You are on page 1of 17

ITEM SUBJEKTIF

 Item jenis ini membenarkan subjektiviti dalam


respons
 Calon mengemukakan jawapan sendiri,
mengikut arahan tugasan
 Skor diberi berdasarkan peraturan
pemarkahan yang disediakan secara jelas dan
terperinci
• Item membolehkan calon mempamerkan
kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki
• Jawapan bersifat polikotomus (bukan satu
jawapan sahaja yang diterima sebagai betul)
• Calon perlu berfikir secara kreatif dan kritis
JENIS-JENIS ITEM
SUBJEKTIF

Item respons terbuka

Item respons terhad

Item berstruktur
ITEM RESPONS TERBUKA
Mengundang pelbagai kemungkinan
jawapan daripada calon

KELEBIHAN ITEM RESPONS TERBUKA


Boleh mentaksir keupayaan calon dalam:
mengenal pasti, memilih,mengorganisasi
dan mempersembahkan sesuatu perkara
atau idea dalam bentuk suatu komunikasi
Boleh mentaksir keupayaan pelajar
dalam :

 menerokai pelbagai pilihan, cara atau


pendekatan bagi menyelesaikan masal

CONTOH
ITEM RESPONS TERBUKA
 Huraikan kejadian air pasang surut.
 Bincangkan masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja.
ITEM RESPONS TERHAD
 Item jenis ini berkecenderungan
menghadkan bentuk dan respons pelajar.

 Bentuk respons biasanya dihadkan


melalui skop yang disoal.

 Biasanya item ini memerlukan pelajar


memberikan respons dalam satu frasa,
atau beberapa ayat atau satu perenggan.
KELEBIHAN
KELEBIHAN
ITEM
ITEM RESPONS
RESPONS TERHAD
TERHAD
 Kehendak soalan boleh difokuskan
kepada sesuatu yang spesifik
 Calon terpandu dalam memahami
tugasan yang perlu dilaksanakan
 Pemberian markah yang adil dan wajar
lebih mudah ditentukan
Contoh
 Terangkan empat faktor yang
mempengaruhi permintaan
ITEM BERSTRUKTUR

 Mengandungi satu siri soalan yang


berkaitan antara satu sama lain,
berdasarkan satu rangsangan tertentu

 Respons pelajar adalah terpandu dan


terhad
KELEBIHAN ITEM BERSTRUKTUR
 Membolehkan calon menjawab soalan kompleks
secara terpandu
 Set mengandungi soalan pelbagai aras, yang disusun
dari aras rendah ke sedarhana ke tinggi;
- calon yang pelbagai aras kebolehan boleh menjawab
peringkat yang mampu oleh mereka

Contoh
Sebatang lilin yang menyala ditutup dengan sebiji gelas.

(a) Apakah yang dapat diperhatikan selepas satu minit?


(b) Mengapakah kejadian di (a) boleh berlaku?
(c)Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan
pemerhatian dalam eksperimen di atas?
PERATURAN
PEMARKAHAN

APA
MENGAPA
BAGAIMANA
APA ITU PP
 Dokumen yang mengandungi
panduan memberi markah bagi
setiap item dalam sesuatu ujian
 Mengandungi jawapan / contoh
jawapan
 Disediakan bersama-sama dengan
soalan
 Komponen penting item subjektif
MENGAPA PP PERLU

 Panduan spesifik pemberian markah


memastikan:
- pemberian markah sepadan dengan
konstruk yang ditaksir dan tugasan yang
dilaksana calon
- pemberian markah adil kepada calon
- pemarkahan antara pemeriksa terselaras
- kebolehpercayaan skor
BAGAIMANA PP DIBINA

 Berdasarkan kata tugas dan tugasan

 Berpandukan respons yang dijangka

 Berdasarkan pembahagian markah


Kata tugas
 menentukan bentuk jawapan
 mencerminkan kerencaman konstruk
 memberi panduan tentang pemberian markah
Respons yang dijangka
 Tahap-tahap pencapaian calon bagi sesuatu item
disusun sebagai senarai respons yang diterima,
beserta markah yang diperuntukkan bagi setiap tahap
 Kemungkinan-kemungkinan jawapan calon diambil
kira
Pembahagian markah
- ikut soalan
- ikut pecahan soalan
- ikut persembahan jawapan
- ikut agihan markah dalam format kertas soalan
KAEDAH PEMARKAHAN

PEMARKAHAN
ANALITIK

PEMARKAHA
N HOLISTIK
Pemarkahan analitik
 Markah diberi pada peringkat-peringkat
tertentu
 Markah mengikut poin jawapan yang
ditentukan
 Setiap poin ditentukan pemberatan markah
 Peraturan menolak markah/pemberian
markah maksimum
Pemarkahan holistik
 Melihat mutu jawapan secara keseluruhan
 Memberi perhatian kepada perkara-perkara
yang harus dipertimbangkan
 Menentukan tahap pencapaian
keseluruhan
ARAS KESUKARAN
ARAS RENDAH
Item yang mampu dijawab oleh calon
berkebolehan rendah, sederhana dan
tinggi
ARAS SEDERHANA
Item yang mampu dijawab oleh calon
berkebolehan sederhana dan tinggi
ARAS TINGGI
Item yang mampu dijawab oleh calon
berkebolehan tinggi sahaja

You might also like