“Samad accident masa race motor tadi” Khairul budak


bertubuh kurus kering itu tergagap-gagap menjawab.
“Habis tu? Apasal bawa rumah aku pulak? Hantar hospital
lah bodoh!” Apasal lah bengap sangat budak-budak ni! Ni
yang buat aku angin nih!

“Kami race tadi tapi bukan kat tempat biasa.”

“Korang race kat mana?!!!” Masing-masing menikus bila


Haikal mula menengking. “Highway Sg. Besi. Pastu polis
nampak. Samad accident masa nak lari dari kena kejar
dengan polis!”

“Bawa jelah dia pergi hospital! Korang bukannya buat apa


pun, cuma lumba haram je. Bukannya jual dadah!” Haikal
mula panas. Kipas angin yang berputar ligat pun tidak
terasa sejuknya.

“Tapi…. Kai…” Kata-kata Khairul terhenti. Dia menyeluk ke


dalam poket jaket yang di pakai oleh Samad. Beberapa
bungkusan kecil dihulurkan ke arah Haikal.

Haikal terdiam. Dahinya ditepuk beberapa kali.

22
SEMURNI CINTA AINA

“Menyusahkan orang! Apasal tak mampus je tadi!” Sheila,


makwe Samad yang sejak tadi menangis, makin kuat
meraung tatkala mendengar kata-kata Haikal.

“Bak sini hand phone kau!” Khairul kelam kabut


mengeluarkan telefonnya. “Zam! Aku ni! Adik kau ada
rumah tak?” Nafasnya turun naik tatkala bercakap. “Hah
eloklah tu! Kau bawa Ziela datang rumah aku jap! Kau pun
ikut sekali. Alah! Datang jelah! Ada hal ni!” Klik! Talian
terus dimatikan.

“Nah! Ambik balik hand phone kau. Kau boleh blah


sekarang! Suruh budak-budak kau kat luar tu blah sama.
Pasal Samad ni, biar aku uruskan!” Khairul kelam kabut
mengangguk. Tidak berani membantah perintah Haikal.

“Rul! Nanti jap! Ni hah! Budak pompuan ni pun kau bawa


balik sama. Asyik menangis je! Pening kepala aku!”
Menyusahkan betul minah ni! “I tak nak balik! I nak duduk
sini dengan Samad!” Sheila meronta-ronta cuba
melepaskan cengkaman tangan Haikal. “Ish! Engkau ni nak
makan penampar aku ke? Balik!!” Jeritan Haikal bergema
ke seluruh ruang.

Aina yang baru menuruni anak tangga terhenti. Terkejut


mendengar suara pekik Haikal sejak tadi. Dia tergamam
bila semua mata tertumpu ke arahnya. “Aina! Kenapa
turun? Kan abang suruh naik atas tadi? Naik!” Panas baran
Haikal kian menjadi. Dan sekarang, tempiasnya turut

23
SEMURNI CINTA AINA

mengenai Aina.

Aina yang tergamam dengan tindakan Haikal masih kaku di


situ. Terpinga-pinga tanpa tahu apa yang berlaku. “Hish!
Perempuan memang menyusahkan!” Haikal mendengus
geram. Dia melangkah laju menghampiri Aina yang masih
tidak berganjak.

Tangan Aina diraihnya untuk di bawa ke bilik. Namun, dia


tersilap bila tangan kudung itu pula yang disentuhnya. Kali
kedua menyentuhnya, perasaannya tetap sama seperti
pertama kali dulu. Terkedu di situ! “Maafkan abang!”
Macam mana aku boleh silap pegang nih! Pelik? Panas
barannya tiba-tiba surut tatkala menyentuhnya!

-BAB TIGA-
"Kenapa abang Kai tak bawa dia ke hospital je?" Ziela yang
baru siap merawat Samad membuka bicara. Haikal
terdiam. Kepalanya digaru beberapa kali . Dia menjeling
Zamri yang berdiri di sebelahnya. Zamri sekadar
menjungkitkan bahunya beberapa kali. Tidak mahu campur
tangan atas apa yang berlaku.

Samad dan geng motornya memang perangai gila-gila sikit!


Dah banyak kali dia nasihatkan Haikal agar tidak terlalu
rapat sangat dengan budak-budak tu, tapi Haikal memang
jenis yang tak makan dek saman. Dan, inilah akibatnya!

Ziela tersenyum lembut. Faham benar dengan perangai

24
SEMURNI CINTA AINA

Haikal. Tak usah di tanya banyak kali jika soalan tidak


berjawab. Itu bermakna hal itu terlalu peribadi.

"Tak apalah! Ini ubat untuk luka. Nanti abang Kai bagi dia
makan ye! Tak ada apa yang patah cuma luka je. Tapi
pergelangan kakinya terseliuh sikit. Lepas berehat
seminggu, sembuhlah!" Seminggu? Mak aii! Lamanya aku
nak kena jaga hantu ni! Memang menyusahkan!

"Dengar kata, abang Kai dah ada orang gaji. Mana dia?
Ziela tak nampak pun!" Mata comel gadis itu mula melilau
mencari.

"Errrrrrr....." kata-kata Haikal terhenti. Zamri yang


berada di sisinya meledak ketawa. "Orang gaji dia cantik
sangat Ziela. Tu sebab lah abang Kai kau ni sorok!" Haikal
tersengeh! Kecoh je Zamri ni!

Masing-masing terdiam bila Aina tiba-tiba muncul


menatang dulang di tangannya. "Ini ke orang gaji abang
Kai tu? " Haikal serba salah. Dia menjeling sekilas wajah
Aina yang terselindung di sebalik tudungnya yang
berwarna hitam. Gadis itu tiada apa-apa reaksi cuma
senyumannya sahaja yang terus menguntum di biibir.

"Hai! Saya Ziela!" Tangannya dihulurkan kepada Aina. Aina


tergamam. Dia menoleh memandang Haikal. "Errr...Ziela...,
Aina ni cacat. Errr....Tangan dia kudung" Zamri tersentak.
Patutlah Haikal tidak mahu orang mengetahui tentang

25
SEMURNI CINTA AINA

statusnya dengan Aina. "Maafkan saya ye. Saya tak tahu"


Ziela mula serba salah. Bimbang jika perlakuannya tadi
menyinggung hati gaids itu. Aina sekadar tersenyum.
Sudah biasa begitu! Dia tidak pernah ambil kisah lagi.

Haikal yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja,

tersentak bila menyedari Aina tiba-tiba berada di

belakangnya. “Kuss semangat! Aina ni buat abang

terkejut.” Dadanya diurut beberap kali.

“Abang kerja?” Haikal mengangguk beberapa kali. “Aina

nak ikut” Hah? Kenapa pulak ni? “Aina takut duduk berdua

je dengan kawan abang tu.” Wajahnya saja sudah cukup

menggambarkan kerisauannya. Haikal tergelak. “Dia kan

tengah sakit tu.? Mana lah dia larat nak apa-apakan Aina.”

Aina terdiam. Lelaki tu tak boleh di percayai. Raut

wajahnya sahaja sudah cukup menakutkan

“Dah 3 hari abang cuti semata-mata nak tolong jaga

mangkuk ayun sekor tu. Hari ni abang mesti kena kerja.

26
SEMURNI CINTA AINA

Aina call je abang kalau ada apa-apa ok!” Briefcase hitam

di atas katil dicapainya tanpa menghiraukan Aina yang

sedang gusar.

Dia menuruni anak tangga ke ruang tamu. Sebelum

melangkah keluar, pintu bilik Samad dikuaknya. Lelaki itu

masih nyenyak tidur. “Oiii! Bangunlah!” Tubuh Samad

digoncangnya beberapa kali. Terpisat-pisat dia bangun.

Sesekali dia menyeringai menahan sakit yang masih

bersisa. “Aku nak pergi kerja nih! Kau tu duduk rumah

diam-diam. Jangan nak buat tak senonoh dengan Aina

pulak! Kalau aku dapat tahu, nahas kau aku kerjakan!”

Samad mengangguk laju. Tengah sakit ni! Tak kan nak

kacau orang lak!

Aina resah di dapur. Sesekali dia menjeling pintu bilik

tempat Samad berada. Kenapa lah lambat sangat masa

berjalan. Cepatlah Haikal balik. Dia benar-benar takut!

27
SEMURNI CINTA AINA

Berderau darah Aina. Bagaikan tersirap naik ke muka

tatkala terdengar bunyi ketukkan di muka pintu. Baru

tengah hari, tak mungkin Haikal sudah balik. Dia hanya

mendiamkan diri., mengharapkan agar bunyi itu akan

berhenti sendirinya. Namun ketukkan itu terus bertalu-

talu berbunyi.

“Hish! Sapa yang bodoh sangat tu!” Samad tiba-tiba

keluar dari biliknya. Terjengket-jengket dia menuju ke

muka pintu. “Hah! Kau rupanya Mail! Macam nak runtuh

pintu ni kau kerjakan!” Mail yang tersembul di pintu

sekadar tersengeh..

Punggungnya dihenyak kasar di atas sofa. “Sheila call aku.

Dia cakap kau accident. Gila kau! Apasal tak gi hospital?”

Asap rokoknya dihembus perlahan-lahan. “Kita orang race

bukan kat tempat biasa!”

28
SEMURNI CINTA AINA

“Apasal lak?” Wajah Mail mula berkerut. “Kai tak ada

malam tu! Malas lah pergi kat sana. Kau pun tahu kan? Kai

tu “kepala” , kalau dia tak ada, budak-budak ni malas nak

pergi sana. Dah lah jauh lak tempat tu!” Rokok ditangan

Mail dicapainya, disedut dalam-dalam. Ketagih beb! Dekat

seminggu tak hisap rokok. Si Haikal tu kedekut siot!

Rokok sebatang pun berkira!

“Kai tak ada? Uiks? Pelik seh!Apahal lak mamat tu tak

pergi. Selalunya tak pernah miss!” Wajah Samad yang

tengah asyik menyedut asap itu direnung lama. Samad

menjungkitkan bahunya. “Entah! Buang tebiat kot mamat

tu! Sekarang ni hah! Dah ada orang gaji pulak dah. Entah

budak cacat mana yang dia kutip! Tapi comel siot! Anak

mami beb!” Ayat yang terakhir itu separuh berbisik

bunyinya. Ketawa Mail dan Samad meledak kuat.

29
SEMURNI CINTA AINA

Aina yang berada di dapur makin kecut dibuatnya. Tawa

mereka yang menjadi-jadi makin menambah rasa takut

yang mencengkam hatinya sejak tadi.

“Aku tahu kau mesti tengah boring gilanya. Ni hah! Aku

ada bawa cd baru.” Sekeping cd dilemparkan ke arah

Samad. “Wuiyoo! Seksi gila!” Kedua-duanya makin galak

ketawa.

Sejam berlalu, mereka masih asyik melayan film blue di

kaca tv. Sesekali mereka bertepuk tampar sesama sendiri.

“Aku tak leh tahan lah Samad! Kalau aku “main-main” sikit

dengan orang gaji Kai tu, ok tak?” Matanya dikenyit

beberapa kali.

“Kau jangan Mail! Aku ni hah! Pagi-pagi lagi dah kena

warning dek Kai. Aku tak berani beb!” Samad mengangkat

tangannya tinggi-tinggi. Mail mengekek gelak. Nama je

30
SEMURNI CINTA AINA

anak jantan tapi baru sekali kena gertak dah takut!.

“Dia warning kat kau, bukannya aku! Dan kalau mulut

engkau tu duduk diam,Kai tak akan tahu punya!” Mail mula

bangun. Matanya melilau mencari kelibat Aina. “Oit!

Janganlah Mail! Kang tak pasal-pasal aku pulak yang kena!”

Samad mula resah. Si Mail ni memang otak sewel. Selalu

sangat buat benda yang bukan-bukan!

Hampir terlepas cawan di tangan Aina bila melihat kelibat

lelaki yang tiba-tiba muncul di depannya. Aina berundur

perlahan-lahan. Mail tersenyum nakal. Matanya meleret

memandang tubuh Aina tanpa berkelip. Budak ni mesti tak

pernah kena usik!

-BAB EMPAT-

Haikal yang sedang leka mengadap skrin komputernya,

tersentak. Deringan telefon di mejanya dibiarkan lama

31
SEMURNI CINTA AINA

sebelum menjawab. “Assalamualaikun Kai! Ibu ni!” Suara

Hajah Endon kedengaran sayup di hujung talian.

“Waalaikumsalam ibu. Lamanya tak dengar suara ibu,

rindunya Kai!” Dia tersengeh. Lapang hatinya setiap kali

mendengar suara ibu.

“Ye lah tu! Patutnya Kai yang telefon ibu bertanya

khabar!” Haikal ketawa kecil. Ibu ni, belum apa-apa dah

serang aku!

“Aina macam mana? Semalam Tok Ayah tanyakan pasal

Aina. Dia rindukan cucunya tu agaknya. Hujung minggu ni

baliklah kampung. Mungkin Aina pun rindukan atok dia”

Haikal terdiam. Macam mana nak balik? Kerja kat office

ni berlambak-lambak belum siap!

“Tengoklah dulu ibu. Kai tak janji. Errr…kenapa ibu tak

32
SEMURNI CINTA AINA

call kat rumah Kai ? Bolehlah ibu bertanya khabar sendiri

dengan Aina”

“Asyik engaged je dari tadi! Dah puas ibu cuba call tadi.

Ke telefon kamu tu yang rosak?” Engaged? Rosak? Tak

mungkin! Pagi tadi rasanya masih elok! Hatinya mula

terasa tidak sedap.

Dia bingkas bangun. “Kathy! I half day hari ni.”

Setiausahanya yang berambut perang itu memandang

hairan. “But U ada meeting kejap lagi Kai!” Langkah Haikal

terhenti.

“Cancel kan saja. Animation untuk iklan baju tu dah siap

ke?”

“Yusri yang buat. Cuma tinggal untuk final touch je.

Rasanya by tomorrow morning can submit” Haikal

33
SEMURNI CINTA AINA

mengangguk laju sebelum melangkah pergi.

Mujur juga dia tidak membawa keretanya ke tempat

kerja. Motor TZM nya lebih senang bergerak di celah-

celah kesesakkan lalu lintas.

*****************

Gedegammmmmm!!!!! Samad hampir melompat bangun,

hinggakan terlupa kakinya yang sedang sakit. Dia

tergamam di situ tatkala melihat kelibat Haikal di muka

pintu. Adoi! Kantoi! Matilah aku kali nih!

“Motor sapa kat luar tu? Aina mana?!!!!” Haikal mula

menyinga. “Errr…..Motor…..Mail. Aina…..ada kat atas. Mail

dah usung dia masuk bilik” Terketar-ketar Samad

menjawab. Haikal tersentak. Helmet hitamnya dibaling ke

lantai sebelum berlari laju menaiki anak tangga ke tingkat

atas.

34
SEMURNI CINTA AINA

“Celaka!” Haikal menjerit geram. Sebuah penumbuk

hinggap di perut Mail. Lelaki itu tersungkur ke lantai. “Apa

ni Kai? Rilek lah!” Mail menekan perutnya menahan sakit.

“Apa yang kau dah buat dengan dia hah?” Ya Allah Aina!

Dada Haikal bergetar tatkala melihat Aina yang sudah

terkulai layu.

"Alah! Minah ni lembik sangat! Aku belum buat apa-apa

lagi dah pengsan!" Haikal mendengus geram.

Mail tergelak melihat tingkah Haikal. "Engkau ni kenapa

Kai? Macam tak biasa pulak!"

"Setan! Apa yang tak biasa ?!!!! Aku usik pun tidak

perempuan ni, kau pulak yang lebih-lebih!" Sebuah lagi

penumbuk hinggap di perut Mail. Lelaki itu mengerang

kesakitan

35
SEMURNI CINTA AINA

“Kau tu yang bodoh Kai! Ikan besar depan mata pun kau

tak nak makan. Kau nak biarkan sampai busuk ke?” Mail

bersuara geram. Kesabarannya mula hilang.

“Celaka kau Mail!!!!!!” Lampu meja di sebelah katil

dicapainya. Mail segera berlari keluar sebelum sempat

Haikal membalingnya. Pecah berderai lampu itu tatkala

jatuh terhempas ke lantai.

Kedengaran bunyi ngauman motor Mail berdesup keluar ke

jalan raya. Huh! Tahu pun kau takut!

Samad membetulkan duduknya. Pandangan tajam Haikal

begitu menakutkan. Macam singa kelaparan. “Aku nak kau

blah sekarang! Call awek kau suruh ambil! Tak kenang budi

langsung!” Samad terkebil-kebil.

36
SEMURNI CINTA AINA

“Apa lagi yang tercegat tu? Aku nak naik atas sekarang.

Bila aku turun, aku nak kau hilang! Kalau aku tengok

engkau masih ada sini, mati kau aku kerjakan!!!” Samad

bingkas bangun. Terjengket-jengket menuju ke biliknya.

Sial kau Mail! Tak pasal-pasal aku yang kena!

-BAB LIMA-

Haikal menekur di tepi katil. Aina masih pengsan. Hendak

menelefon Ziela agar ke mari, dia serba salah. Nanti apa

kata Ziela? Lebih-lebih lagi kalau Zamri pun dapat tahu.

Wajah comel itu direnung lama. "Tok amanahkan Aina

pada Kai. Jaga dia elok-elok macam menjaga nyawa

sendiri. Isteri letaknya di hati bukan di kaki." Tergiang-

giang kata-kata Tok Ayah di telinganya.

Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Pandangan jatuh

pada tangan kudung milik Aina. Perlahan-lahan dia

37
SEMURNI CINTA AINA

menyentuhnya. Tangan kudung itu lembut bagaikan tidak

bertulang. Hujungnya bulat membentuk bagaikan siku.

Matanya jatuh pada kesan melecet pada hujung tangan

itu. Mesti kesan itu dia dapat kerana bergelut dengan

Mail agaknya.

Haikal meraup wajahnya perlahan-lahan. “Kau tu yang

bodoh Kai! Ikan besar depan mata pun kau tak nak makan.

Kau nak biarkan sampai busuk ke?” Kata-kata Mail pula

bermain-main di telinganya. Tubuh Aina dipandang lama.

Dia lelaki. Bernafsu! Apatah lagi Aina adalah isterinya

yang sah. Tetapi, setiap kali dia cuba mendekati gadis itu,

perasaannya bercampur baur.

Aina terlalu naif!

Haikal tersentak. Terdengar sayup-sayup alunan bacaan


ayat-ayat suci Al-Quan berkumandang. Matanya digosok
beberapa kali. Mana Aina? Bacaan ayat-ayat suci itu
berkumandang lagi. Tetapi kali ini lebih dekat bunyinya.

Dia sebak! Sebak mendengar suara merdu Aina

38
SEMURNI CINTA AINA

mengalunkan bacaan itu atau mungkin sebak kerana semua


itu telah lama dia tinggalkan. Dan, dadanya kian sebak
tatkala melihat Aina tiba-tiba sujud semula di atas
sejadah. Kedengaran esak tangis gadis itu memecah
keheningan subuh.

Aku kah yang bersalah? Hinggakan gadis tabah itu


mengalirkan air matanya. Atau, aku kah yang kejam?
Meletakkan status mulia seorang isteri di hujung kaki
aku? Haikal kembali memejamkan matanya. Berpura-pura
masih tidur bila menyedari langkah Aina menghampirinya.

Hatinya tersentuh tatkala tangan Aina membelai lembut


ubun-ubun kepalanya. Jiwanya bagaikan tersentap tatkala
ciuman hangat Aina singgah di dahinya. Haikal terkedu! Ya
Allah, ampunilah aku! Baru dia perasan, setiap pagi bila dia
bangun, badannya akan dilitupi dengan selimut. Selama ini,
dia memang tidak pernah tidur menggunakan selimut.
Lebih selesa tanpa selimut dan tidak berbaju. Mungkin
Aina yang menyelimutinya setiap hari dan mungkin juga
Aina akan membelai ubun-ubun kepalanya dan
menghadiahkan sebuah ciuman setiap pagi. Aku je yang
tidak sedar, atau pura-pura tidak sedar. Aduhai hati!
Akan goyah kah ego ku nanti?

Puas sudah dia cuba memejamkan matanya. Memaksa


untuk kembali menyambung tidur, namun matanya makin
kuat bersengkang. Ah! Bangunlah! Sudah lama subuh tidak
ku sapa, sudah lama sejadah tidak ku cium. Haikal bingkas

39
SEMURNI CINTA AINA

bangun.

Bau harum kopi yang dibakar menggamitnya untuk turun


ke bawah. “Abang dah bangun. Awalnya?” Wajah itu
nampak pucat. “Aina sakit ke? Pucat je muka abang
tengok” Tangannya sudah menjamah ke dahi Aina. Panas!
Demam terkejut agaknya? "Aina demam ni! Abang bawa
pergi klinik ye”

“Sikit je ni. Lepas makan panadol nanti, mungkin panas ni


akan surut” Aina tersenyum lembut namun masih gagal
menyembunyikan wajahnya yang kian pucat. “Abang
pergilah kerja. Tak payah risaukan Aina. Insya-Allah tak
ada apa-apa” Haikal terdiam. Kata-katanya mati. Tak reti
hendak memujuk. Bab pujuk memujuk ni dia memang selalu
fail!

Haikal yang baru selangkah menaiki anak tangga


tergamam! Bunyi benda jatuh di dapur mematikan
langkahnya. “Ya Allah! Aina!” Tubuh Aina yang sudah
terkulai di pangkunya. Digoncang-goncangnya beberapa
kali. Tangannya terasa berkuap akibat bahang panas badan
Aina yang kian memuncak.

Kelam kabut Haikal dibuatnya. Tubuh Aina dicepung ke


dalam kereta. “Alamak! Kunci kereta aku mana pulak ni?
Adoi! Time-time ni pulak dia nak hilang!” Dia mendengus
geram. Habis bersepah barang-barang dipunggahnya.
Nasib baik jumpa, kalau tak, mahunya tunggang langgang

40
SEMURNI CINTA AINA

rumah ini dikerjakannya.

Keretanya dipecut laju. Meskipun masih awal pagi,


kenderaan sudah mula bersesak memenuhi jalan raya.
“Hampeh! Jam pulak!” Puas di honnya kereta di depan agar
dia diberi laluan, namun sia-sia. Masing-masing mengejar
masa dan eggan beralah.

Sepatutnya kurang setengah jam dia sudah boleh sampai


di hospital. Tubuh Aina dicepungnya memasuki
perkarangan hospital. Tidak dihiraukan mata-mata yang
hairan merenungnya.

"Ziela! Ziela! Tolong abang!" Mujur dia ternampak kelibat


Ziela, kalau tidak masanya banyak terbuang di kaunter
pendaftaran. "Eh? Abang Kai? Kenapa ni?" Wajah Ziela
berkerut. "Aina tiba-tiba pengsan!"

"Panas sangat badan dia ni. Bawa dia masuk bilik Aina!"
Haikal mengangguk laju. Kelam kabut dia mendukung Aina
ke dalam bilik.

Dia memeluk tubuh memerhatikan tingkah Ziela. Sesekali


kerutan di wajah Ziela mengundang resahnya. Teruk
sangat ke keadaan Aina? "Dia cuma demam tapi suhu
badan dia terlalu tinggi. Ziela akan cuba kurangkan panas
badan dia sekejap sebelum abang Kai bawa dia pulang."
Haikal sekadar mengangguk. Buatlah apa saja Ziela! Aku
tak peduli asalkan Aina selamat!

41
SEMURNI CINTA AINA

"Eh? Abang buat apa berdiri kat sini? Ziela nak buka baju
Aina ni, tak kan abang Kai nak tengok kot?"
Hehehe....Haikal tersengeh. Kepalanya digaru beberapa
kali. "Sorry! Abang tunggu kat luar." Ziela tersenyum
menguntum. Lelaki gagah ini sering mengundang
senyumnya.

Setengah jam menanti, Haikal kian resah. Dan, dia kian


pelik bila banyak mata yang menjelingnya sejak tadi. Apa
yang tak kena? "Macam mana Ziela?" Haikal terus meluru
sebaik terlihat kelibat Ziela. Gadis itu ketawa kecil.
"Abang Kai ni, risau sangat! Macam lah Aina tu isteri
abang!" Adoi! Memang dia isteri aku pun!

"Nah! Ambil ni! Ziela pinjamkan pada abang" Sehelai jaket


hitam dihulurkan kepada Haikal. Kening Haikal berkerut.
Apahal lak ni? "Tu lah abang! Kelam kabut sangat, sampai
baju pun terlupa nak pakai!" Laaaaaa! Patutlah semua
orang dok perhatikan aku sejak tadi. "Alamak Ziela! Abang
tak perasan lah. Nak cepat sangat tadi" Ketawa Haikal
meledak. Baru dia perasan, dia hanya memakai jeans lusuh
tanpa baju.Adoi! Macam manalah aku boleh terlupa? Ziela
ketawa mengekek. "Nasib baik body abang solid! Tu yang
orang dok pandang tu. Kalau tak dengan Ziela sekali pun
lari!" Ketawa gadis tadi masih bersisa.

"Aina macam mana?" Soalannya diulang kembali. "Tunggu


sekejap lagi. Abang Kai ni kenapa? Nak bawa Aina balik

42
SEMURNI CINTA AINA

cepat-cepat sangat kenapa? Tak kan sehari tak minum


kopi yang Aina buat dah tak senang duduk kot?" Haikal
tergelak.

"Jom kita pergi minum dulu. Ziela belanja abang" Haikal


serba salah. Tak kan nak dibiarkan Aina kat situ sorang-
sorang. "Tak apalah Ziela. Abang nak tunggu Aina. Lagipun
jaket yang Ziela bagi ni tak muat untuk abang. Malaslah
abang nak ke hulu ke hilir dengan badan tak berbaju ni!"

"Hemmmm.....Kalau macam tu tak apalah. Tapi janji lain


kali abang mesti belanja Ziela minum" Haikal mengangkat
tangannya tinggi-tinggi tanda janji yang telah
dipersetujui. “Jom lah kita masuk dalam! Nanti ada orang
yang tak lena tidur bila tengok abang Kai yang tak berbaju
ni!” Adoi! Sabar jelah minah ni! Asyik kenakan aku je dari
tadi!

******************

“Oit! Mangkuk! Akulah ni!” Hampeh punya member! Sedap-


sedap je panggi aku mangkuk! “Engkau ni tak reti nak bagi
salam ke Zam?” Kedengaran tawa Zamri di hujung talian.
“Amboi sejak bila dah jadi alim ni? Hahaha…Alim taik
kucing!” Sabar! Sabar! Haikal mengetap bibirnya beberapa
kali. “Hah! Kau nak apa ni? Aku busy ni, kejap lagi ada
meeting”

“Sorry lerr Kai! Aku gurau je. Ziela beritahu aku kelmarin,

43
SEMURNI CINTA AINA

dia kata Aina pengsan. Macam mana sekarang?” Haikal


terdiam. Pen di jarinya dipusing beberapa kali.

“Dah ok dah. Demam panas hari tu. Tetiba je demam.


Terkejut aku dibuatnya!” Ketawa Zamri pecah lagi.
“Sayang juga kau kat dia yek? Risau punya pasal sampai
baju pun kau tak pakai yek?” Adoi! Budak Ziela ni, benda
tu pun dia pergi cerita kat mamat ni! Haikal tersengeh.

“Engkau ni Zam, call aku sebab nak tanya pasal Aina ke


sebab nak mengenakan aku?” Hahaha…Ketawa Zamri makin
kuat. Sial betul mamat ni! Kalau pasal gelakkan orang ,
nombor satu!

"Kai! Engaku nak join kita orang tak?"

"Join apa lak ni?"

“Budak-budak ni nak buat konvoi. Tapi tak tahu nak gi


mana. Kan ke minggu depan tahun baru cina. Cuti lama beb!
Tak kan nak lepak kat rumah je!” Haikal terdiam. Konvoi?
Memang dia suka sangat tapi dulu boleh lah, sekarang ni,
susah lah sikit! Aina tu aku nak letak mana? Mustahil dia
nak bertenggek atas TZM aku tuh!

“Aku rasa cam tak dapat join lerr…”

“Eh? Apasal pulak? Budak-budak tu semuanya nak pergi.


Tengah tunggu kau je! Kalau kau on mesti dia orang pun on

44
SEMURNI CINTA AINA

sama!” Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. “Aina macam


mana?” Soalnya perlahan. Zamri terbatuk-batuk kecil. Ye
tak ye kan? Lupa pulak yang mamat ni dah kahwin. “Bawak
je lah! “

“Gila kau! Aina bukannya cam awek-awek aku yang dulu.


Belum ajak dah bertenggek atas motor aku!” Biar betul
budak Zamri ni! Mati hidup balik pun belum tentu Aina tu
nak ikut sekali. "Zam, lain kalilah kita bincang. Aku dah
nak masuk meeting ni."

"Ok! Ok! But make sure kau join tau! Ziela tu beria-ria nak
kau pergi sama. Lagi pun aku tak boleh tahan tengok muka
seposen budak-budak tu kalau kau tak pergi!" Haikal
tergelak kecil. Pandai jelah kau Zam!

Aina yang baru selesai memasak kelam kabut ke ruang

tamu tatkala pintu diketuk kuat. Haikal ke? Selalunya dia

memberi salam. Dia serba salah di muka pintu. Takut

peristiwa dulu berulang kembali. Pintu diketuk lagi. Aina

kian resah.

“Errr….. Nak cari siapa?” Soal Aina takut-takut. Daun

pintu dikuaknya cuma sedikit. “Kak long, kami dah janji

45
SEMURNI CINTA AINA

dengan Kai. Dia suruh kami lepak sini jap sementara

tunggu dia sampai” Lelaki berambut panjang itu tersengeh

memandangnya. Betul ke? Aina masih teragak-agak.

Masing-masing menoleh ke jalan tatkala deruman enjin

TZM milik Haikal menjengah masuk. Aina menarik nafas

lega. “Aina ! Bagi dia orang masuk!” Jerit Haikal kuat. Aina

mengangguk laju.

“Zam mana?” Soal Haikal. Dia melabuhkan punggungnya di

sisi Khairul. “Kejap lagi sampai lah tu!” Haikal sekadar

mengangguk. “Macam mana Kai?”

“Apa yang macam mana?” Nafasnya dilepaskan keras.

“Zam tak citer kat kau ke? Pasal nak konvoi tu lerrr”

Haikal terdiam. Matanya melirik pada beberapa tin

minuman di atas meja. “Sapa yang bawak ni!!!!” Tungkah

Haikal keras. Khairul terdiam. Habislah! Mamat ni dah

start mengamuk! “Sorry lah Kai! Aku lupalah!” Tin minuman

46
SEMURNI CINTA AINA

itu segera disimpannya kembali. Haikal bingkas bangun.

“Korang duduk lah kejap! Aku nak mandi! Nanti bila Zam

datang baru bincanglah!” Masing-masing mengangguk laju.

Tengah angin tu! Ikut jelah! Kang tak pasal-pasal kena!

“Aina buat apa?” Soal Haikal sebaik menjengah ke dapur.

“Buat air untuk kawan abang” Haikal tergelak kecil. Baik

sangat budak nih! “Tak payah! Pandai-pandai dia oranglah

kalau nak minum!” Aina terdiam. Tangannya tadi yang ligat

mengacau air, terhenti.

“Abang bukannya marahkan Aina” Haikal bersuara lembut

tatkala terlihat riak di wajah Aina berubah. “Banyak

benda dalam hidup abang yang Aina tak akan faham. Dan

kalau boleh, abang tak ingin Aina faham”

“Oit! Bercenkarama kat dapur ke?” Jerit Zamri kuat!

Entah bila masa mamat ni sampai entah! Suka sangat

47
SEMURNI CINTA AINA

kacau daun! Haikal mendengus geram. “Sabar je lah aku

dengan kau nih! Bila kau sampai?” Zamri tersengeh. Kopi

yang sudah dibancuh oleh Aina, dietguk rakus.

Hemmm….Sedap!

“Orang tengah sibuk bercinta! Mana nak sedar bila aku

datang!” Sebuah penangan singgah di rusuk kiri Zamri.

Terbatuk-batuk kawan tu dibuatnya. Aina menggigit bibir

beberapa kali. Terkejut melihat cara mereka bergurau.

“Aina naik atas! Jangan turun bawah selagi abang tak

panggil!” Arahan Haikal agak keras bunyinya. Zamri yang

berdiri di sisinya sekadar tersenyum. Hairan dengan sikap

Haikal. Mengapa dia melayan Aina sebegitu? Atau kerana

keadaan Aina yang tidak sempurna? Jika tidak suka,

mengapa dikahwini gadis itu?

“Tak baik kau buat kat Aina macam tu Kai! Kesian aku

48
SEMURNI CINTA AINA

nengok!” Ah! Sejak bila pula budak ni jadi penceramah

bebas ni! “Kenapa? Kau suka ke? Kalau kau nak, ambillah!”

Haikal mula kurang senang. Sesekali menegur, memang

pedas juga penangan Si Zamri ni!

“Dah jadi bini kau! Tak kan aku nak ambil pulak!” Tahu tak

apa! Haikal melangkah ke ruang tamu meninggalkan Zamri

sendirian. Huh! Tak boleh ditegur langsung!

Haikal menghenyak punggugnya di sofa. Puntung rokok di

jarinya, disedut dalam-dalam. “Macam mana Kai? Zam dah

datang tu! Jadi ke tak?” Khairul menggaru-garu kepalanya.

Apa punya lambat nak buat keputusan daaa… “Aku ikut

korang jelah! Nak pergi mana-mana pun boleh!” Haikal

akhirnya bersuara. Pergi mampuslah dengan Aina! Entah

mengapa, teguran Zamri tadi menaikkan rasa marahnya.

Tetapi, mengapa Aina pula yang menjadi mangsa? Gadis itu

tiada sebarang kesalahan walau sekelumit pun!

49
SEMURNI CINTA AINA

Khairul tersengeh. Akhirnya! “Aku ingat nak gi Lentang.

Kita berkhemah semalam dua kat sana!” Zamri tergelak.

“Lentang? Dekatnya! Carilah jauh sikit, cuti lama beb!”

Khairul tersengeh. Kata ikut je nak pergi mana ! Bila aku

bagi cadangan, bangkang pulak! Tak faham seh !

“Susah-susah gi kampung kaulah Kai! Boleh jugak makan

buah! Kan ke mak engkau ada kebun” Haikal tersedak!

Terbatuk-batuk mendengar cadangan Zamri. “Gila kau

Zam! Tak de tempat lain lagi ke kat Malaysia ni! Kampung

aku jugak yang korang nak pergi!” Zamri mengekek

ketawa. “Habis tu, susah sangat tak tahu mana nak pergi!”

Haikal mengetap bibir menahan geram. Tak habis-habis

lagi nak kenakan aku! Minuman Carlsberg di dalam plastik

direntapnya kasar. Berdeguk-deguk bunyinya setiap kali

dia menelan. Zamri dan Khairul berpandangan sesama

sendiri.

50
SEMURNI CINTA AINA

Apa kena mamat ni? Tadi dia yang beria-ria marah aku!

Khairul mula menggaru-garu kepalanya. Zamri merentap

kasar tin minuman di tangan Haikal. “Apahal ni Kai? Kau

kata dah stop minum, apasal minum balik ni!”

“Korang peduli apa!” Haikal mula menyinga. Khairul segera

angkat punggung. “Zam aku blah dulu. Bab ni aku tak nak

masuk campur!” Khairul menggoyangkan tangannya

beberapa kali. “Oit! Jom gang, kita blah. Angin ribut dah

start tuh!” Masing-masing faham dengan maksud Khairul.

Semua mula bergerak keluar.

“Kau ni kenapa Kai? Tetiba je angin? Kau marah aku pasal

Aina tadi ke?” Tubuh Haikal digoncang beberapa kali.

Haikal hanya mendiamkan diri. Minuman itu sudah 3 tin

habis diteguknya. Tubuh Haikal digoncangnya sekali lagi

“Kai! Say something!”

51
SEMURNI CINTA AINA

“Ah! Sudahlah! Blah lah Zam! Aku malas nak cakap dengan

kau!” Haikal menjerit kuat. Zamri tersentak. Kenapa ni?

Tak kan tegur sikit dah melatah? Haikal makin galak

meneguk minuman itu. Lepas satu tin ke satu tin. “Kai!

Sudah lah tu. Yang kau angin sangat ni kenapa? Rileks ok!”

Dia menepuk bahu Haikal beberapa kali. Berusaha

menenangkan Haikal.

Haikal menepis kasar tangan Zamri. “Kalau kau nak aku

rileks, baik kau blah! Selagi kau ada sini, makin teruk

angin aku nanti!” Zamri terdiam. Perlahan-lahan dia bangun

meninggalkan Haikal yang kian galak dengan minuman

keras tersebut.

Haikal terhoyong-hayang menaiki anak tangga. Tin-tin

mnuman itu dibiarkannya bersepah-sepah di ruang tamu.

Gedegammmm!!!!! Aina yang baru selesai menunaikan solat

52
SEMURNI CINTA AINA

isya’ tersentak. Pandangan Haikal yang merenungnya agak

menakutkan. “Abang, kenapa ni?” Soal Aina lembut. Cuba

berlagak biasa biar pun kecut melihat perubahan tingkah

Haikal.

“Adakah abang lelaki dayus? Atau ego abang yang

menjulang tinggi?” Aina tersentak. Haikal tiba-tiba

memeluknya erat. Bau hamis minuman keras menusuk

hidungnya.

“Abang, kenapa ni?” Aina mengulangi soalannya. Dia sedaya

upaya menolak tubuh Haikal yang jatuh menghempapnya.

“Aina…..Kejam sangat kah abang? Teruk sangat kah

tindakan abang terhadap Aina?” Wajah Aina dipegang

erat. Aina kian sesak. Kenapa dengan Haikal ? “Abang……”

Kata-kata Aina mati tatkala bibirnya dicium rakus oleh

Haikal.

53
SEMURNI CINTA AINA

Haikal terus asyik, melaksanakan tanggung jawab yang

sepatutnya dia lakukan pada malam pertama dahulu. Dalam

keadaan yang tidak sedar. Dalam keadaan yang dia tidak

sangka. Dan tanpa Haikal sedari, air mata Aina

berlinangan. Sedih! Haikal bermesra dengannya dalam

keterpaksaan. Sedih! Haikal menghampirinya dalam

keadaan tidak sedar. Bagai mana bila dia sedar nanti ?

Akan pandang kah dia pada gadis bertangan kudung ni? Ya

Allah! Andai ini redhanya padaku, andai ini memberi

kebahagiaan padanya, maka, aku redha! Gadis itu terus

menangis!

Haikal membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran

matahari yang mencuri masuk di celah-celah langsir,

menyilaukan pandangannya. “Aduh!” Haikal menyeringai

menahan rasa sakit di kepalanya yang masih bersisa.

Mesti banyak aku minum malam tadi!

54
SEMURNI CINTA AINA

Apa aku buat kat sini? Matanya melilau memerhati sekitar

bilik. Ini bilik Aina! Haikal termenung panjang.

Pandangannya jatuh di atas tilam tempat dia berbaring.

Kerutan cadar dan bantal yang bergelimpangan,

mengundang tanda tanya di wajahnya. “Apa yang aku dah

buat pada Aina?” Haikal berbisik sendirian. Dia bagaikan

sudah dapat mengagak apa yang berlaku namun jauh di

sudut hatinya berdoa, bukan itu yang terjadi!

Pukul 11 pagi? Lewatnya aku bangun. Mujur juga hari ini

dia sememangnya tidak bekerja. Haikal melangkah longlai

menuruni anak tangga. Terasa lemah seluruh badannya.

“Ya Allah! Baru bangun ke tuan putera ni?” Haikal

tergamam. Adoi! Bila masa ibu datang ni? Tok Ayah pun

ada?

“Ibu? Eh? Bila sampai?” Hajah Endon mendengus geram.

Mesti budak ni dah lupa! Dah banyak kali dia menelefon

55
SEMURNI CINTA AINA

mengingatkan tentang kedatangannya ke sini. “Bila

sampai? Bukan ke sepatutnya Kai datang jemput ibu kat

pudu raya? Mujur juga ibu dan Tok Ayah menumpang

kereta Si Razak yang kebetulan nak datang ke KL. Kalau

tidak, sampai berjanggutlah ibu menunggu!” Haikal

tersengeh. Kepalanya di garu beberapa kali. Sakit kepala

pun masih belum hilang, ibu dah serang aku! Adoilah!

Makin bertambah beratlah kepala aku nih!

“Muka pun masih belum berbasuh! Ni mesti sembahyang

Subuh pun dah terbabas!” Kena lagi! Sabar jelah! To Ayah

yang duduk di sofa hanya menguntum senyum. “Bila ibu nak

balik?” Soal Haikal. Punggungnya dilabuhkan disisi Hajah

Endon. “Aik? Baru je ibu sampai dah tanya bila nak balik.”

Haikal tergelak. Tak habis-habis lagi ibu ni!

“Kami singgah sat je Kai. Sat lagi si Razak tu mai sini

jemput tok dengan mak hang. Atok tak boleh nak dok

56
SEMURNI CINTA AINA

lama-lama kat sini, budak-budak tu nak belajaq mengaji.”

Lama terdiam, Tok Ayah bersuara.

“Hang pa berdua lagu mana la ni ?” Haikal terdiam. Macam

mana nak jawab? “Errrr…..Kami berdua elok je Tok!

Bahagia. Alhamdulillah!” Bahagia? Adoi! Menipu lagi aku

dengan Tok Ayah. Hajah Endon tersenyum. Eloklah kalau

macam tu! “Aina sakit ke Kai? Pucat je muka dia! Tak bawa

Aina jumpa doctor ke? Manalah tahu kot-kot pucat tu

pucat ‘berisi’ pulak!” Haikal tersengeh. Amboi ibu! Dah tak

sabar nak menimang cucu nampak! Aku jugak yang teruk!

Aina muncul menatang minuman. Haikal segera melarikan

pandangannya. Entah apa perasaannya saat itu! Malu ke

aku dengan Aina setelah apa yang berlaku malam tadi?

Entah apa anggapan Aina pada aku agaknya? Ah!

Lantaklah! Peduli apa aku!

57
SEMURNI CINTA AINA

“Kai! Kai!” Semua mata terarah ke muka pintu. Samad!

Hampeh! Apa pulak mangkuk tu buat kat sini? Kelam kabut

Haikal bangun. “Engkau nak apa nih!” Tubuh Samad

ditolaknya kasar. Samad tersengeh. “Orang tua aku ada

kat dalam! Kau nak apa nih? Cepatlah cakap! Yang ko dok

tersengeh tu apa hal?” Angin je aku dengan mangkuk nih!

Kalau setakat nak tunjuk gigi engkau yang rongak tu baik

tak yah! “Errrr…… Kita ada masalah besar Kai!” Masalah

besar? Muka ko tu cam tak de masalah je! Sengeh

memanjang! “Apa halnya?”

“Pasal Mail! Dia berdendam dengan kau sejak hari tu!

Semalam, habis budak-budak kita dikerjakannya. Tempat

yang kita selalu race tu, rosak teruk! Entah apa entah

yang dia buat!” Termengah-mengah Samad bersuara.

Teruk betul Kai ni! Tak nak pelawa aku masuk ke? Dah

penat aku berdiri nih! Bau harum kopi menggamit-gamit

hidungnya.

58
SEMURNI CINTA AINA

Haikal terdiam. Apa lagilah Si Mail tu, tak habis-habis lagi

ke? “Sapa tu Kai? Awat tak suruh dia masuk!” Kedua-

duanya tersentak. Hajah Endon sudah berdiri di muka

pintu. “Errr……Kawan Kai ibu!”

“Makcik! Apa khabar?” Samad tersengeh sambil

menghulurkan tangannya. “Baik nak! Eh? Masuklah! Boleh

kita minum sama-sama” Sengeh Samad makin melebar.

Heh! Tak sia-sia buat baik dengan mak Haikal. Dapat

minum free! Haikal mengetap bibir menahan geram. Budak

Samad ni memang nak kena agaknya!

“Ibu! Kai keluar kejap ye!” Aik? Aku belum sempat duduk

lagi dah nak keluar? Minum pun belum! Dahi Samad mula

berkerut. “Jom! Samad!”

“Nak pergi mana pulak ni?” Hajah Endon merenung lama.

59
SEMURNI CINTA AINA

“Ada hal sikit! Ibu tak payah tunggu Kai. Hujung minggu ni

Kai bawa Aina balik kampung!” Hajah Endon terdiam.

Kenapa dengan Haikal ni? “Kenapa dengan Kai, Aina?”

“Mungkin abang ada hal agaknya. Tak pelah ibu, abang dah

janji nak bawa Aina balik kampung. Nanti esok bolehlah

kita sembang lama-lama” Aina tersenyum lembut.

-BAB ENAM-

“Kai! Sudahlah tu!” Jerit Zamri kuat. Tubuh Haikal

ditariknya ke belakang. Cuba menjauhkan dari Mail yang

sudah lembik dikerjakannya. Haikal termengah-mengah

menahan nafas. Tangannya dipekup pada rusuk kiri yang

sudah berlumuran darah akibat dari tikaman Mail tadi.

“Kai! Dahlah! Mati pulak budak tu kang!!!!” Jerkah Zamri

geram tatkala melihat Haikal yang masih cuba bangun

untuk memukul Mail.

60
SEMURNI CINTA AINA

“Samad! Kau hantar Mail gi hospital ! Pasal Haikal biar aku

yang uruskan!” Samad mengangguk laju. “Cepat geng!

Tolong aku!” Masing-masing sibuk menolong Samad

mengangkat Mail ke dalam kereta.

Zamri menarik nafasnya dalam-dalam. Apalah nak jadi

dengan kau ni Kai! Dia mendail laju nombor telefon Ziela.

“Ziela tolong abang kejap. Abang on the way gi rumah Kai.

Ziela pergi sana sekarang ye! Cepat sikit!” Klik! Talian

telefon dimatikan segera.

“Kai! Kai! Kau sedar tak ni?” Tubuh Haikal yang kian lemah

digoncangnya beberapa kali. “Aku sedarlah bodoh! Aku

bukannya nak mati lagi!” Zamri mengetap bibirnya. Geram!

Huh! Tak serik-serik budak nih!

Aina resah memandang jam di dinding. Ibu dan Tok Ayah

dah lama pulang, namun kelibat Haikal masih belum

61
SEMURNI CINTA AINA

kunjung tiba. “Assalamualaikum!” Aina menerpa ke muka

pintu. Ya Allah! Gadis itu kaku berdiri tatkala melihat

Haikal yang longlai dipapah oleh Zamri dan Ziela. “Aina!

Tolong ambilkan saya kain bersih dan air suam! Cepat

sikit!” Ziela bersuara tegas. Tangannya sudah ligat

membuka t-shirt yang membaluti tubuh Haikal.

Aina kelam kabut ke dapur. Terketar-ketar tangannya

menggagau barang yang diminta oleh Ziela. Tuhanku!

Lindungilah suamiku, nyawaku! Bibirnya tidak putus-putus

berdoa. Sesekali Haikal mengaduh menahan sakit setiap

kali lukanya disentuh. Dan setiap kali bunyi suaranya

mengaduh, hati Aina bagai dicarik-carik.

Ziela menarik nafas lega sebaik selesai menjahit luka di

rusuk Haikal. Balutan kain diikatnya dengan kemas. Wajah

Haikal yang masih berkerut menahan sakit itu,

dipandangnya penuh belas. Tak perasan kah lagi Haikal

62
SEMURNI CINTA AINA

tentang perhatian yang dia tunjukkan? Ah! Sukarnya

menduga hati lelaki ini!

Aina tergamam! Zamri pula terkedu melihat perlakuan

Ziela yang tiba-tiba mengucup dahi Haikal. Ah! Sudah!

Biar betul budak Ziela nih! Zamri menarik nafasnya dalam-

dalam, menahan sesak di dadanya. Dan, Haikal yang masih

sedar itu, tersentak!

Wajah Aina yang berada dihadapannya, di curi pandang.

Ternyata riak di wajah gadis itu berubah! “Abang Kai

rehat lama-lama sikit ye. Luka tu perlukan masa untuk

sembuh. Nanti Ziela datang lagi but U can call me

anytime, if U need me!” Wajah Haikal dibelai lembut. Dia

bagaikan terlupa mata yang terbuntang memandang

tingkahnya!

“Sudah lah tu Ziela! Jom balik!” Tangan Ziela segera di

63
SEMURNI CINTA AINA

raihnya. Bimbang perlakuan Ziela akan pergi lebih jauh.

Kot ye sukakan Si Haikal pun, cover-cover lah sikit. Hish!

Budak-budak perempuan zaman sekarang ni tak tahu malu

ke?

Ziela tersenyum malu. Baru perasan tindakannya tadi

menjadi perhatian. “Aina, nanti bagi abang Kai makan ubat

ni tau! 3 kali sehari. Ubat ni mesti dihabiskan. Kalau ada

apa-apa yang berlaku, jangan lupa call saya!” Aina

menganggukkan kepalanya. Sedaya upaya memberi

senyuman buat Ziela biar pun hati bagaikan dihiris!

“Aku blah dulu Kai! Kau tu berehat kat rumah! Dah tahu

diri tu sakit, jangan buat benda yang bukan-bukan lagi!”

Kepala Haikal ditunjalnya beberapa kali. Sial kau Zam!

Mentang-mentanglah aku sakit! Zamri tersengeh! Sengaja

dia berbuat demikian. Kalau masa sihat jangan harap nak

menunjal kepala budak ni! Siapa tak kenal Haikal,

pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri

64
SEMURNI CINTA AINA

karate. Pernah sekali dia melihat Haikal memecahkan 3

biji bata dengan sekali hentakkan tangannya sahaja. Itu

sebab budak-budak yang lain akan menikus setiap kali

Haikal naik angin. Takut beb! Kang tak pasal-pasal badan

pun boleh pecah dua!

Haikal cuba memejamkan matanya, namun rasa sakit

bagaikan menucuk-nucuk tubuhnya. Haikal tergamam

tatkala tangan Aina menjamah lembut lukanya. Lama

tangan gadis itu di situ. Mulutnya terkumat kamit

membaca sesuatu. Baca jampi ke? “Aina buat apa ni? Apa

yang Aina jampi kat abang?”

“Bukan jampi tapi Aina baca ayat-ayat dari surah Al-

Fatihah dan Al-Imran. Moga-moga luka abang cepat

sembuh!” Haikal terdiam. “Aina tak sepandai Ziela yang

boleh merawat luka abang. Hanya itu yang Aina mampu

lakukan untuk abang.” Lirih suara Aina bagaikan menikam

65
SEMURNI CINTA AINA

hatinya. Haikal melepaskan nafasnya perlahan. Marah kah

gadis itu dengan aku? Tetapi bukan salah aku! Ziela yang

mengada-ngada nak mencium aku!

Aina berteleku di sisi Haikal. Air matanya yang mula

turun, disekanya cepat-cepat. Bimbang jika air matanya

terlihat oleh Haikal. Sesekali Haikal mengerang kesakitan

meskipun matanya terpejam. Hati Aina makin pilu.

Haikal makin kuat mengerang. Mulutnya juga mula

meracau-racau. Sebaknya hati! Kepala Haikal dipangku di

atas riba, dipeluk erat rapat ke dadanya.

Tidurlah sayang……..Jika kesakitan mu itu boleh dikongsi,

percayalah! Bukan sebahagian yang aku pinta tetapi

semua!

Kadang-kadang

Ingin ku gapai gumpalan awan

66
SEMURNI CINTA AINA

Buat hamparan tidur malam mu

Tapi sayang,

Aku tak punya sayap untuk terbang

Kerna sayap ku cuma satu!

Adakalanya

Ingin ku lerai lebatnya hujan

Agar menjadi butiran mutiara

Namun sedih

Aku lebih daif dari mu

Mana mungkin ku genggam lebatnya hujan

Justeru ku tahu lemahnya diri

Maka izinkan aku di sini

Menumpang ruang di sudut hati mu

Biar ku ruku’ di situ

Biar ku sujud di situ

Taat ku pada Ilahi

67
SEMURNI CINTA AINA

Adalah hadiah buat mu………

*******************

Hampir sebulan dia berehat. Luka di rusuk kirinya juga

sudah berparut. Haikal mengeliat perlahan-lahan.

Tangannya di depang tinggi-tinggi ke atas. “Abang…..”

Haikal menoleh ke belakang. Wajah Aina nampak pucat!

Hairan juga dia dibuatnya. Sejak akhir-akhir ini gadis itu

nampak tidak bermaya.

“Aina nak balik kampung. Rindu dengan Tok Ayah” Suara

Aina agak perlahan. Haikal terdiam. Baru dia teringat

janjinya dengan ibu untuk membawa Aina pulang ke

kampung. Namun janji cuma tinggal janji. Sejak

pergaduhannya dengan Mail tempoh hari, janji-janjinya

sudah lama dia lupa. “Bila Aina nak balik?”

“Terpulang pada abang. Kalau boleh hujung minggu ni. Aina

68
SEMURNI CINTA AINA

asyik sakit-sakit kebelakangan ni, mungkin sebab Aina

rindukan Tok Ayah.” Haikal terdiam lagi. Salah aku

membiarkan gadis itu! “Tapi….Abang ada konvoi dengan

budak-budak motor!” Baru dia teringat rancangan yang

telah dipersetujui dengan Zamri. Gadis itu terdiam

seketika. “Tak mengapalah kalau macam tu. Bila abang

senang baru hantar Aina.” Aina sudah berlalu ke dapur.

Haikal melepaskan nafasnya. Kesian Aina! Tapi aku dah

janji dengan budak-budak tu!

Haikal melangkah masuk menuju ke dapur, mencari kelibat

Aina. “Kenapa ni?” Soal Haikal cemas tatkala melihat Aina

yang terbatuk-batuk di sinki. Belakang Aina ditepuk-tepuk

beberapa kali. Haikal kian panik melihat Aina yang

kemudiannya termuntah-muntah. Tiada apa pun yang

keluar, cuma sekadar air.

“Nah! Minum air ni! Aina salah makan ke? Pagi tadi makan

69
SEMURNI CINTA AINA

apa?” Soalnya. Segelas air suam dihulurkan pada Aina.

Gadis itu sekadar menggelengkan kepalanya. “Tak makan?

Kenapa tak makan? Patutlah Aina muntah, angin agaknya!”

“Nak pergi klinik tak?” Soalnya lagi. Wajah Aina memang

ketara pucat. Risau juga dia dibuatnya. “Tak payahlah !

Mungkin betul cakap abang tadi, perut Aina dah masuk

angin agaknya, tu sebab muntah. Mungkin lepas Aina

makan nanti, rasa mual tu akan hilang” Suara Aina

tersekat-sekat bunyinya. Haikal terdiam. Dahi Aina

dijamah sekilas. Tak panas pun! “Abang call Ziela suruh dia

datang sini tengok Aina ye!”

“Eh? Tak payah! Tak payah! Jangan susahkan Ziela. Aina

bukannya sakit teruk” Cepat-cepat Aina menjawab. Kalau

boleh dia tidak mahu Ziela datang dan kalau boleh dia

tidak mahu Ziela dekat dengan Haikal. Dia juga

berperasaan! Melihat keletah Ziela, cemburunya

70
SEMURNI CINTA AINA

mengundang juga!

-BAB TUJUH-

Zamri memeluk tubuh. Sejuknya! Budak-budak ni pun satu!

Dah tahu susah nak bangun pagi tapi set time pagi-pagi

nak start bergerak! Menyusahkan aku je nak kena tunggu

korang!

“Sorry Zam! Lama ke tunggu?” Amboi mak aii! Boleh

ditanya lama ke tidak aku menunggu. Kulit aku ni dah naik

kecut dari tadi dok berembun. Samad tersengeh. “Rul

mana? Yang lain-lain dah siap ke? Cepatlah sikit! Kata nak

bergerak lepas subuh!” Bergerak lepas subuh? Macam lerr

memasing sembahyang subuh!

Samad menggosok-gosok tangannya menahan rasa sejuk.

Sejuk seh! Sejuk sampai ke tulang! “Jom kita gerak Zam.

Semua dah siap! Baik kita cepat, kang budak Kai tu angin

71
SEMURNI CINTA AINA

lagi!” Samad menepuk bahu Zamri beberapa kali.

“Aina dah siap ke? Budak-budak tu dah sampai!” Aina

mengangguk perlahan. “Kai! Budak-budak tu dah bising kat

luar tuh! Cepat lah sikit!” Zamri yang tiba-tiba menjengah

di muka pintu bersuara.

“Jomlah!” Lengan Aina diheret mengikuti langkahnya. Dahi

Zamri berkerut. “Eh? Kau bawa Aina sama ke?” Dia

berbisik perlahan ke telinga Haikal. “Haah! On the way

kita nak pergi sana, kita singgah jap kampung aku. Aku dah

call ibu aku kat kampung. Kita bermalam kat sana sehari

dua sebelum bergerak!” Zamri terdiam. Sabar jelah aku

dengan mamat ni! Ikut sedap hati dia je nak ubah

rancangan!

“Tapi Kai, budak-budak tu nak ke ikut kau balik kampung?”

72
SEMURNI CINTA AINA

“Suka hati dia oranglah! Nak ikut, ikut! Tak nak, sudah!

Aku nak hantar Aina balik kampung dulu sebelum pergi

sana!” Haikal bersuara keras. Zamri menggaru-garu

kepalanya.

“Habis tu, Aina nak naik apa?” Wajah Haikal direnung

lama.

“Engkau kan bawa kereta! Naik dengan kaulah!” Apalah

yang susah sangat hantu sekor nih!

“Ziela macam mana?” Soalnya lagi. Haikal mendengus

geram! Kenapalah bengap sangat dia ni! “Kereta kau kan

besar. Tak kan tambah sorang lagi dah sempit kot? Dah

lah tu! Macam mak nenek lah kau ni! Banyak benar songeh!”

Aku banyak songeh? Memanglah banyak songeh! Aku pulak

yang bersusah payah bawa bini dia, tapi dia sedap-sedap

dengan TZM nya!

73
SEMURNI CINTA AINA

“Abang Kai! Ziela nak naik dengan abang!” Haikal dan

Zamri berpandangan sesama sendiri. Ah! Sudah! Buat hal

pulak budak Ziela ni! “Ziela naik dengan abanglah! Bukan

ke abang bawa kereta? Lagi pun Aina pun tumpang kita

sekali!” Zamri menarik lengan Ziela yang sudah melingkar

di pinggang Haikal. “Tak mahu! Ziela nak naik dengan

abang Kai jugak!” Gadis itu mula berkeras.

“Tak apalah Zam. Biarlah dia naik dengan aku!” Aina

tersentak mendengar persetujuan Haikal. Dia

menundukkan wajahnya perlahan-lahan, cuba

menyembunyikan rasa kecewa yang mula bertandang.

“Apa ni Kai? Kau tak kesian dekat Aina ke?” Suara Zamri

separuh berbisik. “Sebab aku kesian kan Aina lah aku

suruh dia naik dengan kau! Aina tu tak sihat, tak kan nak

suruh dia membonceng motor dengan aku pulak! Lagipun,

74
SEMURNI CINTA AINA

aku cuma bawa Ziela bukannya buat apa-apa pun!” Amboi

senangnya kau cakap Kai! Memang betullah engkau ni tak

punya perasaan. Hati batu agaknya. Egonya itu jugak yang

hendak didaulatkan! Lantaklah! Esok, kemudian hari

berlaku apa-apa, aku tak campur! Zamri melepaskan

nafasnya agak keras. Geram!

“Jomlah Aina! Budak-budak tu semua dah bergerak” Aina

sekadar mengangguk. Matanya sayu melihat Ziela yang

memeluk erat tubuh Haikal. Dia terus menghantar

pandangan meskipun motosikal Haikal sudah berdesup laju

ke jalan.

*********************

Menjelang tengah hari mereka semua tiba di kampung

Haikal. Hajah Endon kelam kabut menuruni anak tangga

menyambut kedatangan tetamunya. “Mana Aina?” Matanya

melilau mencari kelibat menantunya.

75
SEMURNI CINTA AINA

“Kejap lagi sampailah ibu” Wajah Endon berkerut. “Ibu

ingat perempuan tu Aina! Kenapa biarkan Aina naik dengan

orang lain?” Adoi! Ibu ni! Apa aku nak jawab?

“Errrr……Aina tak berapa sihat kebelakangan ni ibu.

Sebab tu Kai suruh dia naik kereta” Hajah Endon

mendengus geram. “Kot ye pun, janganlah bawa perempuan

lain naik motor sekali. Jangan lupa yang Aina tu isteri Kai!”

Haikal tersengeh. Memang aku tak pernah lupa!

Mana budak Zam ni? Sudah setengah jam tapi masih tak

nampak batang hidung. Haikal mundar mandir di laman

rumah. Sesekali kepalanya terjengok-jengok ke jalan raya

menanti kelibat Aina dan Zamri. Risau juga dia dibuatnya!

Dia mendail laju nombor telefon milik Zamri. “Oiii

mangkuk! Kau kat mana ni? Dah lama aku tunggu, tapi tak

jugak sampai-sampai! Apa halnya?”

76
SEMURNI CINTA AINA

“Aku on the way lah ni! Kejap lagi sampailah! Kenapa? Kau

risau aku bawa lari Aina ke? Tahu pun takut! Suruh jaga

elok-elok, tak nak!” Sial kau Zam! Kau kenakan aku ye!

“Banyaklah kau punya takut! Cepatlah sikit! Ibu aku dah

bising tu!”

“Ye lah! Aku tahulah! Kejap lagi kami sampai! Aina ni asyik

muntah-muntah je dari tadi, tu sebab lambat.” Muntah

lagi? Apa kena dengan Aina ni? Teruk sangat ke sakitnya?

Sampai ke hari ini sakitnya masih berlarutan. Habislah

aku! Kalau ibu nampak keadaan Aina macam tu, tentu teruk

aku di marahnya!

Samad menjilat jarinya. Sampai licin pinggannya

dikerjakan. Memang sedap betul masakan mak Kai ni!

Samad menjeling Khairul yang duduk di sebelahnya.

77
SEMURNI CINTA AINA

Kedua-duanya saling berpandangan sebelum tersengeh.

Kalau selalu, jangan haraplah nak makan makanan sesedap

ini. Hari-hari menunya cuma maggie mee atau paling best

pun cuma nasi bungkus kat warung Mak Kiah tepi jalan tu!

Haikal menyedut asap rokoknya dalam-dalam. Dia

berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Sekadar

mengambil angin. Lagipun, malas nak bersesak-sesak

makan nasi dengan budak-budak kat dalam rumah! Bunyi

suara riuh mereka sahaja dah buat dia pening kepala.

Nasib juga ibu begitu sporting yang sanggup melayan

kerenah si “kacang hantu” semua tu!

Langkahnya terhenti. Pandangannya jatuh pada sekujur

tubuh yang terkial-kial di tepi telaga. Bersusah payah

Aina menarik kendi yang penuh berisi air. “Aina nak buat

apa ni?” Soal Haikal. Tali putih yang mengikat kendi buruk

itu diambil dari tangan Aina. “Aina nak cuci batang keladi

78
SEMURNI CINTA AINA

ni” Wajah Haikal berkerut. Batang keladi yang masih

diselaputi lumpur itu direnung lama.

“Abang suka makan asam pedas keladi kan? Masa pergi

jengok Tok Ayah tadi, Aina tengok keladi kat paya

belakang rumah tu gemuk-gemuk sangat. Geram pulak Aina

tengok!” Aina ketawa kecil. Merdu seh suara itu! “Siapa

yang ambil keladi tu? Tok Ayah?”

“Aina yang ambil sendiri. Tok Ayah tengah mengajar

mengaji” Haikal terdiam. Sorotan matanya tertumpu pada

lengan Aina. Habis merah bercalar-balar. Lengan Aina

diraih lembut. “Kenapa Aina susah-susah? Tengok tangan

Aina dah jadi macam ni hah! Kalau ibu nampak, tentu teruk

abang kena marah” Aina sekadar tersenyum. Mungkin

abang saja yang tak tahu, demi abang, ke hujung dunia pun

Aina sanggup!

79
SEMURNI CINTA AINA

Haikal tergamam melihat Aina yang tiba-tiba jatuh

terduduk. “Aina! Kenapa ni?” Kepalanya tiba-tiba berpinar-

pinar. Haikal kian panik melihat mata gadis itu yang kian

layu. Kelam kabut tubuh Aina dicepung naik ke rumah.

“Ya Allah! Kenapa ni Kai? Aina! Aina!” Hajah Endon mula

tidak keruan. Tubuh Aina yang lembik itu digoncangnya

berkali-kali. “Aina tiba-tiba pengsan ibu!”

“Zam! Adik kau mana? Panggil dia cepat! Tolong tengokkan

Aina ni!” Zamri terkocoh-kocoh berlari ke depan mencari

kelibat Ziela. Mana pulak budak ni? Tadi ada kat sini!

Aina masih tidak sedarkan diri. Ombakkan dadanya agak

perlahan. “Aina bangun nak! Kenapa ni?”

“Sabar ibu. Aina cuma pengsan je. Kita tunggu Ziela

periksa keadaan dia ye” Tubuh tua itu diusap lembut.

80
SEMURNI CINTA AINA

“Samad! Zam mana? Aku suruh dia cari Ziela, tapi dia lak

yang hilang. Kau pergi cari! Sekarang!” Arahan keras

Haikal disambut laju oleh Samad. Kena cepat! Haikal

bukannya jenis yang reti bersabar!

“Kenapa ni abang Kai?” Ziela yang baru muncul, duduk

bersimpuh di sebelah Haikal. “Aina ni hah! Tiba-tiba jatuh

pengsan.” Haikal kian resah melihat Aina yang masih belum

sedar. Sesak nafasnya melihat muka comel itu yang kian

tidak bermaya.

Ziela menjamah dahi Aina. Hendak memeriksa secara

terperinci pun, peralatannya tidak di bawa sekali.

Jemarinya singgah pada pergelangan tangan Aina. Ziela

tersentak! Nadi dipergelangan tangan Aina diperiksanya

lagi. Tak mungkin! Ada dua nadi yang bergerak sekali. Satu

gerakkan adalah nadi milik Aina, dan satu lagi? Mana

81
SEMURNI CINTA AINA

mungkin Aina mengandung! Atau mungkin dia yang tersilap.

Ya! Dia yakin dia yang tersilap. Cara ini masih belum dapat

membuktikan kesahihannya. Kesimpulan yang dia buat

sendiri biarpun jauh di sudut hati dia sendiri yang

meraguinya.

“Aina ni tak ada apa-apa. Dia cuma keletihan je. Mungkin

sebab penat akibat perjalanan jauh tadi” Ziela tersenyum

memandang Haikal. “Biarkan dia berehat. Kejap lagi

sedarlah dia tu!” Hajah Endon tersenyum lega. Air

matanya yang sudah menuruni pipi, diseka dengan hujung

lengan bajunya.

Malam kian berlabuh. Suara azan maghrib, sayup-sayup

kedengaran. “Kai, tadi Tok Ayah pesan dengan ibu, dia

suruh datang ke rumah. Sembahyang maghrib berjemaah!”

Haikal menelan air liurnya berkali-kali. Adoi! Mesti Tok

Ayah nak aku jadi imam tu! Ish! Bacaan tajwid aku pun

82
SEMURNI CINTA AINA

masih tunggang langgang, macam mana nak jadi imam.

Sementelah pula, bacaan doa pun dia dah lupa. Kalau baca

doa dalam bahasa melayu boleh lah!

“Malaslah ibu! Mesti Tok Ayah suruh Kai jadi imam!”

“Hah! Eloklah tu! Apa yang susah sangat mengimamkan

sembahyang? Selama ni Kai tak pernah berjemaah dengan

Aina ke?” Haikal tersengeh. Kepalanya digaru beberapa

kali. Sembahyang pun macam dah lama tak buat, inikan

pula nak mengimamkan Aina. Itu pun nasib baik ada Aina

yang sentiasa memakmurkan rumahnya dengan

sembahyang dan bacaan Al-Quran. Kalau tidak, tentu

malaikat pun tidak menjengah masuk!

“Oit! Korang buat apa lagi tu? Cepat pergi mandi. Pastu

ikut aku pergi rumah Tok Ayah!”

83
SEMURNI CINTA AINA

“Rumah Tok Ayah? Rumah sapa tu kai?” Soal Samad

dengan wajah berkerut. “Rumah datuk Aina. Kita semua

sembahyang berjemaah kat sana.” Masing-masing

berpandangan sesama sendiri.

“Aku tak payah pergilah Kai!” Samad tersengeh. “Kenapa

pulak?”

“Aku tak bawa baju bersihlah! Lagipun kain pelekat pun

aku tak ada ni!” Khairul dan Zamri tergelak sesama

sendiri.

“Dah! Jangan banyak korang punya alasan! Aku punya kain

pelikat berlambak kat rumah ni. Baju pun ada! Cepat! Kang

habis pula waktu maghrib!” Samad melangkah malas. Adoi!

Mati aku! Rasa-rasa macam dah lupa macam mana niat

sembahyang maghrib! Berdosanya aku!

84
SEMURNI CINTA AINA

Haikal cuba melelapkan matanya. Suasana sudah sunyi

sepi. Masing-masing sudah hanyut dibuai mimpi. Jam kayu

didinding rumah, lama direnungnya. Dia mengereng tubuh

ke kiri. Kemudian ke kanan. Namun masih gagal melelapkan

mata.

Macam mana keadaan Aina agaknya. Selepas sembahyang

berjemaah di rumah Tok Ayah tadi, kelibat Aina langsung

tidak kelihatan. Haikal bingkas bangun. Terjengket-

jengket menuju ke bilik. Di sebalik celahan daun pintu dia

mencuri pandang.

Haikal tergamam memandang! Aina sedang menukarkan

pakaiannya. Biarpun Aina adalah isterinya dan hidup

sebumbung, namun belum pernah melihat gadis itu tanpa

seurat benang. Peristiwa hari tu pun dia cuma ingat-ingat

lupa. Hehehe…Tengah mabuk, apa pun tak sedar!

Maha suci Allah! Indahnya ciptaan tuhan! Susuk tubuh itu

85
SEMURNI CINTA AINA

begitu mengiurkan! Daun pintu ditolaknya. Aina tersentak.

Tidak sangka Haikal tiba-tiba masuk. Sudah tengah

malam, rasanya semua orang sudah masuk tidur. Tapi mana

tahu………..

Kelam kabut Aina mengenakan pakaiannya, namun

pergerakkannya mati tatkala tangan Haikal sudah

melingkar di tubuhnya. Aina isteri aku! Tiada salahnya!

Segala-gala miliknya adalah halal bagi aku!

Dan tanpa Haikal sedari ada sepasang mata yang

merenungnya sewaktu dia melangkah masuk ke bilik Aina.

Kolam air mata itu juga sudah bergenang!

-BAB LAPAN-

Zamri yang baru bangun tidur kelam kabut ke ruang tamu.

Bunyi bising dan esak tangis Ziela bercampur-campur.

86
SEMURNI CINTA AINA

“Abang Kai teruk! Jahat! Binatang!” Dada Haikal

dipukulnya berkali-kali. Mata Zamri terbeliak memandang.

“Eh? Kenapa dengan Ziela ni!” Tubuh Ziela ditarik ke tepi.

Mujur ibu Haikal tiada di rumah. Kalau tidak, buat malu

muka dia je!

Ziela terus tersedu menangis. “Ziela tak sangka abang Kai

macam tu! Walau pun Ziela tahu abang Kai kasar, tapi

Ziela rasa hati abang baik! Tapi malam tadi Ziela nampak

dengan mata Ziela sendiri! Abang Kai memang sama

dengan jantan-jantan lain!” Ziela menjerit dalam tangisan.

Tubuhnya terhinggut-hinggut menahan tangis.

Wajah Zamri kian berkerut. Dia memandang Samad yang

tercongok di sebelahnya meminta penjelasan. Samad

sekadar menjungkitkan bahunya. Manalah aku tahu!

Haikal yang diam membatu makin menambah kerutan di

87
SEMURNI CINTA AINA

wajahnya. Apahal lak ni! “Kenapa ni Ziela? Menjerit-jerit

macam perempuan hilang laki ni, kenapa?” Dia mengusap

lembut rambut Ziela.

“Agaknya selama ni, abang Kai selalu buat macam tu kan?

Dah duduk serumah! Mesti abang Kai selalu meniduri Aina

kan? Ziela tak sangka abang Kai sejijik ini!” Aina yang

berada di belakang Haikal menundukkan wajahnya.

“Dan perempuan ni!” Jarinya ditunding tepat ke arah Aina.

“Nampak je alim tapi perangai macam setan!” Pang!!!!!!!

Sebuah penampar hinggap di pipi Ziela. Haikal menarik

nafasnya dalam-dalam. Belum pernah seumur hidupnya

memukul seorang wanita.

Zamri terdiam tanpa kata. “Tengok! Abang sanggup pukul

Ziela sebab perempuan tu! Mesti abang nak cover dia kan?

Sebab perempuan tu dah mengandungkan anak abang kan!

88
SEMURNI CINTA AINA

Dua-dua macam sundal!!” Haikal tersentak! Aina

mengandung? Anak aku?

“Sudah Ziela!!” Zamri pula menjerit kuat. Kenapalah

dengan kau Ziela! Tubuh Ziela ditolaknya hingga jatuh.

Maafkan abang, dik! “Mereka memang halal bersama! Aina

tu isteri Haikal!” Ziela terdiam! Samad dan Khairul

ternganga, berpandangan sesama sendiri. Patutlah Haikal

mengamuk sangat bila Mail cuba nak usik Aina!

“Sorry Kai! Amanah kau berat sangat untuk aku simpan!

Benda baik kenapa nak sorok? Sekarang kau tengoklah!

Apa yang dah jadi?” Haikal terdiam. Dan Aina kian sebak.

Kenapa Zamri yang beritahu hal sebenar? Kenapa bukan

Haikal?……

“Ziela nak balik hari ni jugak! Sama ada abang nak hantar

atau tidak, Ziela tetap nak balik. Berjalan kaki pun Ziela

89
SEMURNI CINTA AINA

sanggup!” Zamri terdiam. Wajah murung Ziela direnung

lama-lama. “Kata nak ikut abang pergi Pulau Tioman”

“Malas!” Ziela berpaling. Dia merenung jauh melalui

tingkap yang terbuka luas. Zamri menggaru-garu

kepalanya. Ini semua kaulah punya pasal Kai! Habis semua

orang tak ada mood nak pergi bercuti! Zamri mendengus

geram.

Haikal duduk menumpang dagu di anak tangga. Lepas satu

batang ke satu batang rokok dihisapnya. Berkepul-kepul

asap rokok itu setiap kali dilepaskan. Bagai diharapkan

segala yang berlaku juga boleh hilang seperti asap rokok

yang dihembusnya. Berkepul-kepul terbang hilang di

udara.

“Kai!” Panggilan Zamri tidak bersahut. Haikal masih

seperti tadi. “Aku tak jadi nak ikut sekali. Ziela berkeras

90
SEMURNI CINTA AINA

nak balik hari ni juga. Dia adik aku, dan aku pun tak ada

banyak pilihan!” Punggungnya dilabuhkan di sisi Haikal.

“Kai,……….Kau marahkan aku ke?” Haikal sekadar

menggelengkan kepalanya. Bukan salah kau Zam! “Kai, aku

pun tak suka nak masuk campur tangan dalam kehidupan

peribadi kau cuma sebagai sahabat aku tak nak kau

berterusan buat silap!” Haikal tunduk!

“Tak akan kurang walau sedikit pun maruah kau sebagai

lelaki jika ego kau tu, kau letak di hujung kaki! Percayalah

cakap aku! Engkau akan di pandang tinggi jika Aina kau

mulia kan sebagai seorang isteri!” Haikal terkedu! Terdiam

tanpa kata!

“Aku selalu dengar orang cakap. Kata orang, perempuan

yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Itu yang aku

hairan tu! Macam mana lelaki macam kau ni, yang

91
SEMURNI CINTA AINA

perangainya mengalahkan hantu setan, boleh memiliki

isteri semulia Aina!” Zamri mengekek gelak. Sial kau Zam!

Aku tengah layan blues ni, kau masih sempat kenakan aku

ye! Tapi Zam……….. Terima kasih! Kaulah sahabat aku dunia

akhirat!

*****************

Tok Ayah baru selesai menunaikan solat zohor. Sejadah

berwarna hijau tua itu dilipat cermat. Kopiah putih yang

sentiasa berada di kepalanya, dibetulkan beberapa kali.

Dia melangkah perlahan menuju ke dapur. Masih ada

banyak masa lagi sebelum waktu untuk mengajar mengaji.

Kebiasaannya selepas asar hingga membawa ke isya’ dia

akan sibuk dengan rutin hariannya. Tok Ayah mengajar

mengaji dengan ikhlas, tidak pernah meminta sebarang

upah. Dan dia bersyukur, rezekinya tidak pernah putus

malah kehidupan hari tuanya tidak pernah sunyi. Rumah

92
SEMURNI CINTA AINA

usangnya sentiasa meriah! Sakit peningnya sentiasa

ditanya. Dia tidak perlu gusar tentang semua itu!

Langkah Tok Ayah terhenti. Tangisan Aina walaupun

perlahan namun masih dapat ditangkap oleh telinganya.

“Aina….” Lembut suara Tok Ayah menyapanya. “Awat ni?

Tok dengaq Aina dok nangeh dari tadi.” Kepala cucunya

diusap lembut.

“Aina gaduh dengan Kai ka?” Soalnya lagi. Tangan tuanya

menyeka lembut butiran mutiara di pipi Aina. “Tok…… Apa

yang Aina perlu buat lagi? Apa yang perlu Aina korbankan

lagi?” Lirih suara gadis itu. “Hina sangat ka gadis cacat

lagu Aina ni?” Sedunya masih bersisa. Tok Ayah

tersenyum.

Tangan kudung Aina diraih lembut. “Tangan yang cacat ni

adalah rahmat Allah buat Aina. Awat pulak di anggap

93
SEMURNI CINTA AINA

hina?”

“Aina tak pernah anggap hina. Aina juga tak pernah

kecewa. Tapi…… “ Kata-katanya mati. “Tok faham Aina.

Sabaq lah! Sabaq adalah ubat bagi segala penyakit.

Ganjarannya besaq di sisi Allah!” Aina terdiam. Aina

memang sabar Tok! Tak pernah jemu bersabar. Namun

adakalanya, kesabaran Aina tercalar jua!

Sayang……Kerdilnya aku! Bila dekat engkau lari! Bila jauh

engkau menghilang! Sesekali, pandanglah aku!………..

************************

Percutian ke Pulau Tioman, dibatalkan begitu sahaja.

Masing-masing sudah hilang mood untuk bersuka ria.

Lepak kat KL lagi best!

Haikal sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Entah

mengapa, sukarnya untuk berdepan dengan Aina. Bukan dia

94
SEMURNI CINTA AINA

tidak kesiankan gadis itu, lebih-lebih lagi bila mengetahui

Aina mengandungkan zuriatnya. Dia perlukan masa!

Pulang dari pejabat Haikal melangut di depan tv. Budak-

budak lain semua sudah keluar. Bujanglah katakan!

Pandangannya berbalam. Siaran hiburan yang disiarkan,

sedikit pun tidak menghiburkan hatinya. “Aina!” Rintihnya

perlahan. Ada rindu yang berlagu. Ada sendu yang

mendayu. Kedua tangannya dipekup ke muka. Nafasnya

berat dilepaskan.

Akukah yang buta sebenarnya? Leka mengilap kaca di

tangan hingga kan kerlipan mutiara di riba tidak ku

perasan?…………….

“Kai! Kai!” Lamunannya terhenti. Khairul menjengah masuk.

Termengah-mengah lelaki itu. Nafasnya turun naik

menahan lelah. “Engkau ni kenapa Rul? Kena kejar hantu

ke?” Wajah Haikal mula berkerut seribu. Itulah! Maghrib-

95
SEMURNI CINTA AINA

maghrib nak keluar, dah kena sakat!

“Kai! Baik engkau balik rumah sekarang!” Kenapa pulak

mamat ni! “Aku dapat sms dari budak-budak Samad tadi!

Mail mengamuk sakan! Dia masih berdendam lagi dengan

kau lah!” Khairul menarik nafasnya dalam-dalam. Adoi!

Penat seh!

“Dia on the way gi rumah kau!” Kening Haikal terjungkit.

Pergi rumah aku? Aina!!!!

Haikal bingkas bangun. “Rul! Call Zam sekarang! Panggil

Samad dengan budak-budaknya sekali. Suruh dia orang

bergerak pergi rumah aku cepat!” Khairul mengangguk

laju. Tangannya kelam kabut menyeluk poket mencari

telefon bimbitnya.

*************

Aina berundur ke belakang. Badannya menggigil-gigil

96
SEMURNI CINTA AINA

ketakutan. “Kai mana!!!!” Jerkah Mail kuat. Matanya

membutang merenung wajah Aina. Gadis itu terdiam tanpa

kata.

“Bodoh! Dah bisu pulak!” Tubuh Aina ditolak kuat

hinggakan gadis itu terdorong ke tepi. Mail berlari laju

menaiki anak tanga. “Kai! Mana kau! Keluar cepat! Hari ni

aku nak buat perhitungan dengan kau.! Engkau mesti

mampus hari ni!” Bagaikan singa yang kelaparan, Mail terus

menyinga marah.

Pasu bunga yang terletak di tepi sudut, dihempas hingga

pecah. Wajah Aina kian pucat. Dia terduduk ketakutan.

Melihat Mail yang kian dekat menghampirinya, tubuhnya

mengeletar hebat. “Heh! Aku tak dapat kau hari tu kan?

Ikut aku!” Tangan Aina dicengkam kasar, diheretnya

menuju ke tingkat atas.

97
SEMURNI CINTA AINA

“Lepaskan saya….” Aina merayu. Dia meronta-ronta

memohon belas. “Diam! Kalau kau nak selamat, ikut je

cakap aku!” Jerkah Mail. Mata terjegil kemerahan. Aina

makin kuat meronta-ronta. Sedaya upaya cuba meloloskan

diri dari cengkaman lelaki itu.

“Apasal engakau ni tak duduk diam hah? Kau nak sangat

aku lepaskan? Nah! Ambik kau!” Mail mula hilang sabar

melihat Aina yang enggan mengikutnya. Tubuh Aina di

tolak kasar. Gadis itu ternyata gagal mengimbangi

badannya. Tergolek-golek tubuh itu sebelum terjelepuk di

kaki tangga.

“Abang…….Tolong Aina !” Aina merintih lemah. Kelihatan

darah pekat yang mengalir di hujung kakinya!

Dan saat itu, dada Haikal bagaikan tersentap kuat. Aina!

TZM nya dipecut makin laju. Berdesup-desup di celah-

98
SEMURNI CINTA AINA

celah kenderaan yang berpusu-pusu bergerak.

Mail bagaikan dirasuk lagaknya. Habis semua barang-

barang disepahkan. Dihempas dan dibaling sesuka hatinya.

Setiap kali barang-barang itu pecah berderai, dia ketawa

berdekah-dekah.

Dia menoleh ke muka pintu sebaik kedengaran bunyi enjin

motor yang masuk ke laman rumah. Heh! Datang juga kau

akhirnya! Dia tersengeh.

“Mail!!!!!!” Pekik Haikal. Suaranya bergema memecah

hening maghrib yang kian ke penghujung. Mail tergelak.

Suara Haikal sedikit pun tidak menakutkannya.

Pandangan Haikal jatuh pada sekujur tubuh yang sedang

terbaring. Ya Allah! Aina! Bagaikan tercabut nyawa dari

badan tatkala melihat gadis itu yang kian lemah. Dan

99
SEMURNI CINTA AINA

sewaktu terlihat darah pekat yang mengalir di kaki Aina,

marahnya makin membuak.

“Celaka kau Mail!!!!!!!”

Dia menerkam ke arah Mail. Sebuah penumbuk dilepaskan

namun tersasar ke tepi. Lelaki itu lebih cepat mengelak.

“Aku tak macam dulu lagi Kai! Aku lebih hebat dari kau

sekarang! Mampus kau hari ni!”

Haikal membongkok memegang perutnya. Tendangan Mail

tepat mengenai perutnya. Dia berkerut menahan rasa

sakit. “Hahaha…” Ketawa Mail makin kuat. Puas hatinya

melihat Haikal yang tersungkur.

“Apa lagi yang kau nak hah? Aku ingat semua dah settle!”

Haikal bersuara keras. Hairan dia, mengapa dendam Mail

padanya masih tidak berkesudahan.

100
SEMURNI CINTA AINA

“Banyak benda yang aku berbulu dengan kau Kai! Banyak!

Kalau nak cerita satu perstau, sampai esok pun tak habis!”

Haikal menarik nafasnya menahan sesak di dada. “Kau

berbulu dengan aku tapi bukan dengan Aina! Kenapa kau

sakitkan Aina!” Mail ketawa lagi. Makin galak tawanya

“Aku tahu kau sayangkan perempuan tu! Sebab kau tak

bagi aku usik dia cam awek-awek kau yang lain! Kalau dia

sakit, mesti kau pun sakit kan?” Haikal mengetap bibir

menahan geram

“Sial !!!!!!” Bagaikan dirasuk, Haikal meluru ke arah Mail.

Dan kali ini, dia tidak memberi walaupun sedikit ruang

buat Mail untuk membalas. Bertalu-talu pukulan hinggap di

tubuh Mail.

101
SEMURNI CINTA AINA

Mail yan makin lembik itu tidak dihiraukannya. Haikal

terus memukul hinggakan buku limanya melecet

kemerahan. Ini semua untuk Aina!!!

“Kai! Sudah!” Zamri memeluk tubuh Haikal cuba

meleraikan tindakannya yang makin liar. “Sudah Kai!

Jangan buat silap lagi! Polis dah sampai. Biar mereka yang

uruskan hantu ni!”

Nafas Haikal turun naik. Pelukkan Zamri direntap kasar.

Dia meluru ke arah Aina yang sudah tidak sedarkan diri.

“Panggil ambulans cepat!” Haikal menjerit cemas.

Tubuh Aina dipangku di atas riba. Dikucup dahi gadis itu

berkali-kali. Bangun sayang! Bangunlah!

-BAB SEMBILAN-

Haikal resah menanti. Macam mana dengan Aina? Dia

102
SEMURNI CINTA AINA

mundar mandir. Penat ke hulu ke hilir, dia duduk kembali.

Namun masih gagal menghilangkan resahnya. “Bawa

bersabar Kai! Tengok Kai macam tu, buat ibu makin risau!”

Hajah Endon menggosok lembut bahu Haikal. Tok Ayah

yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri.

Wajahnya nampak tenang.

Haikal menarik nafasnya dalam-dalam. Ya Allah, lidungilah

Aina! Dia bingkas bangun tatkala kelibat Ziela kelihatan.

“Ziela! Macam mana keadaan Aina?”

“Dia selamat. Tapi masih belum sedarkan diri” Haikal

menarik nafas lega. Anak aku? “Macam mana dengan

kandungannya?” Dada Haikal kembali berdebar.

“Setakat ni kandungan Aina masih selamat. Tetapi

sokongan badannya lemah. Tak tahu dia mampu bertahan

103
SEMURNI CINTA AINA

atau tidak. Kalau boleh bincang dengan Aina untuk

gugurkan kandungan ini demi keselematannya.” Haikal

terduduk! Aina! Matanya dipejam rapat. Sebak!

“Boleh abang masuk tengok Aina?” Suara Haikal bergetar.

“Boleh tapi cuma abang seorang dan jangan terlalu lama”

Haikal mengganguk perlahan. Dia melangkah longlai.

“Kai! Nanti sat!” Panggilan Tok Ayah mematikan

langkahnya.

“Masa balik kampung hari tu, Tok tengok Aina dok

bungkus benda ni. Mungkin dia terlupa nak bawa masa

balik KL hari tu. Ambil ni! Rasanya untuk Kai!” Bungkusan

kecil itu dihulurkan pada Haikal. Apa ni? Lama dia

membelek bungkusan itu.

104
SEMURNI CINTA AINA

Pintu bilik dikuaknya perlahan. Sekujur tubuh yang

terbaring itu di renung, sebak! Mata Aina terpejam rapat.

Dahi Aina diusap lembut. Sejuk tatkala tangannya

menjamah dahi itu. Sama seperti hati Aina, sejuk, lembut.

Tidak pernah melenting biar pun sering tidak aku

hiraukan.

Bungkusan yang berada digenggamannya dibuka. Matanya

terpaku di situ. Barang itu! Telah lama dia mencari. Dulu

sewaktu benda itu hilang, dia mengamuk bagai nak rak.

Habis bersepah rumah ibu dia kerjakan hanya semata-

mata benda itu. Penunjuk Al-Quran! Bulu landak

pemberian arwah babah itu sentiasa digunakan setiap kali

dia mengaji di rumah Tok Ayah. Dan dia berbangga kerana

penunjuk Al-Quran kepunyaannya adalah yang paling

cantik. Kawan-kawannya yang lain sekadar menggunakan

kayu atau lidi daun kelapa untuk dijadikan penunjuk Al-

Quran.

105
SEMURNI CINTA AINA

Tetapi penunjuk Al-Quran itu hilang. Mungkin Aina yang

menjumpainya, mungkin Aina ingin memulangkannya tetapi

gadis itu tidak punya keberanian menemuinya! Dada Haikal

berombak kuat menahan sebak di dadanya.

Sehelai kertas tiba-tiba jatuh dari renyuk kertas

pembalut. Surat! Mungkin Aina yang tulis. Tulisan tangan

yang ditulis denga huruf jawi. Mujur juga dia masih boleh

membaca tulisan jawi meskipun terpaksa merangkak-

rangkak untuk mengeja setiap baris ayat;

Macam mana hendak Aina mulakan? Gadis cacat ini tidak

pandai bermadah. Tidak pandai berpuisi.....

Abang,

Mungkin abang tak perasan agaknya, anak kecil yang selalu

mengintai abang setiap kali abang mengaji Al-Quran di

106
SEMURNI CINTA AINA

rumah Tok Ayah.

Dan mungkin abang tak sedar agaknya, anak gadis yang

sering meminta serai dari ibu setiap kali abang pulang ke

kampung.

Aina menjadi penyinta sepi. Memendam rasa cinta

sewaktu usia masih kecil. Malu pada dhaifnya diri, maka

rasa itu tersimpan di sudut hati.

Gadis cacat ini sering mencuri pandang pada abang,

dengan harapan kewujudan Aina akan abang sedari.

Namun pasrah pada pada diri, puas Aina menanti

jangankan memandang, menjeling pun abang tidak mahu.

Entahkan ujian, entahkan rahmat yang Allah berikan,

tiba-tiba diri menjadi isteri abang. Dalam resah, syukur

Aina panjatkan.

107
SEMURNI CINTA AINA

Taat Aina berikan. Setia Aina sandarkan. Kasih Aina

renjiskan. Moga-moga semua yang Aina berikan dapat

menutup kekurangan diri. Tapi sayang kekurangan ini

terlihat jua.......

Haikal melipat surat itu kembali. Tidak sanggup untuk

terus membaca. Matanya dipejam rapat. Terasa hangat

pipinya. Perlaha-lahan disentuh rasa hangat itu, rupa-

rupanya air matanya yang mengalir.

"Aina.... Siapa kata Aina dhaif, siapa kata Aina kurang?

Aina gadis hebat, hinggakan mampu mengalirkan air mata

seorang lelaki seperti abang" Haikal tersedu.

Ziela melepaskan nafasnya perlahan. Pandangannya jatuh


pada Haikal yang masih berteleku di sisi Aina.

“Abang Kai” Panggil Ziela perlahan. Dan dia tersentak


sewaktu Haikal menoleh ke arahnya. Mata lelaki itu merah!

108
SEMURNI CINTA AINA

Abang Kai menangis? Ziela sebak!

“Abang baliklah dulu. Nanti kalau Aina dah sedar, Ziela


akan call abang ye” Gadis itu memujuk lembut. Haikal
menundukkan wajahnya. Kedua tangan diraup ke muka.

“Tak apalah Ziela. Abang nak tunggu sampai Aina sedar”


Ziela terdiam. Lirih suara Haikal. Ada getar yang beriring.
Haikal kembali memandang Aina. Diperhatikan dada Aina
yang berombak lemah.

Tidak! Kali ini tidak akan ku tinggalkan Aina biarpun


sesaat. Jika diminta aku melutut di sini untuk seribu
tahun lagi pun, aku sanggup!!!

Jari jemari Aina yang kaku, digenggam erat. Diusap


lembut pipi bersih itu. Matanya asyik memerhati wajah
Aina. Kening Aina lebat. Bibirnya kecil kemerahan. Dan
yang paling dia suka, hidungnya. Kecil, mancung. Comel
sangat! Nafasnya dilepaskan berat.

“Aina cantik! Cantik sangat! Tapi semua itu abang tak


nampak kerana terlalu asyik memandang tangan yang satu
itu. Yang kurang itu jugaklah yang nampak di mata abang!”
Desis Haikal perlahan. Perasaan bersalah makin bernanah
di hati!

Tuhanku……..Tak terampun dosa ku! Tak terhapus


perasaan bersalah ku! Jangan dibawa Aina pergi sebelum

109
SEMURNI CINTA AINA

dia menghukum ku.!

Tangannya beralih pula pada perut Aina. Dibelainya


lembut. “Anak ku! Berilah kekuatan pada ibu mu!” Haikal
makin merintih. Dia menangis lagi!

Biarlah! Aku tidak malu menangis! Sekiranya tangisanku


mampu menyedarkan Aina, akan ku raung sehingga
kehabisan nyawa!!

-BAB SEPULUH-

Sejuk dingin pagi. Kicauan burung sesekali bersahut-


sahutan terdengar. Mata Haikal kaku berbalam. Entah apa
yang direnungnya, dia pun tidak pasti. Dia masih berteleku
di atas kerusi simen yang di sediakan di luar perkarangan
hospital. Rasa dingin sejuk pagi langsung tidak dihiraukan.

“Kai!” Haikal menoleh. “Puas aku mencari, kat sini rupanya


engkau!” Zamri melabuhkan punggung di sisi Haikal. “Tadi,
aku pergi jenguk Aina kejap. Nampaknya dia dah sedar.
Kenapa engkau tak temankan dia?” Haikal masih
mendiamkan diri. Kedengaran nafas berat dilepaskan.

“Kenapa ni Kai? Ada masalah ke? Apa kata adik aku


tentang Aina?” Meskipun soalannya tidak berjawab, Zamri
masih terus bertanya.

“Entahlah Zam! Tak tahu macam mana aku nak ceritakan.”

110
SEMURNI CINTA AINA

Bergetar suara Haikal menyusun kata. “Ziela cakap, rahim


Aina tidak cukup kuat untuk menampung janinnya yang
bakal membesar. Pergerakkan yang agak kuat mungkin
akan menyebabkan Aina keguguran dan sekaligus
mengancam nyawanya.” Kata-kata Haikal terhenti.
Nafasnya ditarik dalam-dalam bagaikan mencari kekuatan
untuk menyambung bicaranya.

“Abang…….Izinkan Aina mengandung dan melahirkan anak


kita” Kata-kata Aina pula yang tergiang-giang di
telinganya. Haikal makin sebak. Tangannya diraup ke muka.

“Habis tu, macam mana sekarang?” Wajah Haikal direnung


tanpa berkelip. “Jika Aina ingin mengandungkan bayi itu,
dia hanya boleh berbaring di atas katil sehingga masa
kelahiran bayi tiba.”

“Apa keputusan kau? Aina pulak macam mana?” Soal Zamri


yang kian mendesak ingin tahu.

“Aina mahukan bayi itu!” Zamri terdiam. Dia juga merasa


sesak, bagaikan terkena tempias Haikal.

“Aku serba salah Zam. Mengizinkan Aina mengandungkan


bayi itu, bagaikan aku menghantar dia pergi! Menidakkan
permintaannya……….. Sedangkan selama ini, dia tidak
pernah meminta apa pun daripada aku!” Wajah Haikal
kemerahan menahan sebak. Air matanya bagaikan hendak

111
SEMURNI CINTA AINA

terbit namun ditahan sedaya upaya.

Zamri terdiam lagi. Wajah Haikal direnung lama. “Heh!


Betul lah kata budak-budak tu! Baru aku perasan!” Kata-
kata Zamri mengundang kerutan di wajah Haikal. “Perasan
apa?”

“Muka kau!” Zamri tersengeh. “Kenapa dengan muka aku


pulak?!”

“Budak-budak ni selalu cakap kat aku, muka kau tu macam


Ariel penyanyi kumpulan Peterpan tuh! Dari tadi aku dok
renung muka kau, memang betul lah apa yang budak-budak
tu cakap!”

Haikal tergelak. “Kau ni Zam! Time-time ni pulak kau nak


buat lawak! Tapi kan, aku rasa, aku lagi handsome dari
Ariel. Badan aku lagi gagah dari dia!”

“Aku dah agak dah! Engkau mesti cakap macam tu punya


Kai!” Kedua-duanya serentak ketawa. Sekurang-kurangnya
aku tahu, kau masih mampu ketawa Kai!

Ketawa Haikal tiba-tiba mati. “Aku rasa bangga bila ramai


wanita yang melutut, merayu cinta dari aku. Aku gah bila
setiap kali musuh ku tersungkur di hujung kaki! Tapi bila
tentang Aina,……… aku kalah, aku gagal! Aku mati kata!”
Sendunya kembali menjengah di hati. Dia tunduk
merenung rumput hijau di kaki. Masih basah akibat

112
SEMURNI CINTA AINA

berembun, sama macam hatiku yang basah dengan


tangisan!

*****************

Aduhai sayang…. .. Seksanya hati abang, deritanya batin


abang mengizinkan Aina mengandungkan zuriat kita.
Namun, mengenangkan selama ini, tiada apa pun yang
pernah abang lakukan untuk Aina maka abang relakan
biarpun abang tahu abang bakal kehilanganmu bila-bila
masa!………….

Mengapa peluang ini yang hadir buat abang? Kenapa tidak


di saat senyuman yang terukir di bibirmu? Sakitnya hati
abang hendak merebut peluang ini sedangkan ketika ini
hanya kerutan kesakita yang melakar di wajahmu. Hikmah
apa kah ini wahai tuhanku?………

*****************

Motor TZM kesayangannya sudah diberikan pada Samad.


Dia tidak perlukannya lagi. “Eh? Betul ke kau bagi kat aku
Kai? Macam tak caya jek! Terima kasih bayak-banyaklah
Kai! Kau memang kawan aku yang paling best!” Haikal
tersengeh mengenangkan kata-kata Samad tempoh hari.

Dia ingin berubah! Mahu membetulkan segala kesilapan


lalu. Enjin turbo yang dipasangkan pada Waja hitamnya
juga sudah dibuang. Tidak perlu laju atau pun mengaum

113
SEMURNI CINTA AINA

bunyinya. Yang penting, biarkan kenangan lalu luput dari


ingatannya.

Haikal membuka kembali bungkusan yang diberikan oleh


Aina. Penunjuk bulu landak itu direnungnya lama. Memang
cantik! Warna hitamnya berbelang mengukir corak pada
penunjuk tersebut. Al-Quran milik Aina dibukanya dengan
tangan bergetar!

Bismillahirrahmahnirrahim………….. Yassin….walquran
nilhakim…….innaka lamirnarmursalim……. Air mata Haikal
bergenang.. Ya Allah! Merdunya kalimah mu! Syahdunya
menusuk hingga ke tangkai hati!

Surah Yassin ini sedekah buat babah! Maafkan Kai babah,


lamanya pusara babah tidak Kai renjis dengan bacaan
Yassin. Dan surah Yassin ini untuk nyawa ku Aina. Sayang
abang……. Moga selamat melahirkan anak kita!

**************

Haikal tersentak! Terkejut bila lenanya tiba-tiba diganggu


dengan deringan telefon bimbitnya. Jam di tepi katilnya
dijeling sekilas. 1.00 pagi?

“Hello” Rasa mengantuknya masih bersisa. “Abang Kai!


Ziela ni! Datang hospital cepat! Aina dah sakit nak
bersalin!” Suara cemas Ziela mematikan rasa
mengantuknya. Haikal bingkas bangun.

114
SEMURNI CINTA AINA

Keretanya dipecut laju. Mujur masih awal pagi. Tiada


kenderaan yang bersesak menghalang perjalanannya.
Cepatlah sampai! Hatinya tidak henti berbisik.

“Ziela!” Jeritannya bergema memecah hening pagi.


“Shhhhhh….Abang Kai ni, janganlah kuat sangat menjerit.
Nanti ganggu pesakit kat sini” Haikal tersengeh. Aku tak
peduli semua tu!

“Aina mana?” Soalnya kelam kabut. “Kat dalam bilik


bersalin!”

“Abang nak masuk!” Kening Ziela terjungkit. “Are you


sure?” Bimbang Haikal pula yang pengsan. Haikal
mengangguk laju.

Dada Haikal sebak tatkala menjengah masuk. Wajah Aina


yang berkerut menahan rasa sakit begitu pilu dilihat.
“Abang…..” Lemah suara Aina kedengaran.

Tangannya mengagau mencari tangan Haikal. “Ampunkan


dosa-dosa Aina selama ini pada abang…… Halalkan segala
makan minum Aina atau apa yang Aina terhutang dengan
abang…” Sayu suara Aina mengundang takungan air jernih
di matanya. Aduhai sayang…..janganlah diucapkan kata-
kata itu!

Dahi Aina diusap lembut. Dikucupnya berkali-kali “Jangan

115
SEMURNI CINTA AINA

cakap macam tu! Insya-Allah


Aina akan selamat.” Kata-kata itu dibisik lembut ke
telinga Aina.

Aina masih mengerang kesakitan. Sejuk tangannya terasa


dalam genggaman Haikal. Matanya dipejam rapat. Tidak
sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh Aina.
Beginilah agaknya ibu melahirkan aku! Bersabung nyawa
demi memberi aku peluang melihat dunia!

“Tarik nafas Aina! Tarik nafas! Bila saya kata push, baru
push!” Tegas suara Ziela memberi arahan. Aina
mengangguk lemah. Khudratnya makin kurang namun demi
buah cintanya, digagahkan jua.

“Abang….” Sesekali Aina merintih memanggil Haikal.


Nafasnya berombak kencang. Turun naik bersama lelah
dan kesakitan. Haikal kian resah. Sesak nafasnya melihat
Aina yang kian lemah.

“Kena buat operation ni abang Kai! Badan Aina terlalu


lemah. Tenaganya tidak kuat untuk menolak bayi keluar.
Ziela takut bayi akan mati kelemasan!” Ziela memandang
wajah Haikal meminta persetujuan.

“Jangan! Aina masih kuat! Beri peluang pada Aina!” Suara


Aina bergetar. Peluh sejuk memercik di wajahnya. “Tapi
Aina terlalu lemah. Abang tak sanggup melihat Aina terus
menanggung kesakitan” Haikal sebak. Genggaman tangan

116
SEMURNI CINTA AINA

Aina juga tidak sekejap tadi.

Ziela terdiam. Masa terlalu suntuk. “Oklah Aina! One more


try! Lepas ni kalau tak boleh juga, saya akan buat
pembedahan”

Mulut Haikal terkumat kamit membaca surah Maryam.


Dihembus lembut pada ubun-ubun kepala Aina. Ya Allah!
Ringankan kesakitan isteri ku! Lindungilah dia!

“Allah hu akbar! Allah hu akbar!” Suara Aina tenggelam


timbul. “Push Aina! Push!” Ya Allah! Terangkat badan Aina
menahan rasa sakit. Berketap giginya.

Dan sebaik azan Subuh berkumandang, suara tangisan bayi


kedengaran memecah bening pagi.

“Alhamdulillah” Terpacul ucapan itu dibibir Haikal. “Dapat


baby boy! Tahniah abang Kai! Sempurna sifatnya seperti
bayi normal yang lain!”

Haikal melonjak kegembiraan. Tubuh Aina dipeluknya,


namun nafasnya bagaikan terhenti disaat melihat Aina
yang terkulai lemah dipangkuannya. “Aina!” Jeritan Haikal
mengejutkan Ziela.

“Aina! Bangun sayang!” Haikal kian tidak keruan. Ziela


segera mendapatkan Aina. “Aina pengsan. Keadaan dia
terlalu lemah!” Topeng oksigen diletakkan pada mulut

117
SEMURNI CINTA AINA

Aina.

“Abang Kai keluar dulu!” Haikal masih kaku di situ. “Nurse


bawa bayi ni keluar. Selepas bersihkan bayi ni, serahkan
pada bapanya” Arahan Ziela disambut dengan serta merta.
Namun Haikal masih tercegat memandang Aina. Matanya
terarah pada dada Aina. Memerhati ombakkan di dada itu
yang kian lemah. Janganlah berhenti!

*********************

Hajah Endon kelam kabut mendapatkan Haikal yang


berteleku di kerusi. Gembira hatinya bukan kepalang
melihat seorang bayi di riba Haikal namun kegembiraannya
mati tatkala wajah sugul Haikal menjengah di matanya.

“Kai! Kenapa ni nak? Aina macam mana?” Bahu Haikal di


usap lembut. Haikal menoleh memandang ibunya. Air
matanya sudah lama mengalir di pipi. Murahnya air
matanya kebelakangan ini!

“Aina masih tidak sedarkan diri ibu” Rintihnya pilu. Hajah


Endon terkedu. Sebak memikirkan nasib Aina. Dugaaan
buat gadis itu datang bertali arus!

Haikal bingkas bangun sebaik terlihat langkah Ziela yang


datang menghampirinya. “Macam mana dengan Aina?” Soal
Haikal tidak sabar. Janganlah berita buruk yang engkau
khabarkan!

118
SEMURNI CINTA AINA

“Aina cuma pengsan. Keadaan dia terlalu lemah dan banyak


kehilangan darah. Tapi sekarang keadaan Aina dah stabil”
Alhamdulillah. Syukur! Tangannya diraup pada muka.

“Boleh abang jenguk Aina?”


“Boleh tapi jangan lama. Dia perlu banyak berehat” Ujar
Ziela sebelum berlalu pergi.

Pintu bilik dikuaknya perlahan-lahan. Luluh hatinya melihat


sekujur tubuh yang lemah terbaring. Diusap lembut dahi
Aina.

Bayi yang berada di dalam pelukkannya diletakkan di sisi


Aina. "Ini umi mu anakku! Wanita mulia yang abi cintai!"
Desisnya sayu. Sayang janganlah lena mu terlalu lama!

Wajahnya dibenamkan di birai katil. Menahan rasa sebak


yang kian bernanah. Dia tersentak bila terasa rambutnya
tiba-tiba diusap. "Aina!" terpacul nama itu sebaik mata
Aina bercahaya merenungnya.........

Sayang....
Abang jua seperti mu tidak pandai bermadah, tidak bijak
berpuisi. Namun tatkala merasa manisnya cinta mu, ilham
itu tiba-tiba bertamu.....

Rahmat apakah ini? Yang hadir buat insan yang sentiasa


lupa mensyukuri nikmat-Nya. Dugaan apakah ini? Yang

119
SEMURNI CINTA AINA

hadir buat manusia yang sering alpa pada perintah-Nya.


Abang sering tertanya.

Manusia apakah diri mu? Masih gagah mengendong


cintamu, masih memahatkan setia mu padaku. Padahal
akulah yang sering memijak kasih mu itu!... Dan abang
tertanya lagi

Semurni cinta Aina..


Ah! Rupa-rupanya itulah jawapannya. Jauh abang
berkelana mencari. Puas abang menyelam ke dasar. Tak
perasan jawapannya ada di sisi!......

@@@@@@@ TAMAT @@@@@@@

120

You might also like