You are on page 1of 2

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat

pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara


hidup yang berbeza. Perpaduan negara adalah matlamat penting
dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada
dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan,
negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan.
Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan
negara terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan pergaduhan kaum
dan sebagainya .
Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan
dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran
supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan
kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian
ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat
akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik
yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan,
keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat
Malaysia yang sejahtera , bersatu padu, bermaruah dan
berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang ,
gemilang dan terbilang .
Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang
mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek
keagamaan, kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara
terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan
kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara ketika kerajaan
berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan
yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-undang
negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat
secara berkekala

You might also like