You are on page 1of 15

HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1


1.0 PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan serta
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju tahun 2020. Modal insan yang ingin
dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta
berkebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
Dalam usaha untuk menjadi negara maju, pendidikan amat penting dan menjadi teras strategik
dalam Misi Nasional. Kementerian Pelajaran telah mengatur strategi agar masyarakat Malaysia
dapat menghadapi cabaran globalisasi dan mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia.
Pelbagai perubahan dan pembaharuan dilaksanakan termasuklah Sekolah Bestari.
1.1 SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari merupakan satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia
(MSC) Malaysia. Pada tahun 1997, Kerajaan telah memutuskan supaya Sekolah Bestari di
tubuhkan sebagai pemangkin ke arah matlamat melahirkan individu yang kritis dan kreatif
supaya dapat bersaing di dalam ekonomi global pada abad 21. Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan
Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik
sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu
kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Pembelajaran yang diharapkan di Sekolah Bestari
ialah bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan
berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh
dunia. Pembelajaran juga berubah daripada berpusatkan guru kepada murid. Murid dididik
dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan disemai dengan nilai-nilai murni. Murid
HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2


membuat pengembaraan mengelilingi dunia untuk mencari maklumat dan mengumpul data.
Manakala bagi pihak pentadbir pula, dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah,
pentadbir dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan
berkesan.
1.2 STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI

Di sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran
untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu
kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan
pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.
Penggabungan ini penting bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kompetensi, masteri dan
perkembangan diri yang menyeluruh (holistic).
Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari yang digunakan untuk memastikan perkembangan
kemahiran generik pelajar terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
Direktif (Directive)
Pemerhatian (Observation)
Mediatif (Mediative)
Generatif (Generative)
Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative)
Konteks Luar (Outside-Context)
Metakognitif (Metacognitive)
Konteksual (Contextual)
Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)



HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

3


1.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
1.3.1 DEFINISI
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan
dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini meyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Murid yang
melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.


Pengajaran kontekstual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar kepada situasi
dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat hubungan antara apa yang dipelajari
dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli
keluarga dan ahli masyarakat.Menurut teori ini, pembelajaran berlaku hanya ketika murid
memproses maklumat dengan cara yang bermakna mengikut ruang rujuk mereka iatu dunia
ingatan, pengalaman dan maklum balas mereka sendiri. Toeri ini menggalakakan mereka
memilih dan membentuk persekitaran pembelajaran dengan memasukkan sebanyak mungkin
pelbagai pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi dalam usaha ke arah hasil
pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran seumpama ini murid menemui hubungan
HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

4


bermakna antara idea abstrak dan mengaplikasi amali dalam dunia sebenar di mana konsep
diterima, dikukuhkan dan dihubungkan.
Contoh pengajaran kontekstual adalah pembelajaran berasaskan aktiviti, sesi hands-on, seminar,
bengkel dan program buat sendiri. Dalam pengajaran Bahasa Melayu misalnya, murid akan
mempelajari topik keselamatan jalan raya dengan mengemukakan contoh-contoh papan tanda
yang pernah mereka lihat.

1.3.2 UNSUR-UNSUR PENTING TEORI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL




HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

5





























HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

6


Jawapan Soalan 1

1.4 CIRI-CIRI PEDAGOGI BESTARI YANG DITERAPKAN DALAM
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Pengurusan pembelajaran berpusatkan pelajar, iaitu pembelajaran melalui
pengalaman.
Pembelajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya
sendiri dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.Selain itu, guru
melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan dan hanya bertindak sebagai
fasilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka
sendiri. Guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya memberikan
pemahaman konsep baru yang mendalam. Selain itu, pembelajaran jenis ini juga mewujudkan
pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat serta menggalakkan penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Partisipatif, iaitu menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam setiap
aktiviti yang dijalankan.
Partisipatif ialah setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu konsep yang diajar.
Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran
konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan konsep
baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992). Penglibatan pelajar secara aktif adalah
merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang
menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan
pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya
tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997).

HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

7


Membudayakan ilmu dan berfikiran kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam pengajaran membina asas yang kukuh dalam
melahirkan generasi berfikir. Daripada ilmu yang diterima, pelajar-pelajar mampu
mempelbagaikan idea dan dan mencipta sesuatu yang praktikal dan berfungsi. Kemahiran
berfikir dalam pengajaran karangan kreatif misalnya merangsang pelajar supaya sentiasa berfikir.
Pelajar dilatih supaya melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, mendapatkan idea, kreatif untuk
mengarang, menyusun dan mempersembahkan dengan gaya yang menarik. Menurut Kainz
(1987), kemahiran menulis karangan adalah dibina atas impak kebolehan bertutur,bacaan dan
kefahaman serta mendengar. Bruner (1966) pula berpendapat dengan memiliki kemahiran
berfikir menjadikan karangan kemas, padat mempunyai koheran dan kohesi.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dapat melatih murid-murid supaya mahir
menggunakan teknologi komputer masa kini untuk menguasai mengikut perkembangan konsep
world class education.Tujuan kemahiran ini diajar ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang
mahir bidang sains dan teknologi serta dipandang tinggi oleh masyarakat serta seluruh dunia.
Untuk merealisasikan impian ini pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan agar semua murid
tidak ketinggalan mempelajari kemahiran ini.Ketika mengajar kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi guru mesti guna penilaian on-going dan on-line kerana ia lebih mudah dan
sistematik serta menunjukkan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.

Kolaboratif, iaitu segala maklumat dikongsi bersama
Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau
lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah
mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui
pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan. Nilai sosial & kerjasama dapat
dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua
kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

8


Jawapan Soalan 2
2.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN STRATEGI KONTEKSTUAL
2.1 PANDUAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

MOTIVASI: Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap
sesuatu tajuk yang akan dibincangkan.
PEMAHAMAN: Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang
dipelajari.Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid
terhadap sesuatu konsep. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
KEMAHIRAN: Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan
hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid
dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian.
PENILAIAN: menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk
tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula
mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan
murid. Selepas itu, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.

Dalam proses kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai kaedah iaitu
menghubungkait, mengalami, mengaplikasikan, bekerjasama serta memindahkan maklumat ke
dalam bentuk yang mudah difahami. Setiap kaedah yang digunapakai harus dikaitkan dengan
pengalaman dan persekitaran. Murid pula berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.

HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

9


2.2 CONTOH STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM KEMAHIRAN LISAN
LANGKAH 1
*Guru mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid tentang cara membersihkan diri dengan
menayangkan gambar.(memberus gigi, mandi dll)
*Murid menjelaskan cara menjaga kebersihan diri,
* Guru mengedarkan kad puisi kepada 4 kumpulan yang berbeza mengikut rangkap.




















LANGKAH 2
*Setiap kumpulan berbincang tentang maksud rangkap puisi yang diberi dan berlatih
mendeklamasikannnya.
*Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan di hadapan kelas.
*Setelah selesai pembentangan, guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan.
LANGKAH 3
*Setiap kumpulan diedarkan petikan lagu dan diminta melaksanakan simulasi berdasarkan
senikata lagu.
* Guru mengedarkan borang penilaian skala kadar kepada semua kumpulan dan saling
menilai.
HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

10


Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam pembelajaran
kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut ;










HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

11


Jawapan Soalan 3
3.0 PERISIAN KURSUS BERSIFAT INTERAKTIF

Umum mengetahui bahawa Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai kemudahan canggih
seperti komputer multimedia yang dapat membantu menjadikan proses pengajaran pembelajaran
lebih berkesan.Contoh aplikasi teknologi maklmuat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
ialah Perisian kursus bersifat interaktif . Ia melibatkan pengumpulan, penyimpanan serta
penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk. Contohnya cakera padat(CD), disket, laman web,
software serta desktop komputer.
Perisian interaktif sesuai digunakan untuk pembelajaran berpusatkan pelajar. Terdapat kajian
yang menunjukkan bahawa bahan multimedia interaktif mampu mempertingkatkan kadar
penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar
yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional(Crowe dan Palmera-Leynes,1995).Dalam
pengajaran dan pembelajaran,perisian ini sesuai digunakan melalui cara yang berikut:
Tutorial
Eksplotari/penerokaan
Aplikasi
Komunikasi
3.1 KEBERKESANAN PERISIAN INTERAKTIF DALAM P&P DI SEKOLAH
BESTARI
Perisian interaktif dapat membantu pengajaran guru-guru terutama di sekolah bestari dalam
mempertingkat keberkesanan p&p di bilik darjah. Melalui penggunaan perisian ini , guru dapat
menjimatkan masa, pembelajaran lebih terbuka, bebas serta fleksibel.
Dalam pada itu, pembelajaran berbantukan komputer menggunakan perisian juga dapat memberi
impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya yang
berada pada tahap pencapaian akademik yang rendah. Ini kerana golongan pelajar ini
kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti
HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

12


visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik di mana kesemua medium ini terdapat
dalam multimedia yang boleh didapati dalam pembelajaran berbantukan computer. Ini selaras
dengan peribahasa Cina yang berbunyi,saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan ingat,
dan apabila saya lakukan saya akan faham.(Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah 1998).
Kefahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat diperlukan
oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.
Kesimpulannya, perisian kursus bersifat interaktif juga menggalakkan pembelajaran dengan cara:
i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.
ii)Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.
iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan
kawalan kendiri.
iv)Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai.
v)Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam
pembelajaran.
vi)Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan
latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya.
vii)Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran pelajar akan menghasilkan
penguatan yang tinggi.Menurut Zoraini Wati Abas (1994), penggunaan komputer akan
menjadikan pelajar-pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan
mereka dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu.
viii)Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati
dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar



HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

13


4.0 PENUTUP
Dalam meniti era teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang berkembang pasat, kehadiran
Sekolah Bestari tidak dapat dinafikan mampu menyuntik satu paradigma baru dalam dunia
pendidikan. Pembaharuan yang diperkenalkan ini secara dasarnya dilihat sebagai satu
perkembangan sihat dalam institusi pendidikan kerana ia mendatangkan pelbagai implikasi
positif kepada guru dan pelajar.

Pelbagai strategi diperkenalkan dan diserapkan secara langsung dan tidak langsung dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pemantapan ini dilakukan agar menghasilkan satu pembelajaran
yang holistik, global serta bermakna dalam kurikulum bestari. Oleh itu, sekalian para guru dan
pelajar harus mula membuka mata terhadap ledakan baru kurikulum dan celik IT agar mampu
bergerak seiring dengan impian negara. Ini kerana segala perubahan dan inovasi yang dilakukan
tidak akan bermakna seandainya guru-guru dan pelajar masih alpa dan ketinggalan.













HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

14


LAMPIRAN
Bahan Bantu Mengajar

1. Pantun

Pucuk paku daun selasih,
Dibeli dari kedai Pak Hadi,
Kalau mahu diri bersih,
Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,
Mencari kayu dengan kelapa,
Kalau mahu gigi yang putih,
Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,
Hendak membeli pisang embun,
Kalau mahu berbadan wangi,
Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,
Makan laksa di tanjung Dahan,
Kalau mahu hidup sejahtera,
Setiap masa jaga kebersihan.


2. Petikan Teks

Membersihkan Diri
Nyanyi dan lakonkan
Pucuk paku daun selasih,
Dibeli dari kedai Pak Hadi,
Kalau mahu diri bersih,
Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,
Mencari kayu dengan kelapa,
Kalau mahu gigi yang putih,
Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,
HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

15


Hendak membeli pisang embun,
Kalau mahu berbadan wangi,
Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,
Makan laksa di tanjung Dahan,
Kalau mahu hidup sejahtera,
Setiap masa jaga kebersihan.

You might also like