You are on page 1of 27

TEORI DAN PRINSIP

PENGAJARAN
PENULISAN







UNIT 1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda akan dapat mempelajari:

1. Teori dan takrif penulisan.
2. Prinsip dan ciri-ciri penulisan.
3. Tujuan pengajaran kemahiran menulis.

PENGENALAN

Pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan
penguasaan bahasa Melayu yang bermutu yang
berasaskan:

ketepatan berbahasa
kecekapan berbahasa
kepekaan terhadap penggunaan variasi bahasa
Melayu dalam pelbagai situasi.

Bahasa berfungsi membolehkan seseorang
menerokai pelbagai bidang ilmu dengan mudah
dan juga menuntut keupayaan kognitif yang tinggi
supaya dapat berinteraksi dengan hal-hal yang
berkait dengan kemanusiaan sejagat.


Aspek utama yang perlu ditekankan dalam
pengajaran bahasa ialah penguasaan kemahiran asas
yang melibatkan:

kemahiran mendengar
bertutur
membaca
menulis.
Pelajaran membaca dan menulis diajar secara
serentak .

Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang
penting yang perlu dikuasai bukan sahaja dalam
pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata
pelajaran yang lain.

Hal ini demikian kerana bahasa menjadi medium
untuk melahirkan buah fikiran.

Menulis dalam pelbagai perkara dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran.

Faedah menguasai kemahiran menulis kepada
murid tidak terhad untuk jangka masa yang
pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang
masa.
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran
yang agak sukar berbanding dengan kemahiran-
kemahiran yang lain.

Kemahiran menulis hanya dapat dikuasai melalui
program pembelajaran.

Untuk mencapai kemahiran menulis yang
sempurna, sebahagian besar tanggungjawab
terletak pada guru.

Definisi/Konsep Penulisan

Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan
bahan yang berbentuk :
Idea
Pendapat
Pengalaman dalam bentuk tulisan
Perasaan
Maklumat

Menulis dilakukan untuk membolehkan kita
berhubung dengan orang lain atau dengan diri
sendiri.
Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu
dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.

Menulis juga merupakan proses memberikan
simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang
bahasa dengan menyusun perkataan, rangkai kata,
ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang
mengikut peraturan-peraturan tertentu.


Hal ini akan mewujudkan satu wacana yang dapat
menzahirkan idea yang jelas dan tersusun.

Walshe, R.D. (1981) pula menyebut:
Writing is the process of selecting,
combining, arranging and developing
ideas in effective sentences, paragraphs, and
often, longer units of discourse.

Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan
simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan
sistem yang akan membentuk perkataan dan
seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.

Ayat-ayat yang disusun itu ada yang panjang dan
ada yang pendek berdasarkan beberapa urutan
bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan
bahan-bahan bercetak.
Menulis ialah satu proses untuk menyampaikan
buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan
berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan
menggunakan bentuk grafik.

Ia adalah penglahiran perasaan, fikiran dan idea
yang disusun hingga melambangkan bunyi bahasa
yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Don Bryne (1979:1) menyatakan bahawa
menggunakan simbol-simbol grafik semasa
menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau
gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambang-lambang bunyi yang kita ucapkan semasa
kita bercakap,

When we write, we use graphic symbols, that
is letter or combination of letters which
relate to the sounds we make when we speak.
Tujuan Kemahiran Menulis


Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia ialah
membolehkan pelajar yang tamat pengajian
mencapai tahap penguasaan yang dijangkakan
dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah
penulisan.

Gerak kerja dalam bidang penulisan dirancang dan
dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan
pelajar melahirkan:
fikiran
perasaan
membolehkan mereka membina kemahiran:
mengumpul
memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah, dan bahan-baban
yang berkaitan dengan tajuk karangan.

Pelajar juga dapat melahirkan maksud, pendapat,
hujah, pengalaman dan perasaan dengan jelas dan
berkesan dalam tulisan.

Kemahiran menulis juga untuk membolehkan
pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai
bentuk karangan dan menggunakannya untuk
pelbagai tujuan.


Pelajar yang menguasai kemahiran menulis akan
dapat mengembangkan daya cipta pemikiran dan
keyakinan diri untuk menulis berbagai-bagai
karangan dengan struktur yang betul dan menarik.

Matlamat pendidikan bahasa pada peringkat
sekolah untuk membimbing pelajar-pelajar
menguasai kecekapan berbahasa untuk
berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan
fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan
melalui lisan dan penulisan.

Fungsi Kemahiran Menulis
Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu
dicapai antaranya adalah :
1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi
membolehkan kanak-kanak menulis dengan
baik, cekap dan pantas.
2. Membolehkan kanak-kanak mengeja
perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-
ayat dengan betul dan boleh difahami oleh
pembaca.


3. Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji
pelajarannya dengan cara membaca tulisan-
tulisannya yang tercatat atau membaca buku-
buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.

4. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran
dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk
tulisan.

5. Menyuburkan minat suka menulis atau
mengarang. Banyak orang mempunyai bakat
atau kebolehan menulis tetapi tidak
mempunyai minat untuk melahirkannya.

6. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan
dalam perbendaharaan kata, perkembangan
bahasa dan tulisan.

7. Menyediakan kanak-kanak untuk
menghadapi peperiksaan.

Ann Raimas (1983) telah mengemukakan tiga
fungsi kemahiran menulis seperti yang terdapat
dalam bukunya Techniques in Teaching Writting,
iaitu:
1. Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea,
perbendaharaan kata dan perasaan.
2. Memberikan peluang kepada pelajar untuk
meneroka bidang bahasa.
3. Memperluas pengetahuan, melahirkan idea
dan menggunakan seluruh anggota mekanis .

Menurut Down Byrne (1979), terdapat empat sebab
atau fungsi kemahiran menulis pada peringkat sekolah
iaitu:

1. Terdapat perbezaan keeenderungan individu atau pelajar
yang menguasai kemahiran belajar. Misalnya dalam.
proses pengajaran dan pernbelajaran bahasa, terdapat
sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada
kemahiran membaca daripada kemahiran menulis atau
sebaliknya.

2. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar. Kemahiran
menulis dapat meningkatkan kemahiran penguasaan
bahasa pelajar dan seterusnya memberikan kepuasan
kepada mereka melebihi pencapaian yang diperolehnya.

3. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik
darjah dan secara tidak langsung dapat
mengelakkan perasaan jemu dan bosan pelajar
dalam masa menghadapi proses pengajaran dan
pembelajaran.

4. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat
dijalankan secara serentak dalam bilik darjah.
Misalnya, semasa mengikuti penerangan guru
(aktiviti fon-nal), pelajar secara tidak langsung
boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang
dianggap penting.



Tiga fungsi kemahiran menulis sebagai
penglahiran mental dapat disamakan dengan
tujuan menulis iaitu:


1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman,
penghubungan dan matlamat menerusi penulisan.

2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran
pengalaman dan perasaan.

3. Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya
ia dapat memenuhi kehendak dan hasrat
masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan
diri sendiri dan orang ramai umumnya.





TERIMA KASIH

You might also like