You are on page 1of 8

Pengenalan Ilmu Sejarah

Sejarah lisan mula mendapat tempat dalam pengajian sejarah pada hari ini kerana ia
turut menyumbang kepada penambahan dari segi sumber sejarah. Sebagai seorang
pengkaji yang akan membuat penulisan sejarah mengenai seorang tokoh penting
negara, persiapan awal temubual adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk
disediakan.
Sebelum saya menghuraikan persiapan awal proses temubual, kita lihat takrif temubual.
Menurut Mohd Amirrudin Bin Zakaria dan rakan-rakannya (2010), Temubual adalah satu
perbualan antara orang yang mana seseorang itu mempunyai peranan sebagai
penyelidik. Kebiasaannya, penemubual akan mempunyai satu set soalan bertulis yang
berstruktur dan teratur (temubual berstruktur). Secara alternatifnya, soalan-soalan ini
mungkin hanya digunakan sebagai satu catatan untuk mengingatkan penyelidik kepada
maklumat penting yang perlu dikaji. Temubual juga akan memberikan pelbagai cabaran
disebabkan oleh interaksi antara penemubual dan responden. Penemubual perlu
mengemukakan soalan-soalan (samada dalam format berstruktur, separa struktur atau
tidak berstruktur), mendengar (pengumpulan data) respon-respon dan mengemukakan
soalan-soalan. Jika format temubual tidak tersusun, soalan hendaklah digubal semula.
Penemubual mungkin tidak hanya mendengar kepada respon-respon berbentuk verbal
tetapi juga melihat kepada elemen lain dalam proses temubual seperti gerak badan
orang yang ditemubual. Walau apa pun cabaran-cabaran yang terlibat, temubual yang
dikawal dengan baik adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan data berdasarkan
pandangan orang ramai, sikap dan makna-makna yang dapat mempengaruhi kehidupan
dan kelakuan mereka.
Menurut Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), Sebelum temubual
diadakan, penemubual dikehendaki sentiasa membiasakan dengan sejarah dan
karektor respondennya. Ini membolehkan penemubual mempunyai serba sedikit
pengetahuan mengenai responden. Dalam usaha mengadakan temubual, amat perlu
bagi kita mengikut beberapa kaedah yang diperlukan dalam proses temubual. Ia penting
bagi membolehkan sesuatu temubual itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan serta
memberikan hasil sebagaimana yang diperlukan dalam menulis sesuatu laporan atau
peristiwa.


Mohd Amirrudin Bin Zakaria dan rakan-rakannya (2010), juga ada menerangkan 5 jenis
temubual di dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya iaitu :
Temubual boleh dibahagikan kepda 5 kategori:
Temubual berstruktur.
Temubual separa struktur.
Temubual bebas.
Temubual tertumpu.
Temubual perbualan tak rasmi.
Kebiasaannya, temubual yang dilakukan oleh para pengkaji lebih mengikut struktur
dengan menggunakan senarai-senarai soalan dan jawapan. Bentuk-bentuk soalan juga
kebiasannya adalah dalam bentuk soalan open-ended yang berbentuk soalan yang
menggunakan perkataan bagaimana, kenapa dan apakah.
Justeru, setelah kita mengetahui apa itu temubual, maka mari kita huraikan persoalan
yang pertama yang berkaitan dengan persediaan awal sebelum melakukan temubual
dengan responden. Berikut adalah langkah-langkah atau persediaan awal yang terbaik
yang dapat kita lakukan sebagai seorang pengkaji sejarah untuk menemubual seorang
tokoh negara.
1) Tentukan dahulu tajuk, skop tajuk dan isu yang akan dikaji. Contohnya jika kita
memilih tajuk berkaitan dengan sejarah kemerdekaan, pastikan responden tersebut
adalah antara mereka yang teribat di dalam peristiwa tercapainya kemerdekaan
tersebut. Setelah tajuk yang sesuai dipilih, maka lihat pula pada skop tajuk yang akan
dibincangkan samada menjurus kepada skop rundingan bersama British, perjuangan
menentang Jepun dan sebagainya serta isu-isu yang berkaitan. Seterusnya baharulah
kita memilih responden yang sesuai untuk ditemubual.
2) Setelah memilih responden tersebut, selidik serba sedikit tentang latar belakangnya.
Bagaimana penglibatannya pada tajuk yang dipilih serta kesahihan penglibatannya
terhadap peristiwa sejarah yang kita kaji.
3) Pengkaji perlulah menyediakan set-set soalan yang akan digunakan. Set-set soalan
sebolehnya berbentuk open-ended dengan menggunakan perkataan seperti
bagaimana, kenapakah dan apakah. Lebih memudahkan sekiranya penemubual
menyatakan jumlah masa yang akan diambil supaya responden boleh bersedia dengan
soalan yang akan diajukan. Contohnya penemubual telah menetapkan dua jam untuk
menemubual maka, responden mungkin lebih bersedia dengan soalan-soalan tersebut.
Terdapat juga penemubual yang memberikan set-set soalan terlebih dahulu kep[ada
responden supaya responden lebih bersedia dengan soalan yang diajukan.
4) Sediakan dan hantar surat rasmi kepada responden untuk menyatakan tujuan kajian
serta meminta persetujuannya. Setelah persetujuan diterima, tetapkan tarikh temu janji
untuk proses temubual. Temujanji ya ng dibuat mestilah mengikut kehendak responden
supaya beliau lebih selesa dan tidak tertekan. Contohnya di pejabatnya atau di kawasan
yang selesa dan kondusif. Seeloknya, sertakan sekali set soalan bersama surat temu
janji agar responden dapat bersedia dan proses menemubual dapat berjalan dengan
lancar.
5) Uji peralatan yang akan digunakan dan pastikan ianya berfungsi. Seeloknya sediakan
pita rakaman lebih dari satu supaya jika berlaku kerosakkan ianya tidak mengganggu
proses temubual.
6) Berlatih menemubual sebelum melakukan yang betul. Ini bertujuan untuk
menambahkan keyakinan kepada penemubual.
7) Pastikan temujanji sehari atau dua hari sebelum temubual supaya responden tidak
terlupa dan pada hari yang ditetapkan, peruntukkan masa yang secukupnya untuk tiba
di tempat yang dijanjikan.
8) Jalankan temubual dan rakaman di tempat yang sesuai seperti di tempat sunyi atau
di dalam pejabat dan pastikan responden memahami tujuan temubual dilakukan.

Kesimpulannya, dalam usaha untuk menjalankan temubual untuk mengadakan sejarah
lisan, terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian seperti perkara-perkara yang
disebutkan di atas. Persiapan awal yang baik dan terperinci akan membantu seseorang
ahli sejarah menjalankan tugas menjalankan temubual dengan berkesan dan berhasil.



(B) Bincangkan etika yang harus ada pada diri anda ketika menjalankan temubual.
Kita telah pun mengetahui secara mendalam maksud temubual melalui soalan (a) di
atas. Sebelum kita membincangkan etika yang perlu ada ketika proses temubual, mari
kita lihat maksud etika itu sendiri. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, etika
bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya)
yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~
perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan
ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika:
Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera.
Menurut modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), etika dan kaedah
penyelidikan adalah perkara penting yang dapat memberikan panduan kepada para
penyelidik menghasilkan penyelidikan yang berkesan. Antaranya ialah mempelajari
apakah kategori bukti yang ada, elemen yang kritikal yang membezakan mereka dan
apakah maknanya kepada penyelidik.
Chuah Kim Hwa dalam Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 6, (2005), menyatakan,
Pada dasarnya, pengumpulan data adalah berkaitan dengan amalan saya dan ini
bukan merupakan dilemma yang saya hadapi. Dilema timbul semasa saya mengumpul
data tentang jawapan yang diberi oleh partisipan dan jelas kelihatan partisipan kursus
tidak berasa selesa. Ada di kalangan peserta kursus yang bersikap defensive semasa
tembual terutama sekali bila soalan yang ditanya itu berkaitan dengan jawapan yang
mereka hasilkan tentang PT. Ini jelas dari segi nada suara, air muka serta
ketidakselesaan yang ditunjukkan dari segi body language. Saya mendapati temubual
tersebut telah menceroboh ruang partisipan dan akhirnya saya berputus untuk
menerangkan kepada peserta kursus kenapa saya menanya soalan. Saya juga
menceritakan tentang interpretasi saya atas jawapan yang mereka beri.
Setelah kita memahami makna etika dan kegunaanya maka dapat kita bincangkan di
sini antara etika-etika yang perlu ada ketika proses menemubual ialah antaranya
temubual haruslah dilakukan dalam bentuk berhemah dan tidak berunsur paksaan.
Perkara asas yang utama ialah meminta kebenaran sebelum melakukan proses
temubual. Ini ialah etika yang pertama harus dilaksanakan dengan bentuk yang
berhemah agar kerjasama yang maksimum dapat diperolehi.sebaik-baiknya meminta
kebenaran secara bertulis agar kebenaran tersebut dapat disimpan sebagai rekod.
Perkara kedua ialah etika di dalam penggunaan nama responden. Sebelum memulakan
kajian penulisan sejarah, kita perlu pastikan samada responden membenarkan kita
menggunakan namanya yang sebenar atau nama samaran. Ini penting sebagai rekod
dan kebiasaannya, sesebuah kajian yang dilakukan tidak menggunakan nama sebenar
tetapi sekadar nama samaran atau wujudkan sistem kod nama mudah seperti Doktor A,
doktor B dan sebagainya. Ini penting agar mengelakkan kita menjatuhkan air muka
responden apabila berkaitan dengan isu-isu sensitif dan sebagainya.
Ketiga, ketika mengadakan sesi temubual, seeloknya penemubual mestilah berpakaian
kemas serta tidak menjolok mata yang mampu mengundang rasa tidak selesa
responden. Kemas bermaksud jika penemubual itu lelaki, maka sesuainya memakai
kemeja, berseluar panjang dan berkasut. Bagi penemubual perempuan pula seeloknya
memakai baju kurung atau blaus yang labuh dan sesuai. Elakkan memakai pakaian
jeans dan kemeja berkolar bulat serta bagi yang perempuan pula, elakkan pakaian yang
menjolok mata. Etika berpakaian ini penting bagi menunjukkan kepada responden
bahawa penemubual adalah seorang yang professional serta melakukan kajiannya
dengan bersungguh-sungguh.
Perkara keempat pula ialah etika di dalam mengajukan soalan kepada responden.
Mulakan soalan dengan soalan yang mudah dan menyenangkan sebelum ke soalan
yang lebih mendalam dan sukar. Seterusnya, seboleh-boleh, ajukan soalan menurut
susunan logical. Eloakkan soalan-soalan yang bercampur aduk kerana ia akan
membuatkan responden kurang selesa dan tidak dapat menjawab dengan jawapan
yang dikehendaki. Selain itu, antara perkara-perkara lain yang patut dielakkan semasa
mengajukan soalan ialah ;
1. Elakkan munggunakan soalan yang panjang. Ini kerana akibat terlalu panjang ianya
mungkin akan mengelirukan responden.
2. Kurangkan penggunaan ayat majmuk. Lebih sesuai jika ayat soalan tersebut
dipecahkan kepada dua agar lebih mudah difahami.
3. Elakkkan menggunakan soalan yang mempunyai andaian tertentu (leading questions)
contohnya: Kenapa anda suka. Ini kerana ia mampu membuatkan responden
kurang selesa dan memberikan jaawapan yang kabur.
4. Elakkan menggunakan soalan yang bias tanpa disedari. Seringkali soalan seperti ini
akan melibatkan bias dari segi jantina.
5. Mulakan soalan dengan mudah seperti secara ringkas berkaitan biografi. Berhati-hati
apabila mahu menyoal soalan berbentuk peribadi dan emosional. Jangan memulakan
sesi temubual dengan menyoal soalan-soalan berbentuk mengejutkan.

Seterusnya, etika yang sesuai dapat diaplikasikan ialah dengan kebijaksanaan
menggunakan Probes dan Prompts. Probes (siasatan) dapat digunakan apabila untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara atau fakta. Contohnya, Ada
apa-apa yang anda perlu tambah berkenaan hal ini? Prompts (galakan) pula digunakan
apabila penemubual ingin member galakan serta membantu ingatan responden
mengingati sesuatu fakta atau nama. Contoh penggunaan Prompt ialah Ya, teruskan,
Ya, saya faham, dan sebagainya.
Seterusnya, antara etika-etika lain yang perlu ada ketika menjalankan sesi temubual
ialah dengan memastikan hanya satu soalan ditanya pada satu-satu masa. Berikanlah
masa yang secukupnya kepada responden untuk menjawab soalan yang diajukan.
Selain itu, jadilah pendengar yang baik. Jangan menunjukkan bahasa badan (body
language) yang tidak selesa seperti memandang kearah lain, mengetuk-ngetuk meja,
menguap dan sebagainya. Gunakanlah bahasa badan yang sesuai seperti memandang
kepada responden, mengangguk dan tersenyum bagi menggalakkan dan memberikan
gambaran anda berminat.
Menurut modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), menyatakan
beberapa etika yang sesuai digunakan ketika melakukan sesi temubual. Antaranya
ialah;
1. Jika perlu, gunakan percakapan yang boleh menggalakkan sesi temubual seperti
Maklumat ini amat berguna atau Ianya sungguh menarik. Bagaimanapun perlulah
berhati-hati agar tidak mencelah dengan menggunakan bahasa-bahasa seperti uh-
huh, atau sebagainya ketika responden sedang bercakap.
2. Tanyakan contoh yang terperinci jika responden member kenyataan umum yang
mana perlu dijelaskan dengan lebih jelas seperti mengggunakan perkataan atau ayat
seperti Maaf, saya tidak faham, bolehkah diterangkan dengan lebih lanjut?
3. Selitkan beberapa soalan mudah ( Cool of Period) untuk mengurangkan tekanan.
4. Sebagai penutup jangan lupa ucapkan terima kasih.

Kesimpulannya, etika ketika menjalankan sesi temubual amat penting bagi
menggambarkan kesungguhan pengkaji atau penemubual pada kaca mata responden.
Dengan menerapkan etika yang bertepatan, responden pastinya akan memberikan
kerjasama yang sepenuhnya kepada penemubual. Selain itu, ia juga mampu membantu
responden untuk memberikanm jawapan yang diingini serta menyakinkan responden
dengan keupayaan mereka yang menemubualnya. Etika yang baik amat penting bagi
mewujudkan suasana yang selesa kepada responden serta membantu belia mengingat
perkara-perkara serta fakta penting.
Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa segala perbincangan berkaitan dengan etika di
atas adalah bertujun membantu penemubual untuk mendapatkan kajian lisan dengan
lebih mudah, tepat dan betul. Berurusan dengan manusia adalah berbeza apabila
berurusan dengan benda bukan manusia seperti mesin dan haiwan. Etika yang baik
melambangkan keperibadian penemubual seterusnya memperlihatkan kesungguhannya
di dalam melakukan sesi temubual serta melaksanakan kajian sejarah lisannya.

















( C ) Huraikan bagaimana anda mengenalpasti keaslian sejarah lisan yang telah anda
laksanakan.

UKM, Pusat Kajian Sejarah Lisan (2007), menyatakan Sejarah lisan adalah satu kaedah
di mana kenang-kenangan seseorang tokoh yang dirakamkan secara temubual. Tokoh-
tokoh yang dipilih biasanya terdiri daripada mereka yang dapat menyumbang maklumat
bersejarah dari penglibatan dan pengalaman diri mereka sendiri, atau oleh kerana
perhubungan mereka secara langsung dengan watak, masa atau peristiwa tertentu.
Maklumat yang diperolehi dari temubual tersebut kemudiannya disalin dan salinan itu
selepas disemak dan ditaip dapat digunakan sebagai bahan pengajaran dan
penyelidikan.
Objektif dokumentasi sejarah lisan adalah untuk menghasilkan suatu dokumen lisan dari
keterangan proto, keterangan saksimata atau tradisi lisan dalam bentuk rakaman atau
transkrip. Tugas penemubual adalah membantu seseorang itu membuat penuturan dan
analisis yang sebaik mungkin tentang peranan penting seseorang dalam tajuk yang
dikaji. Objektif ini boleh dicapai melalui lima langkah utama:
a) Mengatur temubual dengan baik
b) Persediaan yang baik untuk temubual
c) Merakamkan temubual dengan baik
d) Menggunakan teknik temubual yang baik
e) Memproses rakaman mengikut kaedah yang tertentu.

Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), menyatakan bahawa asas
penting adalah kerana sejarah lisan bergantung kepada sumber yang diberikan oleh
manusia, membolehkan kita mengimbau kembali cerita yang disampaikan. Sejarah lisan
berasaskan percakapan dan bukannya sumber bertulis dan berpotensi menjadikan
peristiwa itu berkembang. Walaupun dalam keadaan ketiadaaan dokumen bertulis,
kumpulan seperti wanitas, minoriti dan yang tidak terkenal akan berusaha mencatatkan
sejarah mereka dan sejarah yang mereka anggap penting. Sejarah tidak bermakna ia
penting kepada kumpulan yang berkuasa, terkenal, kaya dan terpelajar sahaja. Sejarah
itu mencatatkan peristiwa yang berlaku kepada masyarakat secara menyeluruh.
Malahan ia sebenarnya dapat memberikan kita maklumat dan juga gambaran masa
lampau dengan lebih tepat.
Menurut Bimo Adriawan (2010) di dalam penulisannya, terdapat empat tahap untuk
mengenalpasti keaslian sesuatu penulisan sejarah lisan. Tahap yang pertama ialah
tahap Heuristik (pencarian sumber). Tahap ini merupakan tahap pertama yang harus
dilakukan dalam merekod masa lampau. Sumber-sumber itu tidak datang dengan
sendirinya oleh itu, sumber harus dicari dan dikumpulkan. Ketika kita harus melakukan
pencarian sumber, dalam pencarian sumber perlu diketahui mengenai jenis-jenis
sumber. Sumber dapat dibahagi kepada dua bahagian iaitu sumber bertulis (dokumen,
transkrip, surat, buku, Al-Quran), sumber benda (foto, makam, masjid), dan sumber
lisan. Berdasarkan asal-usulnya, sumber dapat dibahagi menjadi tiga (dua yang utama),
iaitu sumber primer (pelaku, saksi), sumber sekunder (orang yang tidak sezaman
dengan peristiwa), dan sumber tersier (karya ilmiah). Berdasarkan sumber yang telah
diperolehi, maka keaslian sejarah lisan tersebut dapat dikekalkan. Berdasarkan sumber
yang diperolehi juga menunjukkan bahawa sejarah lisan tersebut adalah benar seperti
yang diceritakan oleh responden.
Tahap yang kedua ialah Kritikan iaitu melihat kepada material sumber tersebut apakah
sesuai dengan zamannya atau tidak, jika sesuai maka sumber tersebut kemungkinan
besar merupakan sumber asli. Contohnya, jika sumber yang diperolehi tersebut adalah
sesuai seperti barangan peninggalan sejarah yang terdapat di sesuatu tempat ataupun
muzium, nama tempat yang betul dan sebagainya, maka dapatlah dikatakan bahawa
kajian sejarah lisan tersebut adalah asli. Selain itu, kredibiliti pencerita juga perlu dinilai
dan dilihat pada keseluruhan aspek. Pengkaji juga perlu melakukan triangulasi iaitu
menemubual teman atau rakan kepada responden untuk mendapatkan kesahihan
sumber dan fakta yang diberikan oleh responden. Jika temubual triangulasi ini
menunjukkan kebenaran segala penceritaan yang disampaikan oleh responden pertama
maka, kemungkinan besar sejarah lisan tersebut adalah asli.
Bimo Adriawan(2010) juga menyatakan tahap yang ketiga ialah interprestasi. Ianya
merujuk kepada kronologi penceritaan sejarah lisan tersebut. Jika penceritaan yang
disampaikan sememangya mengikut susunan kronologi dan bertepatan dengan
peristiwa, maka sudah pasti peratus keaslian sejarah lisan tersebut adalah tinggi.
Keaslian sesebuah sejarah lisan mungkin sedikit kabur jika susunan ceritanya tidak
mengikut kronologi serta berterabur. Ini kebiasaannya akan mengelirukan fakta dan
kesahihan cerita tersebut boleh dipertikaikan.
Tahap yang keempat menurut Bimo Adriawan ialah tahap historiografi. Pada peringkat
ini ialah peringkat kepada penulisan sejarah lisan tersebut. Penulisan yang baik yang
mempunyai fakta sejarah yang berkaitan, susunan peristiwa yang tepat dan berkaitan
serta rujukan sumber yang boleh diterima memainkan peranan di dalam menerima
karya tersebut sebagai asli. Sumber-sumber yang telah didapati merupakan sumber
yang berkaitan dan mempunyai kekuatan di dalam menerangkan keaslian cerita
tersebut. Maka secara keseluruhan dapat dikatakan jika sesebuah kajian sejarah lisan
melalui keempat tahap ini maka dapatlah dikatakan bahawa kajian sejarah lisan tersebut
adalah asli.
Menurut Modul OUM HBSS3503 Pengenalan Ilmu Sejarah,(2007), ahli sejarah
bersetuju bagi menentukan ketepatan sumber maka bebarapa ujian atau ukuran perlu
dilakukan. Sumber-sember akan dinilai dari empat perkara umum iaitu:
1) Aspek Biaografi. Nama-nama mereka yang terlibat akan diuji untuk memastikan
adakah mereka benar-benar terlibat di dalam peristiwa tersebut. Sumber yang
digunakan merupakan sumber yang berautoriti dalam sesuatu peristiwa yang dikaji. Ini
bermaksud sumber yang terlibat adalah benar-benar berada pada peristiwa tersebut
dan bukannya mendengar dari pihak lain. Selain itu, ujian juga penting di dalam
menentukan rekod yang digunakan adalh merupakan rekod-rekod tulen yang
mencatatkan peristiwa yang berkaitan.
2) Aspek Geografi. Ianya bertujuan menguji mengenai tempat berlakunya peristiwa yang
ingin dikaji. Catatan sumber atau sumber yang dikaji mestilah merujuk kepada tempat
yang benar-benar terlibat. Contohnya cerita raja bersiong yang mana tempatnya masih
wujud di negeri Kedah di daerah Baling yang terdapat sebuah tempat yang bernama
Siong. Catatan hikayat Merong Mahawangsa ada menceritakan sebahagian kawasan ini
di mana kerajaan Merong Mahawangsa yang berasal di Kedah terdapat rajanya yang
bersiong.
3) Aspek Kronologi. Ia juga memainkan peranan penting di dalam menentukan
ketepatan sesebuah sumber. Seperti pendapat Bimo Adriawan, di dalam modul ini juga
tempoh peristiwa mengikut kronologi dapat membantu sesebuah cerita itu adalah asli
taupun bukan.
4) Aspek fungsional. Ia merujuk kepada sumber yang digunakan haruslah telah
berfungsi pada ketika sesuatu peristiwa itu dikaji. Contohnya, apabila kita mengkaji
dasar perang kerajaan British ketika Perang Dunia Kedua, sumber yang berfungsi
sebenarnya ialah yang dikelarkan oleh Kabinet Britain dan jabatan-jabatan yang terlibat
di bawahnya. Sumber selain itu dianggap tidak relevan.

Kesimpulannya, adalah amat penting untuk seseorang pengkaji mengambil langkah
langkah yang teliti sebelum memulakan kajian agar ianya adalah asli. Keaslian
sesebuah karya sejarah lisan amat penting untuk dijadikan sejarah pada negara kita.
Oleh itu semangnya bukan mudah untuk menulis sesebuah sejarah lisan. Pihak
pengkaji haruslah mengambil semua faktor yang diterangkan di atas agar keaslian
kajian sejarah lisannya terjamin dan diterima.





















KESIMPULAN
Akhirnya dapat disimpulkan di sini bahawa setelah saya menyiapkan tugasan ini, ianya
banyak memberi pengetahuan yang baru kepada saya. Pertamanya, melalui tugasan
ini, saya telah mempelaji cara-cara persiapan awal untuk menjalankan sesebuah
temubual. Persiapan yang teliti dan terperinci dari awal banyak membantu pera
penemubual untuk melaksanakan sesi temubual dengan jayanya. Persediaan yang rapi
dan awal sedikit sebanyak membantu kedua belah pihak untuk melakukan proses
temubual dengan lancar.
Kedua, melalui tugasaan ini juga banyak memberi pengetahuan kepada saya berkaitan
dengan etika etika yang perlu diamalkan ketika melakukan sesi temubual. Selain
persediaan awal, etika ketika menemubual amat penting untuk mendapatkan mood
responden serta kerjasama yang maksimum lantas proses tersebut akan menjadi
lancar. Pasti untuk elakkan perkara-perkara negatif ketika temubual kerana ini akan
mengundang rasa kurang selesa kepada responden. Amalkan etika yang terbaik dan
positif di dalam melaksanakan sesebuah temubual.
Akhir sekali, sesebuah karya sejarah lisan adalah amat penting untuk diketahui
keasliannya. Untuk mengetahui keaslian sesebuah sejarah lisan, terdapat beberapa
aspek yang dinilai dan tahap yang perlu dilakukan oleh pengkaji. Apabila sumber-
sumber sejarah lisan tersebut telah dinilai melalui empat aspek utama diikuti dengan
pelaksaan tahap yang telah diterangkan di atas, maka dapatlah dikatakan bahawa
sejaran lisan tersebut adalah asli. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendapatkan
sesuatu yang bernilai, ibarat pepatah Melayu; Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.

You might also like