You are on page 1of 3

DRAMA 'SURAT UNTUK INA'

SINOPSIS
Badar dan Jais cuba mengorek rahsia Zali yang meminati seorang pengawas yang bernama
Zalina. Zali tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu sebaliknya dia hanya tersenyum.
Badar dan Jais mencadangkan supaya Zali menulis surat kepada Zalina. Zali bimbang kalau-
kalau Zalina akan mengadukan perkara itu kepada Cikgu Halil, guru disiplin di sekolah mereka.
Badar dan Jais meminta Zali menulis surat tanpa nama pengirim dan menyatakan niatnya yang
ingin berkenalan serta bersahabat dengan Zalina. Akhirnya surat itu siap ditulis oleh Zali dan
diletakkan di dalam meja Zalina.
Zalina membawa surat yang ditulis oleh Zali untuk ditunjukkan kepada Cikgu Halil. Jais
bimbang rahsia Zali terbongkar. Zali agak yakin Cikgu Halil tidak akan tahu. Namun begitu,
apabila Jais menyebut tentang tulisan Zali, Zali mulai bimbang. Badar Zalina tidak mungkin
berani melaporkan perkara itu kepada Cikgu Halilnkerana nanti dia juga yang akan malu.
Ternyata andaian Badar itu meleset. Cikgu Halil masuk ke kelas dan menyuruh semua pelajar
mengeluarkan buku latihan masing-masing. Cikgu Halil meneliti tulisan dalam buku para
pelajar. Beliau meneliti tulisan dalam buku Zali agak lama. Cikgu Halil meminta Zali menulis
nama dan alamatnya di papan hitam. Terbuktilah bahawa tulisan dalam surat itu meyerupai
tulisan Zali. Beliau meminta Zali mengakui kesalahannya.
Cikgu Halil memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap Zali bergantung kepada
keputusan Zalina. Zali meminta maaf kepada Zalina. Zalina memaafkan Zali dan menasihati Zali
supaya tidak mengulang perbuatannya. Badar dan Jais berasa gembira.

TEMA : Kenakalan pelajar lelaki yang sedang meningkat remaja yang melanggar peraturan
sekolah.

PERSOALAN
1. Perasaan tertarik kepada individu yang berlainan jantina.
2. Pengaruh rakan sebaya yang kuat terhadap remaja.
3. Peranan guru dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
4. Amalan bermaaf-maafan merupakan amalan yang baik.
5. Ketegasan seorang pengawas untuk menguatkuasakan peraturan sekolah

WATAK DAN PERWATAKAN
Zali : rakan Badar dan Jais, meminati Zalina, mudah terpengaruh oleh kata-kata Badar dan
Jais,pelajar yang baik dan bijak,berani mengakui kesalahannya, sanggup meminta maaf atas
kesalahan yang dilakukannya.
Badar : rakan Zali dan Jais, nakal dan suka mengusik orang, tahu bahawa Zali meminati
Zalina, pandai mempengaruhi Zali.
Jais : rakan Zali dan Badar, nakal dan suka mengusik orang, tahu bahawa Zali meminati
Zalina, pandai mempengaruhi Zali.
Zalina : pengawas sekolah dan berambut panjang, bijak,cantik dan bersopan, tegas, rajin,
pemaaf.
Cikgu Halil : tidak terburu-buru dalam membuat keputusan, bijak,tegas, berfikiran terbuka.
Fatimah : kawan baik Zalina, pustakawan sekolah.


PLOT
Permulaan : Zali, Jais dan Badar berbual-bual di bawah pokok tentang seorang pengawas
perempuan di sekolah mereka, Zalina. Zali berhasrat mahu berkenalan dengan Zalina.
Perkembangan : Jais mencadangkan kepada Zali agar menulis surat kepada Zalina dan
meletakkan surat tersebut ke dalam meja Zalina. Zali menyetujuinya. Dengan bantuan Jais dan
Badar yang mengawasi persekitaran, Zali berjaya meletakkan surat tersebut di dalam meja
Zalina.
Perumitan : Fatimah marah apabila Badar, Zali dan Jais membuat bising di dalam kelas.
Zalina menemui Cikgu Halil dan menyerahkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil.
Puncak : Cikgu Halil mengarahkan semua murid meletakkan buku karangan masing-masing di
atas meja. Zali yang tidak membawa buku karangannya diminta menulis alamatnya di papan
hitam. Perbuatan Zali terbongkar apabila tulisannya sama dengan tulisan dalam surat yang
diterima oleh Zalina.
Peleraian : Zali meminta maaf kepada Zalina atas perbuatannya dan Zalina memaafkannya.

TEKNIK PLOT
Teknik dialog
ZALI : Kalau aku tidak tulis nama, macam mana aku hendak kenal dia.
Dan bagaimana pula dia hendak mengenali aku?
BADAR : Tadi, kau kata takut dilaporkan kepada Cikgu Halil.
Teknik pemerian
Contoh: ZALI segera beredar ikut pintu belakang. Mereka bertiga terus berlalu. ZALINA dan
rakan-rakannya masuk ke kelas. ZALINA terus duduk di dalam kelas. Selepas itu, BADAR dan
rakan-rakannya masuk.
Teknik saspens
Pembaca tertanya-tanya sama ada rahsia Zali akan terbongkar atau tidak apabila Zalina membuat
keputusan menemui Cikgu Halil setelah dia menerima surat tanpa nama pengirim itu.

GAYA BAHASA
Peribahasa : Sudahlah! Janganlah masuk bakul, angkat sendiri.
Bahasa Inggeris : member, relax
Sinkof : Li, kau ingat tak apa yang kautanyakan aku semalam!
Similie : otak macam komputer dan gadis yang cantik macam bidadari.
Repitisi : Apabila dia masuk ke kelas, dia akan buka dan membacanya.
Anafora : Aku boleh belajar dan mengulang kaji pelajaran bersama-samanya.
Aku belajar pun, akan bertambah semangat.

LATAR
Latar tempat : di bawah pokok, di satu kawasan lapang, di dalam kelas.
Latar masa : waktu pagi ( waktu persekolahan ).
Latar masyarakat
Masyarakat sekolah: murid dan guru.
Masyarakat murid yang gemar melanggar peraturan sekolah.
Masyarakat yang mengamalkan sikap saling bermaafan.
Masyarakat pengawas yang tegas menegakkan disiplin.

NILAI
Ketegasan
Kebijaksanaan
Bertanggungjawab
Bermaaf-maafan
Patuh kepada arahan

PENGAJARAN
1. Guru mestilah tegas kepada murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah.
2. Sikap saling bermaaf-maafan mestilah diamalkan dalam kehidupan.
3. Setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan bijak.
4. Sikap suka melanggar peraturan sekolah mestilah dihindarkan.
5. Kita mestilah tegas menjalankan tugas yang diamanahkan

You might also like