You are on page 1of 4

Sayugia diingatkan bahawa perkara yang berkaitan dengan integriti di kalangan

pendidik menarik minat saya.Banyak perkara yang boleh dijadikan renungan kita
sebagai seorang pendidik dalam usaha melahirkan modal insan yang berguna kepada
negara kita.Kini, pelbagai ancaman dapat dilihat.Berita berkaitan dengan anak-anak
murid yang terlibat dengan dadah, penzinaan, mat rempit (samseng jalan), minat
rempit amat menyedihkan kita....................mampukah kita melihat anak-anak didik
terus berada dalam keadaan seperti ini !ampukan kita menyaksikan anak didik terus
bergelumang dengan dosa!ampukah kita melihat anak didik kita yang baru saja
lepas sekolah menjadi peragut yang memalukan ibu bapa ...........................di
manakah tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik"dakah sudah rapuh tugas
kita dalam mendidik anak murid kita #ersoalan inilah yang sering bermain di $ikiran
saya.
%ujur dan "manah dalam melaksanakan tugas begitu mendalam maknanya bagi kita
sebagai pendidik.&ertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh &uan 'j "bas bin
"wang, &okoh guru negara dalam memberi gambaran tugas kita sebagai seorang
pendidik.!emang tidak dina$ikan tugas guru bukan sahaja mendidik tetapi sentuhan
dan belaian kasih sayang seorang guru kepada anak murid memang
penting......................saya memang begitu kagum dengan guru-guru sekolah saya
dalam mendidik anak muridnya.#endekatan yang digunakan oleh guru saya telah
memperlihatkan sesuatu yang begitu mengkagumkan saya.Seorang murid yang tidak
pernah lulus dalam ujian mahupun peperiksaan !atematik ketika berada di tahun ( -
),akhirnya berjaya lulus (*)......................itulah kejayaan yang begitu besar bagi diri
murid itu sendiri mahupun pihak sekolah.Sering mempercayai keupayaan dan
kesungguhan guru dalam memberikan didikan kepada anak-anak murid.
%usteru, jelas menunjukkan jangan sekali-kali kita menanggap anak didik tidak boleh
lulus.&api kita perlu sebut kamu boleh lulus.+nsya "llah,"llah sentiasa mendengar
rintihan doa kita.Begitu juga,kita sebagai seorang ibu dan ayah, tunjukkanlah kasih
sayang kita kepada keluarga.+nsya"llah....................lahirlah sebuah keluarga yang
bahagia.
INTEGRITI GURU, KEBERKESANAN MEMBENTUK JATI DIRI
Dipetik daripada :
http://reformasimindaguru.blogspot.com/2011/01/integriti-
guru.html
INTEGRITI GURU
Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata
masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya
dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti.
Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi
kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak
mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan
tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru
dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok
pendidikan.
Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk
membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang
berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih
mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding
perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah.
Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian
anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru
membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend
masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan
maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan
sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku
mereka sendiri yang menjadi teladan.
Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap
guru hari ini seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi
kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu,
menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan
sukatan pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir dan
pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.
Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan
disiplin yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak
seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya.
pabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan
sosial dan guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab
lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan
mendidik sahsiah anak-anak mereka.
lasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan
pelajar di samping tugasan mengajar pelajar yang ramai
menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan
sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan
tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu
bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar
tersebut berada.
Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru
kerana tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak
mengi!inkan mereka mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula
mereka tidak mempunyai kemahiran "ormal sebagaimana guru yang
dilatih untuk membentuk sahsiah pelajar.
#aka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa
penyelesaian tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin
bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah
perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita
membicarakannya semakin parah keadaannya.
Pepatah $Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari% perlulah
di"ahami maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa.
#aksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai seorang guru
perlulah menonjolkan si"at terpuji dalam diri tidak kira di mana
sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang
mereka.
Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi
pegangan guru-guru. &ika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa
pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan dicontohi
oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi
berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana sahaja.

You might also like