You are on page 1of 3

LAPORAN AUDIT HIJAU IPG LESTARI

BLOK PENTADBIRAN

Penggunaan air
Setelah diperhatikan, didapati bahawa tahap penggunaan air secara bijak telak
dilakuakan dikebanyakan bilik-bilik jabtan serta unit-unit yang ada. Contohnya di
Jabatan Ilmu Pendidikan, sinki di bahagian belakang bilik telah mengalami sedikit
masalah. Air menitik-nitik walaupun telah ditutup kuat pilinya. Jadi, buat sementara
waktu sebelum pihak yang bertanggungjawab membaikinya, mereka telah
mematikan saluran air yang utama yang berada di bawah sinki tersebut. Jika hendak
menggunakan sinki tersebut, mereka akan menghiduppkan air itu semula. Secara
purata, diperhatikan bahawa setiap jabatan menggunakan air secara berhemah dan
bijak.
Penggunaan tenaga
Ketika proses mengaudit dijalankan di setiap jabatan, didapati bahawa kebanyakan
lampu masih lagi menyala walaupun hari sudah semakin cerah. Salah satu punca
mengapa lampu sentiasa diapasang walaupun hari sudah siang adalah kerana
pencahayaan yang agak malap di setiap jabatan terutamanya di lobi pejabat utama
di blok A. Faktor pemilihan bahan untuk dinding yang memilih warna hitam
menyebabkan keadaan bilik tersebut akan menjadi gelap jika tidak dinyalakan
lampu. Penggunaan tenaga yang boleh dianggap agak membazir dapat dikenal pasti
di situ. Selain itu, ada juga jabatan yang membiarkan penghawa dingin dan kipas
berpusing walaupun tiada sesiapa di dalamnya.

Penggunaan kertas
Amalan elak pembaziran kertas amat kurang dilaksanakan oleh kebanyakan jabatan
yang ada. Mereka lebih gemar untuk menggunakan kertas yang baru daripada
menggunakan kertas conteng sedia ada. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan
oleh pekerja am yang menjaga kebersihan setiap blok, didapati bahawa penggunaan
kertas paling banyak adalah pada awal tahun. Kertas-kertas tersebut, mereka
asingkan kemudian mereka jual kepada pemborong kitar semula. Rata-rata
mengatakan bahawa jika mesin fotostat tidak rosak, mereka dapat mengelakkan
penggunaan kertas yang banyak. Disebabkan oleh kesilapan teknikal begitu
menyebabkan pembaziran kertas berlaku. Walaubagaimanapun, ada jabatan yang
memanfaatkan kertas yang boleh diguna semula. Mereka telah memotong menjadi
kepingan kertas kecil untuk dijadikan kertas nota. Ini merupakan satu langkah bijak
bagi penggunaan kertas secara berhemah.
Pengurusan bahan buangan
Kebersihan setiap jabatan yang ada amat memuaskan dan dapat dijadikan contoh.
Pengurusan sampah yang teratur dan tetap amat berkesan dalam memastikan
keadaan jabatan sentiasa bersih. Pengurusan bahan buangan ini telah diuruskan
oleh pekerja am yang telah ditetapkan. Setiap tong sampah yang penuh akan
digantikan dengan tong yang baru.
Penglibatan warga IPG
Melalui analisis yang telah dijalankan, majoriti pensyarah dan staf sokongan
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti hijau yang dijalankan oleh pihak institute.
Komitmen yang diberikan agak baik dan

You might also like